12 Mac 2009

PPSMI - Polis Ambil Sikap Kurang Bijak

Polis hari ini dilhat mengambil sikap kurang bijak apabila terus ingin mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menghadiri perhimpinan Anti-PPSMI 7 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat hari ini meminta beberapa orang pemimpin PAS, PKR dan GMP menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan berhubung perarakan pada Sabtu lepas.

Diantara mereka yang diminta menghubungi polis termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa, Ketua Pemudanya Salahuddin Ayob, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hasan Ahmad, Prof Shaharir Mohd Zain, Hasni Abas, Abdullah Hasan, Che Shamsudin Othman, Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah, Kamarulzaman Mohamad, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Suhaizan Kaiat, Ainon Simo@Mohd@Somo, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Idris Ahmad dan Rozan Azen Mat Rasip.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh rakyat yang membantah perlaksanaan PPSMI sekalipun pihak polis telah menggunakan kekerasan yang melampu pada hari berkenaan untuk menyuraikan para peserta perhimpunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah meminta Kementerian Pelajaran supaya mengambil langkah untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin kerana PM mengakui tentang wujudkan keresahan di kalangan rakyat terhadap perlaksanaan PPSMI tersebur.

Banyak pihak beranggapan tindakan polis untuk menahan dan menyoal-siasat pemimpin-pemimpin PAS dan GMP sebagai tindakan kurang bijak kerana ia akan lebih mengakibatkan isu tersebut terus dibincangkan oleh rakyat disaat ia telah pun reda dan akan mengundang simpati rakyat terhadap mereka yang disoalsiasat apatah lagi jika polis mencadangkan keputusan untuk mendakwa mereka nanti.



Tiada ulasan: