13 Feb 2009

Setelah Huru-harakan Perak Najib Lari Ke Sarawak

Setelah berhasil menimbulkan ribut sebaik sahaja merampas kuasa di Perak, Najib yang dicari-cari oleh rakyat Perak rupa-rupanya muncul di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan mubaligh serta kepada mangsa banjir berjumlah RM10.51 juta semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Sarawak.

Ketibaan Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu malam, telah disambut oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menteri kabinet negeri, ketua jabatan negeri dan persekutuan

Pada keesokan hari, beliau menerima anugerah kedua tertinggi negeri iaitu Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran "Datuk Patinggi" daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana.

Upacara penganugerahan itu dilakukan sempena ulang tahun ke-45 Sarawak Maju Dalam Malaysia.

Permerhati politik melihat ia sebagai permulaan kempen pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Najib yang telah menyebabkan huru-hara berlaku di negeri Perak telah dinasihatkan oleh pihak polis untuk tidak melawat Perak sebelum ini diatas faktor keselamatan.

Hampir 2/3 rakyat Perak sekarang ini sedang berada dalam keadaan trauma bila mengingatkan apa yang telah dilakukan Najib terhadap negeri mereka. Ini dapat dibuktikan melalui kajian dan undian pelbagai pihak terhadap kemelut politik yang berlaku di Perak di mana tidak mungkin Najib akan mampu "memujuk" rakyat Perak selagi tidak diadakan pilihanraya di negeri tersebut.

Najib kini menjadi sasaran "kasut yang kini berada di tangan" penduduk Perak. Najib kini merupakan satu ikon manusia yang amat dibenci oleh rakyat Perak.

Kami telah mendedahkan hubungkait 3 segi diantara Najib, Istana Perak dan pembesar Sarawak di dalam artikel kami yang terdahulu.

Pilihanraya Bukit Gantang yang bakal diadakan pada 7 April telah menyaksikan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bertindak untuk menyelamatkan politik Najib bagi memastikan tiada kemelut baru untuk dirinya di ambang beliau mengambil alih kepimpinan UMNO menjelang Perhimpunan Agung Umno dari 24 hingga 28 Mac depan.

Namun mampukah Najib menahan gelora kemarahan rakyat Perak yang semakin memuncak sewaktu beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri nanti?

Tiada ulasan: