5 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU : Kubu UMNO-BN Kuala Sin Bergegar (Berita Video)

Kubu kuat UMNO Kuala Sin tiba-tiba bergegar. Kawasan yang dianggap paling selamat untuk UMNO-BN di Bukit Selambau dimana dikatakan 90% penduduknya menyokong UMNO-BN terpaksa merendahkan angka itu dengan mendadak apabila Ketua UMNO Cawangan Kuala Sin telah meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Marzuki Mat Akhir, ketua UMNO yang dimaksudkan telah meninggalkan jawatan sebagai ketua cawangan Kuala Sin.

Sebagai bukti keikhlasan dan kejujurannya beliau tidak ragu-ragu dan segan-silu mengeluarkan kad pengenalannya untuk membuktikan bahawa beliau ialah Marzuki yang sebenar dan merasa bangga menjadi ahli PKR bermula malam tadi.

Menurut Marzuki beliau menyertai PKR kerana merasakan UMNO sememangnya penipu dan zalim kepada rakyat. Apabila di tanya mengenai perlantikan Perdana Menteri baru, beliau menyatakan bahawa tidak setuju dengan perlantikan PM baru ini kerana penuh rasuah dan skandal.

Tambah beliau lagi, beliau tidak merasakan rugi apa-apa meninggalkan UMNO kerana UMNO sudah rosak dan lari dari perjuangan asal. Harapan beliau agar PAKATAN RAKYAT dapat memenangi PRK N25 BUKIT SELAMBAU dengan majoriti yang besar.

Dalam pilihanraya umum tahun lepas, terdapat 833 pengundi di situ dan BN memenangi peti itu di situ dengan majoriti 241 undi.

Blog Kelab Greenboc malam tadi telah melaporkan mengenai kemasukan Marzuki ke dalam PKR bersama-sama Naib Presiden PPP, Nagarajan dan 6,000 ahli PPP menyertai PKR.



Tiada ulasan: