Politik di Perak telah menampakkan kebodohan daya fikir UMNO di mata rakyat dan dunia. Institusi istanapun diheret oleh UMNO untuk melindunginya. Tidak semena-mena sultan menjadi mangsa kurang dihormati oleh rakyat. Tetapi UMNO tetap angkuh dan tetap ego mendakwa yang UMNO masih di hati rakyat. UMNO sahaja yang boleh membela rakyat dan raja. Baik sungguh UMNO di era Najib. Maklumlah bukankah Najib PM Satu Malaysia ..
UMNO rampas kuasa ikut pintu belakang. UMNO liwat Perak. UMNO gunakan halalan istana. UMNO berada di atas undang-undang. UMNO kebal. UMNO lebih kebal daripada istana. Jikalau UMNO tidak cukup kebal, masakan istana mudah menurut kehendak UMNO. Mahkamahpun sukar untuk membuat keputusan jikalau kesnya bersabit dengan UMNO.
Tetapi UMNO tersilap congak. Melayu mudah lupa adunan Tun Madey tidak menjadi. Kuasa dan kehendak Allah memanggil arwah Haji Roslan Shaharum telah mengosongkan kerusi parlimen di Bukit Gantang. PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa rakyat Perak tidak mahu berMBkan UMNO. Rakyat Perak telah getik pada UMNO. UMNO pula terus mengemis meminta sedekah supaya rakyat menerima MB DPulau. UMNO mohon restu rakyat Perak. Nampak UMNO telah mula berlembut. Tetapi UMNO tidak sabar ..
UMNO tengin. Sepatutnya UMNO terus merendah diri. Biarkan PR menyalak sakan memperlekehkan UMNO. Bukankah Khalifah Umar ketika sedang dimarahi oleh isterinya, dia diam. Akhirnya isterinyapun diam. Udah diam, baru boleh dikojerkan .. Takker gitu weihh ..
Ini tidak, tetiap hari UMNO mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati. Masuk sahaja pejabat terus tukar karpet dan lain-lain asesori. Hantar notis minta MB Nizar kosongkan rumah dan pulangkan Camry. SUK pula berbahasa kasar. Notis amaran terus dihantar. Tidak terfikirkah UMNO cara yang lebih berkesan. Bukankah lebih berkesan jikalau MB DPulau dan exco letak rumah kontena di perkarangan Bangunan SUK. Jadikan rumah kontena itu kediaman MB dan exco. Rakyat yang marah akan bertukar simpati kepada UMNO. PR akan pening dengan permainan ini.
Ketika rakyat sedang sabar menunggu keputusan mahkamah akan status MB Perak, UMNO buat hal lagi. UMNO pecat semua ketua kampung pilihan rakyat. Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda. Tidak derhakakah UMNO kepada istana? Bukankah Raja Muda itu putera Sultan Perak? Ternyata bahawa MB DPulau lebih sayangkan UMNO cawangan daripada Raja Muda. Biarlah MB DPulau menderhaka kepada Raja Muda asalkan tidak menderhaka kepada UMNO.
Tunggulah dahulu keputusan mahkamah. Sememangnya rakyat tidak berharap lagi yang mahkamah akan menyebelahi MB Nizar. Rakyat cuma mahu mendengar susunan kata-kata bahasa bermutu tinggi. Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Rakyat akan menghormati susunan bahasa yang indah gemalai ini. Titah ucapan diraja sempena keputeraan baru-baru ini juga ditujukan kepada semua pemain politik. Tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah. Rakyat mula berpersepsi bahawa “raja tidak pekak, raja tidak buta”. Dalam diam-diam, rakyat mula percaya kepada istana.
Ketika rakyat sedang ditenangkan, timbul pula kerenah baru MB DPulau. Camry akan dilelong. Walau apapun rasionalnya, rakyat kembali marah. Renjisan air penawar diraja sebenarnya hampir berjaya memadamkan api dalam sekam. Namun UMNO menjirus petrol untuk menyalakan kembali api tersebut.
UMNO ini bijak atau bebal? -jantantuya/GB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan