17 Apr 2014

SMS Fitnah Yang Kantoi, Dikatakan Dari KP PAS Sedangkan Suhaizan Kini Di Madinah


Pemuda PAS nafi anjur majlis ‘Langkah Mayat Karpal Singh’

Pemuda PAS menafikan akan menganjurkan satu upacara "melangkah mayat Karpal Singh" sebagaimana yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di saat kesedihan ramai pihak atas kematian Karpal dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi, SMS berhubung upacara yang dikatakan bakal dianjurkan sayap pemuda PAS itu tersebar.

Majlis ini dikatakan akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari tadi.

Upacara itu kononnya akan diketuai Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau menjemput pemuda dan ahli parti Islam yang berkelapangan menyertai majlis ini.

"Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan," tulis SMS itu.

Ia dikatakan ditulis oleh Suhaizan sedangkan Suhaizan kini berada di tanah suci Madinah untuk menunaikan umrah.


Ekoran itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam satu kenyataannya menafikan SMS itu daripada Suhaizan.

"Ia fitnah dan satu laporan polis akan diadakan dalam masa terdekat,"
kata Nasaie dalam kenyataannya hari ini.

Karpal, 73, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh dalam perjalanannya ke Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan Karpal pernah berkata, "over my dead body" atau "langkah mayat saya dulu" sebelum wujudkan negara Islam.

Namun, Karpal pernah menjelaskan, kenyataan beliau itu diambil di luar konteks dan beliau hanya berkata, pelaksanaan undang-undang Islam khasnya hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular.

Kematian Karpal menyebabkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat saya dulu – Karpal Singh".





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heiran,ini semua kerja pencacai UMNO.UMNO menggunakan kaedah politik kotor - fitnah,fitnah liwat,hina orang mati,suka keluarkan gambar orang bogel dan hasut rakyat membenci ahli-ahli politik pembangkang.Itu budaya UMNO.

Tanpa Nama berkata...

cer bgtaw sikit kampeni talipon mane yg bersekongkol? sblm ni dh bnyk sgt dh celcom buat fitnah esp tyme pilihanraya. Jom boikot CELCOM!

Tanpa Nama berkata...

buat solat hajat minta Allah uruskan si pembuat fitnah tu. Allah kan ada. Kalau kita di pihak benar, tak perlu cemas sangat, org buat kerja Allah akan diduga, difitnah, dizalimi malah akan dibunuh.

Tanpa Nama berkata...

Kalau yang buat kereja tu orang UMNO sampai lingkup UMNO barulah polis akan bertindak jika UMNO tak terlingkup tunggu la sampai kucing bertanduk pun tindakan tiidak akan berlaku.cuba yang keluar kenyataan itu dari pehak PR atau individu yang tiada hubungan dan kepntingan UMNO secepat kilat tindakkan akan terjadi.Tunggu PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Berdoa di kaabah minta pertolongan allah

Tanpa Nama berkata...

KPD MEREKA2 YG NAK TAU MUSIBAT2 DLM BN NI MEMG DITUGASKAN UTK MEMECAHBELAHKAN PR...JD ...BERWASPADALAH ..GUNA AKAL FIKIRAN YG WARAS DAN BERSERAH MOGA PEMFITNAH NI DIBERI PETUNJUK DAN PENGAJARAN DR ALLAH S.B.T

Tanpa Nama berkata...

dulu kini dan selamanya umno adalah pemfitnah dan sentiasa ber'otak'kan taik, dah bodoh tak mengaku dan nak tunjuk pandai akhirnya terserlah kebangangan dan kebahlolan diorang... spesis yang sepatutnya dilupuskan dari mukabumi