29 Apr 2009

Penanti : PAS Permatang Pauh Mahu Boikot Atau Ustadz Hadi Masih Lembab Macam Badawi?

Laporan terkini Malaysiakini menyatakan PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".

Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.

Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.

"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.

Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.

Ramai ahli-ahli PAS seluruh negara dukacita dengan perkembangan ini. Presiden PAS begitu lambat untuk memberikan responsnya sama lambatnya apabila diminta untuk memperincikan gagasan Unity Government yang pernah dicadangkannya sendiri satu ketika dulu.

Akibat daripada kelembapan respons tersebut, maka sekali lagi ahli-ahli PAS diletakkan dalam situasi "bercempera".

"Langkah yang diambil oleh PAS Permatang Pauh untuk membekukan jentera pilihanraya kecil Penanti dilihat sebagai tindakan yang tidak wajar dan tidak mempunyai semangat kesetiakwanan di dalam sebuah pakatan," kata seorang pemimpin PAS Kawasan di sini.

"Setiap kali UMNO bermasalah, setiap kali itu PAS menghadapi penyakit yang sama pelik seperti yang ditunjukkan oleh PAS Permatang Pauh," tambahnya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun dah lama nak tegur corak kepimpinan ust hadi yang lembab saling tak tumpah dengan bekas pm malaysia pak dolah. mujur akhi gb dah ulaskan.

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini yang diceta oleh nik abduh?
Rapatkan saff / jarakkan saff / khobor angin?

Tanpa Nama berkata...

alahai apadah jadi ni,nakkan jawatan dan pangkat ketepikan semangat setiakawan jangan nafikan hak kami sebagai penyokong akar umbi nakkan PEMBANGKANG bersatu didalam pakatan.dek kerana jawatan semua itu di ketepikan.tolong jangan buat keputusan nak menjahanamkan pakatan.

zed berkata...

alangkah malunya aku melihat artikal ini jika ianya ditulis oleh ahli jemaah .. nmpk macam gelojoh atau gopoh shj meminta keputusan segera tanpa memahami intipati yg berlaku di luar sana

hussainy berkata...

zed, apa yg gopoh apa yg gelojoh ? sedangkan apa yg gb nyatakan itu memang betul. ada masa kita perlu buat keputusan yang pantas berdasarkan situasi semasa. jgn cuma pandai tegur Pak Lah lembab sedangkan pemimpin PAS lembab kita diamkan.

Tanpa Nama berkata...

ini semua angkara frakas UMNO dalam PAS yang ditunjangan oleh Presiden PAS dengan nik abduh ... huh. boleh jadi hancur jemaah.

Tanpa Nama berkata...

pangkat punya psal dakwah dilupakan

Tanpa Nama berkata...

buat yang tulis blog ni jangan lah jadi guting dalam lipatan.. pergi cerita hal dalam kelambu kita kat orang buat ape? pihak atasan ada lah strategi diaorang.. nak cerita cerita hal pihak lawan lemahkan mereka sampai mereka terkubur...

Tanpa Nama berkata...

Elok lah tu... komenlah banyak-banyak moga-moga PAS jadi makin kuat atau sebaliknya. Kalau rasa dah hebat, tawarlah diri jadi presiden PAS, lepas tu buat keputusan cepat-cepat dan jangan lembab lagi.

mamat berkata...

nik abduh cerita dalam kelambu ok yek? roslansms cerita dlm kelambu ok yek? hassantantawi cerita dalam kelambu pun ok yek?

kalau orang lain cerita, itu gunting dalam lipatan?

komen GB itu untuk menyedarkan presiden pas jangan tertidur macam pak lah sudahlah.

nanti dulang paku serpih.

Tanpa Nama berkata...

pas permatang pauh perlu akui ketua atasan dah buat keputusan untuk tidak bertanding itu keputusan pucuk pimpinan mengalah bukan beerti kalah strategi persefahaman pakatan kena akui

AMN berkata...

Wahai Sdr pembaca yang budiman,

-Waspadalah....bahwa tulisan2 Di Malaysiakini pada hari ini telah diserap dgn lambakan wang dr UMNO...maka...tulisan2 mereka akhir2 ni sering mengelirukan.....boleh mmecah belah pembaca dan pengikut yang setia dgn PR...

-Jadi...berhati2 lah bila membaca....teliti ayat mereka dgn sempurna....kaji betul2 ayat yang ditulis datang dari mulut dan sumber yang betul dan benar...

-Ingat....malaysiakini secara perlahan telah beralih arah penulisan akhir2 ni....kaji dan teliti betul2....

Ikhlas...Penganalsis Web...

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tulisan2 dalam blog para frakas umno dalam pas lah yang lebih banyak mengelirukan seperti tulisan nikabduh, roslansms, pemudawilayah, hassantantawi dan seangkatan mereka.

kumpulan frakas umno dalam pas masih mempunyai unsur nasionalisma. mereka kumpulan anti kaum bukan melayu itu sebab hanya nak berpelukan dengan umno.

sydeen aka saidin berkata...

ish........ apa sudah jadi nih. Jgn kerana kejahilan kita membuatkan jemaah semua berpecah. Skrg bukan masa yang sesuai utk bergaduh sesama sendiri. Musuh akan bertepuk tangan bila melihat pihak lawan bercakaran sesama sendiri.

Sedarlah wahai jemaah. Ini bukan masanya. PKR masih muda dan dalam proses mematangkan diri. So kita bagi peluang hingga PRU 13 nanti. Sabo eh...

Tanpa Nama berkata...

Saya ada send ulasan panjang saya ke blog di bawah:

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/04/prk-penanti-antara-wala.html

Org PAS sekarang ni dah hilang WALA' dah rasanya...PAS kena balik ke usul...

Tanpa Nama berkata...

assalamulaikum, semua perjuang bangsa ,agama dan tanah air ku kita PKR tidak merasa sedih jika sahabat kita dari pas tidak memberi kerjasama pada PRK penanti ...kami dari parti keadilan akan turun dengan maksima semua anggota diseluruh malaysia untuk memenangkan PRK penanti nanti, kami ucapkan pas selamat berjuang untuk islam, kami Lawan Tetap Lawan..REFORMASI..walaupun tampa bantuan dari rakan pas ..tetapi masih ada rakan dari DAP yang akan berkerjasama nanti. wsalam

Tanpa Nama berkata...

kau ada baca ke komen2 kat atas tu GB? ha? puas hati ko skrang ye? ha sekarang ape dah jadi? tulis lagi tulis lagi tulis bayak2 lagi.. pekara kecil tu ko pi besar2kan kan elok tu gelemor la ko nanti..

Tanpa Nama berkata...

nak jawab sikit kat mamat tu.. buat mase ni belum lagi mase kita nak hebahkan masaalah dalaman kita kat orang.. nanti ape kata orang atas pagar yg menyokong kepada PR nnti? lain lah kalau kita dah dpt perentah kerajaan pusat.. mase tu baru lah kita boleh perbetulkan masaalah dalaman kita..
mase tu media pro BN tak boleh nak putar belitkan kenyataan kita..

Tanpa Nama berkata...

kALAU NAK CITE tentang PKR lagi banyak, DAP lagi banyak. Tapi kita taknak citer keluar. Apa DAP Penang buat pada PAS, apa PKR Selangor layan kepada PAS. Apa DAP & PKR Perak buat pada PAS masa memerintah. Sudah le GB, jangan nak suruh pendirian presiden PAS nak ikut telunjuk parti lain. Perkemaskan parti sendiri...

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt frakas umno cukup tak suka pkr dan dap. baik keluar saja pas dan masuk umno.

Tanpa Nama berkata...

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."
Saya kira siapa pun yang melibatkan diri dalam perjuangan telah bersedia untuk menerima cabaran, komen dan kutukan. Kiranya Presiden fikir yang komen GB tidak berasas, beliau boleh abaikan. Kalau sebaliknya, buatlah apa yang patut.
Sememangnya wala' itu penting, tetapi kita perlu ingat bahawa wala' itu bersyarat. Sekiranya khalifah yang dijamin syurga pun boleh disanggah dan ditegur, apatah lagi pimpinan yang ada hari ini.
Kita memang patut bimbang jika wala' kian hilang dari jemaah tetapi pada masa yang sama, kita perlu kaji mengapa ia berlaku. Adakah perubahan di kalangan pimpinan atau perubahan di kalangan ahli yang menjadi punca. Kita juga tidak boleh terlalu cepat menghukum sesuatu pihak apabila krisis berlaku tanpa mengetahui butir-butirnya. Situasi tidak sama dari tempat ke tempat/kawasan ke kawasan.
Satu lagi faktor ialah perselisihan antara rakan-rakan PR. Parti komponen PR patut kaji tindak-tanduk mereka terhadap rakan-rakan dari parti lain dalam PR. Manusia ada had kesabarannya. Mungkin PKR di Permatang Pauh telah mengguriskan hati ahli PAS atau mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan (MUNGKIN). Jika kita mahu PR berkekalan, pihak-pihak yang terlibat perlu muhasabah dan perbaiki keadaan.
Pimpinan PAS juga perlu lebih pro aktif mendengar masalah di 'grass root level'; jangan buat keputusan 'dari jauh' sahaja tanpa mengambil kira faktor tempatan. Dan jangan anggap ahli sebagai robot semata-mata kerana wala' itu wajib.

Tanpa Nama berkata...

DLM KONTEKS NI...
SY PEMUDA PAS SNDIRI TDK STUJU DGN CDAGAN HAFIZ NORDIN & SEANKATANYA....
BG SAYA HAFIZ NORDIN DAH BNYK MELAKU'N PERKARA YG KITA JANGKA SBLUM INI...
"PENDEK KATA, GILA POSITION"
MAAF SAYA BERCAKAP, ORG MCM NI SYA LIHAT TDK MMBERI IMPACK YG JITU D KALANGAN PEMUDA...
OLEH ITU SYA HARAP HAFIZ NORDIN TDK MMBUAT KEPUTUSAN YG BOLEH MEROSAK'N PARTI....
"HANCUR2HANCUR ISRAEIL"
"HANCUR2HANCUR KEZALIMAN"
"HANCUR2HANCUR WAHABI"

Tanpa Nama berkata...

aku malas dah nak campur urusan politik walaupun aku orang pas. sama je semua. kalau tak karpal singh buat hal, pemuda pas pulak buat hal. semua same je tak boleh ditegur. kata islam, tapi tak ada sifat sabar. cepat sangat emosi. biarkan je umno perintah malaysia ni sampai bila2. tak payah nak komplen apa2 sebab perangai orang pas pun same je aku tengok.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju yang ahli PAS mahupun ahli parti komponen PR sama dengan UMNO. Mungkin ada individu yang begitu tetapi secara keseluruhan, PR jauh berbeza dengan UMNO.
Saya terfikir, adakah ramai yang menganggap bahawa perjuangan menegakkan kebenaran ini suatu jalan yang mudah dan aman tenteram? Mengapa apabila perbalahan berlaku, kita menganggap bahawa ini merupakan kelemahan jemaah/organisasi dan dengan otomatiknya, jemaah itu tidak layak untuk memimpin? "Sesama sendiri pun tak betul, macam mana mahu memerintah negara?" Begitulah yang selalunya dilontarkan.
Well, I've got news for you!
Tiada kumpulan manusia yang tidak akan mengalami pergolakan. Sedangkan suami-isteri (yang hanya terdiri dari DUA orang manusia sahaja) pun bergolak, apatah lagi kumpulan yang terdiri dari ramai ahli, dari pelbagai latar belakang yang berbeza, yang mempunyai pendapat yang berbeza dsbgnya. Jika kita perhatikan bahawa kebanyakkan rumahtangga bergolak dan bermasalah, adakah kita akan mengambil kesimpulan, tidak perlu siapa pun lagi berumahtangga?
Janganlah kita berkelakuan seperti kanak-kanak yang belum aqil baligh, yang mudah keliru, yang perlu dilindungi (dan oleh itu orang lain mesti berhati-hati supaya tidak mengelirukan kita), yang mudah putus asa dan putus harapan.
More news for you!
Hidup, dan lebih-lebih lagi hidup dalam perjuangan, akan sentiasa bergolak. Dalam menegakkan kebenaran dan menegakkan Islam, musuh (sama ada manusia,syaitan atau nafsu)tidak akan berhenti menghalang usaha kita. Tidak perlu kita keluh-kesah dengan halangan atau mana-mana pihak yang 'buat hal'. Terima hakikat bahawa inilah lumrah kehidupan dan perjuangan. Kadang-kadang kita mungkin tidak sedar tetapi ada hikmah yang terkandung di sebalik 'hal' yang kita tidak suka itu. Kadang-kadang 'hal' itu akan mencetus sesuatu yang membawa kepada kebaikan, kemajuan dan kematangan. Buatlah penilaian yang adil dan pilihan yang TERBAIK, dengan menyedari bahawa kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak mungkin tercapai oleh manusia. Ingatlah kepada sirah dan sedari bahawa sebaik-baik manusia pun tidak dapat mengelak dari pergolakan.
Bagi saya, PAS adalah satu-satunya jemaah yang memperjuangkan daulah Islamiyah dan tetap merupakan jemaah Islam yang TERBAIK di Malaysia ini. Dan Pakatan Rakyat tetap merupakan kerajaan TERBAIK bagi Malaysia.