29 Apr 2009

Nizar - UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN

UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

"Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini," katanya.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Pembinaan semula tugu bawah pokok demokrasi dihalang MBI

Usaha Pakatan Rakyat untuk membina semula tugu di bawah pokok demokrasi di Ipoh Perak dihalang Majlis Bandaraya Ipoh dan Polis Bandaraya. Mereka bertindak bagi memastikan tugu dan pokok demokrasi luput daripada ingatan orang ramai.


3 ulasan:

waksab berkata...

Alkisah dizaman dulu..macam-macam mambang ada..la ni mambang pun ramai sampai yang mabok-mabok pun ada..3 ekor mambang di negeri pasir 2 butir dah tak berani muncul di kawasan masing-masing kerana buta kayu..hatta kerana itu mamak bendahara pun sekarang tengah sibuk bermain jampi-jampi dengan mahkamah..nak main jampi-jampi tapi tulis pun tak reti..tulis shorthand..baca longhand..tulis ke bawah..sapa boleh baca..at last tulis katun jer la...sebijik kena macam Bujang Lapok garapan Arwah P.Ramlee..

http://waksab.blogspot.com/

PemudaGagasan berkata...

Salamz...

Pak Nizar cuba pasang perangkap

Bila Pak Zambry nak buat 7 Mei, Pak Nizar gunakan alasan kes mahkamah untuk minta supaya tangguhkan persidangan 7 Mei

Nanti jika Pak Zambry tangguhkan persidangan DUN selepas dari tarikh luput bersidang pada 13 Mei, Pak Nizar akan gunakan alasan tarikh luput tu untuk minta bubarkan DUN. Ketika itu nanti, akan tersembur-semburlah keluar perkara-perkara dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dari mulut Pak Nizar

bijak...bijak

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Biasala...UMNO lagi kai putar belit..x malu ..mula dengan salam..lepas tu buat keje bergaul denga Syaitan..so,,,mcm ana..u masuk umah DUN macam lanun...dah la lantik kerajaan haram..x kan x sedsar kot...lu fikir la sendiri..]