9 Mei 2015

Selepas PR Menang Di Pmtg Pauh, Mat Sabu Umum Pertahan Jawatan..


Mat Sabu akan pertahan jawatan timbalan presiden PAS

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya walaupun ketinggalan jauh dalam pencalonan untuk jawatan itu di belakang pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang," kata Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad hanya mendapat 12 pencalonan daripada kawasan PAS di seluruh negara berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 94 pencalonan.

Turut mendapat pencalonan untuk jawatan itu adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamad menolak beliau bertembung dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang disasarkan kepada beliau oleh saingannya bahkan akan membantunya.

"Insyaa Allah, saya akan terus membantu presiden dan parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar," katanya.

Mohamad turut menekankan keperluan PAS untuk mendapat sokongan daripada orang bukan Islam di negara ini.

"Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia, sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50%, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada masyarakat bukan Islam dan rakyat awam," katanya.

Namun, katanya, perlu difahami, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar.

"Tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insya Allah, kita akan meraih hasilannya," katanya


KENYATAAN RASMI
OLEH HJ MOHAMAD BIN SABU

BismillahirRahmanirRahim.

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke 61 akan datang.

Insyaa Allah, saya akan terus membantu Presiden dan Parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO's serta para pelajar.

Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.

Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insyaa Allah, kita akan meraih hasilannya.

Haji Mohamad Bin Sabu




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.

Allah bersama Mat Sabu

Amin

air gunung berkata...

Antara Tokoh yg terbukti mampu bertahan diuji di medan laga.penjara.ISA.Perbicaraan mahkamah yg x abis2.kena belasah dek pak polisi..kena langgar sampai nak tercabut lutut.idola anak2 muda walau dia sendiri dah tua..democrat tulen..yg paling best abg mat memang tolol lucu semangat konsisten berani mati punya org..kelebihan lain...bnyk simpanan dlm bank akhirat psl dari dulu kena uji dgn tuduhan n fitnah x abis2.

Unknown berkata...

My vote is for Abg Besar Mat Sabu!

Go go go Abg Mat!! if you think u can win..go ahead..ramai voter/supporter behind U.

langsewah berkata...

Mat sabu ...pemimpin dan aset pas....

Mudah didekati

Mudah dibawa bincang

Sewajarnya terus dibagi mandat.

Tanpa Nama berkata...

Go forward ..

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan abg mat... Insaallah mendapat kemenangan..untuk masa depan pas yg lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

.

Undian sms terbanyak pun belum dapat menentukan kemenangan peserta program realiti

Harap berlaku satu kejutan yang memihak kepada Mat Sabu

Mat Sabu telah menjelaskan untuk melebarkan pengaruh kepada semua kaum dan agama


Selama ini pun PAS di terajui oleh ulamak tetapi sokongan orang Islam masih bawah 50% maka itu PAS memerlukan sokongan dari kaum dan agama lain sekiranya PAS ingin kan kuasa memerintah

Islam tetap Islam Rencah rencah Islam lah yang menjadikan PAS satu hidangan yang menarik dan sedap walaupun ada bahan bahan lain untuk menambahkan keenakkan dan kesempurnaan hidangan tersebut

Hidangan tim Hj Hadi hanya mengunakan perasa ulamak ! Bukannya ulamak bahan yang asli

Apa jadi jika di izinkan Tuhan PR menang ? PAS yang sepatutnya menjaga hak Islam dan melayu pulak dah bersongkol dengan UMNO Biarlah UMNO menjaga hak Islam seperti simpanan TH dan hak orang melayu dalam BN dan PAS pula jaga kedua dua nya Islam dan melayu dalam PR

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Tetap bersama mat sabu....intro yg sangat baik

faqqirulkhoir berkata...

Gue pon insyaAllah tompang sokong Mad. Kepetahan menangkis hujjah puak penentang, jatidiri yg teruji, dan berendah hati semasa mendengar lara rakyat menjadi pertaruhan dan semuga dikekalkan Allah s.w.t. Amin.