Dengan keputusan tersebut Dato' Tengku Hassan Omar kekal sebagai Adun Ladang.
Pada 22 sept 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
Hakim Dato' Ramly Ali ketika membacakan keputusannya berkata, keputusan ini dicapai berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.
Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut membuat petisyen bagi Dun Ladang dengan menamakan Datuk Tengku Hassan sebagai responden, melalui peguamnya dari Shafee & Co.
Petisyen berkenaan telah menamakan tiga responden iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Mat Razali Kassim yang bertindak sebagai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar memenangi dun Ladang dalam Pru ke-12 dengan majoriti tipis 31 undi, beliau mendapat undi sebanyak 6723 menewaskan calon BN Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh.
1 ulasan:
hakim maggi mee saja bagi PAS menang takut PRK kalah lagi BN. Satu lg najib pun x nak calon tu lagi. Proksi Pak lah. Hakim tak dpt arahan cptkan kes tersebut dan AG dan penasihat undang2 negeri tak wakili pendakwa. Lg satu takde kes sbb bukti tak kukuh walaupun majoriti cuma 31.
Catat Ulasan