17 Apr 2014

Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadi


Pelakon yang pernah dikaitkan dengan , Datuk Seri Shapie Apdal, Zahida Rafik gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu, Bernama dipetik.

Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Oktober untuk perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 27 November tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem "Anak Mami The Movie", secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas.


Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut.

Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida, 39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.


,br>

IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti menteri banyak duit,,,
x kan ada skandal dgn artis kalau x kaya....

mcm Beauty and the Beast aje....

rakyat kelaparan...pak menteri sedap jer berskandal

elok gb senarai kan beramai OKU org kuat umno yg bela artis nie

umno memang sial... dulu kini dan selama-lamanya

Tanpa Nama berkata...

Pompwan buat fitnah ni, dibagi free pun tak aku hingin!

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti oku aka orang kuat umno - otak letak kat celah kangkang... muka iras monyet asal poket penuh, laris le dgn yg setaraf dgnnya...cuba klu takda duit, ingat muka tu laku ke...mungkin nenek aku pun tak nak...