15 Feb 2009

Najib Mesti Dihalang Menjadi PM

Kemelut politik Perak mendedahkan petualang sebenar negara. Beliau merupakan orang yang sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa hatta menggunakan taktik dan teknik paling tidak bermaruah.

Malah beliau yang bertanggungjawab mengheret Istana Perak ke kancah politik.

Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermoral menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini berkata:

"Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."

Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.

"Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama," tegasnya lagi.

Sementara itu Abdullah dijadual akan melepaskan jawatannya hujung bulan depan iaitu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika bercakap selepas kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mahu Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pembaharuan negara.

Kata Hadi, Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Abdullah.

Justeru, kata pemimpin itu, Pakatan Rakyat akan membincangkan kemungkinan membawa usul sedemikian apabila Parlimen mula bersidang minggu depan.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen Ke-12 akan bermula Isnin ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Gambar dibawah yang diambil di lebuhraya di Perak boleh memahamkan kita betapa kebencian rakyat pada Najib yang akan memusnahkan negara.




1 ulasan:

tok iskandar berkata...

Tok baru je belek sepintas lalu media-media totok UMNO,nampak tajuk utama Pakatan Rakyat berpecah!

Dalam agensi berita nasional,Bernama yang dikuasai Anuar Zaini juga melaporkan krisis dalaman Pakatan Rakyat.

Jahat dan licik sungguh si Anuar Zaini ni,eloklah kalau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang meniaga di pasar,mini market dan bisnes sendiri bila jumpa manusia bernama Anuar Zaini ni,korang bagi dia harga yang mahal-mahal sebagai upah kepada Bapa Peruntuh Demokrasi di Perak.Gelaran tu kau kena kongsi dengan Najib dan Zahid.

Realitinya,UMNO-BN semakin ditolak rakyat,kaum India memang dah lama makan hati dengan sikap angkuh UMNO-BN ini.Banyak isu melibatkan kaum India seperti HINDRAF,Kugan dan macam-macam lagi yang tak diambil peduli oleh UMNO-BN.Kalau MIC bijak,eloklah bawak 3 MP korang tu join Pakatan Rakyat.

Kaum Cina lebih 90% pengundinya menolak UMNO-BN ketika PRU12 dan PRK Permatang Pauh.PRK Kuala Terengganu tak boleh dijadikan uguran kerana kapasiti mereka sebagai minoriti serta berdepan dengan tekanan kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai UMNO.

Kaum Melayu pula berbelah-bahagi tetapi senario politik mutakhir seperti rampasan kuasa di Perak oleh UMNO-BN menjadi penanda aras kebangkitan Melayu menolak UMNO-BN.Tidak ramai Melayu yang tahu UMNO-BN telah merampas 1 juta hektar tanah rizab Melayu atas alasan pembangunan.Bela Melayu hanyalah pembohongan besar UMNO yang dibuat untuk mendapatkan undi mereka.

Melayu sekarang bukan bodoh.....Kenaikan harga barang runcit,PLUS pula menambah beban rakyat dengan pengumuman kenaikan tol sebanyak 5% dan gula pula naik 20 sen sekilo.

Apa yang najib buat untuk memulihkan ekonomi negara.Beli 3 DUN Pakatan Rakyat lompat parti retilah dia.Ketika ini 10 ribu orang menganggur.pelabur asing ramai yang berkira-kira nak tutup kilang.Prestasi najib sebagai menteri kewangan lebih teruk daripada Pak Lah.Eloklah dia dipecat atau dipotong gaji seperti yang dicadangkan oleh MTUC.Cadangan potongan gaji ke atas menteri kabinet dibuat MTUC baru-baru ini jika ekonomi masih meleset.

Earl Longford ke 7,seorang bangsawan politik terkenal di England pernah berkata,hanya ikan-ikan yang mati mengikut arus sungai.

Siapa nak jadi ikan mati boleh join UMNO-BN.Ingatlah semua Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim UMNO-BN yang memerintah negara melalui kaedah penipuan,ugutan dan jual beli.

Tok nak peringatkan kepada MB Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi tindakan terbaru kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap little napolean dalam jentera kerajaannya.Mereka inilah ibarat duri dalam daging dan musuh dalam selimut.Jangan dibiarkan mereka bermaharajalela serta merosakkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat