Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kesal atas dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong perhimpunan 100,000 rakyat 10 November lalu kini dketahui adalah seorang ahli UMNO yang berdaftar.
Hal ini memperkuatkan hujjah bahawa UMNO kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja termasuk mendesak ahlinya yang kini menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memburukkan perhimpunan aman yang disertai oleh 100,000 rakyat yang merafak sembah ke Istana untuk menyerahkan memorandum menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.
Wan Mohd Safiain Wan Hasan bernombor kad pengenalan 461214035359 adalah ahli berdaftar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Cawangan Taman Desa Minang, Bahagian Gombak.
Justeru itu, rakyat hari ini mempertikaikan kenyataan yang dkeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara tersebut, suara sapakah yang dibawanya? Yang Di Pertuan Agong sendirikah atau parti yang menaungnya iaitu UMNO?
Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memorandum tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memorandum Bersih itu.
Kerajaan sebelum ini telah melantik Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menimbulkan kontroversi. Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi (foto), selain daripada menjadi seorang ahli UMNO juga telah pernah memegang jawatan penting dalam UMNO seperti Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2004, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, dan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan UMNO.
Dengan melantik ahli-ahli UMNO sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Hakim Mahkamah Persekutuan jelas menampakkan Kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lansung tidak mempunyai maruah dan etika sehingga sanggup melacurkan institusi raja dan kehakiman untuk kepentingan partinya.
Justeru itu, pendedahan perlu dilakukan dan hal-hal sebegini perlu diberikan noktahnya kerana UMNO telah lama memperalatkan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, insitusi kehakiman dan kini institusi raja juga cuba dilacurkan untuk kepentingannya sehingga mewujudkan keadaan "padang yang tiak seimbang" di dalam pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan