24 Mac 2009

Yang ditanya Ramunia Bhd. Yang dijawab Roti Gardenia?

Dipetik dari penyata rasmi Parlimen Malaysia:

Soalan Dari Puan Nurul Izzah Anwar – Lembah Pantai pada 3.18pm, 18 Mac 2009:

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya tidak akan bercakap panjang hanya merujuk kepada Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 01000 di bawah pentadbiran. Saya pergi kepada Tabung Haji, salah satu institusi di bawah kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan mereka yang hendak menunaikan Rukun Keempat Islam.

Saya ingin bertanya kerana saya mendapat tahu bahawa Tabung Haji telah melibatkan diri dalam isu pembelian saham Ramunia Berhad pada pertengahan tahun 2008. Saya difahamkan bahawa Tabung Haji telah membeli lebih daripada 167 juta saham atau 29% dalam Ramunia Berhad pada harga purata RM1.44 sesaham berjumlah lebih daripada RM240 juta.

Yang penting di sini harga saham Ramunia Berhad telah jatuh merudum sehingga 0.25 sen apabila MISC Berhad iaitu Malaysia International Shipping Cooperation, anak syarikat Petronas Carigali Malaysia telah membatalkan pengambilan alih syarikat Ramunia dan akibatnya Tabung Haji mengalami kerugian lebih daripada RM198 juta.

Saya mempersoalkan kepada pihak kementerian, Jabatan Perdana Menteri kenapa Tabung Haji dibiarkan membeli sehingga 29% daripada saham Ramunia Berhad. Bagaimanakah pengawalan pelaburan yang begitu longgar dibuat dalam pembelian saham ini dan bagaimanakah Lembaga Tabung Haji bersama dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dapat menyelamatkan tabungan ahli Tabung Haji daripada kerugian yang besar ini?

Saya sedar bahawa Lembaga Tabung Haji melakukan segala usaha yang terdaya dan kenyataan CEOnya menyatakan mereka mahu menjaga kepentingan pemilik saham, tambahan lagi dana yang dijana oleh lembaga tersebut digunakan untuk menghantar tahun lepas sahaja, jemaah haji ke Tanah Suci sebanyak 26 ribu orang, kerana kos untuk seorang jemaah itu adalah sebanyak RM11,500 seorang.

Lembaga Tabung Haji membantu untuk mengurangkannya kepada RM8973, justeru mengapa dibiarkan pembeli saham Ramunia ini yang akhirnya melibatkan kerugian yang begitu besar. Saya harap dapat dijelaskan, kerana ini melibatkan kepentingan ramai umat Islam, jemaah haji yang ada hubung kait dengan Tabung Haji. Terima kasih.

Jawapan Dari Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz:

Yang Berhormat Lembah Pantai, isu pembelian saham Gardenia Berhad oleh Lembaga Tabung Haji sebanyak RM140 juta, harga sahamnya kemudian. Jadi kita di sini tidak memohon peruntukan tambahan untuk perkara sedemikian. Jadi saya nak jawab pun tidak boleh, keluar daripada butiran.

———————————–
Ulasan Dari YB Lembah Pantai, 19 March 2009:

Pertama sekali, Syarikat yang dimaksudkan bukanlah Gardenia Bhd. (itupun syarikat ini bukanlah syarikat bhd tetapi sendirian berhad – Gardenia Bakeries sdn bhd) tetapi RAMUNIA Bhd. Yang mempunyai paid-up capital sebanyak RM 165 juta!

Kedua, alasan keluar butiran tidak bertanggung jawab memandangkan hal ini berkaitan secara langsung dengan isu pengawasan Jabatan Perdana Menteri terhadap mana-mana GLC. Isu ini melibatkan kepentingan awam memandangkan orang awam, terutamanya masyarakat Muslim Malaysia sedang melabur di Tabung Haji.

Mengapa tiada system pemantauan yang efektif dari pihak Kementerian untuk mempastikan segala urus niaga Tabung Haji dikaji dan dipantau dengan baik supaya wang pelaburan rakyat tidak dibazirkan atas pelaburan yang sia-sia.

Ketiga, saya tidak meminta peruntukan atau lebihan, cuma mahu penjelasan kenapa pelaburan Tabung Haji tidak dipantau dengan baik supaya wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja. Isunya corporate governance yang perlu dipertahankan demi menjaga nama baik institusi Lembaga Tabung Haji.

Jangan berdolak dalih dari menjawab.

4 ulasan:

Muizz berkata...

oh gardenia.
sungguh enak dimakan begitu saja.

Awanama berkata...

patut la anaknya
"makan" awek begitu saja...enak rupanya...dah tengok ke all the pictures?

Muizz berkata...

uish.
dh tgok dh pic tu.
dhsyat2.
smpai blog yg siar gmbar tu 2kali kna block.
hu3.

unanjaga berkata...

Kepincangan dalam pengurusan itu akan berlaku dimana mana,dan ia cukup jelas berlaku dalam kelambu BN(sebagai pemerintah).Beban rugi itu akhir nya tertanggung pada rakyat juga.