Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dengan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam juga bererti lengkaplah sudah teori RAHMAN yang telah diperkata ramai.
Kemudian apa pula selepas ini?
Ada yang menganggap pada zaman "N" inilah UMNO akan tumbang lalu menghabiskan dinasti UMNO memerintah negara. Jika teori RAHMAN ini sudah berakhir, riwayat UMNO juga mungkin akan berakhir.
Jika didasarkan senario politik semasa yang berlaku di tanahair, ia semacam tidak dapat disangkal. Arus kebangkitan rakyat yang bergelombang sejak pilihanraya ke 12 pada 2008 yang lalu sehingga membawa kepada pilihanray-pilihanra kecil selepasnya menampakkan gelombang itu tidak padam dan sentiasa bergelora menunggu saatnya ia menghempaskan diri ke pantai.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai adalah penanda arasnya samada apa yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Putra Jaya bakal menjadi kenyataan. Itu sebab mengapa UMNO-BN kini berhempas pulas dengan cara apa pun ingin memenangi tiga pilihanraya kecil berkenaan.
Kegagalan memenanginya bakal memberikan petanda jelas bahawa sememangnya mereka perlu bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan itulah sebenarnya harapan sekalian rakyat. Perubahan - dalah sesuatu yang pasti berlaku. Cuma lambat atau cepat.
Segalanya tersurat di dalam taqdir yang tidak dapat diundur atau dipecepatkan walau sesaat jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan