11 Mei 2015

Azeez Kantoi, Mufti Perlis Nafi Majlis Fatwa Sahkan Transaksi Ikut Syariah...


Mufti: Majlis Fatwa tak bincang TH beli tanah

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH), kata Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin.

Asri berkata demikian sebagai respons kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Husin, yang memberitahu satu sidang akhbar bahawa urusan jual beli kontroversi itu adalah sah dan mematuhi syariah.

"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," tulis Asri di laman Facebook.

Pada hari Sabtu, Shukor memberitahu pemberita bahawa dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu.

Sidang akhbar itu diadakan oleh TH untuk menjelaskan pembelian tanah darI 1MDB yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pada hari Rabu, sebuah blog membocor dokumen yang mendakwa TH membeli tanah 1MDB dalam usaha untuk membantu 1MDB yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.

TH didakwa membeli tanah itu pada harga RM2,773 setiap kaki persegi (psf), manakala 1MDB dilaporkan membeli tanah daripada kerajaan hanya pada harga RM64psf.

TH kemudiannya mengesahkan bahawa ia membayar RM188.5 juta untuk membeli 1.56 ekar daripada 70 ekar tanah milik 1MDB.

1MDB telah membeli keseluruhan 70 ekar itu daripada kerajaan pada harga RM194.1 juta.

TH telah dilaporkan berkata bahawa ia akan mematuhi arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjual tanah tersebut. -mk

10 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Melayu dah mula menipu Melayu ...
Nasib baik Azeez tu bukan Cina, kalau tidak, dah tentu Cina kena hentam teruk dengan Melayu.
Nasib baik Azeez tu Kerling yang sejenis dengan Che Det, maka bolehlah dia menipu sebab Melayu memang sayang kerling. Dah tahu kata depa tu tipu status keturunan depa, masih percaya kat depa tu.
Melayu yang datang dari benua India ....

Tanpa Nama berkata...

.

Jual Beli memang lah sah Ada barang Ada bayaran Tapi guna duit penyimpan TH yang di amanah kan tu apa cerita nya? Jika pembelian ini tidak di bocor risiko hilang duit penyimpan tinggi Dadah pun ok sebab ada barang dan ada bayaran Setakat tu je tanggung jawab Majlis Fatwa Apa itu dadah Apa kesan dadah tak perlu di perincikan

Bila musim perayaan peniaga jual berkali ganda lain pulak teguran yang di buat

1MDB sepatutnya menjual semua tanah 70 ekar tersebut Bukan hanya tanah 1.56 ekar yang di beli oleh TH sahaja

Ingat Majlis Ulamak PAS je rupa nya Majlis Fatwa pun sama di kongkalikong

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Pendeposit TH kebanyakkan nya melayu, bermula di tubuhkan oleh melayu.Laih laih pengerusi mamak kutty yang tak ada darah keturunan melayu.Mamak pelingkup melayu. Mana rani kulup, mana perkasa perjuang melayu sejati, hampa tak menabung kat TH ka. Lingkup melayu kerana mamak. Hidup kutty!!!

Tanpa Nama berkata...

Demi menyelamatkan keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji adalah lebih baik pengerusi dan semua ahli lembaga pengarah meletak jawatan . Sekiranya orang Islam lebih percaya kepada simpanan bukan Islam contoh public mutual dll ianya akan memalukan orang Islam . Dengan rasa tanggungjawap dan sayang Tabung Haji undurlah cara baik. Buang rasa ego dan buang rasa tamak.
Sebagai sauyudara Islam saya malulah sekiranya kamu tidak berundur

Tanpa Nama berkata...

Sebalik nya jika 1MDB membuat keuntungan jangan harap lah tanah tersebut di jual kepada TH

Salah TH 100% pun tak boleh Kita tenguk berapa lama marah orang melayu dan apa tindakan orang melayu

Berapa hari ini TH sesak tak Kaum cina tak tunggu persatuan mereka bertindak dalam hal amanah dan duit Pengurusi atau Pegawai Kanan tak berani tunjuk diri Tak sampai seminggu dah tukar pengurusan

Tanpa Nama berkata...

Sangat SETUJU dengan komen Anon 1:22 pm !Tapi....kalau boleh tolong letak tanda noktah dalam tulisan tuan !
Saya ni GURU BAHASA MALAYSIA !

Tanpa Nama berkata...

Bukan main lagi kementerian memberi amaran aktiviti pencatutan berikutan pelaksanaan GST, lalu melaksanakan penguatkuasaan anti pencatutan. Sebagai pencerahan didefinasikan di sini, aktiviti pencatutan adalah penjual menjual sesuatu pada harga dengan mendapat keuntungan yang melampau.

1MDB membeli tanah 70 ekar pada harga RM194.1j
Harga purata 1 ekar tanah belian 1MDB RM2.77j
1MDB menjual kpd TH 1.56 ekar dgn harga RM188.5j
Harga belian oleh 1MDB untuk keluasan yg sama RM2.77j X 1.56 = RM4.33j
Keuntungan 1MDB dlm penjualan itu adalah RM188.5j - RM4.33j = RM184.17j
dan ia adalah 66.5 kali ganda daripada kos modal 1MDB.

Ini menunjukkan 1MDB telah melakukan aktiviti pencatutan dgn penipuan jual beli kpd TH.
1MDB sememangnya bangkai negara!

Tanpa Nama berkata...

kalau ikut kan bukan saja kesalahan titik tak ada ayat pun tak tersusun dan lengkap.

Memang di sengajakan.

Tapi Cikgu dah tegur kita akan akur dan kita minta maaf.

Sudah pasti ada yang kurang bersetuju dengan cikgu malah ada yang kata hal ini pun nak kecuh GURU BAHASA MALAYSIA konon.

Tapi mereka kena tahu ini lah cikgu yang bertanggung jawab namanya. Seperti pengalaman seorang kawan yang di tegur oleh pengutip sampah kerana membuang puntung rokok ketika di luar negara. Bila di tanya lu siapa lalu Mat Saleh tu jawab 'Im a rubbish collectter, sir. Now pick it up and throw it into the dustbin.

Kita kalau ulamak pun kena jadi ma├žam GURU BAHASA MALAYSIA. Baru lah jemaah tersusun.

Terima kasih GURU BAHASA MALAYSIA.

Ini pun tadi kita semak ada juga tertinggal titik

Tanpa Nama berkata...

Buang yang Keroh, Ambil yang Jernih.
Buang BN, Undi Pakatan Alternatif (PKR-DAP-PasMa). Tidak blh dinafikan yg Melayu dlm Kerajaan Alternatif masih akan terajui Putrajaya nanti. Bersama2 dgn pemimpin Cina & India yg berkebolehan dlm PKR Dan DAP, maka Pemimpin Melayu perlu bersama2 berganding bahu memerintah dgn BERSIH, CEKAP Dan AMANAH. Hidup Bangsa Malaysia! Muhibbah Bangsa Malaysia!. (Wan)

Tanpa Nama berkata...

Kapitalis tahap gila babi.sepatutnya thjeee tambah duit sikit je lg boleh dpt tanah 70ekar.kira kasim baba la itu jib goat ta da apa punya byk melayu boleh back up dr itu kpala kena potong.melayu byk suka itu kangkung sama gs tea.untung lain bg jib goat ta da apa.seme itu utk kebaikan org melayu n pembangunan negara juga.jib goat tu kan ke melayu juga.melayu keturunan lanun bugis