Tiba-tiba bersuara sang menteri yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menempelak Pakatan Rakyat yang mempertikaikan langkah SPR yang melambat-lambat pilihanraya kononnya "usah bertanding jika pertikaikan SPR!"
Persis semacam dah cukup berkuasa untuk menolak suara kritikan Pakatan Rakyat yang telah memperolehi 49% dari undi popular di PRU yang ke 12 lalu.
Persis semacam kedudukan beliau di dalam UMNO dah cukup kuat yang cuba menunjuk lagak dan hero menjadi pembela kepada SPR yang telah lama dikritik hebat oleh rakyat supaya berlaku adil dan telus di dalam menjalankan amanah.
SPR selama ini memang diragui keadilan dan ketelusannya, maka sebab itu berlaku perarakan bersejarah 10 November 2007 BERSIH yang berarak ke istana bertujuan untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah pemimpin UMNO terutama Muhyiddin tidak dapat membaca mesej tersebut, bahawa rakyat Malaysia sebenarnya kini mempesoalkan kepimpinan mereka yang selama ini memperkudakan apa saja badan berkanun terutama SPR untuk terus berkuasa?
Muhyiddin, Malaysia bukan kamu seorang yang punya sehingga berani mencabar Pakatan Rakyat untuk usah bertanding di dalam Pilihanraya. Malah Muhyiddin, Malaysia bukan UMNO atau BN yang punya untuk kamu menempelak sebuah pakatan yang telah menerima sokongan rakyat yang begitu ramai semenjak Pilihanraya yang lalu sekalipun SPR telah diketahui sentiasa cuba untuk "berjalan senget" pada setiap kali Pilihanraya diadakan.
Masih ramai kedapatan menteri-menteri UMNO yang mentalitinya berfikir dengan acuan dari zaman kolonial tetapi masih hidup di dunia era digital ini dan Muhyiddin adalah salah seorangnya.
Apabila Pakatan Rakyat mengkritik SPR ia bererti ada sesuatu yang tidak kena disebalik tindakan SPR yang amat meragukan rakyat. Sama seperti halnya apabila BN / UMNO melakukan pindaan terhadap Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun kepada 66 tahun satu masa dulu semata-mata untuk memberi ruang kepada Pengerusi SPR waktu itu untuk memegang jawatannya sewaktu umurnya melangkah masuk ke tahun yang ke 66 jelas dan mahu menyelamatkan Rashid supaya membolehkan beliau meneruskan konspirasi untuk bersekongkol dengan kerajaan BN.
Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!
Pernah satu ketika tatkala Pakatan Rakyat mengadu mengenai kejadian pengundi hantu. UMNO menolaknya. SPR menolaknya. Tetapi Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah pada tahun 2001. dimana hakim tersebut memutuskan demikian atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.
Beliau berkata, dalam penghakimannya, Muhammad Kamil berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.
Meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihanraya Malaysia waktu itu.
Nah kini SPR cuba melakukannya sekali lagi. Apa yang dilihat oleh rakyat tarikh pengumuman tarikh penamaan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukti Selambau iaitu 29 Mac 2009 adalah tarikh selepas Perhimpunan UMNO tamat iaiitu pada 28 Mac 2009. Apakah ia semata-mata faktor kebetulan belaka?
SPR sebelum kemelut politik Perak bermula telah memutuskan tidak ada pilihan raya kecil untuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, DUN Behrang dan Changkat Jering yang masing-masing diwakili oleh Jamaluddin Md Radzi dan Othman Jilau sekalipun mengejutkan banyak pihak dan menyalahi apa yang berlaku sebelum ini. Ia juga bertentangan dengan pandangan bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Ahmad sendiri yang berpendapat pilihan raya mesti diadakan apabila speaker memaklumkan mengenai kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dan hal itu telah ke mahkamah. Kita masih menunggu samada mahkamah akan memutuskan tindakan SPR yang bertindak ultra vires itu sah atau tidak.
SPR perlu bukan sahaja perlu "bertindak" malah "mesti dilihat" sebagai sebuah badan yang adil, telus dan tidak berpihak di dalam menjalankan tugasnya. Dan Muhyiddin tak perlu menumpang tuah Najib yang telah berjaya merampas kuasa untuk menaikkan kerajaan haram BN di Perak semata-mata kerana ingin menjadi regu Najib di dalam Perhimpunan Agong nanti yang bakal menobatkan Najib sebagai Presiden UMNO dan bakal Perdana Menteri Malaysia dan Muhyiddin sebagai timbalannya.
Malah kedudukan kerajaan BN Perak yang haram itu sendiri kini bagai telur dihujung tanduk, sama seperti kedudukan Najib kini yang menjadi sasaran kebencian rakyat Perak dan jika kerajaan UMNO BN tercampak semula dari tampuk pemerintahan di Perak, Najib dan Muhyidddin akan "diganyang" sekali oleh rakyat seluruhnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan