28 Mei 2009

ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib Altantuya


Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fitnah kau tak habis2. baru dakwaan/fitnah , tapi cara kau tulis macam dan sah berlaku. ini yang dikatakan fitnah. beri bukti najib bagi rasuah. biar pm kena tangkap. bukan buat sensai/fitnah begini. tarik balik kes/gugurkan itu bukan petunjuk rasuah berlaku. mungkin kekurangan fakta atau tidak berlaku dati segi teknikal. ini semua andaian. belajar sikit undang2. masuk neraka kita nati bila mati. dulu buniyamin tuduh mahathir tengok filem lucah dgn cucu. kau orang takbir separuh nyawa. nasib baik tun maafkan bila dia mati. tidaknya dalam neraka sekarang dia tu. bertaubatlah.

Tanpa Nama berkata...

hah pencacai umno punya komen, semua fitnah. kalau depa tuduh, tarak bukti pun kata ada bukti kukuh.

Tanpa Nama berkata...

Pencacai angkat najis!!

Nama aku Wan.. bukan anonymous berkata...

Sejak kebelakangan nih makin ramai barua UMNO comment dalam Pro Pakatan Blog. I nak tanyer, You all pun dapat habuan ker? standard la orang orang najis nih... Lu mau kipas pi kajang la kipas satay, toksah buang masa kipas najis... nanti bau menusuk idung sendiri.

Tanpa Nama berkata...

1. Jika Ahli Parlimen bercita2 menjadi Perdana Menteri. Paling tidak pun jadi Menteri. Anifah Aman menolak apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri tetapi menerima jawatan Menteri Luar.

2. ADUN juga bercita2 dilantik jadi Menteri Besar. Paling tidak pun jadi Exco dalam kerajaan negeri.

3. Jamaludin dan Othman- asalnya jadi Exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

4. Namun, selepas lompat keluar jadi calon Bebas yang menyokong BN. Kedua-dua mereka hilang jawatan EXCO.

5. Jawatan EXCO menjanjikan pendapatan sekitar RM20,000 sebulan berbanding dengan jawatan ADUN sekitar RM6,000 sahaja. Juga hilang kuasa dan hilang kereta rasmi.

6. Kemusyikilan-nya apakah habuan yang lebih besar daripada habuan sebagai seorang EXCO.

7. Apakah Othman dan Jamaludin adalah seorang yang berprinsip dalam perjuangannya sehingga sanggup mengkhianati PR dan rakyat atas alasan mereka tidak bersetuju dengan kerajaan PR Perak.

8. Hanya tuhan yang mengetahui. Masa akan mendedahkan maklumat yang kita tidak ketahui. Kita menantikan apakah tuduah bhw mereka ini menerima sogokan adalah benar atau hanyalah khayalan belaka.