12 Mei 2015

Akhirnya PAS Terima Wan Azizah Sebagai Ketua Pembangkang...


Pas setuju Wan Azizah jadi ketua pembangkang

Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.

"Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

"Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

"Pas menghormati keputusan DAP itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan siapa ketua pembangkang seterusnya.

"Kalau ikut prinsip majoriti itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu," katanya lagi. -SH

ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan....

Sekalipun sebelum ini sewaktu krisis Kajang dahlu, Haji Hadi sendiri menyatakan DS Wan Azizah tidak layak memimpin, namun perencanaan Allah tetap mengatasi perencanaan manusia.


Kendati pun demikian, DS Wan Azizah tetap dipilih sebagai ADUN Kajang, kemudian menang pula di Parlimen P044 Permatang Pauh dan kini dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri bahawa DS Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Menjadi pengajaran yang besar dan berguna untuk semua bahawa kita tidak boleh mereka-reka perkara yang tidak benar dan menampakkan kebencian terhadap saudara kita untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu atau tujuan peribadi. Kerana disamping kebolehan, disamping kewarakan, di samping gelaran ulama, ada hal-hal lain yang dinilai oleh Allah yang Allah saja Maha Tahu seperti keikhlasan di dalam perjuangan, kejujuran di dalam permuafakatan dan sebagainya.

Rasulullah saw bersabda:"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu."
(Riwayat Tirmizi)

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya GB, biarkan kebenaran dan keadilan berjalan. Akan dtg, terimalah segala kputusan muktamar seadanya. Allah lebih mengetahui.

IbnAbdHalim berkata...

Terpaksa jilat ludah sendirilah gayanya. Itulah kalau kita suka menghina orang. Allah Maha Adil.

Wan Rosli berkata...

Setuju tuan..

Tanpa Nama berkata...

Tahu apa keputusan muktamar?

perkukuhkan pakatan rakyat... bukan berpaling untuk bersengkongkol dgn UMNO

Tanpa Nama berkata...

Geli hati bila membaca berita Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Memberi laluan pada Datuk Seri Wan Azizah ketua pembangkang apakah tidak memalukan para ulamak PAS kerana wanita tidak layak diangkat sebagai ketua atau pemimpin atas alasan dia tidak boleh jadi imam.

Kalau dirujuk apa yang dikatakan oleh Presiden PAS bahawa wanita seperti Wan Azizah tidak boleh jadi menteri besar kerana dia tidak pandai bercakap, berhujah dan berdebat dalam dewan undangan negeri ?

Tapi sekarang disokong dan dipersetujui orang yang sama menjadi ketua pembangkang dalam dewan rakyat. Apakah dalam parlimen, Wan Azizah tidak perlu berhujah dan berdebat dengan ahli parlimen Barisan Nasional ?

Pemimpin PAS memang pandai buat lawak berdiri.....he..he..he..

Tanpa Nama berkata...

.

Macamana ni boleh pulak ulamak duduk bawah Ketua Pembangkan wanita Kenapa tak bantah dan ugut lah tidak ada kerjasama dengan PR Ingat nanti kena walak dengan DS Wan Azizah

Tapi macamana pun dalam situasi begini nampak jugak lah Hj Hadi cerdik sebab tahu mengasingkan diri nya bila untuk jadi ulamak dan bila sebagai Presiden parti politik Tetapi ingat lah Hj Hadi perlu sedar dirinya adalah ulamak

Ehmm.. Atau terpaksa terima sebab muktamar akan datang

Keoada Allah kita serahkan

Tanpa Nama berkata...

Jika muktamar akan datang memutuskan pro ulamak memimpin adakah kebenaran dan keadilan berjalan ?

Keputusan tidak semestinya begitu Ini kerana semasa kebenaran dan keadilan sedang berjalan sejak isu MB sehingga keputusan muktamar pro ulamak tidak berjalan se iringi dengan kebenaran dan keadilan

Banyak contoh kejadian telah di beri sebelum ini bagaimana tindakan pro ulamak tidak menghormati keputusan pusat dalam prk PPauh dan menghormati keputusan muktamar untuk memperkukuhkan PR

Sebaliknya DS Wan Azizah telah diperlekehkan untuk jawatan MB Tidak mendapat sokongan Hj Hadi secara lisan sebagai MP bahkan di sabotaj Siapa yang berjalan se iring da siapa yang terkeluar sedangkan kebenaran dan keadilan ketika itu lagi sedang berjalan

Ada faham?

Tanpa Nama berkata...

.

Kita sokong baik punya sebab Majlis Tertinggi terus kekal kan Najib

Akhirnya antara Hutang Negara 1MDB TH dan penyalahan gunaan dana lain dengan kerja kerja UG yang hampir pasti Majlis Tertinggi telah memilih 'tongkat' pemberian Hj Hadi

Majlis Tertinggi boleh beri sokongan tapi yang dedahkan maklumat siapa?

Tanpa Nama berkata...

Ya setuju

Khalid Gagap pun tak reti debat

Duit turap jalan duit kutip sampah duit rakyat di simpan dlm bank Yahudi dpt komisien berjuta sebulan

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah sedar ORANG BIJAK SESUAI jadi Pemimpin

Mana ada prang nak budak BAHALOL jadi pemimpin ; Rakyat otak praktikal


Orang Meleyu PAS pun ada Otak jugak walau rata rata benggap macam pemimpin besar PAS.

Alhamdulilah