18 Mei 2009

TDM: Media Arus Perdana Yang Dikuasai UMNO BN Berat Sebelah

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputuan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Nada yang disuarakan Dr Mahathir di forum ini jelas berbeza dari nada autokratik yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.

Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.

Dalam forum tersebut Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berasa kesal dan amat marah dengan tindakan Abdullah memberhentikan projek-projek mega yang dirancang dan dilaksanakannya oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri, terutamanya Jambatan Bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.


4 ulasan:

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

alahai, dah tak berkuasa barulah sedar

tak habis2 ler Mahadet ni dok kutuk Pak Lah, org tu dah turun takhta pon dengki lagi

zman berkata...

Memang la berat sebelah, sebab teloq pun besar sebelah!!

joyah_laser berkata...

apa che det cakap dah tak boleh pakai..jenis bermuka muka talam 4 lapis ni..kat depan rakyat cakap lain, kat belakang dia buat lain..dah kenal lamaaaa dah.....

EQUILIBRIUM berkata...

hehehehe orang kalau ada penyakit memang mcm tu

apa penyakit tu lu pikir le sendiri muahahahaha

sian kat mahathir ni