3 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU : Satu Kejutan Esok Kata Saifuddin

Pagi ini telah diadakan sidang media bersama calon N25 Bukit Selambau di bolik Gerakan AMK Kedah.

Sidang media tersebut juga di hadiri oleh MP Batu YB Tian Chua dan MP Machang YB Saifuddin Nasuton. Terdapat 3 perkara menarik telah di dedahkan ketika sidang media sebentar tadi, MP Batu itu telah mendedahkan ada satu risalah yang di sebarkan di sekitar Bukit Selambau memburukkan calon N25 Bukit Selambau S.Manikumar.

Risalah tersebut di jumpai di kawasan Taman Ria dan dipercayai telah disebarkan ke seluruh Bukit Selambau. Jelas Tian Chua lagi ini merupakan taktik jahat dan fitnah terhadap calon PKR S. Manikumar.

Antara lain isi kandungan risalah tersebut menyatakan bahawa PKR telah menolak calon HENDRAF untuk di jadikan calon N25 Bukit Selambau. Tian Chua telah menjawab tuduhan tersebut dengan menyatakan tiada cadangan rasmi daripada HENDRAF mengenai calon N25 Vukit Selambau, ia di putuskan oleh Prti Keadilan Rakyat.

Dalam pada itu Tian Chua juga menyentuh mengenai perlantikan Najib sebagai PM Malysia yang ke 6.

Tian Chua telah mendesak Najib supaya membebaskan ke semua tahanan ISA termasuk 5 orang HINDRAF yang di kini di tahan di kem Kamunting ketika ini. Sudah menjadi tradisi apabila PM baru yang di lantik akan membuat tindakan yang drastik bagi membebaskan tahanan, sebagai contoh ketika Tun Mahathir di lantik sebagai PM ke 4 dahulu. Tun Mahathir telah membebaskan tahanan yang di tahan pada era 70an. Kini tugas PM yang ke 6 untuk meneruskan tradisi tersebut.

MP Machang YB Saifuddin turut memberi tahu wartawan bahawa pada malam ESOK ada kejutan yang bakal di lakukan ketika ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ceramah tersebut akan di adakan di Dewan Hock Seng Sungai Lalang.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.

Sidang media berakhir pada jam 11.50tghr.

Tiada ulasan: