Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.
“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.
Penggunaan kereta-kereta kerajaan semakin berleluasa untuk berkempen bagipihak BN dan telah menjadi semacam satu budaya biasa kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri.
“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.
Menurut pemerhati tersebut, MAFREL mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.
Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.
“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.
Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.
“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong BN telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,” jelas beliau.
MAFREL juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.
1 ulasan:
Seperti yang sudah di jangka. Bukan setakat SPR tak buat kerja, tapi Sarawak adalah lubok samseng yang kerjanya mengugut penduduk selama ini.
Kalau setakat wakil dari Semenanjung yang tak kuat semangat, memamng bakal di ekori kemana mereka pergi.
Rasanya budaya samseng ini ujud sejak dulu, bermula nya pemerintahan Taib Mahmud.
Tu pasal aku tak letakkan sebarang peratus untuk PR menang di sana.
Pilihanraya akan kembali bersih kalau UMNO sudah tiada taring.
Catat Ulasan