19 Nov 2007

Rashid perlu letak jawatan secara terhormat atau akan dipaksa turun secara hina

Hari ini Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut bagaimana Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman boleh membuat kenyataan kononnya dia tahu tarikh pilihanraya sedangkan kuasa membubarkan parlimen adalah di tangan Perdana Menteri.

Abdul Rashid semasa di majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka minggu lepas menyatakan beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya.

"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," katanya.

Demikianlah kenyataan angkuh seorang penjawat jawatan awam yang selama ini dikenali sebagai orang yang paling bertanggungjawab di dalam menyebabkan berlakunya sistem pilihanraya yang kotor dan tidak adil di negara ini.

Beliau yang selama ini tidak pernah mengakui perbuatan curang yang dilakukan di atas nama Pengerusi SPR untuk menggaris pelan-pelan tindakan yang memberikan keuntungan dan kelebihan kepada parti pemerintah melalui pelbagai tipu daya dan muslihat seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya yang ternyata senget sebelah, memindahkan pengundi-pengundi, mengizinkan wujudnya pengundi hantu, mengekalkan sistem undi pos yang memihak kepada pemerintah, tiba-tiba hari ini ditempelak oleh Perdana Menteri sendiri terhadap kenyataannya yang seolah-olah cuba menunjukkan beliau orang paling berkuasa di dalam menentukan pilihanraya di dalam negara ini.

Di dalam Muktamar PAS yang baru lalu, perwakilan Negeri Kelantan, YB Ust Nasaruddin Daud, ADUN Meranti turut mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terhadap Daftar Pemilih.

Ust. Nasaruddin mendedahkan di Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Kelantan, petugas-petupas pilihanraya PAS telah mengesani dan membantah sejumlah 1800 nama pengundi luar yang dimasukkan ke dalam Semakan Daftar Pemilih oleh pihak SPR.


Dan meskipun tempoh jangkawaktu bantahan diberikan oleh SPR adalah singkat (seminggu) untuk menggagalkan bantahan PAS, namun pihak PAS berjaya juga mengeluarkan semula nama-nama itu.


Namun apa yang perlu diberikan perhatian ialah PAS terpaksa membayar RM18,000 kepada SPR kerana satu nama yang dibantah, pihak SPR telah mengenakan RM10.


Penipuan ini sengaja dilakukan oleh SPR dengan tujuan untuk memungut duit dari pihak yang membantah dan jika tidak dibantah pula akan memberikan kemenangan kepada pihak BN.


Dan anehnya di dalam Daftar Pemilih yang baru, pihak SPR dikesani telah memasukkan seramai 299 orang yang sama dari 1800 yang telah dikeluarkan dahulu dari DUN Bukit Panau.

Itu satu bukti yang amat nyata SPR selama ini sebenarnya telah menjadi kuda tunggangan BN untuk melakukan penipuan.


Partai Keadilan Rakyat di dalam Perhimpunannya juga pernah turut mendesak Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatannya kerana telah gagal menjalankan tanggungjwab dan amanah sebagai Pengerusi SPR supaya SPR bertindak adil dan telus kepada semua parti politik di negara ini.


Tan Sri Abdul Rashid dengan angkuh dan sombong menolak permintaan perletakan jawatan itu dengan menyatakan bahawa tidak perlu orang lain mendesak beliau meletakkan jawatan kerana menurutnya beliau akan meletakkan jawatan apabila sampai masanya tanpa perlu didesak oleh sesiapa.



Kini nampaknya hukum alam yang diaturkan oleh Allah s.w.t. tetap berjalan. Apabila permintaan rakyat agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat tidak diendahkan, maka saat untuk beliau turun dari jawatannya secara terhina akan menjadi kenyataan.


Pengerusi SPR tersebut perlu sedar, 100,000 rakyat yang berhimpun pada 10 November lalu sebenarnya adalah manifestasi kebencian rakyat kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Inipati memoandum yang diserahkan oleh rakyat kepada DYMM diPertuan Agong ialah untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.


Ertinya akyat sudah lama dikecewakan oleh SPR dengan sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah.


Tetapi Abdul Rashid yang mukanya tidak pernah tahu erti malu lansung tidak mengambil pusing dan memandang berat tuntutan rakyat berkenaan dan kini cuba berlagak sebagai orang paling tahu dan paling berkuasa dalam menentukan hal-hal pilihanraya di dalam negara ini.


Masa untuk anda turun secara terhina akan sampai juga justeru itu piliha antara dua, letak jawatan secara terhormat atau anda akan dipaksa meletak jawatan secara paling hina!

Tiada ulasan: