6 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU ; CERAMAH PR DIHALANG POLIS KERANA SEBUT NAMA NAJIB

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat pada awalnya berjalan lancar sehinggalah diganggu oleh pihak polis selepas penceramah pertama, YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang habis menyampaikan ceramahnya. Seorang anggota polis cawangan khas telah cuba menhentikan ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit.

Namun setelah dibuktikan oleh pihak urisetia bahawa ceramah tersebut mempunyai permit barulah dibenar untuk diteruskan.

Orangramai semakin bertambah sehingga jumlah kehadiran mencecah 5,000 orang swaktu YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang juga exco Kedah menyampaikan ceramahnya.

Ia diikuti dengan ceramah Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mana ceramahnya mula diganggu oleh pemuda-pemuda MIC yang pejabatnya terletk lebih kurang 30 km di sebelah tempat ceramah.

Giliran R.Tangam kemudiannya menyampaikan ceramahnya yang menyentuh Datuk Seri Najib. Sebaik sahaja beliau tamat, sekumpulan 30 orang anggota polis telah menghalang program itu diteruskan dan meminta supaya diberhentikan yng menyebabkan timbul kekecohan.

Hasil perbincangan bersama YB Gobalakrishnan dan YB Sim, pihak urusetia bersetuju untuk menghentikan program sekalipun dibantah oleh orangramai. Orang ramai menjadi hairan mengapa pihak menganggu dan menghentikan program ceramah kempen pilihanraya Pakatan Rakyat berkenaan tanpa alasan yang menasabah.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sungguh hebat, ahli politik yang telah menjawat jawatan Perdana Menteri tidak boleh disentuh namanya dalam perkara yang berkaitan.

Orang yang bernama Najib Razak sudah jadi mulia tidak boleh disebut sebagai keji, berdosa atau bersubahat dalam melakukan jenayah.

Keadaannya seperti sudah menjadi kuasa raja dizaman dahulu dimana rakyat dipaksa memuji raja, takut pada raja, patuh pada perintah raja... sesiapa yang ingkar akan dibunuh !

Takut kah rakyat dengan ugutan seperti itu...?

"LAWAN TETAP LAWAN"