11 Mac 2014

"Tahyul & Khurafat Ini Bukan Ajaran Islam" - Dr.Asri


Dr Asri bidas bomoh tahyul

PETALING JAYA: Sehubungan pendedahan seorang bomoh bahawa pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib, mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas golongan tersebut.

Melalui posting Facebooknya hari ini, bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Beliau turut menegaskan penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian.

“Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

“Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini,” Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim turut dilaporkan melakukan ritual tarian mencari pesawat di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh. -FMT


Pesawat #MH370 Tergantung Diantara 3 Buah Negara Itu Tidak Mustahil Boleh Berlaku

SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
–BERNAMA



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodoh bangang punya bomoh khurafat... kalau p ramlee dulu guna ekzos buloh... skrg pulak pakai teropong buloh... bodoh betingket-tingket...

Tanpa Nama berkata...

Ini lah dia ajaran islam umno

Tanpa Nama berkata...

berita macam ini boleh keluar dalam Utusan Malaysia dan Bernama.... islam apa yang dianut mereka ni..?

Tanpa Nama berkata...

Khurafat memang permainan org UMNO ..bomoh siap pakai badge 1Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

kita sama2 wait n see samada betul ke aircraft tu disembunyikan bunian.. ini semua kuasa Allah, x payahlah nk buat benda2 khurafat tuh..

Tanpa Nama berkata...

Jamir khir baharom ulama umno kata boleh...dgr cite dia yg panggil...byr rm 100k. Apa punya ulamak tak tau...tuihhhh...

Tanpa Nama berkata...

Orang "penting' manalah tu agaknya..
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya.. yang tak salah dan tak selekeh..

Tanpa Nama berkata...

Mengapa tak guna bomoh ni teropong dlm anu saifool kut ada lg air mani anwar dlm pebicaraan ari tu? Klu dah bijak sngat cuba rungkai mistri warga mongolia ari tu....bodoh...bangang....tolol macam p ramli kata...alif mim nun wau..sarkis..

BaDiN berkata...

pakai songkok tinggi tu macam kaum keris telanjang je..BN tak boleh dikalahkan dan org lain tak pandai memerintah,kan ini kata kata dan ucapan KHURAFAT. KHURAFAT dgn umnoo adalah sinonim.oiii tok bomoh kenapa tak tengok dalam mangkuk berisi air macam Pak Belalang buat...

marwan mad Zin berkata...

siap ade pangkat "Datuk" tu..terang2 khurafat..

Anti Fitnah berkata...

INILAH SPESIS YANG BUKAN SAHAJA MEMALUKAN AGAMA MALAHAN MENJATUHKAN MARTABAT AGAMA ITU SENDIRI. KHURAFAT NI BOLEH MEMESONGKAN AQIDAH. MELAYU DULU MEMANG AKAN PERCAYA TAPI LA NI MELAYU DAH JADI ISLAM, TAK KAN NAK BERPATAH BALIK KOT.
SEDARLAH SAUDARAKU, JANGANLAH KITA DIPESONG OLEH PUAK MUNAFIKUN SETELAH KITA BERIMAN. SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERUCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PARTI ALIF MIN NUN WAU NI AGAR KITA SELAMAT DI DUNIA DAN JUGA AKHIRAT.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak dpt sokongan umno tak mungkin upacara kurafat tu dpt dibuat dikalangan umum. Org yg dpt hidayah Allah shj sedar ttg perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

woitt VIP, so skrg misteri sudah ada jawapan. apalagi kita mau bikin? itu aircraft bunian sudah kasi sangkut. cepat2 buat press conference la bahlol..!!

Tanpa Nama berkata...

Hanya satu perkataan yg muncul depan i. BODOH

MIKEY berkata...


Panggil Malaun ,Bongok,Raja Penipu, Baghal, Makluk tak tau species apa ni, datang semasa buat press conference sekali...!!?

Melayu melayu..., cukup memalukan... kerana saya pun melayu.

Yang hairannya Jababatan Ugama Islam TAK PERNAH (setahu saya) ambil tindakan kepada RAJA BOMOH ULTRA PENIPU ni setelah banyak kali dia melaku perbuatan syrik dan khurafat terang terang..!!! dalam UTUBE dan dia sendiri pun dan mengaku..!!!??

Saya samakan perbuatan Malaun ni dengan penyebaran AJARAN SONSANG DAN SESAT.

(KENAPA..!!! Jabatan ugama takut dengan BOMOH ke..???)

Tanpa Nama berkata...

Betul ....guna bomoh 1 malaysia teropong buntut saiful

Tanpa Nama berkata...

Ada VVIP yg sekongkol dgn BOMOH 1 Malaysia ni sbab tu Jakim x berani ambil tindakan