15 Feb 2009

Sekarang Baru Zambry Kata Pelik

Bernama melaporkan Menteri Besar kerajaan BN Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Kita juga ingin menyatakan kepada Zambry perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak lebih jauh peliknya!

Dengan meminjam istilah yang digunakannya itu iaitu "kebiasaannya", kita ingin menegaskan kebiasaannya seseorang Menteri Besar dilantik dari sebuah kerajaan yang terbentuk hasil dari majoriti yang diperolehi dari pilihanraya yang ditentukan oleh rakyat, tetapi Zambry menjadi Menteri Besar hasil dari rampasan kuasa paling kotor dan paling buruk berlaku di negeri Perak.

Zambry dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh pada Khamis lepas yang meminta supaya ketujuh-tujuh ADUN Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan.

Sivakumar enggan untuk mendedahkan namun beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Wong di dalam suratnya telah mendakwa proses perlantikan Zamby sebagai menteri besar dan barisan exconya bertentangan dengan Undang-undang Negeri Perak.

Speaker mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.

Sehubungan dengan itu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada pakatan pembangkang yang sehingga kini enggan meletak jawatan.

Penganalisis politik berpendapat tiada ada sebab mengapa Speaker DUN Perak, V.Sivakumar perlu meletakkan jawatannya. Sekalipun Sultan Perak sebelum ini menitahkan Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletakkan jawatan, namun jawatan Speaker tidak tertakluk dengan titah Sultan Perak itu.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Malah sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya sekalipun kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

"Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Perintah Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan)," jelas seorang peguam.

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa beberapa orang peguam turut berpendapat bahawa Speaker boleh mengambil tindakan ke atas Zambry dan barisan exconya seperti menggantung keahlian dewan kesemua yang terlibat tanpa gaji seperti mana yang pernah berlaku ke atas Teng Chang Khim pada April 25, 2005, dimana beliau telah digantung dari Dewan Undangan Selangor setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker Datuk Seri Onn Ismail waktu itu dan kuasa Speaker tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

4 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Dah jadi lawaklah pulak,..

Sudah terang lagi bersuluh, kalau dah salah, ngaku je lah. Zambry kata 'pelik' sebab pelantikannya pun pelik. Kalu sebelum ni tak ikut aturan, sekarang dah terkesima.

Paklah kata BN ada cara menyelesaikannya. Ni yang bimbang nih.. Tentu cara yang tak ikut pintu depan..

Apa jua tindakan BN, pasti ia akan memberi kesan kepada PRK Bukit Gantang.

Takbir!

Juraimi Zainal berkata...

TAK PER KAWAN2 KITA TUNGGU JER NANTI

Saya berpendapat siapa saje calun dari Barisan Nasional akan tewas;

BUKIT GANTANG

Mudah saje: 63% - Melayu (akan terbahagi 2), 10% - India (75% akan cenderung kpd PR), 27% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:56.55% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

BUKIT SELAMBAU

Mudah saje: 50% - Melayu (akan terbahagi 2), 30% - India (75% akan cenderung kpd PR), 20% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:60.50% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Aikk..Pak Lah dah ada cara tersendiri nak gantikan Speaker ahli dewan negeri.alamat tonggang terbalik la undang2 kat malaysia nie..so Pak Lah saya cadangkan lepas ni..suruh mahkamah hapus kan perlembagaan tubuh kerajaan negeri Perak..so negeri Perak dah tak ada perlembagaan la lepas nie....Dulu,Kini dan selamanya..parti perosak negara

Tanpa Nama berkata...

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

Ustaz Ahmad Awang – Naib Presiden 3