11 Mac 2014

"Tahyul & Khurafat Ini Bukan Ajaran Islam" - Dr.Asri


Dr Asri bidas bomoh tahyul

PETALING JAYA: Sehubungan pendedahan seorang bomoh bahawa pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib, mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas golongan tersebut.

Melalui posting Facebooknya hari ini, bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Beliau turut menegaskan penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian.

“Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

“Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini,” Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim turut dilaporkan melakukan ritual tarian mencari pesawat di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh. -FMT


Pesawat #MH370 Tergantung Diantara 3 Buah Negara Itu Tidak Mustahil Boleh Berlaku

SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
–BERNAMA



[VIDEO] TERBAIK: MH370 Hilang: Kembalikan Sains Kepada Penciptanya!

MMH370 'hilang' kerana kuasa tuhan

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.


"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya,"
katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002. -SH



ULASAN GB

Kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi kadang-kala menyebabkan manusia lupa kepada Penciptanya.

Maka tepatlah saranan Kapten Noruddin Abd Majid di atas supaya manusia kembali kepada fitrah semualjadinya bahawa ia diciptakan "lemah" kerana Yang Berkuasa itu ialah Allah swt.

Manusia perlu bertaubat dari segala macam dosa yang dilakukan terhadap Allah swt.

Tiada ada jawapan terhadap "kehilangan" misteri MH370, dan sepertimana kata Kapten Nourddin "doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya."

YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada awalnya dicemuh apabila beliau secara berseloroh memberikan pendapatnya bahawa "Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna."


Tetapi kini "teori" Bermuda di Vietnam itu mula diperkatakan termasuk media barat dan ternyata segala macam peralatan sofistikated yang lengkap semacam tidak mampu mengesan pesawat yang hilang itu.

[LINTAS LANSUNG] PRK Kajang... Penyokong PR Bawa Seikat Kangkung :) -updated

Selamba jer pikul kangkung untuk Najib dan BN?

Hari ini, 11 Mac 2014 ialah hari penamaan calon bari pilihanraya kecil DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan Rakyat sebelum ini telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Namun setelah Mahkamah rayuan mendapati Anwar bersalah di dalam kes liwat 2, maka beliau telah menarik diri dari bertanding dan telah menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan ismail untuk bertanding menggantikan tempatnya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding dalam PRK itu.

Begitu juga parti NewGen yang baru ditubuhkan, dimana Setiausaha Agongnya, S. Gobi Krishnan, telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding. Malah parti berkenaan secara terbuka menyatakan sokongan padunya kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah.

Pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang mendapat sokongan penuh pemimpin PAS dan DAP.

PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar, kata Dr. Hatta Ramli, pengarah Pilihan raya PAS Pusat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut bersetuju dengan keputusan PKR itu dan menyifatkan Wan Azizah sebagai calon yang sangat sesuai bagi menggantikan Anwar.

Sebelum ini GB telah mengulas berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Anwar, petikan:

...seperti kejadian pemenjaraan Anwar kali pertama dulu, rakyat akan tetap bangun menentang kezaliman UMNO BN. Simpati besar terhadap Anwar akan menaikkan semangat seluruh rakyat bagi mempastikan rejim UMNO BN ditumbangkan bukan saja di Kajang malah diseluruh negara.


p/s Jika berkesempatan GB akan cuba menyiarkan lintas lansung penamaan calon ini di blog ini sekejap lagi.

DaRI foto-foto awal yang diterima, di dapati lebuhraya PLUS telah mula sesak pagi ini.



LINTAS LANSUNG (malaysiakini, harakahdaily dll)

10.15 am Pegawai pengurus pilihan raya, Hasan Nawawi Abdul Rahman mengisytiharkan selesainya proses penamaan calon dan mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Chew Mei Fun dan Wan Azizah dari PKR.

Tiada calon bebas dan bermakna satu lawan satu di Kajang.

10.05 am: Dr Siti Mariah berpendapat, PRK kajang lebih kepada merebut undi wanita. Beliau optimis pengundi wanita Kajang bersama PR.

"Di kajang, wanita-wanitanya celik maklumat. Dengan banyak janji yang tidak ditunaikan BN seperti dijanji sebelum PRU lalu, kita yakin wanita Kajang bersama PR.

"Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup yang semakin mengkat ini, sangat menekan golongan wanita khususnya suri rumah," katanya.

10.03 am: Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.

9.50 am: Dr Hatta ketika ditemui berkata;

"Sepertinya PRK ini satu lawan satu antara PKR dan BN. Itu lebih mudah rakyat buat pilihan.

"PRK juga sebagai medan referendum terhadap isu-isu yang PR bangkitkan.

"Melihat kepada minat sebelum penamaan ini, saya jangka mood untuk keluar mengundi mungkin tinggi," kata Hatta.

9.45 am: Sekumpulan penyokong PKR dan DAP yang menaiki bas khas juga dilihat turun berjalan kaki dari plaza tol ke stadium. Penyokong Pakatan mengibarkan kain rentang gergasi mendoakan keselamatan penumpang MH370 bertulis "Pray for MH370". Mereka turut menggantung seikat kangkung bersama kain rentang itu.

9.40 am: Kenderaan pemimpin DAP Tony Pua antara yang terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza tol Bangi.

Beliau dilihat turun dari kenderaan dan dibawa menaiki motosikal ke pusat penamaan calon.

9.35 am: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tiba di khemah Pakatan Rakyat bersama AJK PAS Pusat Dr Dzulkefley Ahmad.

9.20 am: Setakat ini hanya Wan Azizah dan Mei Fun dilihat mengemukakan borang pencalonan. Belum ada mana-mana calon bebas berbuat demikian. Masa penyerahan penyerahan borang pencalonan dijangka tamat jam 10 pagi ini. 9.25am: Luar kompleks sukan - Ketika Wan Azizah mengemukakan borang pencalonan, Anwar dan Khalid Ibrahim mengambil kesempatan bersalaman dengan penyokong Pakatan yang dipisahkan dengan penghadang dan kawat berduri.

Mereka juga turut menandatangani autograf sementara penyokong melaungkan reformasi beberapa kali.

Kedengaran juga penyokoong berteriak: "Tan Sri Khalid, buat kerja elok, elok. Jalan banyak lubang"

"Datuk Seri, Kangkung sekarang berapa kilo", yang kemudiannya diiirngi gelak ketawa hadirin.

Penyokong kemudiannya melaung beramai-ramai dengan laungan "Lawan tetap Lawan", Hidup Rakyat dan hancur BN".

9.15 am: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di khemah Pakatan Rakyat didambut dengan laungan takbir beberapa kali. Turut bersama beliau Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pemimpin PAS yang turut berada di khemah itu termasuk Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Siti Mariah, serta Dr Che Rosli. 9.10 am: Sementara itu Pimpinan Pakatan Rakyat mula mengambil tempat. Menunggu di khemah yang disediakan.



9.00 am: Wan Azizah dilihat masuk ke dewan penamaan calon. Difahamkan calon BN masuk lebih awal kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

8.58 am: Kedua-dua belah penyokong mula memenuhi kawasan yang ditetapkan masing-masing sementara polis dan anggota FRU berkawal ditengah-tengah antara mereka.

Mereka dipisahkan dalam jarak 100 meter.

Selain meletakkan kon penghadang, pihak keselamatan juga turut memasang kawat berduri sekitar kawasan perkumpulan penyokong kedua-dua belah pihak.

8.55 am: Wan Azizah tiba di kompleks sukan ditemani Anwar Ibrahim. Mereka bertemu penyokong sebelum bergerak ke dewan penamaan.

8.50am: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba dan bersalaman dengan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, penyokong merentangkan banner bertulis: "Kak Wan, lapkan air mata, teruskan perjuangan".

Kata-kata itu, diungkap sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat Baru-baru ini.

8.50am: Kompleks Sukan - Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon.

8.45am: Kira-kira 1,000 penyokong BN kini berarak ke pusat penamaan calon.

8.40am: NIOSH Bangi- Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi ucapan di luar NIOSH Bangi mngajak penyokong jangan gentar dan 'Hidup Barisan'.

8.35am: Kompleks Sukan - Dalam ulasan ringkasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata: "Kalau Umno mahu menyekat kemaraan rakyat melalui keputasan mahkamah, mereka membuat kesilapan besar.

"Keputusan zalim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetus gelombang rakyat dan ia bermula di Kajang.

"Oleh itu, Pakatan Rakyat telah sepakat dan bersetuju untuk memilih Dr Wan Azizah sebagai calon.

"Beliau adalah lambang dan simbol reformasi 1998, telah berjaya menguatkan kesepakatan barisan alternatif dan Pakatan selepas itu.

"Kehadiran beliau meniup semangat baru kepada aktivis, reformasi kepada rakyat terus untuk bersama lonjakan ke Putrajaya," katanya.

8.30am: Para pemimpin Pakatan yang turut serta menunggu untuk berarak masuk ke Kompleks Sukan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mohd Nor Manuty, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.

Penyokong yang hadir mengibarkan banting bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim', 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dengan gambar beliau bersongkok.

Gambar Wan Azizah turut dikibarkan bersama-sama. Mereka juga mengibarkan poster "Rakyat Hakim Negara".

Difahamkan Wan Azizah akan sampai bersama penyokong Pakatan pada bila-bila masa.

8:21am: Niosh Bangi - BN calon Datin Paduka Chew Mei Fun tiba.

Beliau disambut oleh sorakan kuat dan laungan "Long Live BN" oleh lebih 500 penyokong yang kini telah berkumpul di sini.

8:20am: NIOSH Bangi - Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di NIOSH bersama pimpinan MIC dan Umno

8.10am: LHDN Bangi - Semakin ramai pemimpin Pakatan tiba untuk memberi sokongan. Antaranya ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.

Bilangan penyokong kini dianggarkan sekitar 1,000 orang. Sambil berarak, mereka meluangkan "Takbir", "Reformasi" dan "Jatuh, jatuh jatuh BN" .

8.05am: Niosh Bangi - atusan penyokong BN berkumpul di hadapan bBangunan NIOSH, menunggu ketibaan calon, Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba.

8.00am: LHDN Bangi - Lebih 500 penyokong Pakatan mula berarak dari bangunan LHDN Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai oleh Azmin Ali selepas bacaan doa oleh Abdul Rani.

Mereka membawa sepanduk menyokong calon Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, disertai dengan melaungkan "reformasi".

7.50am: LHDN Bangi - Pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mula memenuhi kawasan letak kereta di bangunan LHDN Bandar Baru Bangi.

Antara pemimpin telah tiba ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman.



Tamat kemaskini

[DEDAH] Tiket Penumpang Guna Paspot Palsu Ditempah Oleh Syarikat Pelancongan Thailand

Kaitan Pattaya, orang Iran, penumpang MH370 beridentiti palsu didedah

Urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 Malaysian Airlines yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai, menurut akhbar British Financial Times.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan agen pelancongan Thailand yang membuat tempahan tiket itu sebagai berkata, beliau diminta membuat urusan perjalanan itu oleh seorang kenalan warganegara Iran.

Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik berkata, warganegara Iran berkenaan iaitu kenalan perniagaannya yang dikenali sebagai Ali meminta beliau menempah tiket tambang murah ke Eropah untuk dua lelaki berkenaan pada 1 Mac.

Akhbar itu berkata, pada awalnya, Benjaporn menempah tiket penerbangan Qatar Airways dan Etihad, masing-masing untuk dua lelaki berkenaan, tetapi, tiket itu tamat tempoh apabila tiada khabar daripada Ali.

Ali kemudian menghubunginya sekali lagi pada Khamis menyebabkan Benjaporn sekali lagi menempah tiket dan kali ini menempah Malaysian Airlines menerusi Beijing kerana ia adalah tiket paling murah yang ada pada ketika itu.


Financial Times turut melaporkan, seorang rakan Ali membayar Benjaporn secara tunai untuk dua tiket berkenaan dan tiada bukti mengaitkan Ali tahu kedua-dua lelaki itu mengembara menggunakan pasport curi.

Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau tidak percaya Ali mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kerana dia tidak meminta secara terperinci untuk menempah tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur – Beijing, tetapi meminta laluan paling murah ke Eropah, kata Financial Times.

Dalam laporan akhbar itu, Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau bercakap mengenai kes itu kerana bimbang dengan spekulasi mengenai serangan pengganas dikaitkan dengan kehilangan MH370 dan mahu fakta sebenar diketahui. -TMI


US joins Malaysia in hunt for mystery air passengers

Senior management spokesman for Malaysia Airlines, Ignatius Ong (R), speaks during a press conference in Beijing, China, 08 March 2014. Search and rescue teams from Malaysia and Vietnam on 08 March launched efforts in the South China Sea to locate a Malaysia Airlines passenger plane with 239 people on board that went missing en route to Beijing. Malaysia Airlines flight MH370 with 239 people on board went missing early 08 March 2014 while on its way from Kuala Lumpur to Beijing, Airline officials said.©EPA

Senior management spokesman for Malaysia Airlines, Ignatius Ong (right), speaks during a press conference in Beijing, China, on March 8

Malaysian authorities have given US investigators biometric details on two passengers who used stolen passports to travel on a Malaysia Airlines flight that disappeared on Saturday.

It is hoped the move could accelerate identification of the two men who are now at the centre of the international mystery over what happened to flight MH370, which disappeared over the South China Sea with 239 passengers and crew aboard.

Hishamuddin Hussein, Malaysia’s defence minister and acting transport minister, said closed circuit TV pictures of the two were also handed to US officials in Kuala Lumpur.

The Thai travel agent who booked the tickets for the men told the Financial Times on Monday that she had been asked to arrange the travel by an Iranian contact.

The two men were travelling on flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing on Italian and Austrian passports that were later confirmed to have been lost or stolen. They were then scheduled to fly together to Amsterdam, before catching separate connecting flights to Copenhagen and Frankfurt.

While their use of stolen passports has raised fears of terrorist involvement, travel documents are stolen frequently in the region and used for illegal immigration or criminal activities such as drug smuggling.

Benjaporn Krutnait, owner of the Grand Horizon travel agency in Pattaya, Thailand, said the Iranian, a long-term business contact who she knew only as “Mr Ali”, first asked her to book cheap tickets to Europe for the two men on March 1. Ms Benjaporn initially reserved one of the men on a Qatar Airways flight and the other on Etihad.

But the tickets expired when Ms Benjaporn did not hear back from Mr Ali. When he contacted her again on Thursday, she rebooked the men on the Malaysia Airlines flight through Beijing because it was the cheapest available. Ms Benjaporn booked the tickets through China Southern Airlines via a code share arrangement.

A friend of Mr Ali paid Ms Benjaporn cash for the tickets, she said, adding that it was quite common for people to book tickets in Pattaya through middle men such as Mr Ali, who then take a commission.

Mr Ali could not immediately be reached for comment on a Tehran mobile number provided by Ms Benjaporn. She added that she had known Mr Ali for about three years, during which time he spent a lot of time in Pattaya and booked travel for himself or his contacts at least once a month on average. There is no evidence that Mr Ali knew the two men were travelling on stolen passports.

Ms Benjaporn said she did not believe Mr Ali was linked to terrorism, particularly as he had not specified booking the Kuala Lumpur-Beijing flight but had instead asked for the cheapest route to Europe. Ms Benjaporn said she was speaking about the case because she was concerned over the speculation about a terrorist attack and wanted the facts to be known.


The details on how the pair arranged their travel came as the official in charge of the search for the missing aircraft declared its disappearance “an unprecedented missing aircraft mystery” and said tantalising leads reported at the weekend had evaporated.

“We have not found anything that appears to be objects from the aircraft let alone the aircraft,” Azharuddin Abdul Rahman, director-general of Malaysia’s Department of Civil Aviation, said on Monday in Kuala Lumpur. “We will be intensifying our efforts to locate the aircraft.”

Of the two men, he said that after studying closed circuit TV footage at the airport, “it is confirmed that they are not Asian-looking men”. He declined to give details of their appearances, but said: “Do you know a footballer by the name of Balotelli?”, an apparent reference to Mario Balotelli, an Italian born to Ghanaian parents.

Both individuals had “gone through the full protocol of [airport] security”, Mr Azharuddin said.

Mr Azharuddin said that all checked luggage on the flight had been properly screened by X-ray equipment, while bags belonging to five people who did not board the aircraft were removed before it took off. “The security at KLIA already complies with international standards,” he said.

He added that more than 30 aircraft and 40 ships from eight countries were now involved in the search, which initially focused on a 50-mile radius around the position where the plane disappeared.

In another development, Malaysia’s maritime enforcement agency – or coastguard – said that tests on samples taken from an oil slick discovered at the weekend in the search area revealed that the liquid was not aviation fuel.

Mr Azharuddin said the overall search area would be significantly widened on Tuesday to include an expanse of sea west of peninsular Malaysia.

Investigators are also examining the possibility, first raised by Malaysia’s defence minister on Sunday, that the aircraft may have turned back towards Kuala Lumpur before disappearing.

Malaysian authorities will be meeting with specialists from the US Federal Aviation Administration and National Transportation Safety Board. Australian and British aviation authorities have also offered help in the investigation.

Malaysia Airlines’ shares dropped 4 per cent on Monday, although at one stage they fell as much as 18 per cent in early trading.
– Financial Times



Pembawa pasport curi bukan seperti orang Asia

Kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 kini menjadi persoalan ekoran dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa mereka “berciri Asia”.

Ini ekoran kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi bahawa kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.

“Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli (kanan)?

“Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana,” katanya ketika diasak menggambarkan rupanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Mario Balotelli seorang pemain bola sepak profesional Itali untuk pasukan popular AC Milan.

Diasak lagi sama ada kedua-dua mereka berkulit hitam, Azharuddin menjawab: “Ya”.
– mk




ULASAN GB

Pendedahan dari Financial Times di atas, walaubagaimanapun belum tentu sahih kerana ia ditulis oleh wartawan barat yang mungkin mempunyai motifnya yang tersendiri apabila ia mengaitkan warganegara Iran.

10 Mac 2014

[VIDEO] Dia Seorang Pakar Penerbangan Rupanya.... SYABAS!


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Itulah namanya. Beliau adalah Setiausaha Politik Presiden PAS. Beliaulah yang mengiringi TG Haji Abdul Hadi Awang menaiki Black Maria sewaktu Presiden PAS tersebut ditahan semasa BERSIH 2.0.

Kini nama menjadi sebutan lagi tetapi sebagai rujukan media dalam pencarian MH370 disebabkan kepakaran beliau dalam bidang aviation.

Berikut ialah pandangan beliau:

Pada pandangan saya, airplane failure mostly contributed by 4 important catagories- human error, aircraft structure, avionics dan engine failure.

Aircraft structure - structural stress yang akan menyebabkan failure biasa boleh dikesan awal sekiranya proses maintenance, repair and overhaul (MRO) adalah sebagaimana dlm service record. Failure dlm structure boleh juga akibat dari explosion. Yang ni paling munasabah sebab kegagalan duress call dari pilot menunjukkan seolah2 ada sesuatu yang tiba-tiba berlaku. Setakat ini kita tak tahu samada ada duress call atau tidak. Kecualilah juga pd masa tu berlaku avionic failure.

Avionics failure- mostly onboard communication system. Jarang berlaku. Kalau berlaku pun, at that altitude aircraft masih boleh glide for 30 minutes, back to KBharu or Vietnam shore.

Engine failure - kalau flame extinction at high altitude (PhD saya tentang airplane engine failure at high altitude) masih boleh glide for 30 mins. Kecuali berlaku letupan pada engine sehingga airplane menjunam terus.

At high altitude, kalau plane menjunam nose dive, water surface tension di laut akan menyebabkan plane pecah teruk dan debris akan bertaburan. This is yet to be known.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Bekas Ketua Jabatan
Aero Angkasa UPM
Setiausaha Politik Presiden Pas






IKLAN BERBAYAR

PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
TIADA PENIPUAN

Jana income RM900.00 sehari

Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan.

Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Muatturun e-book pertama anda dan ikut arahan mudah. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan?

KLIK SINI

Khadijah Dakwa Dengar Teriakan Penumpang MH370 Ketika Baca Al-Quran


Khadijah Md Dewi dakwa dengar teriakan penumpang MH370 - Tidak pasti samada benar atau tidak, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Khadijah Md Dewi telah berkongsi pengalaman mendengar suara orang ramai menyebut nama Allah dalam keadaan kesakitan diikuti suara perempuan.

Perkongsian itu dimuatnaik Khadijah dalam bentuk komen terhadap status Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Facebook. Menariknya, komen beliau mendapat likes sebanyak 275 dan turut membuat para pengomen lain terkejut.



TELEFON BIMBIT SALAH SEORANG PENUMPANG MH370 BERJAYA DIHUBUNGI


China - Penyiasat telah dapat menghubungi telefon bimbit salah seorang penumpang warga cina dalam pesawat MH370, seperti yang dilaporkan oleh media di China.

Stesen-stesen televisyen China memberitahu satu pangilan dibuat oleh ahli keluarga berjaya berhubung dengan nombor talian bimbit sebelum ia terputus.

Perkembangan di sana sekarang ini ialah orang ramai berharap pihak berkuasa akan mengunakan isyarat telefon bimbit bagi mengesan lokasi pesawat yang hilang itu.


*********************************************

Missing Malaysia Airlines plane: Family of Chinese passenger says mobile phone working


A Chinese family successfully rang the mobile phone of a passenger on board Malaysia Airlines plane MH370 which is still missing after it lost contact with the ground on Saturday.

A video clip of a man dialing the number of his elder brother was shown on Beijing Television's news bulletin. The call got connected, but no one picked up.

The man, who did not give his name, spoke to reporters at a Malaysia Airlines briefing in Beijing. He claimed that he made a total of three calls, but no one answered.

Desperate family members have asked Malaysia Airlines to use satellite technology to pick up the mobile phone signals of passengers before their phones run out of batteries. -straitstimes



[VIDEO] Selepas Membaca Kisah-kisah Ini, Kita Tidak Akan Marah Jika Terlepas Penerbangan....


Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu ‘terlepas’ penerbangan MH370 ke Beijing.

"Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir.

"Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu,” kata Jessica. Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya.

“Saya terus menjerit dan menghubungi kakak saya. Saya kata kepada beliau bahawa saya sepatutunya menaiki pesawat itu. Namun tidak ramai yang tahu bahawa saya seharusnya menaiki pesawat itu. Mereka yang tahu terus menghubungi saya tanpa henti,” tambah beliau.

Walaupun bersyukur, namun beliau bersimpati dengan penumpang-penumpang yang lain.“Ia perasaan yang bercampur. Ramai berkata saya sepatutnya bersyukur namun saya bersimpati dengan ratusan penumpang yang lain kerana kalau tidak saya menjadi salah seorang penumpang.

“Saya diberi peluang kedua. Ini semua ditakdirkan,” akhiri beliau.Jessica akan bertolak ke Beijing pada Isnin pagi ~ Astro Awani



Kisah Mereka Yang Tak Sempat Naik Pesawat MH370 Yang Hilang

SEKURANG-KURANGNYA tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada situasi cemas seperti yang dilalui penumpang MH370 apabila mereka tidak sempat menaiki pesawat berkenaan.

Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS)terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.

“Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai.

Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang.


– mynewshub


ULASAN GB

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.

Kadang-kala kita kecewa, apabila kita kita tertinggal bas, tertinggal teksi, tercicir penerbangan dan seumpamanya.

Kita marah-marah, kita membentak, kita menangis, kita jarang mengingatkan diri sendiri bahawa apa juga kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap satu yang Tuhan lakukan (ciptakan) itu tidak ada yang sia-sia.

Firmanullah di dalam Surah Ali Imran ayat 191

“orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

Contohnya di dalam kejadian-kejadian di atas. Justeru itu di lain masa kita tidak akan lagi marah-marah atau kecewa jika kita tertinggal penerbangan. Malah kita bersyukur di dalam setiap keadaan kerana sentiasa ada hikmahNya yang kita tidak tahu mengapa kejadian itu menimpa kita. Kalau berkeras nak naik juga, mungkin kapalterbang itu yang membawa kita ke alam barzakh....

9 Mac 2014

[TERKINI] Tumpahan Minyak Ditemui Di Lokasi Terakhir MH370, APMM Sahkan

Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu. - fotoBERNAMA

Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.

"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star.

Gambar berkemungkinan serpihan pesawat MH370 di laut sekitar kawasan lokasi pesawat berkenaan hilang turut tersebar di laman media sosial China.


Gambar berkenaan yang diambil oleh penumpang China menaiki pesawat lain yang selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pagi ini menunjukkan serpihan yang terapung berada sekitar 90 minit daripada ibu negara Malaysia. – TMI


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.
-astroawani





ULASAN GB

"Petunjuk" bahawa pesawat MAS MH370 mungkin terhempas ke dalam laut semakin jelas setelah diketemui tompokan minyak dan juga serpihan pesawat sekalipun pihak berkuasa Malaysia tidak atau lambat untuk mengesahkannya.

[TERKINI] Radar Tentera Kesan MH370 Patah Balik, Serpihan MH370 Ditemui


MH370 dikesan radar tentera patah balik ke KLIA, kata TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.

Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.

"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kat Rodzali hari ini.

"Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini.


"Ia diperoleh daripada radar tentera," katanya.

Menurut Rodzali, mereka cuba melakukan siasatan lebih mendalam bagi mendapatkan kepastian cubaan berpatah balik dan akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa.

"Kami cuba bekerjasama dengan radar awam dan agensi antarabangsa untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara ini," kata beliau.

Bagaimanapun, jarak sebenar MH370 yang berpatah balik tidak dapat disahkan lagi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dengan pendedahan tersebut menambah persoalan memandangkan MH370 tidak pernah membuat sebarang panggilan kecemasan ke menara kawalan trafik udara.

"Biasanya apabila terdapat cubaan patah balik, bermakna pilot gagal untuk meneruskan rancangan asal.

"Biasanya selepas keputusan dibuat, ia akan direport ke ATC (menara kawalan trafik udara), tapi daripada maklumat kami dapat, tidak terdapat panggilan kecemasan dan kami masih tertanya-tanya,"
kata Ahmad Jauhari.

Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi. -TMI


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.


Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.
-astroawani



Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik



Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.

Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.

Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.

"Kami turut mengesahkan tumpahan minyak dikesan di perairan Vietnam tetapi tiada serpihan pesawat dijumpai.


"Kita tahu sehingga ini, pesawat Vietnam berada di perairan itu untuk mengenalpasti punca tumpahan minyak itu," katanya.
-mstar






IKLAN BERBAYAR

PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
TIADA PENIPUAN

Jana income RM900.00 sehari

Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan.

Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan?

KLIK SINI

FOTO TERBARU - Tompokan Minyak Ditemui & Misteri Paspot Curi -updated

Foto dari udara terhadap limpahan minyak yang diambil oleh Pesawat Udara Vietnam ketika usaha mencari pesawat MAS yang dilaporkan hilang, 250km dari Vietnam dan 190km dari Malaysia. FOTO:REUTERS,

Dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor sebuah akhbar negara itu.

Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102 ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre. -astroawani

TERKINI

Tumpahan minyak: Belum ada jawapan dari Vietnam

Kerajaan Malaysia telah menghubungi Vietnam untuk pengesahan bahawa tumpahan minyak, mungkin berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines, dikesan di Laut China Selatan.

"Pihak berkuasa Vietnam tidak memaklumkan kepada kita mengenai penemuan itu. Kami membacanya dalam berita. Kami bertanya tetapi kami belum menerima lagi jawapannya," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ini ekoran laporan berita bahawa dua tumpahan minyak telah dikesan oleh pihak berkuasa Vietnam di kawasan hujung paling selatan Vietnam.

Tidak ada sebarang petunjuk bahawa tumpahan minyak itu berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines tetapi menurut laporan, minyak tersebut konsisten dengan bahan api yang digunakan oleh Boeing 777-200 .

Reuter Newswire memetik Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Phan Quy Tieu sebagai berkata ia mengesan tumpahan minyak dan lajur asap kira-kira 250 kilometer ke barat pulau Tho Chu di selatan Vietnam.

Tambahnya Vietnam telah menghantar bot maritim dan ketenteraan ke kawasan itu untuk menjelaskan apa yang dilihat. Ia akan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai ke kawasan dari pantai.

Azharuddin berkata DCA juga tidak mengetahui tentang sebarang panggilan kecemasan diterima oleh tentera AS, seperti satu laporan berita.

"Kami tidak mendengar apa-apa," katanya sambil menambah bahawa tentera AS setuju untuk membantu.

Sementara itu , Pegawai Operasi dan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia Affendi Buang berkata usaha mencari dan menyelamat akan terus sepanjang malam.

"Kami menggunakan pesawat dengan kemampuan carian malam. Bukan mudah tetapi ia tidak mustahil menggunakan sistem malam yang betul.

"Komitmen kami adalah supaya usaha mencari sepanjang masa sehingga keputusan dibuat," katanya.

Usaha mencari itu juga diperluaskan dari pantai timur Semenanjung Malaysia, di mana pesawat itu terakhir dikesan pada radar pada jam 1.30 pagi ini, hingga ke pantai barat.

Ini bermakna pihak berkuasa merancang untuk melancar usaha mencari di Laut China Selatan, Selat Pulau Pinang dan Selat Melaka. -mk


Oil spills found near site of crashed Malaysia Airlines plane

Deputy Minister of Transport Pham Quy Tieu (2nd, R) is directing the search for the crashed Malaysian plane

During the search for the Malaysia Airlines MH370 plane that crashed off Vietnam’s Tho Chu Islands this morning (local time), a Vietnamese plane has discovered two alleged oil spills near the site of crash.

At 4:26 pm Saturday (Vietnam time), an AN 26 plane found an alleged oil spill at 7.55 degrees latitude north and 103.18 degrees longitude east.

An hour later, the plane discovered another alleged oil spill about 150 km from Tho Chu Island.

The plane later left the area as it was getting dark, causing difficulties to the search.

Meanwhile, three Vietnamese vessels, including a naval ship, a coast guard boat and a rescue boat, were sailing to the site of crash.

Deputy Minister of Transport Pham Quy Tieu has been directing the search for the Malaysian plane.

So far, the search and rescue agencies of both Singapore and Malaysia said they have found no signs of the crashed plane.

The Vietnamese authorities have informed both Singapore and Malaysia about the alleged oil spills for verification.

The flight MH370 disappeared at 1:40 am local time (1840 GMT Friday), about two hours after it left Kuala Lumpur International Airport.

The plane was carrying 239 people from 14 countries from Kuala Lumpur to Beijing, China when it crashed.

There is no reports of casualties so far.

Lai Xuan Thanh, head of the Civil Aviation Administration of Vietnam, said that it is an abnormal phenomenon that the Malaysian plane had not automatically sent its signals to satellites.
-Tuoi Tre



Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

"Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),"
kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.

"Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
-mk




****************************************

Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian

KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal, kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan telah dicuri tahun lepas.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.


Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel.
-astroawani



Punca kemalangan Insiden Pesawat MH370 didedahkan penyiasat terkenal!

Misteri kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh pesawat tersebut.

Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Menurut Quest, sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.

"Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi - Sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku."

"Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus" Tambah Quest lagi.

Bekas Penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.

Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.

"Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan"

Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.

"Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat."

Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. (Kredit CNN)
-TTO

TERKINI

Dua lagi penumpang Eropah dengan identiti meragukan dalam pesawat MH370

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti dua orang lagi penumpang Eropah dalam penerbangan MH370 dan menambah dua lagi individu yang menggunakan pasport curi bagi mengikuti penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sempadan maritim Malaysia-Vietnam sejak pagi Sabtu.

The Malaysian Insider difahamkan keempat-empat individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.

"Pemeriksaan latar belakang dengan kedutaan sedang dilakukan tetapi kedua-duanya masih belum disahkan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, sambil menambah mereka dari negara sama.

Wartawan The Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore menulis di dalam laman mikro Twitter bahawa syarikat penerbangan China menjual tiket kepada penerbangan yang membawa 239 orang penumpang termasuk 12 krew apabila ia hilang.

Lebih separuh daripada penumpang atau lebih tepat lagi, 153 adalah warganegara China. Terdapat 13 warganegara lain dalam pesawat Boeing 777-200, termasuk 38 orang rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia memandang ringan individu yang didapati menaiki pesawat dengan pasport curi, dengan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata malam tadi, mereka tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat berhubung soal keselamatan.

"Kami melihat rakaman video televisyen litar tertutup berkaitan penumpang dan bagasi mereka."

"Setakat ini, kami berpuas hati dengan segala-galanya," kata Aziz sambil, menambah pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini.

Ketua Pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya maklum terhadap spekulasi ke atas identiti suspek.

"Ini adalah laporan yang kita perlu buat. Setakat apa yang kita maklum, ia hanya satu laporan.

"Kami sedang berusaha dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu.

"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi itu berjaya dipatahkan," kata beliau yang dipetik daripada portal Malaysiakini.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan dijangka mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi iaitu perjalanan sejauh 3,700 km tetapi ia tidak tiba.

Pada masa kehilangan, pesawat berkenaan membawa kira-kira bekalan bahan api bagi perjalanan selama 7.5 jam, menurut kenyataan rasmi MAS.

MAS dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia, dipandu juruterbang berpengalaman.

Berusia 53 tahun, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai 18,365 jumlah jam penerbangan dan menyertai MAS pada 1981.

Pembantu juruterbang, Fariq Ab.Hamid , 27, pula mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.

Pesawat berusia 11 tahun, B777 -200 ini adalah salah satu daripada 15 pesawat yang dimiliki MAS.

CNN melaporkan jika pesawat ini terhempas, ia akan menjadi satu tragedi dahsyat sejak November 2001 apabila kapal terbang milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Airbus A300 terhempas di Belle Harbor, Queens, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK. Ia mengorbankan 265 orang termasuk lima penduduk di daratan. – TMI








IKLAN BERBAYAR

PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
TIADA PENIPUAN

Jana income RM900.00 sehari

Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan.

Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan?

KLIK SINI

8 Mac 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat MAS, Kehilangannya Jadi Liputan Utama Media Dunia


Berikut ialah garis masa yang menjelaskan kronoloogi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui.

  12:41 am : Penerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia.

2:40 am : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China.

6:40 am: Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China.

10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit.

11:55 am : laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit.

12:00 pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza.

Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines.

12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan

12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang.

1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3.

1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku

2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh

2:20 : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera.

3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu.

4:20 p, : Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.


Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia


Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia.

Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka.

Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.

Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.

Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan.

Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar.

Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.

Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.

Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.

Ia membawa 153 orang penumpang warga China.

Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.

Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.

Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian (www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact with plane – live'.

Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia. -mstar
-thestar



Malaysia Dapatkan Pengesahan Vietnam Berhubung Laporan Bangkai Pesawat

SEPANG: Tentera Laut Malaysia sedang berhubung dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan mengenai bangkai pesawat yang dikatakan dilihat berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sehingga pukul 2 petang, laporan itu diklasifikasikan sebagai tidak benar.

"Oleh kerana laporan itu menyebut Tentera Laut Vietnam, kami perlu mengesahkan perkara itu dengan mereka," katanya pada sidang akhbar, Sabtu.

Hishammuddin berkata kerajaan telah mengerahkan semua kapal Tentera Laut Malaysia ke kawasan berhampiran tempat di mana pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata penerbangan MH370 kali terakhir dikesan pada radar menara kawalan di latitud dan longitud 0653N 103343E.

"Lapangan terbang itu hilang dari radar pada 1.30 pagi," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu beroperasi seperti biasa.
-thestar



Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang di Laut China Selatan dikatakan telah mengesan isyarat Alat Pemancar Kecemasan (Emergency Locator Transmiter) kurang lebih 300 kilometer dari pantai Vietnam.

Menurut sumber-sumber, pasukan menyelamat kini menjurus ke arah isyarat yang dipancarkan dari alat tersebut.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang akhbar khas di KLIA lewat pagi Sabtu berkata, kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Penumpang lain ialah dari China (152 + 1 bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika (3+1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1), Austria (1).

Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

MH370 berkongsi kod penerbangan dengan China Southern Airlines.

Menurut MAS, pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, seorang juruterbang veteran dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan.

Beliau menyertai MAS pada 1981.


Dalam penerbangan itu, beliau dibantu oleh Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan.

Beliau menyertai MAS pada tahun 2007.



Senarai rakyat Malaysia dan anak kapal MH370 KL-Beijing yang hilang

1. Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2. Farid Ab Hamid (Pembantu Juruterbang)
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10.Ng Yar Chien
11.Foong Wai Yueng
12.Tan Size Hiang

Senarai Penumpang Malaysia

1. Anne Cathrine Daisy,56
2. Biby Nazli Mohd Hassim,62
3. Chan Huan Peen,46
4. Chen Wei Hoing,43
5. Chew Kar Mooi,31
6. Chong Mei Ling,33
7. Dina Mohamed Yunus Ramli,30
8. Guan Hua Jin,34
9. Hue Pui Heng,66
10. Jee Jing Hang,41
11. Lee Kah Kin,32
12. Lee Sew Chu,55
13. Maria Mohamed Yunus Ramli,32
14. Mohamad Sofuan Ibrahim,33
15. Mohd Khairul Amri Selamat,33
16. Muhamad Razahan Zamani,29
17. Muzi Yusop,50
18. Ng May li,37
19. Noorida Mohd Hashim,57
20. Norfadzillah Mat Rahim,39
21. Norlia Akmar Hamid,33
22. Ramlan Safuan,32
23. Sim Keng Wei,53
24. Suhaili Mustafa,31
25. Tan Ah Meng,46
26. Tan Chong Ling,48
27. Tan Sioh Peng,32
28. Tan Wei Chew,19
29. Tee Lin Keong,50
30. Teoh Kim Lun,36
31. Tong Soon Lee,31
32. Wan Hock Khoon,42
33. Wong Sai Sang,53
34. Yap Chee Meng,39
35. Koh Tiong Meng
36. Tan Teik Hin
37. Lim Pow Chua
38. Puspanathan Supramaniam







Laporan sebelum ini
klik untuk baca





IKLAN BERBAYAR

PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
TIADA PENIPUAN

Jana income RM900.00 sehari

Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan.

Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan?

KLIK SINI