17 Apr 2014

[VIDEO & GAMBAR] Karpal Singh & Pembantu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya -updated


Kuala Lumpur: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. ?

Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -HD

Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan maut di Perak


Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah.

Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.

Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu.
-TMI


Saya Dengan Orang Jerit Minta Tolong

IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
-SH







ULASAN GB

Takziah kepada keluarga Karpal Singh di atas pemergian mendiang.

Untuk rekod Karpal Singh telah menang di P051 Bukit Gelugor dengan majoriti 41,778 undi (Karpal memperolehi 69,900 undi) mengalahkan calon BN Teh Beng Yam yang hanya memperolehi 14,061 undi. Majoriti itu meletakkan karpal di kedudukan ke 4 memperolehi majoriti terbesar di dalam PRU13 tersebut.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hudud sudah boleh dilaksanakan... karpal kata langkah mayatnya dulu... skrg sudah betul-betul jadi mayat.. so, tiada penghalang hudud lagi kecuali UMNO...

Tanpa Nama berkata...

jika takut mayatnya dilangkah kena jaga baik-baik terutama di hospital.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang halangan dari orang PR untuk melaksanakan hukum hudud sudahpun meninggal dunia. Sekarang, apa yang patut kena buat ialah kena check lagi masih ada orang bukan Islam tidak faham pasal hukum hudud. Kalau ada cepat - cepatlah lu iaitu PAS betulkan tanggapan diaorang. Jangan sampai jadi tahap macam Karpal Singh sudah.

Tanpa Nama berkata...

Hukum Allah jangan di main 2

Tanpa Nama berkata...

Inilah kesudahan mereka yg menentang hukum Allah. Kita tengok pula adakah Terengganu akan menyusul selepas ini!

BaDiN berkata...

takziah.
Auramu amat digeruni oleh BN,ketokohan mu memperjuangkan Keadilan digeruni kawan dan lawan.
Kegigihan mu menentang BN menjadi Idola kpd musuh BN.
Kehilangan mu dirasai & Kematian mu menggembirakan BN.
Sebutir Permata yg amat bernilai dalam usaha menumbangkan Rejim Bn TETAPI tidak langsung bernilai di AKHIRAT kelak.

muhammad insanni berkata...

Siapa kita nak menghukum sesama manusia.jodoh pertemuan ajal maut ketetapan Allah.kita yg hidup ni tak boleh nk sembarangan nk jatuhkan hukum.itu bahagian dia.bahagian kita yang masih hidup ni tak tahu lg mcm mana.

Tanpa Nama berkata...

Sbg rakyat Msia, dia telah jlnkan peranannya utk keadilan dsbnya, setakat tu aje.

Tak menerima Islam (Allah saja yg tau sebenarnya), mungkin sbb dah terlalu tua susah nak berubah.. Yg Islam keturunan pun susah nak terima hukum2 & perintah Allah.

Mana tau keturunannya akan menerima Islam termasuk LGE. Dlm sirah Nabi saw bnyak contoh2.

Mualaf yg brsyukur... berkata...

Muhammad Insanni Alhamdullilah ada juga orang yg boleh berfikir spt tuan. Ingat pesan dr MAZA. Jaga sikit mulut dan jgn beri pendapat pada org yg telah meninggal. Who knows esok kita pula yg mati. Bagaimana kita mati? Barangkali lebih baik atau lebih teruk dr mendiang. Mudahan kita mati dalam keadaan yg baik2 insya allah.

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal bhai. selamat brtemu Allah. Dulu sibuk nk guna nama Allah, kan skrng dh jumpa Dia...Good luck in the afterlife.

nf berkata...

kenapa orang2 di sini terlalu negatif pandangannya..salah diakah kalau menentang hudud atau salah kita yang tak cukup menerangkan hudud kepada beliau.halangan yg sebenar datang dari orang islam itu sendiri.di mana akhlak tuan-tuan semua.sudah terjaminkah semuanya matinya dalam iman.hidayah itu dari Allah..berdoalah semua agar sentiasa mendapat hidayahnya..cukuplah mati itu menjadi peringatan kepada kita semua.

Tanpa Nama berkata...

PRK di kawasannya, eloklah Mahathir bertanding jika masih berhajat untuk menjadi PM semula, itupun kalau menang.

muhammad insanni berkata...

Salam takziah sudah mencukupi tak perlulah nk bangkitkan apa yg mendiang lakukan sewaktu hidup.letak diri kita kalau ia berlaku pada keluarga terdekat kita.