27 Jan 2015

Doktor Yang Rawat TGNA Kata Memang Ada Keajaiban...


Ada keajaiban, kata doktor rawat Nik Aziz

Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menceritakan terdapat beberapa keajaiban berlaku semasa proses rawatan.

"Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah,” kata anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Dalam tulisannya di Facebook hari ini, Nik Abduh berkata beliau gembira hari ini kerana ayahnya lebih berselera dan makan lebih banyak.

Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, bekas menteri besar Kelantan itu juga mampu duduk walaupun agak bersusah payah, katanya lagi.

“Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya,” katanya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir PAS juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ahli politik veteran itu.

“Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini,” katanya lagi.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke hospital di Kota Bharu minggu lepas kerana kesihatannya merosot.

Beliau juga menghidap kanser prostat. -mk


Doktor Cerita Keajaiban Semasa TG Nik Aziz Dirawat

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam proses rawatan.

Demikian tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya petang tadi.

Menurutnya, Prof Dr berkenaan menyatakan keadaan ayahanda itu di luar daripada buku yang ditulis, itu kuasa Allah.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.

Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya.

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah".

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaan-Nya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
6 Rabiul Akhir 1436 / 26 Januari 2015
615pm
-HD


ULASAN GB

Semalam tatkala GB menyiarkan satu tulisan bertajuk [VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU yang kemudiannya tersebar luas setelah dimuatkan di dalam harakahdaily, ada juga samdol-samdol yang meperolok-olokkannya menyatakan bahawa tulisan itu berlebih-lebihan sehingga ke tahap mengkeramatkan TGNA.

Sekarang ternyata benar apa yang ditulis semalam. Doktor menegesahkan memang berlaku keajaiban itu, menurut anak TGNA Nik Abduh.

Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan kehendakNya dan ke atas sesiapa yang pilihNya. Keajaiban juga boleh berlaku ke atas pelaku maksiat dan orang yang jahat-jahat. Itu namanya "istidraj". Jika keajaiban itu berlaku ke atas seseorang yang soleh maka itu dinamakan "karamah". Karamah (apabila dimelayukan jadi "keramat") terbit hasil dari "istiqomah"nya seseorang di atas jalanNya. Tidak perlu dipertikai dan diperdebatkan hal itu.

Kita bukan pentaksub individu. Tetapi kita hanya mengkisahkan KEBENARAN yang berlaku. Hati yang suci dan bersih akan mengakuinya dan akur dengan kehebatan kekuasaan Allah sedangkan hati yang perpenyakit akan membuat tuduhan liar untuk tidak memperakui keajaiban itu. Kebenaran itu tetap MENANG mengatasi kebatilan.

Wallahu 'alam.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Sebab Mengapa Boleh Berlaku Keajaiban Ke Atas TGNA?
Sini ada jawapannya:



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai akhlak yang sangat mulia dan terpuji tetapi masih ada manusia sesat yang menfitnah baginda sejak baginda menjadi utusan Allah swt hingga sekarang.

Maka kita tidak merasa hairan melihat manusia sesat menfitnah dan menghina pewaris nabi iaitu ulama-ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Amatlah beruntung orang-orang yang dikasihi dan diberi petunjuk oleh Allah.

Unknown berkata...

Alhamdulillah.Allahuakbar..semoga TGNA semakin sembuh.amin

Jemput singgah blog saya
www.misnawatiisun.blogspot.com

rmj berkata...

Pecaya atau tidak..ini lah hikmah yg TGNA terima dari makian cacian kutukan fitnah tohmahan penghinaan ..di dunia Allah tunjukan Allah ganti dgn kebaikan keselesaan ketengan keamanan sahingga dlm keadaan begitu dia di beri ruang memantapkan amalan dan penghayatan mencari keampunan dan keredhaan Allah...Semuga TG dalam rahmat dan kebarkatan nya...Ameen

Tanpa Nama berkata...

Karamah wali Allah pasti terzahir juga akhirnya..hebat TGNA..tak perlu menggelar diri ulama...

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf dulu dgn orang umno yg di kafirkan nya. Baru lah nak jadi kramat ke wali ker.

Tanpa Nama berkata...

Anon 8.19 said:
Minta maaf dulu dgn orang umno yg di kafirkan nya. Baru lah nak jadi kramat ke wali ker.

jawapan saya:
Apa pulak TGNA nak minta maaf kat orang UMNO sdgkan dah nyata UMNO itu memang ada ciri-ciri kekufuran pada mereka? Satu contoh mudah ialah k-pop baru-baru ini... siapa sebelum ini yg beriya-iya bawa K-Pop dengan belanja berjuta2 ringgit wang rakyat untuk menghyancurkan akhlak belia dan remaja islam di negara ini? Itu belum masuk lagi bab-bab penindasan, kezaliman, ketirisan dan pencurian wang royalti oleh UMNO.. takkah ituternyata "kufur"?

Tanpa Nama berkata...

saya setuju anon 8.25 am.

kebodohan org UMNO dulu, kini dan selamanya ialah menganggap kafir itu hanya menyembah patung berhala dan toh pekong saja...

Tanpa Nama berkata...

kafirnya seseorg bukan kerana org tuduh dia kafir.

beriman seseorg bukan kerana org gelar dia beriman.

menerangkan ciri2 yg boleh menjadikan seseorg kufur tidak sama dgn mengkafirkan seseorg.

yg kita nilai adalah garispanduan Allah dan bukan gelaran sanjungan atau kutukan manusia.

apa guna disanjung dipuja dinobat dgn pelbagai gelaran islam jika perbuatan dan iktikad sudah memenuhi ciri kekufuran.

isu kafir mengkafir adalah dungu. kafir mengkafir bermaksud sama2 tuduh satu dgn lain kafir. umpama tembak menembak.

isu PAs kafirkan umno sebenarnya ialah UMNO TUDUH PAS TUDUH UMNO KAFIR.

umno tk faham juga? dh memang jenis jiwa raga penuh fitnah liwat,mana nk faham

Tanpa Nama berkata...

Anonymous (January 27, 2015 at 8:19 AM)said: "Minta maaf dulu dgn orang umno yg di kafirkan nya. Baru lah nak jadi kramat ke wali ker."

Jawapan saya:
Antara sebab manusia murtad adalah kerana mereka mempertikai, memperolok-olok, mengejek, mempermainkan, menghina atau menolak hukum Allah. Bukti:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.( Al-Qur'an At-Taubah 9:65-66)

Hari ini kita melihat sebahagian manusia sengaja mempertikai, memperolok-olok, mengejek, mempermainkan, menghina atau menolak Hukum Hudud sedangkan Hukum Hudud adalah hukum Allah yang terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Sebagai contoh: Hukum potong tangan kerana mencuri terdapat dalam surah Al-Maidah:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Maaidah 5:38)


Siapa makan cili, dialah yang akan merasa pedas. Saya tidak akan berbahas dengan manusia bodoh sebab perbahasan dengan orang bodoh akan menjadi sia-sia sahaja. Sesiapa yang menentang perintah Allah dan rasulNya akan menerima pembalasan yang setimpal dengan penderhakaan mereka.

iswara berkata...

Pelajari bab yg membatalkan syahadah. Umno kata politik dan agama tidak bercampur. Hudud tidak boleh dilaksanakan di bumi Allah ini.Malaysia. ini sdh membuktikan umno sdh menyerupai ucapan org kafir. Tak perlu sembah patung. Dgn ucapan begitu pun sdh jd murtad.

Tanpa Nama berkata...

Terang byk2 pon bkn nk faham2 puak2 umno. Dh mmg setan halang dr nampak benda elok. Keke..

Tanpa Nama berkata...

Punai sehat_ punai sehat_sudah masuk jerat BN . Lagi mahu berkokok ka ........ Porahhh