Meskipun musuh-musuh Islam terus menjalankan propaganda mereka untuk melumpuhkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, namun berkat ketabahan pimpinan PAS dan tidak lupa juga berkat kerjasama rakan-rakan yang lain di dalam PR, PAS kini semakin berkembang dan berpengaruh.
Begitulah hebatnya ketentuan Ilahi yang tidak terfikir kita betapa parti yang dahulunya di cop sebagai parti ideologi Taliban, kini menjadi pilihan masyarakat bukan Islam. Dahulu saya pernah menulis tentang hikmah mengapa DS Anwar tidak menyertai PAS dan menubuhkan Parti KeADILan yang kini dikenali sebagai PKR. Seandainya DS Anwar menyertai PAS, secara teorinya saya jangkakan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak sehebat sekarang.
Wujudnya PKR adalah bagi mereka yang tidak lagi yakin kepada Umno/Bn tetapi masih sukar untuk menerima PAS. Mereka ini akan bersama PKR dan PKR pula bekerjasama dengan PAS. Apabila melihat kerjasama yang terjalin di antara PKR dan PAS termasuk juga DAP, mereka ini bertambah yakin bahawa PAS juga menuntut keadilan untuk semua. Apatah lagi mereka telah melihat betapa PAS dapat memimpin Kelantan berbelas tahun dengan adil dan saksama.
Kini, PAS telah mempunyai Kelab Penyokong mereka sendiri. Pada ketika mereka ini sedang bersemangat untuk bersama kita, adalah tidak wajar kita menurunkan semangat mereka. Cuba kita imbas kembali zaman ketika PAS dikenali sebagai parti tok lebai. Terlalu lah sukar untuk mendapatkan hatta seorang yang bukan Islam menyokong PAS bahkan sokongan orang Melayu Islam pun PAS agak sukar juga kecuali di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kini, di tengah-tengah kota metropolitan pun bendera PAS gagah berkibaran di merata-rata. Bukan mudah untuk memperolehi kenikmatan anugerah Allah ini dan kini kita telah menkmatinya.
Pada pendapat saya, adalah penting untuk PAS mempertimbangkan secepat mungkin agar dapat menerima mereka ini bersama PAS. Saya faham beberapa dasar atau perlembagaan PAS yang mungkin boleh menyekat mereka ini dari turut bersama dalam perjuangan PAS. PAS bukan agama tetapi adalah wadah di dalam menyempurnakan agama Islam itu sendiri. Soal teknikal dan perlembagaan yang boleh ditentukan terhadap mereka yang bukan Islam tetapi menjadi ahli PAS boleh dikaji semula asalkan dasar pokok perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu tidak diketepikan. Bagi saya, melengah-lengahkan perkara yang baik tidak akan menguntungkan dan saya bimbang jika pihak lawan akan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita mengambil peluang ini. Mudah-mudahan pimpinan PAS dapat membuat suatu keputusan yang bijak demi masa depan perjuangan PAS itu sendiri. -wfauzdin
2 ulasan:
salam
amat baik sekiranya bukan islam nak bersama..
aku bukan nak tentang kalau dah jamaah bersetuju..tapi sebelum itu suka jugak aku nak beri pendapat kalau nak dipertimbangkan...
begini...
kalau bukan islam ingin bersatu dibawah satu payung yang bernama pakatan rakyat..itu wajar..tapi kalau nak berada didalam jamaah..itu kurang waras...wadah perjuangan pas adalah islam..mana mungkin bukan islam dapat ikut..melainkan setelah memeluk islam...bagaimana dengan usrah...bagaimana dengan tazkirah DLL..fahamkah mereka...
aritu isu menggunakan ayat al'quran didalam ucapan pun aku tidak setuju....kalau ikut hukum adap...mestilah dimulakan dengan bismillah pada setiap bacaan...apatah lagi jika wahyu dari allah yang kita nak bacakan...
disini..aku amat berharap dewan ulama' PAS lebih berhati2...jangan sampai amalan kita ditolak atau dimurkai oleh ALLAH S.W.T....atas sikap sombong kita...nauzubillah...
tongkaharus, pandangan sdra tak betul, gi baca lagi sejarah islam, semasa zaman Rasuullah, ada mereka yang bukan_Ilsam yang bersama Rasulullah untuk menentang kezaliman Kafir Quraisy. Begitu juga di zaman Salehuddin Al-Ayubi, ada golongan Kristian di terima di dalam saf Islam untuk menentang kufar dalam Perang Salib.
Jangan duduk di bawah tempurung.
Catat Ulasan