18 Apr 2014

Menteri Bidas Zul Noordin & Nawawi Ekoran Kenyataan Perlekeh Kematian Karpal Singh


Menteri: Ulasan Zul dan Nawawi 'amat kasar'

Ulasan kontroversi MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan bekas calon BN untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin berhubung kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya semalam "amat mengecewakan" dan "amat kasar", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Zulkifli semalam dalam laman mikroblog Twitter berkata kematian Karpal, yang tegas menolak pelaksanaan hudud selama ini akan memberi laluan kepada undang-undang itu dilaksanakan dengan mudah.

Sementara Nawawi pula menerusi laman Facebook beliau menyiarkan gambar dipercayai mayat Karpal bersama keratan berita penolakan Karpal terhadap hudud dengan kenyataan "mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

Nawawi membuat tawaran agar sesiapa yang ingin melangkah mayat Karpal supaya mendaftar nama dengannya - satu kenyataan yang sudah pun ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama media pagi ini, Kurup yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini sangat mengecewakan dan itu sememangnya tidak dapat diterima.

"Saya tidak dapat terima kenyataan demikian dan ia amat menyedihkan apabila ada orang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Joseph lagi, hal-hal kematian dan agama tidak wajar digunakan untuk meraih kepentingan politik.

"Walaupun hendak dapatkan kelebihan politik, jangan dengan peralatkan keadaan sedih ini dan agama.

"Elakkan kata-kata yang akan menyedihkan lagi," katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun berharap agar kenyataan demikian tidak menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi. -mk



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Keceluparan Md Alwi Terjawab, Rakannya ADUN Paloh Kemalangan


Adun Paloh cedera, isteri maut dalam kemalangan di Simpang Pulai

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.

Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.

Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. – Bernama



ULASAN GB

Sudah diberitahu dan sudah diajar supaya jangan menghina kematian, walaupun ke atas mayat orang bukan-Islam. Namun Md Alwi degil. Sekarang Allah swt bayar tunai juga, rakan seperjuangannya di dalam UMNO BN menghadapi kemalangan yang mana isterinya terkorban.

Itu rakannya, bukan ahli keluarganya atau dirinya sendiri. Itu sebab kena beringat. Jangan perlekehkan kematian orang lain hatta terhadap yang bukan Islam sekalipun.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Perlekehkan lagi, dan cabarlah Tuhan, kita tengok apa yang bakal terjadi. Kematian boleh tiba kepada kita pada bila-bila masa.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Macai UMNO Memfitnah: Mohd Said Bukan Ahli PAS


Kesian pakcik nih kena fitnah dengan gerombolan macai syaitan dikenali. Asal kan nampak warak sikit ajek terus dicop ahli pas?

Beliau juga kesal dengan pihak yang menyebarkan salinan laporan itu. Sehingga ianya menjadi isu politik.

Beliau bukanlah anti azan. Jika siapa yang tidak berpuas dengan beliau, boleh jumpa beliau. Jangan label beliau yang bukan2.

Beliau juga ahli jemaah dimasjid tersebut. Kecaman yang tidak masuk akal sehingga beliau terima ugutan bunuh.

Admin amat hairan dengan sikap sesetengah umat islam yang suka menghukum. Admin yakin, yang sibuk label melabel ni sebenarnya diri mereka sendiri tidak lekat dimasjid berjemaah.

Tetapi mahu jadi hero!!! -Jeneral Yakuza Ogawa



Berikut DIpaparkan Fitnah Dari Blog Pro Umno

HOT!! Rupanya Ahli Pas yang Buat Laporan Polis, Kononnya Azan Masjid Bising!!



Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..

Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.

Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung- agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia.

Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi.

Jika orang Islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?

Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.

Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut.

Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi..

Pada yang nak tengok muka orang yang report polis pasal Azan ni, cer tengok kat bawah ni,
-siemens-melayumaju

Diantara blog-blog macai yang melaporkan fitnah yang sama:

terengganutoday.com
kedahkekl.blogspot.com
theunspinners.blogspot.com
sekupangduas.blogspot.com
pilihan-anda.blogspot.com
ibm-akusayangumno.blogspot.com
din.huluselangor.net/?p=49299




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Sisi Karpal Singh Yang Macai Singh Tidak Tahu


Pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberikan riaaksi yang bercampur-campur di dalam isu kematian Karpal Singh.

Di saat ketika ada diantara pemimpin UMNO yang bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang disamping ada yang turut melahirkan kekaguman terhadap Karpal Singh, namun rata-rata para macai UMNO terus melamparkan penghinaan terhadap mendiang.

Kami paparkan beberapa kisah, sekalipun Karpal dikatakan oleh beberapa macai sebagai anti-hudud malah anti-Islam, namun kisah-kisah di bawah membuktikan disebaliknya.

Jasa Mendiang karpal Singh Membela Islam yang dizalimi Umno


Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.

Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.

Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.

Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.

Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.

Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.


,br>
KISAH KEDUA

Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh



Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.

Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010





KISAH 3








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


17 Apr 2014

SMS Fitnah Yang Kantoi, Dikatakan Dari KP PAS Sedangkan Suhaizan Kini Di Madinah


Pemuda PAS nafi anjur majlis ‘Langkah Mayat Karpal Singh’

Pemuda PAS menafikan akan menganjurkan satu upacara "melangkah mayat Karpal Singh" sebagaimana yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di saat kesedihan ramai pihak atas kematian Karpal dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi, SMS berhubung upacara yang dikatakan bakal dianjurkan sayap pemuda PAS itu tersebar.

Majlis ini dikatakan akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari tadi.

Upacara itu kononnya akan diketuai Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau menjemput pemuda dan ahli parti Islam yang berkelapangan menyertai majlis ini.

"Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan," tulis SMS itu.

Ia dikatakan ditulis oleh Suhaizan sedangkan Suhaizan kini berada di tanah suci Madinah untuk menunaikan umrah.


Ekoran itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam satu kenyataannya menafikan SMS itu daripada Suhaizan.

"Ia fitnah dan satu laporan polis akan diadakan dalam masa terdekat,"
kata Nasaie dalam kenyataannya hari ini.

Karpal, 73, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh dalam perjalanannya ke Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan Karpal pernah berkata, "over my dead body" atau "langkah mayat saya dulu" sebelum wujudkan negara Islam.

Namun, Karpal pernah menjelaskan, kenyataan beliau itu diambil di luar konteks dan beliau hanya berkata, pelaksanaan undang-undang Islam khasnya hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular.

Kematian Karpal menyebabkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat saya dulu – Karpal Singh".





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh -updated


Kuala Lumpur: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu.

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”

Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.




Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.


Hormati jenazah, tunjukkan akhlak Islam - Dr Maza

DALAM hadis disebut:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.

Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.

Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam.

Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya.

Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.

Islam ini kebaikannya untuk semua.
-drmaza





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Hina Gambar Mayat Karpal Singh Dedah Mentaliti & Akhlak Rendah MP UMNO BN


Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis
tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

Tulisan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.

"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. -TMI


IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO & GAMBAR] Karpal Singh & Pembantu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya -updated


Kuala Lumpur: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. ?

Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -HD

Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan maut di Perak


Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah.

Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.

Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu.
-TMI


Saya Dengan Orang Jerit Minta Tolong

IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
-SH







ULASAN GB

Takziah kepada keluarga Karpal Singh di atas pemergian mendiang.

Untuk rekod Karpal Singh telah menang di P051 Bukit Gelugor dengan majoriti 41,778 undi (Karpal memperolehi 69,900 undi) mengalahkan calon BN Teh Beng Yam yang hanya memperolehi 14,061 undi. Majoriti itu meletakkan karpal di kedudukan ke 4 memperolehi majoriti terbesar di dalam PRU13 tersebut.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadi


Pelakon yang pernah dikaitkan dengan , Datuk Seri Shapie Apdal, Zahida Rafik gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu, Bernama dipetik.

Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Oktober untuk perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 27 November tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem "Anak Mami The Movie", secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas.


Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut.

Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida, 39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.


,br>

IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


16 Apr 2014

Gadis Mengaku Teman Lelaki Upah RM20 Lakukan Hubungan Seks


Melaka – Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.

Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.

Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.

Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripadmenyelamatkan anak perempuannya.Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.

“Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat,” katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.

“Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma.”

“Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel,” tambahnya

“Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut.”

Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.

Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang ‘tidak baik’ selepas peperiksaan UPSR.

Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan “anak kesayangannya’ itu.

Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.

Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.

Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.

Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.

Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut.


Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu.

Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. -mstar



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO CCTV] MP Seputeh Mangsa Terbaru Cubaan Ragut


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan. -mk

Jeritan Teresa Kok gagalkan cubaan ragut

DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.

Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai. Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.

Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan. -Malaysiagazeete







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Nurul Izzah Difitnah Tayang Plakad "SAYA DAH SINGLE"


Fitnah semacam sudah menjadi satu budaya bagi UMNO dan sekalian macainya. Mereka mengada-adakan yang tiada seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dimana dicetakkanmereka menerbitkan gambar ahli parlimen PR dan kemudian diberikan kapsyen yang tidak pernah pun diungkapkan oleh ahli parlimen berkenaan seperti yang berlaku ke atas Teresa Kok dan Tian Chua tempohari.

Terbaru, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa dimana golongan macai UMNO telah mengedit plakad yang dipegang oleh Nurul Izzah dan dituliskan "SAYA DAH SINGLE".

Kemudian mereka menghebahkannya pula melalui media sosial seperti facebook dan twitter bagi memburuk-burukkan kredibiliti ahli parlimen berkenaan. Anehnya, ada juga golongan yang termakan dengan fitnah berkenaan.


Sekalipun GB tidak menemui gambar asal, namun selepas smeakan dan tinjauan, apa yang GB ketemui memang Nurul Izzah ada memegang plakad berlatarbelakang hitam tetapi perkataan yang tertulis itu adalah "Tolak GST" dan bukan seperti yang diedarkan di laman sosial berkenaan.


Plakad tersebut telah diangkat dan dipamerkan oleh sebilangan besar ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

Demikianlah betapa kotornya dan kejinya permainan macai-macai UMNO. Usaha mereka menabur fitnah menunjukkan betapa terdesaknya mereka sekarang ini di dalam menghadapi gelombang perubahan yang diinginkan oleh rakyat dan "fitnah" menjadi talian hayat terakhir mereka untuk terus survive di dalam arena politik negara. Mereka menyangka dengan fitnah-fitnah yang mereka taburkan itu boleh menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat mereka, tanpa menyedari dengan fitnah itulah mereka bakal dihukum dengan hukum kebenaran dan keadilan, yang akan menghantar mereka ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

Jauhi UMNO kerana anda bisa terpalit dengan dosa-dosa fitnah yang mereka taburkan.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Selepas Sebulan MH370 Hilang, Bank Mula Kejar Keluarga Mangsa


Institusi perbankan adalah tempat di mana mereka meminjamkan anda payung dalam cuaca baik dan meminta anda supaya mengembalikan semula apabila mulai hujan" memetik kata-kata penyair Amerika Robert Frost lebih tepat menggambarkan dilema mereka yang berurusan dengan institusi perbankan hari ini.

Akan tetapi bagaimana seseorang itu menggambarkan perasaannya apabila sebuah bank menghubungi keluarga penumpang pesawat MH370 masih hilang mengenai pinjaman perumahan beliau?

Dilaporkan bahawa Zamani Zakaria (foto di atas), 56, bapa kepada Mohd Rahman Zamani, 33, baru-baru ini telah menerima panggilan daripada seorang pegawai bank yang memintanya (bapa masih dalam kebingungan susulan situasi tersebut) untuk mendapatkan surat pengesahan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menyatakan bahawa Mohd Rahman dan isterinya, Norli Akmar Hamid juga 33 berada di atas pesawat kapal terbang Beijing yang hilang dari radar pada 8 Mac.

Di sini kita ada kes seorang warga emas kemungkinan merenung nasibnya setelah kehilangan bukan satu, malah dua anggota daripada ahli keluarganya dan apa yang pihak institusi bank boleh fikirkan ialah bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang yang dipinjam oleh anaknya. Dan juga bahawa "setelah kehilangan" sebahagiannya masih belum muktamad.

Di manakah keprihatinan institusi perbankan serta pegawai tersebut?

Nasib 239 orang penumpang bersama krew di atas kapal masih menjadi soalan, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa pesawat telah berakhir perjalanan di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, operasi kumpulan pencarian yang melibatkan lebih daripada 20 buah negara masih belum menjumpai serpihan tunggal sebagai bukti untuk menyokong tuntutan kemalangan - memberikan peluang serta harapan hidup dalam kalangan waris terutama keluarga.

Tidak bolehkah bank bersabar dan bergantung kepada kepentingan penumpang secara awam? Mengapa perlu untuk menghubungi saudara kebingungan untuk mendapatkan semula wang pinjaman?

Tidak ada cara yang lebih baik untuk menangani pembayaran balik pinjaman tanpa prejudis dengan melihat kesengsaraan keluarga yang terjejas?

Ia sudah tentu akan masuk akal khususnya kepada pihak bank untuk menunggu sehingga krisis ini selesai sebelum bertindak lebih lanjut.

Ini terutamanya jika pinjaman yang berkenaan itu meliputi Insurans Takaful Gadai janji (MRTA). Dasar ini memperuntukkan penyelesaian penuh daripada baki tertunggak pinjaman perumahan dengan institusi kewangan, sekiranya berlaku kes hilang upaya kekal atau kematian peminjam.

Dari segi prosedur pinjaman itu, jika peminjam didapati lumpuh secara kekal atau meninggal dunia apabila pinjaman itu masih berkuat kuasa, bank masih mendapat untuk mendapatkan semula pinjaman mereka dari syarikat insurans. Keluarga terjejas masih mempunyai rumah mereka.

Ia secara meluas dilaporkan bahawa syarikat-syarikat insurans telah mula menghubungi keluarga penumpang diinsuranskan melibatkan penumpang pesawat MH370 serta menawarkan untuk membayar pampasan mereka.

Sesetengah keluarga telah pun bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tetapi tidak boleh dituntut lagi berhubung kenyataan kerajaan "terhempas tetapi kami tidak dapat mencari bangkai atau serpihan".

Bank-bank tidak boleh memberi kepercayaan kepada dakwaan bahawa mereka membuat keuntungan daripada kesengsaraan rakyat.

Pelanggan yang membayar pinjaman mereka pada masa atau sepenuhnya menyelesaikan pinjaman mereka adalah "pelanggan teruk" manakala mereka yang hanya membayar bayaran minimum pada kad kredit serta culas membayar atas pinjaman mereka adalah "pelanggan yang baik" kerana pihak bank akan mendapatkan bayaran lebih dalam bentuk faedah dan denda yang dikenakan keatas mereka. -V Shuman



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 Apr 2014

[VIDEO & GAMBAR] Sekolah Keb Kangkar Tebrau Terbakar Dipanah Petir


Kejadian petir yang berlaku petang semalam dikatakan telah menyebabkan Sek Keb Kangkar Tebrau terbakar teruk.

Semasa kejadian, dilaporkan tiada pelajar berada di blok berkenaan berikutan hanya 1 sesi sahaja belah pagi.

Selain dari sekolah berkenaan, panahan petir yang berlaku petang semalam juga telah menyebabkan beberapa rumah di Jalan Rumbia Taman Daya turut terbakar






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI