28 Jan 2015

[PENGAJARAN] Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara

Kiri Jimmy Shanley, kanan Nursuhaila Eliani Suhaimy

Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 35, dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini.

Jimmy mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya.

Jimmy berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 namun bercerai pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Aparil 2013 telah memutuskan hak penjagaan anak perempuan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley iaitu Zahrah Rania Shanley kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Jimmy telah diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya yang berusia setahun sembilan bulan itu. Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.

Jimmy telah berkahwin lagi kali kedua pada 7 Jun 2014 dengan pasangannya Mariam Jamilah Abdul Jalil.

[BERGAMBAR] Tadika PASTI Diceroboh Penjenayah, Guru & Murid Trauma -UPDATED

Lakonan semula bagaimana penjenayah terbabit bertindak mengacukan parang kepada salah seorang penjaga yang datang untuk mengambil anaknya.

Seremban – Guru dan murid-murid tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, berhadapan detik cemas apabila tadika terbabit dimasuki penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua murid-murid dikatakan sedang menunggu kedatangan ibu-bapa untuk mengambil mereka selepas selesai sesi persekolahan.

Pengarah Pasti negeri, Syazwan Zulkafli berkata, secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh.

“Kedua-dua lelaki itu terus memegang salah seorang penjaga yang datang mengambil anak mereka di tadika. Salah seorang daripadanya mengacukan parang di bahagian leher mangsa.

“Guru yang melihat kejadian itu segera membawa masuk murid-murid ke dalam tadika dan terus mengunci pintu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari tindakan guru itu, suspek bertindak menendang pintu dan berjaya memasuki tadika.

“Empat guru wanita bersama beberapa murid berada dalam ketakutan apabila suspek mengugut akan mencederakan jika melawan.

“Suspek meminta wang tetapi guru memberitahu tadika tidak menyimpan wang tunai. Suspek kemudian meminta barang berharga milik guru-guru,” katanya.

Syazwan berkata, bimbang dicederakan suspek, kesemua guru menyerahkan barangan peribadi mereka termasuk beg tangan dan beg yang berisi alat bantuan mengajar.

“Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.


“Syukur Alhamdulillah kerana guru-guru, murid-murid dan penjaga selamat dan tidak dicederakan suspek ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan guru-guru dan murid-murid mengalami trauma.

“Ini merupakan kejadian kali pertama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan. -SH

'Kami menggigil ketakutan'

SEREMBAN – “Saya menggigil bila parang panjang diacukan pada leher. Anak murid saya pula terkencing dalam seluar tengok saya diperlaku sebegitu,” kata Fauziah Mohd Arifin, 30, guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, semalam.

Dia berkata demikian ketika menceritakan kepada Sinar Harian bagaimana situasi cemas ketika pusat asuhan berkenaan diceroboh dua penjenayah bersenjata parang dan memakai topi keledar penutup penuh, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di dapur dan segera ke bahagian tengah rumah apabila mendengar seorang lagi guru, Saridah Rahmat, 42, menjerit meminta tolong.

“Saya lihat Cikgu Saridah berlari bawa anak murid masuk ke dalam dan terus mengunci pintu sambil menjerit meminta tolong.

“Ketika itu juga saya lihat ada seorang lelaki memakai topi keledar memegang penjaga di luar rumah dengan meletakkan parang di lehernya,” katanya.

Fauziah berkata, dia sempat menelefon suaminya memaklumkan pusat asuhannya dimasuki penjenayah.

“Saya meminta suami datang segera ke sini dan belum sempat saya hubungi polis, lelaki itu dapat masuk dengan menendang pintu.

“Lelaki itu datang ke arah saya dan acu parang panjang di leher sambil berkata ‘aku nak duit, kalau tak da duit aku bunuh semua’.

“Salah seorang anak murid melihat saya dalam keadaan begitu terus menangis ketakutan sehingga terkencing dalam seluar,” katanya ketika ditemui di pusat asuhan berkenaan, semalam.

Fauziah berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu turut menyelak tudung dan lengan bajunya untuk meragut emas.

“Melihat saya tidak memakai barang kemas, dia menolak saya sehingga terjatuh sebelum ke dapur untuk menggeledah laci pula.

“Selepas gagal mencari duit, dia terus merampas beg tangan saya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan pusat asuhan ini,” katanya.

Menurut Fauziah, sejurus dua lelaki itu melarikan diri, dia bersama guru-guru yang lain segera memeluk anak murid yang menangis ketakutan.

“Kami semua memeluk anak murid bagi menenangkan mereka. Mujur ramai anak murid yang tidak melihat kejadian itu kerana berada di tingkat atas.

“Syukur Alhamdulillah, kami tidak dicederakan. Saya tidak risaukan keselamatan saya tetapi lebih risaukan keselamatan anak murid,” katanya.

Katanya, dia kerugian hampir RM500 apabila beg tangan mengandungi duit dan barang kemas dilarikan penyamun itu.

“Ibu murid yang menjadi mangsa juga mengalami kerugian apabila rantai, gelang dan cincin emas serta telefon bimbit dilarikan suspek," katanya yang tetap gagahkan diri untuk bekerja semalam, walaupun masih trauma.

Difahamkan, seramai 54 murid berusia empat hingga enam tahun mengikuti kelas di Pasti itu, namun ketika kejadian hanya 30 murid berada di situ, manakala selebihnya sudah pulang ke rumah.
-SH


ULASAN GB

Nampaknya sudah sampai masanya aspek tahap keselamatan diberikan perhatian oleh pihak pengurusan PASTI semua peringkat di seluruh negara.

Misalnya mencari dana untuk memagar kawasan PASTI agar tidak memudahkan jalan untuk sebarang penceroboh masuk. Kedua, walaupun belum berapa perlu tetapi usaha mempertingkatkan sistem kawalan seperti meletakkan "pengawal keselamatan" yang terdiri dari golongan sukarelawan mukmin dan ketiga memperkenalkan sistem ALERT melalui alat penggera di bangunan PASTI atau sistem SMS ke jawatankuasa Kawasan, Unit Amal dan/atau balai polis yang berhampiran. Seterusnya kursus diadakan untuk guru-guru PASTI tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi mencemaskan seperti di atas.

PAS Kawasan juga perlu memikirkan pewujudan Unit Kaunseling Syariah bagi membantu mereka yang trauma agar sistem dan sessi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.

PasMa Betul, Yang Tak Setuju PR Sila Keluar Dari PAS!


Pihak tolak Pakatan yang patut keluar PAS'

Pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

Begitu reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mendapat amaran bernada halau daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihak itu harus keluar parti kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan.

“Itu keputusan PAS dan muktamar.

"Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

“Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS,” ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan 'bahtera' PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti “menebuk kapal” sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Phahrolrazi bagaimanapun hari ini menjelaskan kenyataan Hadi terhadap PasMa itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PasMa terlibat dengan PAS.

“PasMa ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun.

“Jadi dia (Hadi) nak tuju pada PasMa tidak relevan.

“PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS,” katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Memang benar kata Phahrolrazi... pihak yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyatlah yang sepatutnya keluar daripada PAS. Ini kerana resolusi Muktamar bertahun-tahun memutuskan "PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat". Itu kehendak majoriti ahli PAS. Jadi jika ikut keputusan muktamar, sesiapa yang tak suka PR, boleh belah dari PAS...

Kedua, kebenarannya ialah yang dikritik ialah pimpinan PAS... bukan dasar PAS. Apasal Haji Hadi mahu halau PasMa keluar? Apa hak beliau bercakap demikian? Allahyarham TG Fadzil Noor pernah menyatakan bahawa pimimpin PAS boleh dikritik.



Kita tunggu nanti hukum Allah berjalan dengan sendiri....

27 Jan 2015

Halau PASMA, Ramai Ahli PAS Bidas Haji Hadi


Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.

"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.

"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.


Inilah bahtera PAS

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Kita bukanlah Rasulullah SAW yang mendapat wahyu secara langsung daripada Allah. Kita juga bukanlah Imam Syafie RA, yang pakar dalam segenap ilmu dan kefahaman yang mampu berijtihad. Akan tetapi, kita menggabungkan para ulamak yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman.

Contohnya PAS pernah bersidang bersama para ulamak sedunia, manakala wakil PAS yang hadir ketika itu ialah Tuan Guru Presiden, Almarhum Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Mustafa Ali. Iaitu berbincang tentang hubungan dengan Non Muslim, yang mana telah digariskan oleh Islam sebanyak 8 bentuk, antaranya tahaluf, hudnah dan sebagainya, selari dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat.

Begitu juga pada 1960 dan 1961, ketika itu Dr Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan agar mewujudkan keahlian bersekutu kepada non-muslim. Ketika itu masyarakat belum dapat menerima lantas beliau menerima ugutan, kenderaannya ditahan dan sebagainya kerana cetusan beliau ketika itu tidak dipersetujui oleh tok tok guru pondok. Beliau mengambil pendekatan berundur daripada cetusan tersebut bagi meraikan penerimaan masyarakat semasa.

Begitu juga perbezaan antara Imam Haramain al-Juwaini RA dan Imam Mawardi dalam beberapa permasalahan berkaitan non muslim. Imam Haramain menetapkan ijtihadnya berdasarkan realiti setempatnya ialah sekitar Mekah dan Madinah yang mana hampir kesemua penduduknya beragama Islam. Manakala Imam Mawardi yang tinggal di Iraq berhadapan dengan masyarakat majmuk.

Markas Air Kuning, Taiping
25.01.2015
-HD


PETIKAN KOEN-KOMEN





ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang, tetapi yang jelas dan nyata suara siapa sebenarnya yang kini mirip kepada perjuangan UMNO? PasMA atau Hj Hadi sendiri? Tengok saja isu PBT. Haji Hadi dan kumpulannya mendapat sokongan dan dokongan penuh dan menteri dan media UMNO.... tak begitu?

Kedua pasal "tebuk kapal". Gelihati pula dengan analogi sedemikian digunakan oleh Presiden. Maaf cakap, cukup rendah IQ dan cukup memalukan. Kita tanya semula, siapa yang tebuk kapal Pakatan Rakyat kalau bukan Presiden PAS sendiri yang tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan yang sering membuat U-turn semasa membuat keputusan? Siapa yang kena heret ke kandang orang bersalah kerana mengeluarkan perkataan berunsur fitnah tentang pil kuda? Siapa yang mengaibkan presiden parti PKR?

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Itu taraf Presiden PAS yang ada kini. Mahkamah memutuskan Presiden PAS memang memfitnah! Cukup memalukan.... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan......

Beginilah... kalau dah suka parti-parti PKR dan DAP silalah bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. GB rasa PKR dan DAP tidak kisah jika kumpulan Haji Hadi keluar PR kerana bukan semua ahli PAS bersetuju dengan Presiden PAS itu. Malah tidak keterlalauan GB katakan lebih dari separuh ahli parti mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan kerana semua tahu bahawa yang akan melawan UMNO BN bukan PAS secara sendirian tetapi Pakatan Rakyat. Malah Haji Hadi sendiri di dalam ucapan penutup Muktamar yang lepas turut menyatakan mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. Kalau tak suka kenapa sibuk suruh perkukuhkan PR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Kita sama-sama nantikan siapa sebenarnya yang akan terhalau dan tercampak keluar dari PAS nanti.... PasMAkah atau Hj Hadi bersama UGkah...

Doktor Yang Rawat TGNA Kata Memang Ada Keajaiban...


Ada keajaiban, kata doktor rawat Nik Aziz

Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menceritakan terdapat beberapa keajaiban berlaku semasa proses rawatan.

"Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah,” kata anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Dalam tulisannya di Facebook hari ini, Nik Abduh berkata beliau gembira hari ini kerana ayahnya lebih berselera dan makan lebih banyak.

Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, bekas menteri besar Kelantan itu juga mampu duduk walaupun agak bersusah payah, katanya lagi.

“Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya,” katanya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir PAS juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ahli politik veteran itu.

“Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini,” katanya lagi.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke hospital di Kota Bharu minggu lepas kerana kesihatannya merosot.

Beliau juga menghidap kanser prostat. -mk


Doktor Cerita Keajaiban Semasa TG Nik Aziz Dirawat

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam proses rawatan.

Demikian tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya petang tadi.

Menurutnya, Prof Dr berkenaan menyatakan keadaan ayahanda itu di luar daripada buku yang ditulis, itu kuasa Allah.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.

Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya.

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah".

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaan-Nya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
6 Rabiul Akhir 1436 / 26 Januari 2015
615pm
-HD


ULASAN GB

Semalam tatkala GB menyiarkan satu tulisan bertajuk [VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU yang kemudiannya tersebar luas setelah dimuatkan di dalam harakahdaily, ada juga samdol-samdol yang meperolok-olokkannya menyatakan bahawa tulisan itu berlebih-lebihan sehingga ke tahap mengkeramatkan TGNA.

Sekarang ternyata benar apa yang ditulis semalam. Doktor menegesahkan memang berlaku keajaiban itu, menurut anak TGNA Nik Abduh.

Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan kehendakNya dan ke atas sesiapa yang pilihNya. Keajaiban juga boleh berlaku ke atas pelaku maksiat dan orang yang jahat-jahat. Itu namanya "istidraj". Jika keajaiban itu berlaku ke atas seseorang yang soleh maka itu dinamakan "karamah". Karamah (apabila dimelayukan jadi "keramat") terbit hasil dari "istiqomah"nya seseorang di atas jalanNya. Tidak perlu dipertikai dan diperdebatkan hal itu.

Kita bukan pentaksub individu. Tetapi kita hanya mengkisahkan KEBENARAN yang berlaku. Hati yang suci dan bersih akan mengakuinya dan akur dengan kehebatan kekuasaan Allah sedangkan hati yang perpenyakit akan membuat tuduhan liar untuk tidak memperakui keajaiban itu. Kebenaran itu tetap MENANG mengatasi kebatilan.

Wallahu 'alam.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Sebab Mengapa Boleh Berlaku Keajaiban Ke Atas TGNA?
Sini ada jawapannya:



26 Jan 2015

Orang Miskin Dilarang Mati (?)


Menjadi viral di laman sosial kini sekeping resit terperinci di mana pengurusan pengkembumian bagi orang yang meninggal dunia menelan belanja sehingga lebih RM4,000.

Jika benar begitu maka ia memang memeranjatkan.

Diantara bayaran paling mahal dikenakan ialah bayaran upah baca Al-Quran di tanah perkuburan iaitu sebanyak RM1,900 dan sedekah solat jenazah RM1,000. Manakala tambang kereta jenazah RM440 (untuk 22 km?).

Bagaimanakah agaknya orang miskin mampu untuk menanggung kos-kos berkenaan? Atau apakah nanti mayat si miskin hanya layak dicampak di tapak pelupusan apabila segala-galanya kini bekerja semata-mata kerana wang?

[VIDEO & GAMBAR] Pasca Banjir, Ada Yang Masih Berkhemah Di Tanah Kubur


Salah seorang sahabat GB yang turut melakukan misi bantuan banjir ke pantai timur telah menghantar beberapa keping foto untuk dikongsi bersama.

Apa yang memilukan dan menyayat hati ialah terdapatnya mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berkhemah ditanah perkuburan kerana rumah mereka telah dihanyutkan semasa banjir.

Ada pula keluarga yang mendapati rumah mereka hanya tinggal tangga saja....

Saksikanlah:

Dua keluarga ini masih tinggal di dalam khemah di atas tanah kubur di jalan Geala Kuala Krai.


5 biji rumah - yang tinggal cuma tangga saja yang ada


VIDEO -Kg. Hujung Tanjung, Krai. Ramai terlepas pandang sebab tersorok dari orangramai...





[BONGKAR] Kemalangan Maut Di Melaka, Benarkah JPJ Tidak Mengejar Kereta Itu?


Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.


"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan.


"Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu, JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut.

Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor. -astroawani


JPJ nafi jadi punca kemalangan maut empat individu di Melaka

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan yang mengatakan empat individu maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh akibat diburu JPJ.

Berikut adalah kenyataan penuh JPJ yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook jabatan tersebut:

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.

"Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.

"Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

"Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempat tersebut.

"JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.

"Siasatan sedang dibuat berhubung dengan laporan berita tersebut."
-astroawani


ULASAN GB

Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian tersebut dengan seadil-adilnya.

Apakah benar pihak JPJ tidak mengejar kereta Proton Perdana tersebut dan hanya terserempak dengan kemalangan lalu memberi bantuan sedangkan ada laporan polis dari saksi kejadian menyatakan "ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan"?

Daripada laporan polis yang dibuat oleh pegawai JPJ berkenaan nampak seperti kurang logik... terserempak .. berarti secara kebetulan...

Mungkin kereta Perdana itu ada membuat kesalahan, dan JPJ berhak untuk mengejar dan menjejakinya. Tetapi pegawai JPJ membuat laporan polis menyatakan mereka tidak mengejarnya. Apakah kerana apabila mendapat tahu ada kematian, maka pegawai JPJ berkenaan terus mengambil keputusan membuat laporan polis menyatakan mereka terserempak, bukan mengejar kereta berkenaan?

Sebelum ini, ada saksi menyatakan mendengar siren dibunyikan oleh kereta peronda JPJ berkenaan sewaktu mengejar kereta Perdana berkenaan. Apa-apa pun kita meminta saksi-saksi kejadian tampil supaya KEBENARAN dapat ditegakkan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya dengan adil. Jika benar JPJ mengenjarnya, pegawai JPJ berkenaan boleh didakwa membuat laporan polis palsu.

25 Jan 2015

[VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU -updated


Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر.

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... Sumber asal: Kerabu Bersuara Group..



[KEBESARAN ILAHI] Kisah Ajaib Di Sebalik Bah Kuning


Tumpat – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan,"
katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk. -SH

Apa Yang Terjadi Pada Tubuh Kita Di Dalam Kubur...


Sesungguhnya mayat di dalam kubur, akan melalui beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun setelahnya.

Malam Pertama
Di kuburan pembusukan dimulai pada daerah perut dan kemaluan.

Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling berjuang dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya juga Allah azza wa jalla membuat manusia merugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan.
Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan memiliki satu warna saja.

Malam Kedua
Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan lambung.

Hari Ketiga
Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tidak sedap.

Seminggu Setelahnya
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, lambung, limpa.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur

Setelah 15 Hari
Lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan
Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan. (AR/Dr.Zuhair Rabih (Anggota Haiah I’jazul Ilmi, Makkah al-Mukarromah)

Sumber: Majalah Qiblati Edisi 06, Tahun V, 03-1431H/03-2010M, Hal.46-47] via islampos

24 Jan 2015

Momokan 13 Mei, Haji Hadi Kembalikan Perjuangan PAS Ke Era Dato Asri (?)


Yang tidak dimengerti Hadi tentang ‘undi ketiga’ – Izmil Amri

Salah tanggapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya kerajaan tempatan amat disesalkan. Di saat Pakatan Rakyat (PR) berusaha menjauhi wacana politik perkauman, beliau pula gigih membangkitkan momok 13 Mei, dan mengaitkannya dengan pilihan raya kerajaan tempatan.

Tidak jauh beza dengan buah butir percakapan kumpulan-kumpulan ultra Melayu. Sikit-sikit 13 Mei, seolah-olah tidak ada hujah bernas lain selain hujah kaum dan politik ketakutan.

Lebih menyedihkan, modal pilihan raya kerajaan tempatan ini kini dijadikan modal perbandingan dengan cita-cita pelaksanaan hudud di Kelantan. PAS membandingkan urusan jenayah syariah berasaskan firman Tuhan, dengan isu pemilihan tukang urus longkang tersumbat dan lampu jalan tidak menyala. Ini amat memilukan hati.

Apa yang Hadi nampak barang kali, hanyalah kalau dibuat pilihan raya ini, yang akan jadi ahli majlis dan datuk bandar, semuanya Cina belaka. Geleng kepala.

Hadi gagal memandang pilihan raya kerajaan tempatan, atau ‘undi ketiga’ sebagai langkah penampan. Di saat PAS ketiadaan Kedah dan Terengganu, seharusnya Hadi memikirkan ‘undi ketiga’ patut dijadikan modal simpanan bagi memastikan PAS (dan juga PR, kalau masih sudi) dapat terus bekerja melayani rakyat di peringkat akar umbi.

Seharusnya juga PAS dan Hadi mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi kepada Iszuree Ibrahim di Pulau Pinang, yang digantung tugasnya dan kemudian tidak disambung kontraknya sebagai ahli Majlis MPPP lantaran komen melulunya terhadap kerajaan negeri.

Iszuree pasti masih lagi tidak digugurkan daripada menjadi ahli majlis sekiranya beliau dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan, dan bukan melalui cara pelantikan.

Namun ternyata PAS gagal mencari apa peluang yang ada untuk terus berfungsi sebagai pelayan rakyat. Bukan itu sahaja, ia malah mengecam peluang tersebut dengan sentimen perkauman dan momok 13 Mei.

Kita sebenarnya harus mengerti apa fungsi dan peranan ahli majlis, dan kenapa mereka ini perlu dipilih oleh rakyat, dan bukannya dilantik pakai tangkap muat.

Wakil rakyat, fitrahnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya untuk menganggotai dewan-dewan pembuat dasar negeri dan negara. Wakil rakyat ini ada antaranya yang mempunyai ciri kepemimpinan.

Mudahnya disebut ciri orang politik. Suka bergambar, berucap, dan dilihat membuat sesuatu.

Sekumpulan wakil rakyat yang lain pula barangkali tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian selain keinginan melayani dan berkhidmat untuk rakyat. Tetapi ini sebenarnya bukan kerja wakil rakyat. Bukan kerja wakil rakyat untuk urus longkang tersumbat, sampah tidak dipungut dan tiang lampu tidak menyala.

Itulah kerja ahli majlis. Mereka inilah yang sentiasa mendapat panggilan telefon daripada wakil rakyat apabila rakyat mengadu longkang depan rumah tersumbat, atau gerai cucur pisang ibu tunggal di simpang kampung perlukan lesen supaya mengelak daripada dirobohkan.

Ahli majlis adalah wakil kepada wakil rakyat. Yang penat dan letih melayan rakyat, selalunya mereka inilah. Yang berasa denyut nadi rakyat saban hari, ahli majlis.


Tetapi siapa yang melantik ahli majlis? Takkanlah rakyat tidak punya suara untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal runcit bandar dan pekan mereka. Dan bukankah ahli majlis juga yang meluluskan binaan infrastruktur setempat?

Berbanding PAS, DAP percaya rakyat mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa yang mewakili mereka di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, mahupun di majlis bandaran. Ini memastikan akauntabiliti wakil rakyat dan ahli majlis kepada rakyat yang meletakkan mereka di posisi itu, bukan tuan-tuan politik yang melantik mereka.

Kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai, pembayar saman, pembayar meter petak letak kereta, pembayar lesen niaga, adalah elemen yang memastikan kecekapan, ketelusan dan integriti dalam menguruskan infrastruktur dan perancangan setempat.

Rasa bertanggungjawab inilah yang dimahukan rakyat terbanyak, yang hari demi hari bertanya ‘mana wakil rakyat kami, musim pilihan raya baru nampak muka’.

Memanglah tak nampak muka wakil rakyat, mereka kerja di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Ahli majlislah yang kerjanya turun padang selalu, di zon dan autonom yang lebih kecil. Muka mereka ini nanti memanglah nampak selalu; tapi tak kenal, sebab bukan rakyat yang pilih.

Tidak sepatutnya timbul persoalan jurang kaum, tidak kiralah di bandar atau luar bandar. Penyakit mudah menimbulkan momok perkauman ini sepatutnya sudah tidak lagi diperbahaskan. Bukankah kita juga yang dahulu menyeru supaya pengundi memilih calon yang berkaliber dan tidak memilih berasaskan kaum dan keturunan?

Jika pendekatan garang Hadi terhadap DAP ini sekadar untuk menunjukkan beliau masih bergigi dalam mempertahankan kerusi presiden PAS menjelang muktamar nanti (seperti dianjurkan Utusan Malaysia) maka barang kali sudah tiba masanya untuk PAS mempertimbangkan calon presiden baru bagi mengemudi PAS menuju Pilihan Raya Umum ke-14. – TMI


Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei, kata Hadi kepada DAP

Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.

"Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya.

Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.

Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.

"Bandar wajib diurus bukan saja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah mengalir ke dalam jasadnya.

"Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisme didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat.

Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara, manakala pendekatan komunis lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah.

"Dunia sudah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, kerajaan pimpinan DAP itu tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Raus berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pemansuhan pilihan raya PBT ialah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada majlis berkenaan terlebih dulu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 4 Mac 2010 menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon kebenaran untuk mengadakan pilihan raya PBT berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1).

Namun permohonan itu ditolak SPR pada 23 Mac 2010.
-TMI


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendirinya.... Presiden PAS telah mendedahkan "wajah sebenar" kumpulan yang dikatakan ulamak... ia ingin mengembalikan perjuangan PAS kepada perjuangan era Dato Asri yang bertunjangkan "nasionalisme" sebagai tunjang perjuangan parti, satu perjuangan yang telah sebati diperjuangkan oleh UMNO dan kumpulan NGO Melayu seperti PERKASA, PEKIDA, ISMA dan seumpamanya...

Menjadikan 13 Mei sebagai modal dan hujjah untuk membantah pilihanraya PBT... Bukankah "13 Mei" itu satu "rusuhan kaum"? PAS juga nampaknya terdesak terpaksa menggunakan modal "rusuhan kaum" untuk berhujjah dengan DAP semata-mata kerana DAP menolak hudud?

Apabila DAP (baca: kaum Cina) menolak hudud, itu bererti PAS masih belum berjaya dalam berdakwah. Jadi yang perlu sepatutnya ialah luaskan penernagan dan pertingkatkan kerja dakwah. Bukan mencari isu lain (dalam hal ini PBT) untuk menghentam mereka, apatah lagi menggunakan isu perkauman dan momokan 13 Mei.

Apakah PAS sudah tidak lagi menghargai dan tidak lagi undi kaum Cina (baca: bukan Melayu)di dalam pilihanraya akan datang?


Apakah semua Cina itu 100% kafir? Apakah kaum Cina itu cauvcinis belaka? Apakah tiada golongan Islam di kalangan mereka? Atau tiada lagi di kalangan mereka yang memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan sejagat yang turut diperjuangkan PAS? Bukankah selama ini mereka juga turut sama memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dalam PR disamping menentang kekejaman dan kezaliman kerajaan UMNO BN?

Apakah kerana mereka menolak hudud maka kita berpatah arang dan berat rotan untuk tidak lagi berbaik dengan mereka?

Apakah PAS hanya ingin mengharapkan undi kaum Melayu seperti UMNO? Apakah PAS sudah lupa sifat "fathanah" (kebijaksanaan) sebagai satu sifat yang perli dimiliki apatah lagi sebagai seorang yang bergelar ulamak?

Tidak malukah pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini bergandingan dengan DAP dipentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat di setiap kali musim pilihanraya demi untuk menjatuhkan kerajaan korup UMNO BN itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... kita tunggu dan lihat episod selanjutnya...

br>

[VIDEO] Jeritan Sayu Mangsa Sebelum Rentung Dalam Kereta Terbakar


Kuala Kangsar: Mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 254.7 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini dikenali sebagai Mohd Joeri Ramli, 34, manakala rakannya yang parah dikenali sebagai Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, bukan wanita seperti laporan awal yang diterima.

Mangsa yang berasal dari Bagan Serai, dekat sini, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke Gerik bersama rakannya atas urusan kerja dimana kedua-duanya bekerja dengan syarikat rawatan air.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan, manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian membabitkan kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dirempuh dari belakang treler membawa muatan besi.

"Kereta mangsa diseret hingga ke laluan kiri sebelum terbakar. Pemandu lori dan kelindan serta penumpang kereta berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri, manakala mangsa yang tersepit gagal berbuat demikian dan rentung terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Joeri Ramli sempit menjerit meminta tolong berulang kali kepada rakannya sebelum menemui ajal akibat terperangkap dalam kereta yang terbakar dilanggar dari belakang oleh treler 60 tan.




23 Jan 2015

[BERGAMBAR] Tok Guru Nik Aziz Yang Luar Biasa, Penuh Tawaduk


Sebagai seorang wartawan separa-veteran, amat jarang saya mengkagumi seorang politikus. Benar, ramai yang saya hormat dan ada juga yang dipandang tinggi, namun secara umum saya tidaklah terlalu ambil pusing tentang mereka.

Namun ada sebilangan kecil, dan khususnya seorang sosok yang telah menegaskan kepercayaan saya terhadap mereka, golongan yang memerlukan undi kita untuk dipilih mentadbir dan memimpin, kalau pun tidak sebenar-benarnya berkhidmat kepada rakyat.

Walaupun belum sampai sedekad saya menjadi wartawan, hampir sepanjang tempoh itu telah didedikasikan untuk membuat liputan dan laporan tentang politik Malaysia.

Sudah banyak perkara yang saya lihat dan alami. Saya menjadi penat dan bosan, sudah terlalu biasa dengan kekecewaan, ketidakjujuran, cakap kosong dan buruk-memburuk daripada watak-watak politik yang kita kenal.

Saya mungkin menjadi mangsa kepada penyakit yang biasa dihadapi mereka yang cukup dekat untuk melihat sendiri kesilapan-kesilapan kecil di tembok kekuasaan, yang menjadikan seseorang itu sebagai sinis yang pesimistik.

Namun ada seorang insan di kalangan ramai dalam dunia politik yang tegap berdiri di tengah-tengah kancahnya, yang mengembalikan kepercayaan saya terhadap politikus, walau pun tidak semua.

Insan itu adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, seorang daripada sebilangan tokoh yang setakat ini gagal memenuhi jangkaan sinikal saya tentang politikus. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, bekas Menteri Besar Kelantan dan masih sebagai Adun Chempaka.


Seperti kata-kata editor saya, beliau adalah politikus Melayu yang sukar lagi untuk dilihat pada masa ini, benar-benar luar biasa dan tiada duanya.

Tidaklah sehingga mencetuskan sentimen “Politikus Melayu hebat terakhir”, namun mungkin tidak terlalu jauh daripadanya.

Ada sesuatu dalam gayanya yang membawa kita ke zaman dahulu. Di saat yang telah dilupakan dan malah mungkin sehigga saat sahabat Nabi Muhammad SAW dan gambaran kepimpinan yang dicetuskan mereka.

Satu zaman…

Di saat pemimpin tidak terlalu bongkak dan beromong kosong.

Di saat pemimpin berkata-kata dengan lembut dan baik.

Di saat pemimpin melangkaui permainan politik murahan yang biasa.

Di saat hidup mereka bukan sahaja didedikasikan kepada rakyat terbanyak, tetapi memang dilihat begitu.

Di saat politikus lain hidup jauh lebih selesa selepas mendaki tangga politik, Nik Aziz terus dengan gaya hidup sederhana.

Beliau bahagia di rumah kampung, walaupun ketika berjawatan besar dan mendapat kediaman rasmi. Memandu kereta lama, walaupun beliau boleh mendapat kereta mewah hanya dengan menyatakannya.

Ketika politikus lain memiliki gambar mereka yang penuh gaya di dalam dan luar negara, diiringi pengiring rasmi dan polis walaupun ketika urusan peribadi, Nik Aziz menjalani hidup dengan tawaduk.

Gambar dirinya yang diambil rakyat dan dimuat naik di internet langsung tidak menunjukkan gaya seorang politikus yang memegang kuasa.

Tiada gambarnya bercuti di pusat beli belah dan taman tema luar negara, bermain golf dengan Presiden negara luar atau menganjurkan majlis mahal di tempat yang juga mahal.

Yang ada hanya gambar beliau bersolat, berehat atau pun tidur di masjid, atau berjalan kaki ke masjid berhampiran rumahnya. Juga ketika membeli makanan dan minuman di warung tepi jalan, atau membacakan doa kepada bayi yang baru lahir apabila ibubapa datang berjumpa dengan beliau.

Gambar-gambar yang ada hanya menunjukkan seorang lelaki berumur yang hidup biasa, kecuali pakain rasminya ketika di pejabat. Malah, itu pun tidak cukup gah seperti yang sering dilihat.

Ketika mengundi sewaktu pilihan raya, beliau beratur menunggu giliran seperti orang lain.

Cukup banyak kisah tentang kehidupan dan gaya rendah dirinya di alam maya, serta yang tersebar dari mulut ke mulut oleh mereka yang pernah bertemu mata dengannya.

Satu kisah yang menjadi viral berhubung seorang individu yang berhadapan masalah apabila keretanya rosak di Kelantan. Beliau kemudian dibantu seorang lelaki berumur yang memandu kereta lama. Lelaki berumur itu menghubungi mekanik dan, menurut kisah itu, turut meminjamkan keretanya.

Hanya selepas diberitahu mekanik yang baru tiba, individu itu mengetahui bahawa lelaki berumur yang membantunya adalah Nik Aziz, Menteri Besar negeri itu.

Walaupun ada kisah serupa melibatkan politikus lain, serta gambar mereka yang penuh rendah diri dan berkhidmat kepada rakyat, saya sering menemui unsur jenaka di dalamnya.

Namun dengan Nik Aziz, deria jenaka saya tidak pernah terjentik, dan mata saya yang mampu mengesan helah politikus tidak mendapati apa-apa niat tersembunyi.

Sememangnya gaya penuh teladan itu telah menjadikannya seorang insan yang sering dipandang tinggi bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ada yang harus diperkatakan tentang bagaimana tingginya penghormatan kepada beliau. Gelaran “Tok Guru”-nya – satu gelaran yang membawa penghormatan yang tidak dimiliki ramai.

Mungkin salah satu sebab adalah cara hidupnya, tidak seperti kebanyakan politikus dan pemimpin yang sering berkata-kata tentang perjuangan namun tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

Jika saya tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan, saya hanya berharap mampu mengikut jejak langkahnya untuk berpegang kepada prinsip saya, seperti mana beliau berpegang kepada prinsipnya.

Terutama dalam kerjaya yang memerlukan saya berhujah tentang baik dan buruk, benar dan salah pihak lain. Memang mudah untuk memuntahkan retorik dengan penuh api namun pada masa sama tidak jujur dan serius tentang apa yang dikatakan…atau mengamalnya sendiri.

Kepada Tok Guru yang paling dihormati, saya berdoa kepada Allah SWT agar beliau yang kini dalam keadaan lemah kembali sembuh dengan segera. Malaysia perlukan Tok Guru, dan tidak akan ada lagi tokoh seperti Nik Aziz Nik Mat. -Hazlan Zakaria/theaintdaily