3 Apr 2009

BATANG AI : Rakyat Bangkit Dari Kemiskinan dan Penindasan BN

Kehadiran pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk membantu calon KeADILan Jawah Gerang N29 Batang Ai telah menaikan peratusan penyokong Pakatan Rakyat di sini.

Persiapan terbesar pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun N29 Batang Ai adalah untuk mengadakan satu ceramah besar-besaran oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim pada 5 April ini.

Kira-kira 60 peratus penyokong Pakatan Rakyat hadir pada hari penamaan calon di Stadium Sukan Batang Ai untuk bersama-sama Jawah dan peratusan sebanyak 15 peratus lagi dijangka akan memihak kepada beliau apabila Anwar dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turun padang di kawasan ini.

“Saya yakin peratusan akan mendadak naik apabila pemimpin teratas Pakatan Rakyat dapat mendengar permasalahan yang mereka hadapi sekarang ini,” kata pengarahnya Dominique Ng.

Rakyat Batang Ai mahu bangkit dari belenggu kedaifan dan kemiskinan hidup dibawah kekejaman kepimpinan Barisan Nasional selama 51 tahun ini.

“Kini kesedaran telah meningkat di kalangan penduduk di kawasan ini apabila ramai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Khalid yang datang ke kawasan Batang Ai untuk menerangkan bahawa betapa pentingnya pengundi yang seramai 8006 orang ini mengundi Pakatan Rakyat,”kata Dominique.

“Dengan menjadikan Negeri Selangor sebagai kayu pengukur untuk membuktikan kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir sesebuah negeri dengan telus dan cekap dengan hanya satu tahun mentadbir negeri itu,”jelas Dominique.

Menurut Dominique, Moto pemimpin BN adalah mahukan rakyat Batang Ai terus mundur dan dibelenggu kehidupan dibawah paras kemiskinan untuk mereka terus menindas dam merompak segala kekayaan bumi Batang Ai dengan ugutan akan mengambil tindakan kejam pada sesiapa yang tidak mahu tunduk kepada pemimpin BN.

“Ini tidak akan mematahkan semangat untuk terus berkempen walaupun keadaan yang serba kekurangan untuk mengendalikan kempen dan ceramah,” beliau berkata.

“Masalah utama yang kami hadapi di sini adalah kemudahan pengankutan yang terhad kerana dikawasan pendalaman memerlukan perjalanan selama enam jam untuk sampai ke pusat mengundi di bandar kecil di Lubok Antu ini,” jelas beliau.

Isu setempat di Batang Ai yang menjadi agenda utama ialah:-

Pertama - rampasan tanah adat pemimpin BN terdahulu termasuk bapa kepada calon BN Malcolm Mussen Lamoh semasa beliau menjadi Penghulu di Batang Ai. Mereka tidak mahu seperti ‘Bapa borek anak rintik’ berulang lagi.

Kedua - kawasan Batang Ai hanya terletak bersebelahan projek Bakun Hidro-letrik yang menjana bekalan letrik keseluruh Negeri Sarawak namun kawasan ini tidak mendapat bekalan letrik yang sempurna. Kebanyakan rumah panjang daripada 128 buah tidak mendapat talian bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Ketiga - segala janji-janji manis selama 51 tahun pemerintahan kerajaan BN di sini tidak nampak sebarang perbezaan dengan negara jiran Indonesia iaitu sempadan Kalimantan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan jalanraya yang berturap dengan sempurna,” kata Dominique.

“Jalan menuju ke Rumah Panjang Sayat tempat tinggal calon Pakatan Rakyat Jawah juga kena menaiki pacuan emapt roda untuk sampai ke sana,” jelas beliau dengan nada kesal dengan kerajaan BN.

Tiada ulasan: