Akibat dari keghairahannya untuk menunjukkan kononnya beliau Menteri Besar terbilang yang inginkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menunjukkan peningkatan prestasi dengan menghadiahkan "penyapu" kepada PBT gagal mencapai target kutipan hasil yang ditetapkan, akhirnya Khir Toyo kini dipenyapukan oleh pelbagai pihak.
Terbaru, Khir Toyo diselar oleh Perdana Menteri sendiri yang meminta Menteri Besar Selangor itu memikirkan kaedah lain dengan membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Beberapa pihak lain juga termasuk ulama dan kesatuan-kesatuan sekerja mengecam langkah itu dan menyifatkannya sebagai terlalu hina dan mengaibkan kakitangan awam.
Presiden Teras Penupayaan Melaayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa "memberi penyampu kepada mereka yang berkenaan oleh ketua pentadbiran bukan sahaja melanggar adab dan mengaibkan malah memberi tekanan saikologi yang berkekalan terutama dikalangan orang dewasa. Apatah lagi apabila mereka yang terlibat dihukum sedemikian rupa dihadapan khalayak ramai."
Sebelumnya Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (MP Larut) Perak, menyifatkan ia sebagai suatu perbuatan biadab dan boleh menjatuhkan maruah seseorang yang menerimanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan