Gelombang Kuning - itulah namanya. 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagalkan perhimpunan keramat ini.
Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.
Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.
Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke perkarangan istana diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.
Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan