6 Apr 2009

BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI - KONSPIRASI SPR UNTUK MENANGKAN BN

Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil serentak di Batang ai, Bukit Gantang dan Bukit selambau, Pakatan Rakyat dihimpit dengan pelbagai kekangan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Nombor calon pada kerta undi juga digugurkan atas tujuan sama.

Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prisnip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit.

Bagi PKR, tindakan nekad spr meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi Barisan nasional esok.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada Barisan Nasional.

“SPR ini kerja tak professional..kerja main-main..memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” tambah beliau

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata tindakan meminda kertaa undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”

“Ini muslihat yang cuba dilakukan nSPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin.

Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi parlimen Batang Ai Sarawak.

Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasab itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat seperti lazimnya.

Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi.

Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang aii.

“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin.

Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh PKR.

Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok.

Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.

-tvantara


Tiada ulasan: