27 Jan 2015

Halau PASMA, Ramai Ahli PAS Bidas Haji Hadi


Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.

"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.

"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.


Inilah bahtera PAS

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Kita bukanlah Rasulullah SAW yang mendapat wahyu secara langsung daripada Allah. Kita juga bukanlah Imam Syafie RA, yang pakar dalam segenap ilmu dan kefahaman yang mampu berijtihad. Akan tetapi, kita menggabungkan para ulamak yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman.

Contohnya PAS pernah bersidang bersama para ulamak sedunia, manakala wakil PAS yang hadir ketika itu ialah Tuan Guru Presiden, Almarhum Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Mustafa Ali. Iaitu berbincang tentang hubungan dengan Non Muslim, yang mana telah digariskan oleh Islam sebanyak 8 bentuk, antaranya tahaluf, hudnah dan sebagainya, selari dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat.

Begitu juga pada 1960 dan 1961, ketika itu Dr Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan agar mewujudkan keahlian bersekutu kepada non-muslim. Ketika itu masyarakat belum dapat menerima lantas beliau menerima ugutan, kenderaannya ditahan dan sebagainya kerana cetusan beliau ketika itu tidak dipersetujui oleh tok tok guru pondok. Beliau mengambil pendekatan berundur daripada cetusan tersebut bagi meraikan penerimaan masyarakat semasa.

Begitu juga perbezaan antara Imam Haramain al-Juwaini RA dan Imam Mawardi dalam beberapa permasalahan berkaitan non muslim. Imam Haramain menetapkan ijtihadnya berdasarkan realiti setempatnya ialah sekitar Mekah dan Madinah yang mana hampir kesemua penduduknya beragama Islam. Manakala Imam Mawardi yang tinggal di Iraq berhadapan dengan masyarakat majmuk.

Markas Air Kuning, Taiping
25.01.2015
-HD


PETIKAN KOEN-KOMEN





ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang, tetapi yang jelas dan nyata suara siapa sebenarnya yang kini mirip kepada perjuangan UMNO? PasMA atau Hj Hadi sendiri? Tengok saja isu PBT. Haji Hadi dan kumpulannya mendapat sokongan dan dokongan penuh dan menteri dan media UMNO.... tak begitu?

Kedua pasal "tebuk kapal". Gelihati pula dengan analogi sedemikian digunakan oleh Presiden. Maaf cakap, cukup rendah IQ dan cukup memalukan. Kita tanya semula, siapa yang tebuk kapal Pakatan Rakyat kalau bukan Presiden PAS sendiri yang tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan yang sering membuat U-turn semasa membuat keputusan? Siapa yang kena heret ke kandang orang bersalah kerana mengeluarkan perkataan berunsur fitnah tentang pil kuda? Siapa yang mengaibkan presiden parti PKR?

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Itu taraf Presiden PAS yang ada kini. Mahkamah memutuskan Presiden PAS memang memfitnah! Cukup memalukan.... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan......

Beginilah... kalau dah suka parti-parti PKR dan DAP silalah bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. GB rasa PKR dan DAP tidak kisah jika kumpulan Haji Hadi keluar PR kerana bukan semua ahli PAS bersetuju dengan Presiden PAS itu. Malah tidak keterlalauan GB katakan lebih dari separuh ahli parti mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan kerana semua tahu bahawa yang akan melawan UMNO BN bukan PAS secara sendirian tetapi Pakatan Rakyat. Malah Haji Hadi sendiri di dalam ucapan penutup Muktamar yang lepas turut menyatakan mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. Kalau tak suka kenapa sibuk suruh perkukuhkan PR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Kita sama-sama nantikan siapa sebenarnya yang akan terhalau dan tercampak keluar dari PAS nanti.... PasMAkah atau Hj Hadi bersama UGkah...

27 ulasan:

sb dehlawi berkata...

baso bengong mu sapo hj adi, nok halau org. hancur lebur pas bowoh hj adi ni. siap mu muktamar ni jatuh la mu

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran hj hadi merosot slps kena heart attack d turki, beliau kena direhatkan cepat2 sblm terlambat

Tanpa Nama berkata...

sy yakin dengan perjuangan HJ Hadi, bkn baru beliau bersama pas, dari zaman hj fadhil lg.. bkn beliau yang UG tp korang yg suke fitnah

Tanpa Nama berkata...

Baru-baru ni mai kedah dok makan sama-sama dgn. fakrulrazi...ingat ok dah...tak tau lah apa nak jadi dgn parti pas..

Tanpa Nama berkata...

Cadangan : Hadi Dilantik sbg Mursyidul Am ......................
.....................

............UMNO !!! Dakwah Dan tarbiah sikit org umno

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Presiden PAS oleh ahli-ahli PAS sendiri maka adalah tidak wajar bagi ahli-ahli PAS menentang kepimpinan beliau !

Jika terdapat ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan beliau, sepatutnya mereka berbincang dengan beliau secara tertutup untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Jika mereka masih tidak berpuas hati, sebaik-baiknya mereka menunggu mesyuarat agung PAS 2015 untuk memilih pemimpin baru.


Penubuhan PasMa boleh melemahkan parti PAS kerana ia boleh memecahkan-belahkan ahli-ahli PAS. Oleh sebab itu, pemimpin-pemimpin PasMa dan pengikut-pengikut mereka sepatutnya keluar dari PAS untuk menyelamatkan parti PAS yang merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Parti-parti sekular sangat suka melihat PAS musnah di negara ini.

Sejarah telah membuktikan parti-parti serpihan dari PAS mempunyai jangka hayat yang sangat pendek ! PasMa juga akan menerima nasib yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Pening ppalo wey...dok cekat doh..tok buleh slesai lagi...dah lamo ni...isu lagu ni pun to leh slesai mace mana kalu isu negara...

Tanpa Nama berkata...

hello anon 3:16 PM

Ko nak samakan PasMa dengan parti-parti serpihan yang lain... jauh panggang dari api...

parti serpihan yang lain spt BERJASA, HAMIM dsbnya tiada pengikut yg ramai dari kalangan ahli PAS tetapi berbeza dgn PasMa.

Bak kata GB di atas, kita tunggu dan lihat nanti... hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Jgn gopog kata PasMa akan mengikut nasib yg sama dgn parti2 serpihan yg lain, silap haribukan Haji Hadi yang akan terpaksa turun secara hina sebagai presiden PAS nanti.

Tanpa Nama berkata...

haji hadi Awang dah dikira buang tabiat....

Tanpa Nama berkata...

Camne nak join PASMA? Any contact?

Malaysiabaru berkata...

Jangan maroh hadi. Penasihat hadi budak yg sedang menyusu Din ayam. Dan sekoq lagi di Manchester.. Hadi ni cuma dungu nk mati bila dah join umno

5sal berkata...

admin! sapa kita disisi puak UG ni? kalu setakat ahli besa tak da jawtan macam kata satipol bahri mamat tu tak akan layan omong2 kita ni.kalu peguam muda memberi cadangan pun tak layan apa tah lagi kita ni?kita bercakap ngan puak2 yang mahir selok belok agama macam kita ngan 'BATU' ja.UG/GU terlebih suka bercakap ngan umno ja."letih kepala otak ni percaturan politaik kat m,sia ni.nak perkukuhkan PR konon!

Tanpa Nama berkata...

Kami memang bukan ahli pas tapi kami sentiasa menyokong pejuangan pas tapi sejak akhir2 ini TGHH dan pengikutnya telah membuat kami meluat dengan pas jadi diharap akan ada perubahan dalam pimpinan pas supaya sebilangan kami yang kecil ini tidak membengkak menjadi besar.

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan mu TGHH..sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu apa niat dari kata2mu..aku masih percayakan keikhlasanmu..biarlah mereka dgn cara mareka sendiri..mungkin PAS sendiri akan hancur suatu hari nanti dek tangan2 mereka sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Eloklah presiden pas ni prihatin dgn partinya. Di saat rakyat susah blok hadapi isu minyak, harga barang, pembangunan pasca banjir, perumahan rakyat, keselamatan negara dll.. Presiden pas tk habis lagak mahu mencelarukan pas. Tidak perlu bawa masalah dalaman pas...apa perlu blok halau pasma...bagaimana dgn geng ustaz?...
Pas menang bukan semata2 undi Melayu saja...itu hakikat. Jgn sombong jika mahu jd kerajaan tapi jika ingin kekal membangkang maka silakan.

nurin jazlina berkata...

Makin tua....Makin merapu org tua ni...lebih baik hantar ke tg rambutan....biar dia rest cukup2 kat situ.

Tanpa Nama berkata...

Semasa DATO FADZIL NOOR masih hidup, saya masih ingat semasa Dato Fadzil Noor membuat kenyataan, tak lama selepas itu TGHHADI juga buat kenyataan, tetapi NADA TGHH sangat berbeza dengan Dato Fadzil Noor, saya perasan tentang dua kenyataan berbeza tetapi masa itu tiada siapa pula yang mengikuti perkembangan kenyataan kedua duanya..memang saya sangat sangat ttidak setuju dengan cara Tuan Guru Haji Hadi ni dalam BANYAK PERKARA dan SEMUA kenyataan nya MEMBELAKANGI PAKATAN RAKYAT. APA jenis PEMIMPIN yang macam ini? Makin berCELARU ahli bawahan..

Tanpa Nama berkata...

"kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno"

Aku berasa kelakar dengan kenyataan Haji Hadi di atas. Bukankah dia yang sebenarnya nak bersama dengan UMNO ketika kemelut MB Selangor dulu?

Fikir-fikirkanlah!

Wallahu A'lam.

Tanpa Nama berkata...

Alahai hj Hadi mudah lupa. Sekarang suruh siapa tak setuju dengan ularmak boleh masuk PKR, DAP atau UMNO kalau nak cepat ke Putrajaya. Yang dia main dalam gelap nak ber UG dulu tahun 2008 dan pernah terjadi nak cuba umpan TGNA di istana Sultan Terengganu dulu tu tak ke nak cepat pintas ke Putrajaya. Dah masing-masing terliur nak jadi TPM dan Menteri sampai Din Tantauik dah berangan sebut nak jadi Menteri Pelajaran dan Nik Abdoh nak jadi Menteri Belia dalam bayangan di siang hari. Hai tak pulak kat anak pelahap ke Putrajaya. Dasar ular mak.

Tanpa Nama berkata...

Terang terang Hj Hadi di pergunakan Lagi teruk Hj Hadi Seteruk teruk Najib Najib cuma di pergunakan oleh Rosmah

Ini perbalahan di antara PASMA dengan geng Ustad@Ulamak Sebagai Ketua Hj Hadi sepatutnya mencari jalan penyelesaian dan bukan berpihak Kalau berpihak pun bukan sampai keluar kenyataan macam ini Hj Hadi buat kerja orang lain sebab orang lain tu tak ada kekuatan sokongan macam PASMA Kekuatan yang mereka ada ialah jawatan dan kedudukan Presiden

Hj Hadi ingat ahli semua akan marah sebab PASMA melawan Presiden Tu yang tunjuk garang

Punca sebab DAP membantu mangsa banjir di Kelantan bukan melalui Presiden atau MB

Hj Hadi memberi amaran 13 Mei tapi jaga parti pun Hj Hadi dah buat huru hara Nak fikir hal negara ..

5SAL berkata...

ANON 3:16 CUBA HANG BACA DENGAN MULUT,TENGOK DENGAN MATA BUKAN PEJAM MATA.PASMA TU BADAN NGO YANG SAH BERDAFTAR DENGAN ROS.BUKAN DAFTAR ATAS NAMA PARTI POLITIK. CERDIK SIKIT!

Anti Fitnah berkata...

Tidak bersetuju dengan TGHH bukan bermakna kita mempertikaikan ilmu agama yang ada padanya. Yang tidak bersetuju ialah kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
Kita seharusnya tidak lupa bahawa TGHH juga adalah manusia biasa dan caranya amat berbeza dengan TGNA. Cara hidup juga berbeza dengan TGNA. Kenapa tiada siapa yang mempertikaikan TGNA manakala TGHH terus dipertikaikan?
Kita tidak menafikan kehebatan TGHH dalam soal keagamaan tetapi bila dalam dunia politik, dia amat lemah. Dia tak mampu berkias seperti TGNA. Hujah dan Kenyataannya akhir-akhirnya ini menunjukkan kelemahan ketara dirinya. Jangan lupa TGHH adalah seorang Melayu dan ada kemungkinan sedikit sebanyak sifat keMelayuan terbit dalam dirinya. Tambahan pulak dihasut dan selalu diwar-warkan oleh "orang" di sekelilingnya. Ingat akan pepatah arab, "Sekiranya kita selalu berkawan dengan orang beriman, lama kelamaan sedikit sebanyak baju kita akan tercium bau harumannya. TETAPI kalau kita berkawan dengan tukang besi, maka lama kelamaan baju kita sedikit sebanyak akan terbau asap apinya."
Aku tetap percaya bahawa TGHH juga dibekalkan nafsu oleh Allah swt. Sejauh mana beliau mengawal nafsunya, hanya dia dan Allah swt sahaja yang tahu. Jangan lupa bahawa sejak akhir-akhir, ramai sangat ustaz-ustaz, ahli-ahli agama, ... yang menyeleweng semata-mata keran sedikit habuan dunia. Siapa sanggup hidup macam TGNA??? Anaknya sendiri pun tak mampu hidup sepertinya (sedarah daging). Ini pula pak lain mak asing.
Jadi jangan terasa hairan kalau TGHH mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Kita sepatutnya HAIRAN bila TGHH mengeluarkan fatwa atau hukum yang pelik.
Ya, Allah swt, ya Tuhanku, ampunilah aku kalau penulisan aku ni yang mungkin menyinggung perasaan saudara-saudara aku.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg jelas kelihatan adalah TGHH menunjukkan sikap angkuhnya, almaklum presidenlah katakan.... Bahtera yg dikemudinya bukan setakat perlahan, tetapi telah tidak mengikut plan laluan yg telah dipetakan. Nakhodanya pula tidak mahu mendengar nasihat anak kapal, malahan mengusir anak kapal itu keluar. Anak kapal itu dituduh pula hanya mahu membocorkan bahtera. Apakah bahtera itu milik kepunyaan nakhoda tersebut? Dlm isu TGHH ini, sudah tentunya bukan!!!
Sebagai ahli PAS, aku merasa amat malu kpd rakan2 dari DAP mahupun PKR, begitu juga dgn ahli DHPP. Beginikah sikap seorang presiden yg membawa title ulama islam? Sudahlah angkuh, tak mahu dengar nasihat pula. Individu inilah yg akan menyebabkan jenama PAS itu tercemar.

Sabtu Awab berkata...

Presiden yang telah expired dan buang tebiat

Tanpa Nama berkata...

nampaknya hadi ni memilih untuk membuat provokasi dari menyelesaikan masalah secara berhikmah.sejak menfitnah tokoh pkr,eden dah mula berpandangan serong dengan geng2 serban lilit kepala ni...

Tanpa Nama berkata...

Jangan pulak tangguhkan muktamar nanti

Ini penyakit E-Umno

Bila kritik dan bantah cara kerajaan memerintah macai macai cakap Kalau tak suka pergi lah duduk negara lain

Beza nya yang halau PASMA bukan macai

Tanpa Nama berkata...

Kenyataannya kebanyakan ahli pas bersama dato seri presiden dlm kemelut pasma. Ahli yg berpe didikan dan berpengetahuan agama tetap menyebelahi golongan ulama.kecuali mereka yg menyertai pas berdasarkan semangat maka sudah tentu keliru dan terumbang ambing dlm membuat keputusan. Utk itu disarankan ahli pas perlu mendalami islam supaya tak mudah goyah walaupun sekadar tiupan bayu mcm yg terjadi skg.