13 Mei 2015

Evita, Imelda, Leila dan Rosmah - Ada Persamaan Diantara Mereka


Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke-14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamor.

Pesta dan kenduri-kendara di Istana menjadi buah mulut warga Perancis.

Marie Antoinette dengan boros membelanjakan dana negara untuk kenduri-kendara, berpoya-poya dan pesta-pestaan seperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Perancis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh tuan tanah dan kaum feudal.

Apabila dana negara kosong, Raja Louis mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette pula terus berbelanja tanpa henti – menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai pak tani mati kelaparan.

Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini membantu memangkin kemarahan kaum tani. Akhirnya Revolusi Perancis meledak.

Revolusi Perancis menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Akhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka dengan sebulat suara bersetuju agar leher Permaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.

Itu kisah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Kedua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi – pandai menyanyi dan berlakon. Si mak janda berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.

Kononnya lawatan rasmi

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi presiden, dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Melalui popularitinya ini, Evita berjaya merembat harta negara. Pada tahun 1947 Evita bercanda-canda ke Eropah, kononnya untuk “lawatan resmi negara”. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akaun bank di Switzerland.

Manakala di Asia Tenggara kita bertemu dengan Raden Ayu Siti Hartinah atau Ibu Tien, isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang merampas kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini menyaksikan pembantaian hampir tiga juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Media Indonesia dan luar negara turut melaporkan tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Jeneral Haji Muhamad Suharto memerintah Indonesia dengan kejam dan ganas. Suharto membunuh lebih dari tiga juta penyokong Sukarno ketika mengukuhkan rampasan kuasa. Setelah berkuasa, ribuan warga Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto menyerang dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka.

Ketika semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak atau 10 peratus kepada Radin Ayu Siti Hartinah. Dikatakan, suami Wanita Pertama Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral Suharto beraja di mata dan bersultan di hati.

Tidak jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi First Lady. Namanya Imelda. Mak janda ini sama seperti Evita Peron, seorang bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada jantan-jantan yang berkuasa. Akhirnya Imelda menjadi isteri kepada Presiden Marcos – seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965-1986.

Setiap hari muncul di TV

Imelda juga amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak Janda Berhias ini merompak dan menjarah harta negara Filipina. Marcos sama seperti Suhato yang dipelihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.

Di zaman Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis antidiktator hilang lesap begitu saja. Warga Filipina selama 20 tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul di kaca TV dan di akhbar. Kenduri-kendara dan pesta-pestaan Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Pada satu ketika, Imelda membuat festival filem yang dikatakan lebih hebat dan lebih glamor dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Filipina turun ke jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi Filipina.

Paling terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Minah pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT – First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang prihatin si minah ini telah menubuh SAIDA badan amal melawan barah. Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket Leila.

Kesah gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah dilaporkan oleh media Perancis bagaimana Si Leila menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Perancis hanya untuk membeli aiskrim yang diminatinya.

Pada 4 Januari 2011, seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulaan kepada gerakan jalan raya di Tunisia yang menamatkan 22 tahun penguasaan Leila dan Zainal Abidin.

Ketika diburu oleh rakyat, Leila dan Zainal memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas. Dua ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia.

Diburu Interpol

Kerajaan baru Tunisia menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepada dua ekor suami isteri ini. Malah sehingga hari ini Interpol sedang mencari Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.

Marie Antoinette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Selepas diporak-perandakan, negara ini kini sedang berusaha untuk pulih semula.

Kisah perempuan-perempuan ini sedang berulang di hadapan mata kita. Kisah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh 26 juta rakyat Malaysia sekarang.

Kisah di Malaysia juga bermula dengan seorang mak janda berhias yang merayau-rayau mencuba nasib. Akhiri berjaya mengahwini seorang duda Lanun Bugis bernama Najib Razak.

Sebaik sahaja Lanun Bugis ini dilantik menjadi perdana menteri Malaysia – si mak janda berhias menggelarkan dirinya FLOM, walaupun dari segi protokol, First Lady of Malaysia ialah Baginda Permaisuri Agong.


Si mak janda berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu malapetaka sabagini.

Kita ada membaca kesah Raja Bersiong di Kedah. Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah anak dara. Tapi ini kesah hikayat, bukan fakta, bukan seperti yang kita rasakan hari ini.

Akhbar New York Times melaporkan tentang anak Rosmah melabur US$100 juta untuk membuat filem di Holywood – bukan RM100 juta tapi US$100 juta. Ertinya kali tiga duit ringgit.

Punca kekayaan Najib, Rosmah

Anak Rosmah yang sama juga membeli sebuah pondok yang bernilai lebih dari 110 juta ringgit di New York.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana mamat ini dapat duit? Malah, bekas perdana menteri Mahathir Muhamad bertanya dari mana puncanya harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari ini masih belum terjawab.

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia. Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.

Kini, hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat 1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepalai oleh Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Media telah melaporkan bagaimana berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis tentang RM 42 bilion hutang 1MDB yang akan menjadi hutang negara dan akan menjadi hutang rakyat.

Semua ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan – siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasihat 1MDB? Cina ini juga dikatakan berjaya merembat duit negara melalui 1MDB. Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.

Keadaan ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.

Kesah mak janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet rasmi negara bukan lagi satu rahsia. Kesah boros mak janda berhias ini mungkin juga telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. Marie Antoinette dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang berharga berjuta ringgit.

Paling akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad, bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan anak janda berhias ini, harga bunga sahaja telah mencecah RM3 juta – diulangi – bukan RM3, bukan RM3 ribu, tapi RM3 juta ringgit.


Ini baru harga bunga belum diketahui harga yang lain

Apa sebenarnya watak perempuan ini? Siapa mereka ini? Kenapa mereka berperangai sedemikian. Tunggu minggu hadapan. -Hishamuddin Rais/mk

Menabur Fitnah Sudah Menjadi Budaya Kumpulan Pro-Ulama...


Harapan tinggi kepada PAS terhempas oleh A Shukur Harun

Demikian ramai pendukung PAS melihat dengan penuh kekecewaan akan wajah PAS masa kini. Ada yang sangat bimbang, malah marah.

Wajah parti Islam yang sudah berumur 61 tahun itu kelihatannya, tidak ceria, kusut masai, murung bagaikan pesakit kronik yang sukar sembuh dan penuh masalah yang tidak terselesaikan,

Sepatutnya parti itu dilihat teguh, meyakinkan kerana sudah begitu berpengalaman serta menempuh pelbagai cabaran yang hebat sepanjang sejarahnya.

Pendukung PAS berhak merasakan bimbang, kecewa, malah marah atas apa yang berlaku di dalam PAS yang akan bermuktamar ke-61 awal tahun depan. Mereka selama ini menggantungkan harapan tinggi kepada PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang boleh membela ummah.

Malah golongan bukan Islam banyak memberi sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 kerana konsep “PAS For All” yang didukung oleh PAS.

Tetapi kini, semua harapan mereka terhempas, justeru PAS dilanda krisis berat yang hingga kini belum ada sebarang usaha untuk memulihkannya. Konsep “PAS For All’ entah ke mana.


Dari jurang krisis itu tercetuslah label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata kesat yang dahsyat

Ada pula tuduhan kononnya wujud golongan di dalam PAS yang berusaha untuk menyelewengkan dasar Islam, lari dari perjuangan asal PAS, konon hendak menjadikan PAS sebagai parti sekular dan pelbagai lagi tuduhan, malah fitnah yang tidak pernah kita fikirkan boleh tercetus di dalam jemaah PAS di mana pendukungnya melalui tarbiah – usrah, tamrin, mukhayyam, pelbagai kuliah mengenai pembentukan akhlak sejak puluhan tahun.

Ramai yang bertanya di mana menghilangnya nilai ukhuwah, persaudaraan Islam yang dibina sekian lama di dalam jemaah PAS yang selama ini menjadi nilai paling mulia di dalam warga PAS. Kini semuanya musnah. Ada ahli yang jujur menitiskan air mata mengenangkan hal ini.

Ada pihak yang mengumpamakan krisis di dalam PAS ini seperti kapal raksasa “Titanic British”, yang musnah di lautan Atlantik kerana terlanggar batu salji yang sangat besar ketika belayar di lautan itu.

Pembuat kapal itu dengan angkuhnya memberitahu, kononnya tidak ada satu pun makhluk di bumi ini yang boleh memusnahkan kapal hebat itu kerana ia dibina sedemikian rupa.

Kapten kapal itu pula, ketika dalam pelayaran, dengan angkuh tidak mahu mendengar nasihat beberapa pakar lautan di dalam kapal Titanic itu sendiri yang menasihatinya supaya mengubah laluan disebabkan laluan yang hendak ditempuh banyak batu besar salji yang sangat merbahaya, yang boleh memusnahkan kapal itu jika melanggarnya.

Akhirnya Titanic itu melanggar batu besar itu dan tenggelam, semuanya tidak dapat diselamatkan, termasuk ahli orkestra yang menghiburkan penumpang kapal itu.

Kini kapal Titanic yang hebat itu hanya menjadi sejarah. Tenggelam bersama keangkuhan manusia, kaptennya tidak mendengar nasihat dan menentang kehendak alam.

Jika krisis di dalam PAS ini tidak ditangani segera maka parti itu akan kehilangan haibah dan izzahnya sebagai parti Islam tersohor.

Perlulah dikenal pasti segera akan masalah yang ada di dalam PAS, Iaitu perpecahan yang dicetuskan oleh perbuatan label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata nista yang sangat buruk, ditambah sikap berpuak-puak yang merebak hingga di peringkat cawangan dan kawasan.

Malah ada lagi fitnah besar yang menuduh konon ada golongan yang berpendapat bahawa ada pihak yang sanggup menggadaikan Isla demi “rakus” mengutamakan kemenangan terlebih dulu. Juga menuduh ada pihak yang berpendapat menang dulu, barulah kita fikir macam mana Islam. Ini sebuah kenyataan yang sangat naif.

Sejak bila golongan progresif di dalam PAS yang mereka musuhi ini hendak menyelewengkan dasar perjuangan PAS dan mengetepikan reda Allah. Ini tuduhan yang sangat dahsyat.

Apabila semua tuduhan ini hanya berdasarkan andaian, persepsi melulu dan tidak dapat dibuktikan maka ia menjadi fitnah dan inilah sumber utama yang menimbulkan krisis berat di dalam PAS.

Sikap golongan konservatif inilah yang menyebabkan tersingkirnya beberapa tokoh terbaik dalam PAS di mesyuarat PAS peringkat kawasan dan mungkin juga penyingkiran ini akan berlanjutan hingga ke pemilihan peringkat pusat di muktamar PAS awal Jun ini. Kemungkinan ini tidak mustahil.


Jika tokoh terbaik itu yang menunjukkan prestasi cemerlang mereka terhadap parti selama ini ditewaskan oleh golongan konservatif ini dalam pemilihan di muktamar nanti, maka apalah lagi yang tinggal di dalam PAS untuk melayari bahtera perjuangannya pada masa depan.

Yang tinggal di dalam PAS ketika itu hanya retorik, permusuhan, kebencian, mengumpul semakin ramai musuh, membuang kawan dan memandang sebelah mata akan golongan yang tidak sealiran dengan mereka dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat. Berlegarlah PAS di sekitar kawasan Melayu dan kampung halamannya saja.

Kita ingin bertanya lagi sejak bila golongan yang dibenci ini menyeleweng dan tidak istiqamah dengan dasar perjuangan PAS. Pada hal terbukti dalam sejarahnya mereka yang dituduh inilah yang menabur bakti, berjuang dalam PAS dengan penuh istiqamah sejak zaman berzaman, pada ketika “ustaz muda” ini masih belajar di timur tengah.

Oleh itu, saya tertarik membaca buku “Melakar Agenda – Masa Depan Politik Islam di Malaysia” oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang menyebut mengenai simptom yang mencetuskan krisis berat di dalam PAS sekarang.

Antara lain, beliau menyebut bahawa kecelaruan sesetengah ahli PAS, khususnya yang baru mengenali erti organisasi dan perjuangan PAS, menimbulkan pelbagai kekecohan. Katanya, mereka mengangkat diri konon sebagai pejuang yang hendak mempertahankan PAS dari “unsur yang melarikan PAS jauh dari asalnya”.

Namun, katanya, selepas meneliti tindak tanduk mereka ini, khususnya yang pulang dari Mesir, serta menggelar diri mereka sebagai “ulama”, lebih banyak menimbulkan kekecohan dan kekeliruan daripada kejelasan.

Tindak tanduk mereka yang berlagak lebih tahu daripada kehendak roh dan semangat PAS itu sendiri, menyebabkan Dr Mujahid menulis buku tersebut untuk menjelaskan semula hasrat dan cita-cita PAS serta cuba memahamkan sikap dan kebijaksanaan parti terhadap pelbagai isu dalam kerangka negara berpandukan kepada semangat perlembagaan parti.

TERBARU: KAK LAH DIFITNAH


Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja naik pentas

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang menuduhnya menentang hudud tanpa mendapatkan penjelasan beliau.

Beliau dituduh menolak hudud apabila gambarnya di ceramah yang dihadiri penasihat DAP, Lim Kit Siang disebarkan di media sosial.

"Saya sedih kehadiran saya di ceramah di Kota Bharu telah diviralkan. Merata-rata pihak tertentu menyebarkan gambar kehadiran saya yang didakwa menentang hudud," katanya.

Beliau sedih kerana tuduhan yang tidak benar itu telah dilakukan oleh orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat tapi sanggup menyebarkan fitnah begitu.

Malang sekali tambah beliau, tidak ada seorang pun yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang apa yang berlaku dalam ceramah tersebut.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, beliau hadir ke ceramah tersebut kerana menemani suaminya yang mahu mendengar ceramah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

"Kebetulan, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Hasimah Abd Rahman melihat saya di padang dan menjemput saya naik ke pentas. Saya menolak jemputan itu kerana saya hendak bertemu rakyat dan menemankan suami yang hendak dengar ceramah Rafizi.

"Pengerusi majlis ketika itu berulang kali memanggil saya naik ke pentas. Hadirin yang saya temui juga berulang kali meminta saya naik ke pentas," katanya.

"Kebetulan pula, ada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, jadi saya rasa tidak elok jika saya menolak permintaan penganjur. Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja datang untuk naik ke pentas," jelasnya.

Beliau menegaskan, sebagai anak jati Kelantan yang sudah lebih 30 tahun bersama PAS, beliau memang sudah serasi dengan kepimpinan ulama.

"Jadi kenapa fitnah saya dan DMPP menentang kepimpinan ulama dan menentang hudud?" soalnya. -
-HD


ULASAN GB

Mereka mendakwa mereka mempertahankan ulama. Apabila mereka gagal berhujjah, mereka mengambil jalan singkat mereka melakukan fitnah dan menyerang peribadi lawan. Itu kaedah haiwaniah Machievellism - matlamat menghalalkan cara.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Barua, Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya seperti yang diungkapkan oleh Pak Shukur di atas.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolak kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Berjayakah mereka Setakat ini mereka berjaya. Beberapa YDP kawasan termasuk DS Nizar tewas dan beberapa orang yang menjadi pilihan mereka diangkat dikawasan-kawasan termasuk menantu Haji Hadi di Subang.

TETAPI, berkatkah tindakan mereka. Itu persoalan penting. Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas).

Kemenangan yang diperolehi dengan fitnah itu adalah kemenangan yang rapuh dan tiada keberkatannya dan akan tumbang pada bila-bila masa walaupun mereka telah berjaya menghasut dan mempengaruhi seluruh ahli PAS di peringkat cawangan dan kawasan.

Sekalipun mereka berjaya merebut jawatan-jawatan di dalam parti (malah kumpulan mereka pernah mendakwa mereka tidak pelahap jawatan), namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Apabila kemenangan diperolehi dengan cara yang kotor, yang kotor itulah juga yang bakal menimpa mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

Juga di dalam satu hadith lagi, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang hamba apabila memfitnah dan mencerca seseorang nescaya fitnah dan cercaan itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dicercanya dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang memfitnah dan mencercanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

oRANG YANG DIFTNAH AKAN SENTIASA TENANG TETAPI MEREKA YANG MEMFITNAH ITU AKAN SENTIASA HIDUP DI DALAM KEADAAN GUNDAH GULANA DAN MENUNGGU BALASAN BERAT DARI ALLAH SWT.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

12 Mei 2015

Ada "Rundingan" Najib & Muhyiddin Supaya Najib Kekal Sementara Sebagai PM?


Reaksi wajah Najib jadi tanda tanya

Reaksi wajah Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media sebaik mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selesai pada petang Isnin menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Selain mesyuarat yang berlangsung agak “panas”, kenyataan yang dibuatnya turut dipersoalkan.

Dalam entri terbarunya, bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin membuat analisis berdasarkan gerak geri Najib ketika berdepan dengan media.

“Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat hari ini, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang.

Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum”, tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin juga mempersoalkan hasil perbincangan empat mata antara Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyuddin Yassin, yang berlangsung di Putrajaya.

Katanya, berdasarkan reaksi yang ditunjukkan, ia menjadi tanda tanya apakah hubungan kedua mereka telah benar-benar pulih.

“Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.

“Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO”, dakwanya.

Mengenai kenyataan Najib berhubung pertemuannya dengan Muhyiddin yang berlangsung di pagi Isnin, blogger itu turut mengulas lanjut.

“Hari ini jugalah Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.

“Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan “kita akan selalu bincang” yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.

“Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?”, soalnya.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, dia membuat andaian mungkin, orang nombor dua itu tidak pernah diajak berbincang sehingga menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau enggan menjawab mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya.

Isu 1MDB yang semakin terdesak juga menyebabkan buat pertama kali selepas enam tahun, Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan syarikat itu.

“Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?

“Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!” tulisnya.

Bagi Shahbudin, dia apa yang dinyatakan Najib berhubung sokongan yang diterima pada sidang media hanya bersifat luaran atau permukaan wal hal ia berada dalam keadaan yang rapuh.

“Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari?” tulis Shahbudin ketika mengakhiri blognya. -FMT


Ungkapan "Kita Akan Selalu Bincang" Petanda Najib Mulai Bimbang

Apakah yang dapat disimpulkan daripada mesyuarat MT UMNO semalam di sebalik beberapa penjelasan yang diucapkan Najib Razak kepada media sebaik saja mesyuarat itu berakhir?

Adakah semuanya sudah beres dan keakraban kembali seperti sedia kala apabila Najib berkata semua ahli MT memberi sokongan penuh kepada beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin?

Apakah hubungan Najib dengan Muhyiddin sudah pulih dan mereka benar-benar tiada masalah lagi hanya dengan adanya pertemuan hati ke hati pada sebelah pagi sebelum mesyuarat semalam?

Kenapa ketika bercakap dengan media wajah Najib tidak begitu ceria manakala Muhyiddin kelihatan masam mencuka?

Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.

Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO.

Shafie Apdal paling ketara tingkahnya, selepas melahirkan kebimbangan mengenai 1MDB yang tidak ditangani secara telus, kemudian pergi menunaikan umrah dan tidak hadir beberapa program parti dalam dua tiga hari ini, dari Mekah pula beliau mengeluarkan kenyataan lagi agar UMNO dijadikan parti akar umbi dan bukannya eksklusif kepada golongan tertentu saja.

Pemuda-pemuda UMNO negeri sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang senada dan seolah-olah kecewa dengan beberapa isu yang dilihat tidak telus serta tidak diurus dengan baik sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di Rompin dan Permatang Pauh.

Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat semalam, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang. Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang berada di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum.

Hari semalam jugalah Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.

"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang untuk memastikan kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan selesa dan kukuh supaya tidak ada sesiapa boleh memecah belahkan kita," kata Najib.

Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan "kita akan selalu bincang" yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.

Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?

Apakah kerana Tun Mahathir sudah beberapa kali menyebut Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri, maka Najib baru menyedari beliau sedang disaingi dan kini cuba "mengepung" timbalannya itu?

Mungkinkah kerana tidak pernah diajak berbincang itu menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau tidak tahu nak jawab apa mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya dan ia akhirnya menjadi sebab utama kekalahan BN di Permatang Pauh?

Selain itu, kenapa pula Najib memberitahui beliau ada perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi sebelum mesyuarat MT kali ini?

Jika beliau selalu mengadakan perbincangan dengan Muhyiddin atau setiap kali sebelum mesyuarat bulanan MT, pertemuan dengan timbalannya itu sentiasa diadakan, tentulah tidak perlu diberitahu adanya pertemuan hati ke hati ini?

Dengan baru sekarang mengaku mengadakan pertemuan hati ke hati dengan timbalannya, bukankah ia bermakna mereka tidak pernah berbincang sebelum ini?

Lebih dari itu, bukankah apabila ada perbincangan hati ke hati, bermakna memang ada perkara yang terbuku di hati?

Buat pertama kali juga Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan 1MDB.

Kenapa hanya setelah enam tahun dan hutangnya sudah mencanak melebihi RM42 bilion baru Najib mahu berbuat demikian? Mengapa tidak bersikap telus sejak awal penubuhan 1MDB lagi?

Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?

Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!

Dilihat daripada ketegangan beberapa hari sebelum mesyuarat MT kali ini, Najib mungkin kelihatan berjaya merumuskan sokongan tetap diberikan oleh ahli-ahli MT kepadanya dan juga Muhyiddin serta semuanya kelihatan beres, walaupun hakikatnya cuma di permukaan saja.

Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari?
-shahbudindotcom



ULASAN GB

Betul juga kata Shahbudin. Muka Najib semacam menyembunyikan sesuatu, manakala Muhyiddin pula mencuka dari awal hingga akhir.

Itu satu hal. Kedua, anehnya pernyataan sokongan kepada Najib "disampaikan" oleh Najib sendiri. Ada sesuatu yang tak kena di situ. Semua dapat mengesani keanehan dan kepelikan itu.

GB dapat merasakan ada semacam satu "deal" yang berlaku di antara Najib-Muhyiddin apabila ada pihak sebelum ini mendakwa ada pertemuan sulit di Milan yang merancang untuk menggulingkan Najib. Terdapat penafian oleh Menteri Peancongan mengenainya tetapi penafiannya macam tidak terlalu kukoh. Yang turut serta di dalam pertemuan itu ialah Daim Zainuddin. Dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang rapat dengan Daim Zaiinuddin telah membuat spekulasi di dalam blognya bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Apakah agaknya "deal" diantara Najib-Muhyiddin? Apakah Najib meminta sepenggal lagi sepertimana Pak Lah dulu meminta kepada Najib sewaktu kumpulan Najib mengasak Pak Lah untuk turun?

GB bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bahawa Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dan perdana menteri itu mendapatkan mandat baru daripada rakyat. Ini kerana Najib menyatakan beliau mendapat sokongan dari rakyat dan ahli UMNO untuk terus menjadi Perdana Menteri. Beranikah Najib bubarkan parlimen lebih awal? Takkan berlaku begitu kerana masing-masing sudah sedia maklum siapa Najib...

Pengerusi Majlis Fatwa Akui Transaksi TH-1MDB Tidak Pernah Dibincang


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengakui urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa.

Menurutnya, penerangan mengenai urusan pembelian tanah di TRX itu dijelaskan menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa ketika sidang media penjelasan isu itu kelmarin.

Bercakap kepada The Rakyat Post, beliau berkata demikian dengan mengulas dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata Majlis Fatwa tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik syarikat 1MDB.

“Memang betul kata Asri, saya tidak pernah timbulkan hal itu dalam Majlis Fatwa… saya tidak nafikan perkara itu.

“Ketika itu saya bercakap sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, jadi mungkin orang salah faham, termasuk Asri,” katanya.

Terdahulu Dr Abdul Shukor ketika sidang media bersama Lembaga Pengarah TH berkata urusan jual beli tanah yang dibeli daripada 1MDB adalah sah dan mengikut syariah.

Namun Dr Mohd Asri semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan memuat naik sekeping foto surat khabar.

“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” tulisnya di laman Facebook. – The Rakyat Post

ULASAN GB

Pincang. Tan Sri Abdul Shukor menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa.

Jika demikian halnya SEPATUTNYA kenyataan beliau hanyalah untuk "urusan dalaman" Tabung Haji dan bukan untuk pengumuman kepada masyarakat umum kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan, apatah lagi beliau juga adalah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Telah acapkali sebenarnya Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang dipersoalkan misalnya di satu masa dulu pengerusi berkenaan pernah mengeluarkan fatwa "HARAM" menyertai perhimpunan BERSIH. Tetapi kemudian akhirnya menteri di JPM menafikannya. Malah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pertubuhan BERSIH itu sendiri bukan sebagai satu pertubuhan haram seperti yang didakwa oleh Menteri KDN sewaktu itu.

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu rombak. Ia tidak boleh berperanan sebagai kuda tunggangan kepada parti politik khususnya pemerintah. Ia perlu bebas dan perlu menjadi badan yang berkredibilit dan authentik di dalam pengeluaran fatwa dan hukum.

Mahathir Tibai Rosmah Mansor... Memang Wajar!


Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM

Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.

“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.

“Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan.

”Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

“Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

'Keadaan amat serius'

Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.

“Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

“Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya.

"Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri,” katanya lagi.

Mahathir pada 29 April membangkitkan dakwaan gaya hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya.

“Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah,” tulisnya sebelum ini. -mk

Majalah Indonesia dedah ‘Gaya Hidup Mewah’ Najib, Rosmah


Kehidupan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini. - Gambar Ihsan Google.

Sebuah majalah Indonesia menyiarkan artikel mendedahkan "Gaya Hidup Mewah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.

Laporan Tempo bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas.

Tempo juga memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan tersebut.

Mywatch mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM 007.

Tempo juga membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira RM350,000 setahun.

"Kehidupan Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya dalam artikel itu.

Penggayaan rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.

Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam blognya.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya semalam.



ULASAN GB

GB dah banyak kali ulas mengenai Rosmah Mansor. Diantara ulasan GB sebelum ini..

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isterinya untuk menjadi "wakil rakyat"..


GB pernah meminta agar Najib dan Rosmah ditahan dan disiasat dan jika didapati benar Najib dan Rosmah bersalah menghabiskan wang rakyat seperti dilakukan oleh isteri Hosni Mubarak di Mesir, Imeda Marcos di Filipina, Najib dan Rosmah perlu dihukum penjara seperti yang telah dikenakan ke atas isteri Mubarak dan Marcos... Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....

Akhirnya PAS Terima Wan Azizah Sebagai Ketua Pembangkang...


Pas setuju Wan Azizah jadi ketua pembangkang

Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.

"Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

"Pas menghormati keputusan DAP itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan siapa ketua pembangkang seterusnya.

"Kalau ikut prinsip majoriti itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu," katanya lagi. -SH

ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan....

Sekalipun sebelum ini sewaktu krisis Kajang dahlu, Haji Hadi sendiri menyatakan DS Wan Azizah tidak layak memimpin, namun perencanaan Allah tetap mengatasi perencanaan manusia.


Kendati pun demikian, DS Wan Azizah tetap dipilih sebagai ADUN Kajang, kemudian menang pula di Parlimen P044 Permatang Pauh dan kini dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri bahawa DS Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Menjadi pengajaran yang besar dan berguna untuk semua bahawa kita tidak boleh mereka-reka perkara yang tidak benar dan menampakkan kebencian terhadap saudara kita untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu atau tujuan peribadi. Kerana disamping kebolehan, disamping kewarakan, di samping gelaran ulama, ada hal-hal lain yang dinilai oleh Allah yang Allah saja Maha Tahu seperti keikhlasan di dalam perjuangan, kejujuran di dalam permuafakatan dan sebagainya.

Rasulullah saw bersabda:"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu."
(Riwayat Tirmizi)

11 Mei 2015

[VIDEO] Mat Sabu Kecam Ada Pihak Mahu Beri ‘Tongkat’ Baru Kepada Umno


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan “tongkat” baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain.

Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.

"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.

Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC.

"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.

"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.

"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000 hadirin.

Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR).


Cadangan ini pernah beliau suarakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun ditolak pimpinan PAS sendiri.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga mencadangkan penubuhan kerajaan dalam bentuk yang sama iaitu satu koalisi nasional manakala Lim pernah mencadangkan kerajaan dibentuk berdasarkan tentangan kepada hudud.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menegaskan, kejayaan PAS dalam politik selama ini ialah melalui kerjasama dengan pihak lain.

Beliau berkata, kejayaan PR memerintah 5 negeri pada PRU 2008 adalah kerana kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.

"Adakah DAP berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Pulau Pinang? Tidak boleh," tegasnya.

"Begitu juga PKR. Mereka tidak akan berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Selangor.

"Kejayaan PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain iaitu Semangat 46."

Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional, katanya. -TMI



ULASAN GB

Apa yang disampaikan oleh Mohamad Sabu malam tadi sedikit sebanyak menyamai apa yang disampaikan oleh TGNA satu ketika lalu.




Azeez Kantoi, Mufti Perlis Nafi Majlis Fatwa Sahkan Transaksi Ikut Syariah...


Mufti: Majlis Fatwa tak bincang TH beli tanah

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH), kata Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin.

Asri berkata demikian sebagai respons kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Husin, yang memberitahu satu sidang akhbar bahawa urusan jual beli kontroversi itu adalah sah dan mematuhi syariah.

"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," tulis Asri di laman Facebook.

Pada hari Sabtu, Shukor memberitahu pemberita bahawa dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu.

Sidang akhbar itu diadakan oleh TH untuk menjelaskan pembelian tanah darI 1MDB yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pada hari Rabu, sebuah blog membocor dokumen yang mendakwa TH membeli tanah 1MDB dalam usaha untuk membantu 1MDB yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.

TH didakwa membeli tanah itu pada harga RM2,773 setiap kaki persegi (psf), manakala 1MDB dilaporkan membeli tanah daripada kerajaan hanya pada harga RM64psf.

TH kemudiannya mengesahkan bahawa ia membayar RM188.5 juta untuk membeli 1.56 ekar daripada 70 ekar tanah milik 1MDB.

1MDB telah membeli keseluruhan 70 ekar itu daripada kerajaan pada harga RM194.1 juta.

TH telah dilaporkan berkata bahawa ia akan mematuhi arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjual tanah tersebut. -mk

Pertentangan Golongan Ulama Dan Profesyenal Gugat PAS


Darihal ulama dan walak dalam politik Islam Oleh Dinsman

Seolah-olah dalam sekelip mata cepatnya, tetapi tidaklah sekelip mata begitu - hanya untuk menggambarkan betapa cepatnya perubahan itu berlaku. Tiba-tiba saja, dan ia sudah merebak ke seluruhnya. Menunjukkan sebenarnya ia bukanlah satu perubahan yang baru terjadi secara tiba-tiba. Ia sebenarnya terjadi dengan cukup terancang. Belum pernah ia terjadi demikian dalam sejarah gerakan Islam yang kita kenal di negara ini.

Dan mereka mulai menyingkirkan golongan yang bukan ulama. Secara terang-terangan, secara agresif, melalui kempen yang diperhebat di seluruh negara. Tiga tahun lalu golongan ulama dan bukan ulama itu saling bergandingan bantu-membantu dalam satu sinergi yang sangat harmoni, dan serentak itu juga menarik golongan bukan Islam untuk turut serta membantu ke arah kemenangan tokoh-tokoh pimpinan Islam - ulama mahupun bukan ulama.

Kini segala-galanya sudah berubah. Tepatnya setelah berpindahnya Tok Guru Nik Aziz ke alam baqa, 12 Februari yang lalu. Rupa-rupanya mereka memang menunggu-nunggu saat itu, kerana selama ini adanya Nik Aziz itulah yang menghalang mereka daripada menzahirkan perancangan mereka itu.

Rupa-rupanya mereka memang sudah lama bergerak ke arah itu. Kalau kita masih ingat lagi langkah-langkah sumbang yang diusahakan oleh Hassan Ali dan Nasharuddin Md Isa itu. Kalau kita masih ingat lagi muktamar khas yang dipanggil Nik Aziz bagi membincangkan khusus isu tersebut.


Tentunya kita masih ingat episod sumbang dalam sejarah gerakan Islam di negara kita itu. Dan Nik Azizlah yang menjadi benteng mempertahankan kesucian Islam di dalam parti yang dikatakan dan dikenali sebagai parti Islam di negara kita itu.

Kini, ketiadaan Nik Aziz seorang - menyebabkan segala-galanya dalam pertubuhan "gerakan dakwah dan siasah" yang bernama PAS itu berubah, dan berubah dengan begitu drastik dan agresif sekali. Belum pernah ada hal yang demikian itu dalam sejarah agama mahupun politik di negara kita.

Saya katakan "segala-galanya" dalam gerakan yang bernama PAS itu berubah. Maksudnya ialah teras perjuangannya yang sangat penting, yang juga menjadi daya tarik utama mengapa golongan profesional dan bukan ulama serta bukan Islam, menjadi tertarik untuk menyertai atau menyokong PAS.

Soalnya ialah mengapa? Maksudnya mengapa golongan ulama itu tiba-tiba menjadi benci sangat kepada mereka yang bukan ulama, yang menjadi pemimpin peringkat pertengahan dan malah pemimpin nombor dua dan nombor tiga di dalam parti itu? Apakah kesalahan besar yang dilakukan tokoh pimpinan bukan ulama (tetapi) yang menerima kepemimpinan ulama dalam parti itu, hingga mereka perlu dan mesti disingkirkan?

Tidak pernah ada peristiwa yang menunjukkan tokoh pimpinan bukan ulama, ataupun mana-mana golongan bukan ulama dalam parti itu, menentang atau menolak dasar dan prinsip "kepemimpinan ulama". Tidak pernah ada. Jadi apakah masalahnya? Dan apakah salahnya mereka?

Nampaknya tidak ada apa-apa salah mereka dan tidak ada apa-apa masalah pun. Kecuali satu! Ya, kecuali tokoh pimpinan golongan ulama itu hendak memilih untuk berpakat dengan Umno, dan berpisah dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Itu sajalah sebabnya.

Sudah beberapa kali mereka berusaha ke arah melaksanakan apa yang dipanggil Unity Government atau dikenali dengan sebutan UG itu. Sudah lama, dan sudah melalui 2 atau 3 muktamar tahunan yang menegaskan PAS tetap akan bersama dengan PR, dan jangan ada lagi cakap-cakap mengenai Unity Government.

Tetapi sekejap saja. Mereka hanya bersandiwara. Secara diam-diam, "di belakang tabir", mereka terus menjalankan kempen mereka itu, tanpa mempedulikan keputusan dan arahan daripada muktamar tahunan berkenaan.

Dan secara diam-diam juga berlaku usaha memperkukuhkan hubungan mereka sesama golongan ulama, dan mereka yang taksub (walak) dengan pimpinan ulama. Tak mengapa walaupun mereka sendiri bukan ulama, asalkan walak'. Maka terdapatlah pemimpin peringkat pertengahan yang tiba-tiba sahaja bertukar uniform bertukar wajah menjadi ulama, sedangkan sebelumnya dia bukan ulama pun, dan tak ada latar belakang pendidikan agama yang melayakkan dia jadi ulama. Yang penting ialah walak.

Istilah walak pun - sebelum ini tidak pernah ia dijaja seperti sekarang dan setahun dua ini. Sekarang walak selalu benar disebut - seperti suatu istilah yang menjadi ciri utama yang ditekankan Islam dalam adab berjemaah.


Memang walak penting dalam adab berjemaah. Tetapi ia bukanlah sampai menjadi alat untuk mengekang jemaah daripada bersuara atau menyuarakan pandangan yang berbeza, hingga menimbulkan suasana kediktatoran dalam kepimpinan.

Ada semacam 'ancaman' dan 'ugutan' kepada ahli supaya memberikan taat setia yang tak berbelah bagi walau apa pun. Sampai ke peringkat mereka sanggup menganjurkan demonstrasi bagi menyatakan sokongan tak berbelah bagi itu, sambil membuat pelbagai tuduhan jahat bagi menjahatkan pihak dan individu pemimpin tertentu, yang dikatakan tidak walak kepada presiden.

Mengapa hal walak ini tidak pernah menjadi isu pada zaman kepemimpinan Ustaz Fadzil Nor Nik Aziz? Mengapa pada zaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang walak menjadi isu penting? Ini perlu difikirkan!

Dan sehubungan dengan itu juga, hasil wujudnya golongan ulama dan bukan ulama itu, yang ditimbulkan golongan ulama (bukan ditimbulkan golongan bukan ulama), maka tersebarlah pula dengan meluasnya fenomena kata-mengata, umpat-mengumpat, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah secara berleluasa, di kalangan ahli parti. Dan ini sesuatu yang sangat pelik, kerana ia sangat bertentangan dengan asas dan dasar perjuangan Pas sendiri.

Kempen inisiatif golongan ulama muda di dalam parti itu menjadi suatu proses yang mahu mengeluarkan sebahagian daripada ahli partinya, termasuk beberapa pemimpin penting yang banyak berjasa kepada jemaah. Apakah tujuannya itu? Yang saya nampak tujuannya ialah supaya hanya orang golongan mereka saja yang berpeluang menjadi pemimpin, dan seterusnya berpeluang menikmati kuasa dan pelbagai nikmat kuasa itu, apabila menang nanti.

Apakah pandangan dan rumusan saya ini salah? Saya harap begitulah. Biarlah pandangan saya ini salah. Agar parti Islam yang pernah menjadi harapan saya dan ramai kawan saya itu masih mempunyai masa depannya yang cerah.

Namun, buat saat ini, hanya fikiran seperti di atas itulah yang dapat saya fikirkan. Ini adalah satu fenomena yang pelik, yang barangkali ia bukan inisiatif dalaman parti Islam itu sendiri. Ya, melihat pada cara dan proses ia berlaku, dengan begitu rapi terancang dan efisien, saya tidak percaya ia hanya kisah dan urusan dalaman saja.

Saya fikir ada cerita lain lagi di sebalik fenomena yang sangat pelik ini. –

10 Mei 2015

Apa Mahu Jadi? Gadis Dakwa Diancam Rogol Semasa Dalam Tahanan...


Gadis ditahan polis himpunan Hari Pekerja dakwa terima ancaman rogol

Satu-satunya wanita antara 23 yang ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini, membuat laporan polis mendakwa beliau diugut akan dirogol oleh seorang anggota polis sebelum dibebaskan Selasa lalu.

Maisara Amira, 21, yang ditahan reman 4 hari bersama belia lain, membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada jam 4.30 petang Jumaat lalu, ditemani bapanya dan seorang peguam.

"Dia menerima ancaman rogol dari salah seorang pegawai polis apabila dia diminta memberi keterangan ketika dalam tahanan; dia diugut demikian sekiranya tidak mahu bekerjasama," peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu The Malaysian Insider.

Nik Zarith berkata kejadian itu didakwa berlaku di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 5 Mei, beberapa jam sebelum Maisara dibebaskan pada hari sama.

"Ia terjadi pada jam antara 11.30 pagi dan 1.30 tengahari, semasa disoal oleh seorang pegawai polis.

"Ketika disoal itu, dia memilih untuk berdiam diri dan pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripadanya... pegawai polis itu menyebut kata-kata itu," katanya, sambil menambah, pada mulanya seorang pegawai polis wanita mengiringi Maisara semasa sesi itu tetapi dia kemudiannya diminta meninggalkan mereka.

"Dia (Maisara) tidak tahu nama pegawai (polis lelaki) itu, dia tidak memakai uniform," katanya.

Katanya, Maisara kini trauma dengan insiden itu.

"Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan maruah seorang wanita dan ia berlaku ketika dalam tahanan polis.

"Kami mahu polis melakukan siasatan, dan kami tidak mahu pasukan yang sama melakukannya kerana ia melibatkan ugutan jenayah oleh seorang pegawai terhadap seorang tahanan," kata Nik Zarith.

Kesemua 23 belia itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas keterangan mereka diambil.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan

ULASAN GB

Kes di atas jika benar, mengingatkan kita mengenai satu kes seorang anggota polis, 57, merogol seorang gadis sekolah 15 tahun di dalam Balai Polis Binjai pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009. Ketika itu GB mencatatkan begini:

Nafsu memang tidak mengenal siapa samada usia, pangkat, pekerjaan dan kedudukan. Tidak semua polis jahat tetapi yang ini diantara yang terjahat: Seorang Ketua Balai Polis berumur 57 tahun tergamak merogol remaja berusia 15 tahun di dalam Balai Polis.

GB pernah mengulas mengenai kejadian jenayah yang menjadi-jadi di kalangan anggota polis:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Sebelum ini ada kes yang hampir sama, polis merogol remaja di dalam Balai Polis. Baca: Seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. GB telah membuat ulasan: Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.



Najib Perlu Turun.. Datuk Siti Nurhaliza Juga Kritik Isu Tabung Haji


. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.

Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.

“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.

Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.

Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya. -FMT


Isu TH: Siasat urus niaga bukan hukum ‘informer’

Pertubuhan National Oversight and Whistleblowers (Now) mendakwa tindakan individu yang memberi maklumat mengenai pendedahan dokumen berkaitan pembelian tanah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah sesuatu yang baik.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, tindakan berani tersebut telah membolehkan orang awam terutamanya pencarum simpanan Tabung Haji mengetahui mengenai pembelian tersebut yang ternyata diselubungi pelbagai isu dan persoalan.

Namun, katanya pengumuman oleh Ketua Polis Negara bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah sewajar mengenai urus niaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan Tabung Haji.

“Tindakan Ketua Polis Negara telah menimbulkan beberapa persoalan antaranya adakah tindakan untuk menyiasat identiti pemberi maklumat yang membocorkan dokumen urusan jual beli tanah 1MDB-LTH di bawah OSA adalah usaha untuk menyekat lebih banyak pendedahan maklumat berkaitan urus niaga berkaitan atau maklumat mengenai 1MDB?

“Selain itu, apakah siasatan ini membuktikan sekali lagi bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Whistleblowers Protection Act (WPA) sebenarnya tidak efektif? Ini amat jelas apabila pemberi maklumat terdedah kepada tekanan akta-akta OSA atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). Jelaslah bahawa pemberi maklumat di Malaysia berhadapan dengan hukuman sedangkan pendedahan mereka menyelamatkan dan memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, penjualan tanah tersebut oleh 1MDB yang sepatutnya dibangunkan tetapi dijual pada keuntungan yang berpuluh kali ganda kepada LTH menimbulkan pelbagai keraguan.

“Mengapakah hanya LTH yang berminat atau diberi pilihan membeli tanah tersebut? Siapakah yang terlibat dalam proses urus niaga ini?

“Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur pecah amanah atau salah guna kedudukan dalam urus niaga ini, bukannya mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat. Rakyat terutamanya pencarum simpanan LTH berhak mengetahui lebih lanjut mengenai urus niaga ini dan urus-urus niaga lain yang melibatkan wang mereka dengan 1MDB,” jelasnya.
-SH


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Baru minggu lepas GB menulis di dalam satu ulasan.. petikan:

Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.

Kes 1MDB akan menjadikan sebab-musabab untuk kejatuhan Najib. Kini timbul kes Tabung Haji pula untuk "bail-out" 1MDB...

Dan ika Najib enggan berundur, tidak mustahil beliau akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya melalui undi tidak percaya beliau sebagai Presiden di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. Sebagai contoh, ahli Umno cawangan Bukit Jelutong, dalam bahagian Shah Alam, membentangkan usul pada mesyuarat mereka baru-baru ini untuk memecat Najib sebagai presiden.

Anda tidak mampu untuk bertahan lagi Najib... Masa untuk untuk anda turun sudah tiba..


UMNO Letak Hudud Di Hujung Tombak Sebagai Umpan Perdamaian Dengan PAS...


PAS ‘gerakan islam’ bukan sekadar badan dakwah – Ahmad Awang

Sering disebut PAS merupakan sebuah 'gerakan Islam' dan peranan gerakan Islam merangkumi aspek dakwah, tarbiah dan siasah. Itulah yang diterima sebagai takrif yang lengkap dan sempurna terhadap istilah 'gerakan Islam' bagi pimpinan dan ahli PAS. Oleh itu, PAS berbeza dengan badan NGO Islam yang lebih bersifat dakwah dan tarbiah semata-mata.

Sebagai 'gerakan Islam' PAS terlibat dalam persaingan dan pertarungan dengan pihak lain untuk mendapatkan kuasa politik. Kuasa politik diperlukan demi melaksanakan agenda Islam secara keseluruhannya.

PAS pentingkan kuasa pemerintahan

Pendokong Badan NGO Islam tidak mementingkan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Mereka hanya memikirkan persoalan pembinaan insan mengikut acuan Islam dan penyampaian risalah Islam tanpa mengambil kira sama da tindakan mereka akan mengukuhkan kedudukan politik mereka atau sebaliknya. Mereka berpuas hati untuk memainkan peranan sebagai 'jurubicara' ummah, berdasarkan prinsip Islam, sambil menegur pihak pemerintah, bila perlu, tanpa menyusun langkah untuk mengambil kuasa daripada pemerintah tersebut.

PAS, sebagai sebuah 'gerakan Islam' membuat keputusan secara sedar dan sengaja untuk menyertai proses politik negara. Itulah sebabnya pengasasnya mendaftarkan PAS sebagai sebuah parti politik. Sejak di tubuhkan pada awal 1950-an PAS kali pertama menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955. Sejak itu PAS berterusan tidak ketinggalan menyertai piliha raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil(PRK) sehingga ke hari ini, sama ada secara bersendirian atau bersama rakan gabungan. Ini kerana PAS berkeyakinan kuasa wajib berada di tangan mereka yang ingin menegakkan Islam dan tidak mungkin ianya ditegakkan melalui dakwah, teguran dan nasihat semata-mata.

Oleh itu PAS sejak awal berusaha untuk mendapatkan kuasa melalui proses demokrasi. Maka setiap tindakan yang diambil PAS semestinya bertujuan mengukuhkan kedudukan politik PAS, menambahkan sokongan terhadapnya dari semua golongan dan pada masa yang sama, mengurangkan sokongan terhadap Umno/BN (sebelumnya Umno-perikatan) yang merupakan pihak yang berkuasa serta saingan PAS.

Kekaburan berhubung hakikat perjuangan PAS

Kalau ada kekaburan berhubung persoalan kuasa politik ini dan timbul pula dakwaan sesetengah pimpinan PAS, PAS tidak mementingkan kuasa, maka ini bererti PAS sudah kabur terhadap hakikat perjuangannya sendiri. Dalam erti kata lain, PAS bersikap sebagai badan NGO Islam dan tidak lagi sebagai 'gerakan Islam' mengikut takrif yang diberikan oleh PAS sendiri.

Saya melihat kebelakangan ini seolah-olah kekaburan berhubung persoalan ini semakin menjadi-jadi. Ia bermula di peringkat atasan dan tidak ditangani secara bijaksana sehingga tersebar kekeliruan yang sama ke peringkat bawahan. Bagi mereka yang beranggapan PAS tidak lagi perlu mendapatkan kuasa pemerintahan, maka lebih baik PAS dijadikan badan NGO dakwah saja.

Biarlah mereka yang berkeyakinan dengan kaedah asal PAS, yang jelas dari sejak pembentukannya ingin mendapatkan kuasa pemerintahan, meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan kuasa politik dari tangan Umno/BN.

Perjuangan 'gerakan Islam' ada rakan dan saingan/lawan

PAS sebagai 'gerakan Islam' ada rakan dan saingan/lawan yang nyata. Gerakan Islam terlibat dalam persaingan untuk mengambil kuasa pihak 'lawan' dan memegang kuasa itu, sam ada sendirian kalau mampu, atau bersama rakan-rakannya.

Piagam Madinah yang ditandatangani Rasulullah adalah satu bentuk kerjasama politik yang memungkinkan Rasulullah menjadi pemerintah di kota Madinah. Ia mengikat, melalui satu perjanjian, orang Islam di bawah Rasulullah, orang Madinah yang masih musyrik pada ketika itu dan kabilah Yahudi yang lama hidup di Madinah. Melalui perjanjian ini maka kekuasaan politik Rasulullah tertegak.

Dan kuasa pemerintahan itu digunakan sebagai satu amanah Allah.

NGO Islam, sebaliknya, boleh bersikap semua kawan kerana ia tidak berhasrat mengambil kuasa politik dari sesiapa. Oleh itu ia tidak perlu bermusuhan dengan mana-mana pihak dan hanya bermusuhan dengan fikrah dan pemikiran yang tidak Islamik. Ia tidak perlu membentuk kerjasama dengan pihak lain untuk menjatuhkan pihak berkuasa. Sedangkan 'gerakan Islam' seperti PAS berlawanan dengan pihak berkuasa yang menegakkan fikrah dan pemikiran tidak Islamik itu! Dan PAS perlukan sokongan dan bantuan semua pihak ke arah mendapatkan kuasa itu.

Pesanan Syed Hawa dalam kitabnya yang berjudul 'Jundullah' amat jelas dalam persoalan ini. Beliau berpesan:"Mengenali musuh dan mengenali kejahatannya serta tipu helahnya adalah keperluan asasi bagi seorang Islam yang kontemporari..."

Ini merupakan pesanan yang relevan bagi gerakan Islam seperti PAS. Sentiasa waspada terhadap 'tawaran pihak lawan'.

Apabila jelas adanya rakan dan lawan bagi sesebuah 'gerakan Islam' maka tindakan dan tawaran terhadapnya oleh pihak lawan perlu sentiasa dicurigai. Lebih-lebih lagi sekiranya lawan tersebut pernah mengkhianati PAS!


Ini bersesuaian dengan pesanan Rasulullah mafhumnya:"Tidak wajar bagi seseorang mukmin dipatuk 2 kali dari lubang yang sama.”

Dalam keadaan sebegitu amat wajar dipersoalkan keikhlasan pihak lawan kerana berkali-kali PAS dipatuk Umno/BN. Sikap menghulur leher kepada pihak lawan atas alasan "keikhlasan urusan Allah" mendedahkan sikap kurang berhati-hati PAS. Yang kesannya boleh membawa kepada kekalahan berpanjangan dalam persaingan. Jangan lupa, PAS mengambil masa 16 tahun untuk memenangi kembali Kelantan setelah ditipu Umno dan ditendang keluar BN pada 1978.

Tawaran perlu juga dicurigai dan disangsi apabila pihak lawan berada dalam keadaan tersepit. Ia perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menyambung talian hayat pihak lawan.

Kisah perang Siffin antara Saidina Ali dan Muawwiyah mengandungi pengajaran yang jelas. Kisah ini diriwayatkan oleh banyak buku sejarah dan tulisan at-Tabari dan Ibn Kathir adalah antara rujukan muktabar. Pokoknya apabila tentera Muawiyyah sudah tersepit hampir dikalahkan, maka Amru Al-Aas mencadangkan kepada Muawiyyah supaya tenteranya meletakkan masyhaf Al-Quran di hujung tombak mereka sambil menuntut gencatan senjata untuk diadakan majlis tahkim. Mereka melaung "biarlah Al-Quran menjadi pemutus dalam soal perbalahan kita". Saidina Ali berkeras menolak dan ingin meneruskan pertempuran tetapi sebahagian tenteranya tidak bersetuju. Oleh itu Saidina Ali terpaksa menghentikan peperangan yang sedang dimenangi dan mengadakan majlis tahkim. Dengan itu Muawiyyah terlepas daripada terus ditekan sehingga akan dipaksa menyerah kalah.

Dalam peristiwa ini jelas Saidina Ali menzahirkan cara pemikirannya yang bersifat haraki atau 'gerakan Islam' dengan analisa politik tajam beliau. Dia mengenali lawannya serta memahami matlamat sebalik peperangan itu. Dan dia tahu bahaya tipu helah lawan. Tenteranya bersikap sebaliknya, tidak mengenali lawan, tidak memahami matlamat sebenar sebalik peperangan itu dan tidak memahami tipu helah lawan. Walaupun memang keikhlasan itu urusan Allah, namun dalam suasana persaingan dan berperang, kita berhak mempersoalkannya.

Apabila diadakan majlis tahkim, Amru ibn Al-Aas mewakili Muawiyyah dan Abu Musa Al-Asyaari mewakili Saidina Ali. Ringkasnya Abu Musa Al- Asyaari terperangkap dengan tipu helah Amru ibn Al-Aas dan suasana kembali bercelaru. Namun yang penting bagi Amru ibn Al-Aas, Muawiyyah diselamatkan daripada kekalahan di Siffin.

Hakikatnya, dewasa ini, Umno berada dalam keadaan tersepit. Hudud diletakkan di hujung tombak sebagai umpan perdamaian untuk menarik minat PAS. Pemikiran seorang ahli gerakan Islam yang faham politik melihatnya sebagai tipu helah, pemikiran seorang 'pendakwah' yang tidak melihat dirinya berada dalam persaingan kuasa, tidak sedemikian.

Pendekatan berhemah, berstrategi dan tadarruj

Dalam berusaha untuk mendapatkan kuasa, sememangnya matlamat dan tujuan PAS tidak wajar disembunyikan. Hakikat bahawa PAS ingin "mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai Islam dan undang-undangnya menuju keredaan Allah" jelas termaktub dalam perlembagaan PAS. Oleh itu dakwaan "menipu rakyat" tidak timbul.

Namun demikian, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bertindak secara bijaksana dan berhemah, mendahulukan apa yang perlu didahulukan (awlawiyyat) serta mengambil pendekatan 'tadarruj' atau berperingkat, berdasarkan tunjuk ajar yang dipetik daripada sirah Rasulullah dan pemerintahan para sahabat . Ayat Al-Quran sendiri diturunkan mendahulukan akidah dan akhlak daripada hukum hakam syariat yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Pada masa sama, memanfaatkan bantuan golongan musyrikin dan ahlul kitab untuk membenarkan perjuangan Islam itu diteruskan adalah merupakan kenyataan sejarah yang tidak mungkin dipadamkan. Kisah hijrah pertama ke Habsyah satu contoh yang jelas.

Dan ini semua persoalan yang perlu ditangani 'gerakan Islam' yang berpolitik seperti PAS. PAS sebagai badan yang berpolitik perlu mengambil kira perkara 'nas', 'maslahat' dan 'waqi' apabila berijtihad berhubung tindakan yang ingin diambilnya. Dalam pada itu PAS perlu mengenali rakan dan lawan dan menghalang dirinya dari dipatuk oleh lawan yang sentiasa berusaha untuk mencelarukan hubungan antaranya dan rakan demi melemahkan kedudukan PAS.

9 Mei 2015

Selepas PR Menang Di Pmtg Pauh, Mat Sabu Umum Pertahan Jawatan..


Mat Sabu akan pertahan jawatan timbalan presiden PAS

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya walaupun ketinggalan jauh dalam pencalonan untuk jawatan itu di belakang pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang," kata Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad hanya mendapat 12 pencalonan daripada kawasan PAS di seluruh negara berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 94 pencalonan.

Turut mendapat pencalonan untuk jawatan itu adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamad menolak beliau bertembung dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang disasarkan kepada beliau oleh saingannya bahkan akan membantunya.

"Insyaa Allah, saya akan terus membantu presiden dan parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar," katanya.

Mohamad turut menekankan keperluan PAS untuk mendapat sokongan daripada orang bukan Islam di negara ini.

"Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia, sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50%, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada masyarakat bukan Islam dan rakyat awam," katanya.

Namun, katanya, perlu difahami, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar.

"Tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insya Allah, kita akan meraih hasilannya," katanya


KENYATAAN RASMI
OLEH HJ MOHAMAD BIN SABU

BismillahirRahmanirRahim.

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke 61 akan datang.

Insyaa Allah, saya akan terus membantu Presiden dan Parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO's serta para pelajar.

Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.

Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insyaa Allah, kita akan meraih hasilannya.

Haji Mohamad Bin Sabu




Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak


Kes Tembak: Adik Noh Omar Larikan Diri Selepas Diburu Polis

KOTA KINABALU: Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang dikenali sebagai Mat Malaya, telah digambarkan sebagai bersenjata dan berbahaya selepas menembak seorang pembantu mekanik pembantu selepas pergaduhan pada Rabu.

Lelaki terbabit, dari Selangor, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007, diburu selepas kejadian pada 2.30 petang.

Polis sedang memantau pintu keluar utama di negeri ini.

"Sila maklumkan balai polis yang terdekat jika anda tahu tentang suspek," kata Chandra. -mstar


KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.

Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.

"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.


Najib Sudah Rancang Untuk Rembat Wang TH Untuk Selamatkan 1MDB?


3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB

Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.

Tan Sri Ismee Ismail

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah

Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias

Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Isu TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh


SHAH ALAM – Rentetan kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam didakwa memberi kesan kepada golongan pencarum TH terutamanya yang tinggal di luar bandar.

Menurut Abdul Razak Ismail, 61, yang berasal dari Gerik, Perak, beliau terkejut dengan berita tersebut, kerana risau akan duitnya di dalam Tabung Haji.

“Pak cik terkejut dan kecewa dengan berita tersebut…apa yang dikesali adalah bila didedah di media barulah TH hendak mengakuinya.

“Kenapa TH tidak maklumkan awal-awal mengenai ke mana duit pelaburan pencarum, sebab bila ada berita-berita negatif macam ini kami orang-orang kampung risau, bukan senang nak kumpul duit pergi menunaikan haji.

“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Makkah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut Abdul Razak berkata lagi satu perkara yang merunsingkannya adanya penglibatan orang politik di dalam Tabung Haji.

sangatlah, kalau boleh berilah orang lain seperti orang ekonomi ke yang tiada kepentingan dalam parti politik,” katanya.

“Tidak sesuai orang politik campur tangan dalam agensi kerajaan, ia akan wujud konflik dalaman, pak cik memang tak setuju Manakala menurut Mazidah Abd Ghani, 28, yang berasal dari negeri utara tanah air turut senada dengan Abdul Razak.

Katanya rata-rata orang kampung yang ditemuinya ketika berbual mengenai perkara itu meluahkan perasaan kecewa.

“Saya meniaga di kampung, bila ada yang datang kedai bila cakap pasal perkara ini rata-rata luahkan perasaan kecewa dan risau. Mereka kata sepatutnya tabung haji tidak patut terpalit dengan kontroversi ini.

“Mereka risaulah sebab pembelian itu katanya dilakukan bulan April lalu, kalau TH benar-benar ingin menjaga kepentingan pencarumnya dedahkanlah awal-awal mengenai perkara tersebut, biar TH dilihat telus dan amanah,” katanya.

Sementara itu menurut Miah Abd Majid, 58, yang juga berasal dari Perak berkata, dia sendiri tidak kisah sekiranya TH ingin membuat pelaburan namun biarlah pelaburan itu yang benar-benar ‘menjaga amanah pencarum’.

“Saya tidak kisah kalau TH ingin membuat pelaburan, pada saya satu pelaburan yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah.

“Sebab duit itu amanah pencarum, kami orang kampung memang kadang-kadang tak berapa faham, tetapi kami baca juga surat khabar , jadi kami harap TH jagalah amanah orang-orang kampung,” katanya yang pernah menunaikan haji sekali sebelum ini.

Manakala menurut Rohani Mad Saad pesara ,58, yang berasal dari Negeri Sembilan turut meluahkan perasaan kecewa berkenaan isu tersebut.

“Sepatunya duit itu tidak boleh disalahgunakan oleh pihak yang tertentu atas kepentingan peribadi.

“Kami takut juga, sebab bukan senang nak simpan duit untuk pergi haji,” katanya yang pernah menunaikan umrah sebelum ini.

Sementara menurut Nor Riza Mohd Yusof, 49, yang merupakan seorang penduduk kampung yang berasal dari Kelantan dia benar-benar tidak berpuas hati dengan penglibatan TH dengan pembelian tanah 1MDB.

“Dengar pasal 1MDB pun sudah menakutkan saya, harap-harap TH buat pelaburan yang betullah, jangan dok pusing pula, risau saya dibuatnya,” katanya.

Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media semalam.
-SH



ULASAN GB

Hukum kebenaran berjalan dan terdedah kini bahawa rupa-rupanya 3 orang "lembaga pengarah" TH adalah juga lembaga pengarah 1MDB yang Najib menjadi Pengerusinya.

Ini bererti Najib sudah merancang awal "pelan penyelamatan" untuk 1MDB dengan menggunakan wang simpanan TH apabila menghantar dan melantik mereka itu semua ke TH.

Dan perlantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH walaupun dipersoalkan banyak pihak tentang kkredibiliti Azeez untuk dilantik ke jawatan nombor satu TH itu. Najib sengaja memekakkan telinganya terhadap kritikan-kritikan tersebut kerana baginya Aeez penting untuk diletakkan di TH supaya akur segala keputusan yang bakal dibuat oleh Lembaga Pengarah TH.

"Kebodohan" Azeez terserlah semalam apabila beliau mengeluarkan kenyataan "flip-flop" mengenai urusan pembelian tanah 1MDB dan kemudian terpaksa meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas alasan "silap komunikasi".

Tidak mungkin ia faktor kebetulan "orang-orang kuat" 1MDB ini berada di dalam lembaga pengarah TH atau di sebaliknya.

Satu demi satu skandal besar Najib telah terbongkar, apakah rakyat Malaysia masih mahu beliau menjadi Perdana Menteri?