26 Jan 2015

Orang Miskin Dilarang Mati (?)


Menjadi viral di laman sosial kini sekeping resit terperinci di mana pengurusan pengkembumian bagi orang yang meninggal dunia menelan belanja sehingga lebih RM4,000.

Jika benar begitu maka ia memang memeranjatkan.

Diantara bayaran paling mahal dikenakan ialah bayaran upah baca Al-Quran di tanah perkuburan iaitu sebanyak RM1,900 dan sedekah solat jenazah RM1,000. Manakala tambang kereta jenazah RM440 (untuk 22 km?).

Bagaimanakah agaknya orang miskin mampu untuk menanggung kos-kos berkenaan? Atau apakah nanti mayat si miskin hanya layak dicampak di tapak pelupusan apabila segala-galanya kini bekerja semata-mata kerana wang?

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Raja Abdullah mangkat pun tak kena bayar sampai macam tu

Senang je Letakkan jenazah siap berkapan tepi jalan Kat sawah padi Kat depan mesjid

Tanpa Nama berkata...

Selalu d negeri sebelah utara berlaku ambil upah solat jenazah dan upah baca al quran...perlis mungkin tak terlibat...

Tanpa Nama berkata...

Minta Msu pas lantik presideng pas Sebagai pm dan ahli ahli Msu sebagaj menteri menteri. Tak payah buat undi, tak payah bising, habis cerita. Tiada bahaya, tiada masalah

Faqirulkhoir berkata...

Salaam, Tn Blogger, bukan saja dlm urusan jenazah pd yg sudah kembali, ttpi juga pd yg masih hidup, contohnya dlm mndapat rawatan doktor. Sebetulnya orang miskin jangan mati, jangan sakit, jangan lapar, jangan beli atau sewa rumah...jangan, jangan, jangan !!

Syed Mohd Nazri Syed Aziz berkata...

Setahu saya kita ada khairat kematian kariah masing-masing. Komitmen tahunan biasanya tak sampai rm100 pun. Yang selalu commit biasanya tak perlu bayar, khairat yang bayar. Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian manusia pada hari ini telah menjadi tamak dan zalim kerena mereka mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk setiap peringkat menguruskan jenazah. Bahkan mereka enggan membaca talkin jika mereka tidak dibayar untuk membacanya. Tidakkah mereka tahu bahawa menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi orang Islam?

Ini bererti mereka sudah tidak mempunyai keikhlasan dalam menguruskan jenazah dan habuan mereka setakat di dunia sahajalah kerana motif mereka ialah memaksimumkan keuntungan dunia seolah-olah mereka tidak akan mati. Adakah wang telah menjadi tuhan baru untuk golongan tersebut?

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)


Dengan mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk pengurusan jenazah, mereka telah menindas atau menzalimi orang Islam terutama sekali orang miskin dan golongan sederhana. Bukankah semua orang Islam bersaudara? Jika kita percaya kepada Allah dan rasulNya, kita sebagai orang Islam sepatutnya membantu menguruskan jenazah simati ikhlas kerana Allah bukan membebankan keluarga simati dengan bil-bil lintah darat !

Diriwayatkan dari (Abdullah bin Umar r.a.) : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menindasnya, dan tidak menyerahkannya (ke tangan penindas). Siapapun yang mencukupkan keperluan saudaranya (sesama muslim), Allah akan mencukupkan keperluannnya; siapapun yang membantu kesulitan seorang muslim, Allah akan membantu kesulitannya pada hari kiamat; dan siapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."

Tanpa Nama berkata...

Mana tak penting , jgn le upah. Contoh upah ngaji tu, kalau masa hidup selalu ngaji, apa lagi join kelas2 ngaji, ramai yg nak ngajikan free.

Amik yg wajib aje. Kalau miskin sangat, biasanya AJK surau bole pakat2 tolong , apa lagi le kalau yang mati tu selalu berjamaah & imarahkan surau, berebut2 orang nak bayarkan.

Tanpa Nama berkata...

Masuk je khairat kematian. IshaAllah semua urusan ditanggung beres

Alias Dasuki berkata...


Ini semua berpunca dari keghairahan melantik Dato dan PhD kejawatan Nazir masjid. Nazir pula akan menarik Dato dan Professor2 menjadi timbalan dan EXCOnya. Mereka akan menggantikan imam2 tua masjid dengan yang ada Ijazah dan yang menang pertandingan kebangsaan dan antarabangsa dalam berbagai bidang. Dengan ketiadaan imam lama, tahlil dan bacaan Yassin tidak lagi di beri percuma. Imam lama dilihat sebagai mengacau daun atas kebodohan sanggup menghamba diri. Badan Khairat pula dah banyak yang ditutup kerana kononnya ia boleh diganti dengan insurance takaful. Semua dah lupa bahawa sykt takaful tu juga tak boleh hidup kalau makan minumnya tidak datang dari poket kita. Malang sunnguh Melayu ni makin bodoh bila dah dapat masuk ITM dan yang lain yg tumbuh macam cendawan disekelilingnya.

Syed Mohd Nazri Syed Aziz berkata...

Pelik saya dgn sebahagian org kita! Bila bab keagamaan berkira sangat,bila bab dunia macam hiburan tak kisah pun!

Tanpa Nama berkata...

Now you know the pain from bad leadership? Please stop, please ask your parti stop blame Chinese for all problem. We are hard working tax payer and we become black sheep for all problem your guy failed because your own failure. How's that fair in common sense and religion ?

Tanpa Nama berkata...

hidup di dunia ni kena ada ilmu, iman yg mantop & amal ..berlandaskan quran & hadis ..insyaAllah mudah, wlu miskin,

Tapi mana bole jadi miskin sangat klu ada ilmu, & iman kan?

Sbb ilmu & iman suruh bekerja,hubungan dgn Allah & masy dijaga, insyaAllah Pemberi Rezeki akan memberi dari yang tak disangka2.

Tak caya? Klu ada iman, perlu ke rokok? Ramai org miskin hisap rokok & tak solat.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni bukan funeral Cina saja yang mahal, Melayu dah ikut sama. Sejak semenjak Badan Khairat & Kematian diujudkan di setiap Masjid,perkhidmatan dan bekalan hal berhubung dengan pengebumian telah diswastakan. Pegawai masjid termasuk imam sekali berebut rebut menawarkan kontrak mereka. Itulah sebabnya is mahal. Satu hal lagi, si arwah semasa hayat tak rajin pun baca quran hanya munkin dalam sembahayang atau waktu kenduri itu sahaja. Dah jadi arwah apa pulak nak digaji orang bacakan quran di kubur.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Syed Mohd Nazri Syed Aziz,

Orang miskin mana yang mampu menyediakan RM4000 untuk pengurusan jenazah ?

Sebenarnya kita sudah lama menyampah dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam. Kes remaja-remaja perempuan Islam dipeluk dan dicium artis muka plastik K-pop menyebabkan kita bertambah benci terhadap K-pop ! Bolehkah tuan syed beritahu kerajaan supaya menghentikan hiburan yang melalaikan orang Islam?

Hari itu berapa ramai pemudi dan pemudi yang mati kerana dadah semasa menyertai hiburan jahanam sedang berlangsung?

Tanpa Nama berkata...

To Anonymous (January 26, 2015 at 10:19 PM),

We never blame Chinese for all problem and you should not blame Malays for all the problems. It is your Chinese politicians and businessmen who willingly join Be End and cooperate with Malay politicians to enrich themselves.

Malays are also hard working tax payer and they become black sheep for all problems your guy failed because your own failure. And I have seen Malays working day and night to feed their families but some disgusting racists shamelessly defame them by saying Malays are lazy! How's that fair in common sense and religion ?

Therefore you should not blame Malays but your own Chinese leaders and business for the problems !

Tanpa Nama berkata...

look at fb/blog/tweeter of pas supporter. Read the rule wording the used. They even blame Chinese for can't implement hudud. Which Chinese has such power? How's is the fair? How can you deny the accusation that happening everyday?

Tanpa Nama berkata...

Btw, isn't that so obvious president of pas and mb of pas kelantan wanna join bn?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak susah kan diri baca la Al Quran sendiri .solat sunat jenazah kena upah ka ? Pengurusan jenazah bisanya tak sampai 1,000 kalau tempat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous (January 27, 2015 at 7:49 AM) said:
"look at fb/blog/tweeter of pas supporter. Read the rule wording the used. They even blame Chinese for can't implement hudud. Which Chinese has such power? How's is the fair? How can you deny the accusation that happening everyday?"


MY ANSWER:
We the Muslims never blame Chinese because we the Muslims are the majority and you are the minority in Malaysia so we do not need your approval to implement Hudud ! How could you as the minority try to impose your own rule on the majority? That means you are undemocratic, aren't you? Are you being brainwashed by your racist leaders to blame Malays whenever you fail to achieve your racist goals?

By the way, you are out of context. Can you not read the topic of the article above "Orang Miskin Dilarang Mati (?)" ??? We are talking about dead people or the deceased so please stop making stupid comments !

Tanpa Nama berkata...

Then why so many pas attacking Chinese because of "cina halang hudu"!? Why you still denying ?

Sorry for off topic. Apology.