Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.
Persoalannya sekarang.. adakah negara kita masih selamat dari wabak ini? Bagaimana pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di ladang-ladang ternakan babi di Melaka dan Selangor serta tempat-tempat yang ada menternak babi. Jangan sekadar lepaskan batuk di tangga, kata seorang blogger.
Di Selangor usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membina ladang ternakan babi secara moden di Sepang yang pernah menerima tentangan daripada UMNO satu ketika, menunjukkan bahawa tindakan dan langkah kerajaan Selangor itu adalah tepat dan wajar menerima sokongan. UMNO yang menentang usaha itu tidak boleh lagi memperkecilkan usaha-usaha kerajaan Pakatan Rakyat sebelum wabak itu sendiri menyerang sekalian ahli UMNO di Selangor.
Apa yang kita harapkan semoga peristiwa wabak JE yang menyerang Bukit Pelanduk nageri Sembilan yang banyak mengorbankan nyawa termasuk mereka yang tiada kaitan langsung dengan binatang yang bernama babi ini tidak akan berulang kembali.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan awal seiring dengan langkah kerajaan dalam menangani penyebaran wabak ini di negara kita dan bukan hanya menunggu laporan tentang penyebaran wabak ini baru terkial-kial untuk mengambil tindakan itu dan ini. Dan akhirnya nanti akan kita dengar dendangan semula lagu kanak-kanak 'Bangau Oh Bangau'.
1 ulasan:
Lawat betol UMNO selangor takut wabak selsema babi pulak...dulu dialah yang suka ternakkan binatang itu sekarang dah takut bayang bai pulak..takut tak sempat makan harta ternakan babi ker.
Catat Ulasan