26 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] Pasca Banjir, Ada Yang Masih Berkhemah Di Tanah Kubur


Salah seorang sahabat GB yang turut melakukan misi bantuan banjir ke pantai timur telah menghantar beberapa keping foto untuk dikongsi bersama.

Apa yang memilukan dan menyayat hati ialah terdapatnya mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berkhemah ditanah perkuburan kerana rumah mereka telah dihanyutkan semasa banjir.

Ada pula keluarga yang mendapati rumah mereka hanya tinggal tangga saja....

Saksikanlah:

Dua keluarga ini masih tinggal di dalam khemah di atas tanah kubur di jalan Geala Kuala Krai.


5 biji rumah - yang tinggal cuma tangga saja yang ada


VIDEO -Kg. Hujung Tanjung, Krai. Ramai terlepas pandang sebab tersorok dari orangramai...





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada orang-orang yang mampu, tolonglah mangsa-mangsa banjir mengikut kemampuan masing-masing.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat......