16 Dis 2013

RM2,000 Untuk Baiki Kenderaan Terjejas Banjir


Bah yang melanda daerah ini awal bulan ini, bagai 'malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih', dengan ada yang mengalami kerugian dan ada pula yang meraih rezeki tanpa perlu dicari.

Peribahasa itu menggambarkan keadaan di bengkel-bengkel membaiki kenderaan di daerah ini yang dipenuhi kenderaan bersalut lumpur, menunggu untuk dibaik pulih selepas ditenggelami banjir.

Tinjauan Bernama mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.

"Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh. Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000," katanya kepada Bernama.

Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.

"Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan.

"Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir," katanya.

Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

"Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat," katanya. - Bernama

Jangan Biarkan UMNO Jajah Pemikiran Orang Melayu

Penghambaan Minda Melayu

Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah supaya orang Melayu faham. Dalam negara kita ada 18 juta orang Melayu. Kita ada 3 juta ahli UMNO. Ertinya dari setiap 6 orang Melayu, terdapat 1 dari nya ahli UMNO. Siapa yang lebih ramai?

Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu?

Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembagaan Malaysia. Iaitu kedudukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu.

Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2?

Ada atau tidak DAP rampas hak orang Melayu? Kalau ada sudah lama orang Melayu mengamuk. Sudah lama pemimpin DAP kena lokap.

Atau untuk lebih umum, ada orang Cina merampas hak Melayu kecuali perampasan itu mendapat komplot dari orang Melayu sendiri? Di Negeri Sembilan orang cina ambil alih ribuan ekar reseb Melayu itu adakah mereka lakukan sendirian? Kecuali rampasan tersebut disekongkoli oleh pemimpin Melayu sendiri. Boleh kah orang Cina beli tanah di Johor bharu dengan harga berbilion Ringit kalau tidak disetujui oleh bangsa Melayu sendiri?


Jadi janganlah UMNO mengada ngada mahu bercakap mengenai bangsa Melayu.

Sebab itu kita menyampah dan meluat dengar ucapan demi ucapan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang mengambarkan bangsa Melayu diancam oleh bangsa lain. Apa jenis pemimpin negara yang kita ada? Cakap2 perpecahan dan perkelahian seperti ini mesti dibenteras dan diberhentikan. Sebab itu saya tetap berpendirian, sementara PM Najib seorang yang baik secara peribadi dan halus budiperkerti nya, dari segi kepimpinan dia a big zero. Kamu sula saya, saya tetap berfikiran begini. He is a weak leader. If Najib can become PM, anyone can.

Najib tidak ada lansung kepimpinan moral untuk memimpin negara bangsa Malaysia. Nak bercakap siapa Melayu lebih saya pun boleh. Nenek moyang saya bertombak berlembing mempertahankan bumi Melayu dan Raja nya dari dijajah oleh penjajah. Nenek moyang orang lain bergundek dalam istana. Maka kalau mahu cakap siapa Melayu lebih, bila2 masa pun boleh.

Sebagai MP Melayu dalam DAP saya tidak pernah pun berundur dari bercakap mengenai kepentingan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Kita benci segala bentuk dominasi bangsa. Kita semua berkehendakkan sebuah kerajaan yang dibangunkan atas perintah ikut undang2 bukan negara yang diperintah mengikut citarasa kelompok dan gerombolan.

Isu orang Melayu bukanlah bahawa orang Melayu terancam. Atau diserang. Atau bangsa Melayu itu diancam oleh agama kristian.

Berapa ramai penganut agama kristian? Rapuh sangat kah aqidah orang Melayu sehingga orang kristian yang sejemput itu dapat menguasai minda orang Melayu.

Lihatlah struktur masyarakat melayu. Ketua kampong nya semua Melayu. Setiap kampong ada masjid dan surau. Tok imamnya Melayu. Penghulu nya Melayu. Pegawai daerah nya Melayu. Pengarah jabatan semua Melayu. Setiausaha kerajaan negeri yang bergelar semua nya Melayu. MB nya Melayu. Raja2 nya Melayu. Ketua polis daerah nya Melayu. Senaraikan sahaja kepimpinan- semua nya Melayu. Bagaimana masyarakat Melayu terancam?

Ancaman terbesar kepada orang Melayu ialah penghambaan minda orang Melayu. Minda orang Melayu jadi begini disebabkan mereka mewarisi beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemetintah2 yang pada zaman dahulu itu-iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.

Bukan saya yang kata. Ianya disebut oleh orang Melayu yang lebih tajam pemikiran nya yang tidak tercapai oleh saya iaitu pendita Zaaba dalam tahun 1927.

Yang jadi bahaya ialah penghambaan minda orang Melayu daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. Pemerintah kita ialah UMNO. UMNO yang menjahanamkan bangsa Melayu.

Isiu besar orang Melayu bukanlah ancaman dari bangsa lain atau agama lain. Ancaman datang dari kesembingan dan kebodohan pemimpin Melayu kita.


Sejak saya kecil, saya tidak pernah pun orang tua kita, tok nenek kita menyebut menganai shiah dan sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan aqidah kita. Setahu saya, selagi orang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dia tetap Islam dan yang menghukumkan dia ialah Allah. Maka hari ini , hairanlah kita perkara ini mahu dijadikan masaalah besar.

Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu syiah semata mata dia mengkagumi pemerintahan Iran dan Ayaotllah Khomeini.

Yang membenci Khomeini ialah bangsa Amerika dan Eropah yang benci terhadap apa2 yang berbaur Islam. Adakah Zahid Hamidi antek dan ejen Amerika dan kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar Ustaz Zahid mengeluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir.

Bodohlah kita bansga Melayu kalau membenarkan pemikiran kita di-zulnordinkan. Apa jadi budak ini? Ancaman dari Melayu liberal dan tsunami kristian? Melayu liberal ini lahir dari mana? Mereka tidak ada emak dan bapa?


Sejak bila kita mahu berbunuhan sesama Melayu. Melayu liberal ini bagaimana rupa bentuk nya. adakah Melyau liberal ini Melayu yang meluat tengok gelagat sesetangah Raja2 Melayu. Berjuta orang Melayu mempuntai perasaan benci dan marah paa raja2 Melayu dalam hati mereka. Jadi kita belah dada mereka dan lihat ada perasaan anti raja Melayu dalam badan mereka?

Adakah Melayu liberal itu Melayu yang menentang dominasi Melayu UMNO? Berjuta orang melayu enggan menerima UMNO sebagai satu2 nya jurucakap dan penterjemah kepentingan bangsa Melayu.

Kalau orang Melayu tolak UMNO mereka akan hanya hilang sumber penghambaan minda mereka. -sakmongkol

Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat? - Aspan Alias


Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.

Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.

Umno sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari amat gelap.

Sesiapa yang berjalan di dalam gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalu saya mendengar di jalan-jalan kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan gementar itu.

Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.

Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air. ‘Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo’.

Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Umno dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.

Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk Syiah dan Sunni. Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.

Kenapa Umno memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Umno tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu merupakan parti yang digeruni oleh Umno walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.

Umno sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang rakyat tahu adalah hasil manipulasi wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.

Bagi saya, isu Syiah dan Sunni ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Umno sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.

Umno seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, merekalah pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.

Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.

Bagi mereka Umno adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Umno. Umno sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.

Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Umno untuk menjaganya. Kalau tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau-bilau dunia ini.

Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.

Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Selamat menonton!
– aspanaliasnet


Forensik Dedahkan Mayat Pelajar Tahfiz Dibunuh, Bukan Bunuh Diri


Mayat seorang pelajar yang ditemui tergantung dalam sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan tiga hari lalu dikatakan mati akibat dibunuh, bukan bunuh diri, kata sumber polis.

Menurutnya, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu (HSZIIKB) semalam, mendapati ada kesan tikaman di perut dan pelajar itu dipercayai meninggal dunia 72 jam lalu.

Siasatan mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Wan Ahmad Faris, 16, sebelum ini belajar di maahad tahfiz di Kampung Ipah, Bachok dari tingkatan satu hingga tiga, sebelum berpindah ke maahad tahfiz sekarang untuk menyambung pengajian di tingkatan empat.

Seorang bapa yang enggan namanya dikenali berkata, dua anaknya mengenali rapat mangsa dan tidak percaya arwah bunuh diri.

"Hari Isnin lalu, mereka main bola bersama-sama dan kemungkinan besar arwah meninggal dunia hari Selasa kerana pada hari itu adalah cuti. Ibu bapa datang menjemput anak masing-masing termasuk saya mengambil dua anak pada petang hari berkenaan.

"Saya juga mengenali ibu mangsa yang juga seorang jururawat berpengalaman selama 20 tahun. Ibu arwah memberitahu saya, kalau bunuh diri sudah tentu mayat dalam keadaan mengerikan seperti lidah akan terjulur keluar.

"Tetapi dalam kes ini, lidah tidak keluar. Jadi, arwah mungkin dibunuh dan digantung dalam bilik air. Malah, isteri saya pun sudah cakap dengan warden asrama supaya tidak perlu buat andaian yang boleh mengaibkan arwah dan keluarganya,” katanya.

Rabu lalu, Maahad Tahfiz Kok Lanas gempar dengan penemuan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di sebuah tandas di asrama itu.

Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis dan sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar.

Berita mengenai penemuan mayat di maahad tahfiz itu sudah tersebar luas dalam laman sosial Facebook sejak malam Selasa, walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenalpasti identitinya, tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada polis.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr. Mohd Fadzli Hassan berkata, mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam bilik tandas asrama maahad tahfiz itu adalah pelajar tingkatan empat yang berasal dari Pasir Mas.

Mayat itu, katanya, telah dibawa ke bilik mayat (Forensik) HSZIIKB untuk dibedah siasat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan keluarga mangsa ikut sama ketika mayat dihantar ke hospital.

"Saya akan membuat kenyataan rasmi sebaik sahaja polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat sebarang andaian sendiri bagi menghormati keluarga mangsa dan penyiasatan. - MalaysiaGazette


Adik usia 2 tahun lihat abang tergantung


MARAN - Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan anak bongsu berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, dekat sini.

Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik perhatian ibunya.

Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu menghubungi isterinya di Kuala Lumpur.

Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut.

“Mereka baru enam bulan berkahwin dan kebetulan isterinya sekarang berada di Kuala Lumpur. Ketika mereka berbual melalui telefon, mereka bertengkar.

“Dia kemudian memberi telefon kepada saya dan suruh saya dengar sendiri apa yang diperkatakan isterinya sebelum beredar ke ruang tamu,” katanya.

Bagaimanapun, talian telefon tersebut diputuskan oleh isteri si mati sebaik mengetahui ibu mertuanya berada di talian.

Tidak lama kemudian, anak bongsunya berusia dua tahun itu yang dipercayai mengikut si mati ke ruang tamu kembali ke dapur.

“Dia datang ke arah saya dan cakap ‘ma, abang-abang’ dengan tangan tunjuk di leher tetapi saya tidak mengendahkan.

“Apabila banyak kali dia ulang dan merengek-rengek, lalu saya ikut ke ruang tamu sebelum terkejut melihat jasad anak sulung saya tergantung dengan tali di leher. Hanya jeritan terkejut mampu keluar dari mulut saya,” katanya.

Seorang saudara yang berada di rumahnya bertindak menurunkan anaknya itu yang sudah nyawa-nyawa ikan, namun tidak lama kemudian anaknya menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintedan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

Mayat si mati dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.
-SH


Doa Ibu Dimakbulkan Ilahi, Mayat Anaknya Timbul Di Permukaan Air


Mayat pelajar PSMZA timbul di permukaan air

DUNGUN – “Hanif, mak datang, timbul Hanif, timbul Hanif,” seru Tuminah Taib, 54, sebelum mayat anak lelakinya, Muhammad Hanif Jainuri (gambar kecil), 18, timbul di permukaan laut selepas hilang dalam tragedi lemas berdekatan Gua Teluk Bidara, dekat sini pagi kelmarin.

Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat sejak jam 9.30 pagi kelmarin menemui jalan buntu susulan ombak besar dan arus kuat di pantai berdekatan gua itu, namun mangsa seolah-olah 'menunggu' kehadiran ibunya apabila ia tiba-tiba timbul jam 7.50 pagi semalam sebaik ibunya tiba di lokasi kejadian.

Menurut Tuminah, dia menerima berita sedih itu ketika berada di tempat kerjanya di Senggerang Johor, kira-kira jam 2 petang pada hari kejadian dan bertolak ke Dungun pada sebelah malamnya.

Katanya, pada malam Jumaat, sebelum kejadian menimpa mangsa, dia bermimpi jatuh dalam gaung yang dalam berdekatan sebuah bukit, namun tidak mengesyaki apa-apa petanda buruk dan beranggapan ia hanya mainan tidur.

Terima ketentuan Tuhan

Menurutnya, ketika dalam perjalanan sebelum tiba di Dungun, dia hanya berdoa agar mayat anaknya segera ditemui dan sebaik sampai di bandar Dungun kira-kira jam 4.30 pagi semalam, Tuminah terus pergi ke tempat kejadian bagi mengetahui nasib anaknya.

“Mak cik berdiri di tepi pantai, jerit namanya beberapa kali, naluri ibu dapat rasa dia ada di sini nak jumpa makcik.

“Ia benar-benar berlaku, doa makcik dimakbulkan tuhan. Seketika kemudian, mayat Hanif timbul dan berjaya ditemui,”
katanya.

Tuminah menganggap kejadian itu adalah ketentuan Tuhan. Hanif timbul selepas hampir 24 jam di tempat dia hilang ketika mandi bersama tiga rakan baiknya termasuk seorang daripadanya, Ahmad Shukrie Eiman Romainor yang turut menjadi korban dalam tragedi hujung minggu itu.

Kakak arwah, Hasnah Ahmad Apandi, 31 yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun berkata, beberapa hari sebelum tragedi, adik lelakinya itu menghubungi ibunya dan sempat bercakap dengan seorang lagi adik lelaki bongsu.

Dalam perbualan itu, arwah sempat meminta maaf kerana dia akan bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.

“Saya tak sangka dia akan pergi begitu cepat. Saya redha dan mendoakan kesejahteraan rohnya,” katanya.

Jenazah pelajar semester dua diploma kejuruteraan automatif PSMZA itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Parit Sri Dalam, Senggerang Johor.

Dalam kejadian di Pantai Teluk Bidara kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Muhammad Hanif Jainuri, 18 dan Ahmad Shukrie Eiman Romainor, 18, menjadi korban pantai selepas dibawa arus ombak ketika mandi bersama 11 lagi rakan sekolej.

Seorang lagi mangsa, Muammar Farhan Beig Shamsuri, 18, terselamat selepas berhempas pulas mengheret Shukrie ke tepi, namun Hanif yang turut lemas bersamanya gagal diselamatkan berikutan arus ombak terlalu deras. -SH

15 Dis 2013

Zahid Terlondeh Lagi, JAKIM Tiada Kuasa Menahan Mat Sabu


Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri,
" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.

"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga semalam, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat sebanyak RM397 juta berbanding RM294.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Insya-Allah, sasaran kutipan zakat sebanyak RM430 juta dengan pembayar seramai 120,000 yang disasarkan oleh PPZ-MAIWP pada tahun ini akan tercapai," katanya.

Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 11 syarikat menyampaikan pembayaran zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bernilai RM5.4 juta. - Bernama

ULASAN GB

Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan. Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan "memberi kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana mengamalkan Syiah, sedangkan undang-undang telah termaktub bahawa sebarang kesalahan syariah adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam Negeri.

Serahlah berapa banyak bukti kepada JAKIM, JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun.

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu. Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

Penglipur lara yang tak berkesudahan dari KDN!

BN Menang, Rakyat Sengsara - Tol Naik Tahun Depan


Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA


Tol naik, syukur Malaysia masih aman


Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
-HD



Dari Mat Indera Ke Syiah, Mat Sabu Tak Perlu Layan Fitnah UMNO Itu...

Mat Sabu usah buang masa saman Zahid" - Zaid Ibrahim

Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya bahawa Mat Sabu merupakan pengamal Syiah.

Zaid berkata menerusi laman Twitternya, lebih baik beliau menumpukan perkatian kepada isu rakyat.



Beliau juga berkata Mat Sabu tidak seharusnya berdepan dengan Ahmad Zahid di Mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.



Zaid turut berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mat Sabu.

Sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan Ahmad Zahid.



Selain itu, Zaid berkata Kementerian Dalam Negeri patut dinamakan ‘Kementerian Hal Ehwal Ajaran Sesat’ ekoran tindakan kementerian itu mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah baru-baru ini.



Zaid juga mengulas kenyataan Ahmad Zahid kepada Utusan Malaysia bahawa beliau tidak gentar dengan Mat Sabu yang berhasrat untuk menyamannya.



Ahmad Zahid berkata beliau bersedia jumpa Mat Sabu di mahkamah dan beliau tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyamannya dan kementeriannya.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Pada Khamis lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.

Ekoran itu, Mat Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid dan Abdul Rahim. -astro awani

ULASAN GB

Ada benarnya kata bekas timbalan menteri di atas iaitu usah pedulikan saja Zahid Hamidi itu. Mat Sabu hanya jawab NTBL - No Time Bo Layan - atau dalam bahasa rakyat yang mudah, pergi mati samanya - dan "biarlah si Luncai itu terjun dengan labu-labunya."

Dahulu tuduh Mat Sabu kominis dengan isu Mat Indera, sekarang pula dengan isu Syiah.

Zahid Hamisi kata dia tak gentar untuk diheret ke mahkamah sebab ia akan memberikan beliau ruang untuk menunjukkan lebih bukti tentang Mat Sabu seorang Syiah. Biarlah dia himpunkan atau bawa bukti seperti bukti bontot Saiful yang tak berak 3 hari itu di dalam kes liwat 2.

Kebenaran akan tetap kebenaran dan akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata (memfitnah) engkau sedang engkau tidak ketahui”

KDN Semakin Tidak Siuman, Minta Mat Sabu Beri Bukti Dia Bukan Syiah

Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti! – Shahbudin Husin

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.

Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?

Jadi apa tunggu lagi

Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.

Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.

Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau YouTube sekali pun!

Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau YouTube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih daripada itu.

Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu.

Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau YouTube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya PAS diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan.

Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab.

Percubaan menyerang PAS dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan Umno meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu.

Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung Umno bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas?

Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya.

Sebaliknya Mat Sabu dan PAS juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada Umno tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. – shahbudindotcom


Syiah: KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (Syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah.
- Bernama


ULASAN GB

Setelah langkah KDN mendedahkan kononnya "10 Bukti Mat Sabu Syiah" itu ditertawakan oleh rakyat jelata dan menjadi bahan lawak jenaka seluruh negara, kini dikemukakan pula hujjah kurang siuman. Pertama, kini Mat Sabu pula diminta untuk tunjukkan bukti bahawa beliau bukan penganut Syiah.

GB selalu menyatakan bahawa di negara kita ini prinsip asas kebenaran dan keadilan tidak digunakan. Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan: "One is considered innocent until proven guilty" tetapi di negara ini ia jadi terbalik, di mana "one is considered guilty until proven innocent".

Kedua: sekarang ni siap ada bukti GRED A dan GRED B. Lagi besar punya lulucon dibawakan oleh bekas pegawai JAKIM yang kini dah jadi Pegawai Agama KDN, Zamihan. Macam telor ada gread A dan B. Kononnya yang disebutkan hari itu baru bukti GRED B, bukti GRED A disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Bukti GRED B juga penuh dengan kepincangan dan tak masuk akal untuk dikaitkan dengan Syiah, inikan pula nanti GRED A. Munkinkah ada batu leper yang dikatakan digunakan oleh Mat Sabu untuk solat atau ada rakaman video nikah mut'ah seperti yang GB minta sebelum ini?

14 Dis 2013

Surah Al-Fatihah Mengubah Hidupnya Kepada Seorang Muslim


JITRA - Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama nenek moyangnya, namun, jiwanya masih terasa kosong dan perlu diisi bagi memenuhi ruang dalam nalurinya.

Selepas melihat kepercayaan nenek moyangnya itu tidak dapat diikuti, jiwanya mula mencari-cari hinggalah beliau berpindah bersama bapanya dari Kuala Lumpur ke Kemaman, Terengganu bergaul dengan rakan baru yang kebanyakan berbangsa Melayu.

Di sinilah kehidupan Azman Khor Abdullah, 57, mula berubah apabila tinggal di sebuah perkampungan Melayu yang banyak mengubah corak kehidupannya.

"Pada masa itu umur saya baru 10 tahun dan kehidupan banyak dipengaruhi oleh adat istiadat orang Melayu.

"Di kampung ini juga saya bertemu dengan seorang rakan baik, Noor Faiz Ahmad Din hingga keluarganya itu sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya.

Minta rakan baik tulis Surah Al-Fatihah

Menurutnya, kehidupan dan kepercayaan keluarga Noor Faiz itu turut menarik minatnya untuk mempelajari ilmu agama.

“Hinggalah pada suatu hari ketika saya pergi ke rumah kawan saya itu terdengar ibunya membaca al-Quran dalam surah Al-Fatihah hingga menyebabkan hati saya tertarik dengan bacaan itu dan meminta Noor Faiz menulis bacaan itu ke dalam buku kecil.

“Semenjak itu saya mula mempelajari dan membaca Al-Fatihah secara tersembunyi daripada bapa dan sering membawanya ke mana sahaja. Walaupun saya tidak faham makna ayat itu tetapi jiwa saya sangat tenang dan terus mahu mempelajari tentang agama Islam,” katanya.

Azman Khor berkata, surah Al-Fatihah itu sangat sedap didengar dan jika dihayati ia ada kekuatannya sendiri hingga sukar untuk diterjemahkan tentang kemanisan pada ayat-ayat surah berkenaan.

Ambil keputusan masuk Islam

Bagaimanapun usahanya menghafal ayat itu dapat dikesan oleh bapanya apabila buku itu hilang dari simpanannya dan dia telah dihantar pulang semula ke Kuala Lumpur hingga tamat pelajarannya.

"Walaupun sudah pulang ke Kuala Lumpur dan mula bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta tetapi semangat untuk belajar tentang Islam tidak pernah terpadam dalam jiwa saya hinggalah pada 1980 saya mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid dan memeluk Islam.

“Selepas memeluk Islam, semangat untuk mempelajari Islam sangat membuak-buak hinggalah saya berhijrah ke Derang Pokok Sena, sebuah pusat pengajian agama dan tinggal di situ serta bertemu jodoh dengan isteri saya, Nor Sakinah Vanitha Abdullah," katanya yang kini membuka kedai makanan Cina Muslim di Bandar Baru Darul Aman.

Katanya, penghijrahan itu memberi kehidupan baru dalam hidupnya dan turut bersyukur kerana di samping mendalami agama, dia juga dapat membina keluarga sendiri dan mampu mendidik keluarganya mengikut acuan Islam.

Keluarga sudah terima penghijrahan

Ditanya tentang penerimaan keluarganya, dia berkata, mereka sudah mengetahui mengenai minatnya terhadap Islam sejak kecil lagi dan kini mereka menghormati keputusannya memeluk Islam.

“Bapa saya Khor Jin Yew sudah lama tahu tentang minat saya terhadap Islam. Walaupun pelbagai halangan dilakukannya, akhirnya dia mengizinkan asalkan saya menjadi seorang insan yang baik terhadap agama dan masyarakat.

“Walaupun kini bapa saya sudah tiada tetapi sebagai abang sulung daripada lima beradik, mereka tetap menghormati malah setiap kali hari raya mereka pernah juga menghantar duit kepada anak-anak untuk membeli pakaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Azman Khor berkata, dia kini sungguh gembira dengan kehidupannya, malah turut bersyukur kepada ALLAH kerana menganugerahkan anak seramai 10 orang bagi memeriahkan hidupnya sebagai Muslim. -sh

[VIDEO & GAMBAR] Kader Mullah Dihukum Gantung, Agenda Jahat Pemerintah Sekular


Syahidnya Abdul Quader Molla, perjuangan Islam tidak berakhir

KUALA LUMPUR: Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Malaysia



Selepas Abdul Quader Molla, ada lagi akan dibunuh - Abim


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Abdul Quader Mulla.

Beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh. Beliau yang berumur 65 tahun sewaktu hukuman dilaksanakan telah disahkan meninggal dunia setelah menjalani hukuman gantung tersebut di Penjara Dhaka pada 11 Disember 2013, jam 10:01 malam waktu tempatan.

Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971.

'Tribunal Antarabangsa’ tersebut telah mendapat kecaman yang keras daripada pemimpin dunia, institusi kehakiman dan perundangan antarabangsa serta badan hak asasi manusia kerana secara jelas telah melanggar syarat dan prosedur pelaksanaan tribunal jenayah yang adil dan saksama.

Pada 5 Februari 2013, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh tribunal tersebut atas tuduhan membunuh 344 orang awam, merancang dan bersekongkol dengan keganasan dan jenayah rogol.

Disebabkan protes dan bantahan dalaman dan masyarakat antarabangsa, rayuan terhadap keputusan tersebut telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan Bangladesh – di mana keputusan tribunal telah ditingkatkan dari hukuman penjara seumur hidup ke hukuman mati di tali gantung, suatu perkara yang sangat jarang berlaku dalam sejarah rayuan mahkamah.

Sesungguhnya amat nyata bahawa peristiwa hitam dalam sejarah Bangladesh ini merupakan satu rencana politik yang menjijikkan oleh parti pemerintah Awami League Bangladesh pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina sepertimana yang digambarkan oleh laporan Odhikar (2013) melalui Human Rights Report 2012 m.s 5-6) ;

“To rule by terror, the government resorted to some techniques…the repression of the opposition political parties, workers and social organisations…the use and abuse of Judiciary to punish opponents and the dissenters who criticise the government. The appointment of Judges on political consederation…abducting and killing people, particularly political leaders, mainly through ‘enforced disappearance’…The present regime promised to observed zero tolerance to extrajudicial killings”

“Abim dengan ini mendesak kerajaan Bangladesh di bawah rejim Sheikh Hasina agar segera membubarkan dan memansuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang pincang tersebut serta merta,” ujar Naib Presiden Abim, Mohamad Raimi Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tribunal tersebut sehingga hari ini telah dan akan menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup kepada pimpinan utama parti pembangkang termasuklah pimpinan kanan Jamaat-e Islami seperti Matiur Rahman Nizami, Delwar Hossein Sayeedi Ali Ahsan Mohammad Mojahid, dan Muhammad Kamaruzzaman.

Katanya, dua pimpinan utama parti Bangladesh National Party (BNP) pimpinan mantan Perdana Menteri Khalida Zia juga dibicarakan di bawah tribunal tersebut.

Menurutnya, dengan terlaksananya hukuman ke atas Abdul Quader Mulla itu, Abim yakin bahawa kerajaan Bangladesh akan terus menggunakan pembunuhan melalui sistem kehakiman, atau apa yang diistilahkan oleh Toby Cadman, peguambela British yang mewakili tahanan-tahanan politik tersebut sebagai ‘judicial murder’ .

Justeru, tegasnya Abim mendesak agar parti-parti politik, NGO dan badan hak asasi dalam di Malaysia agar mengambil serius isu ini dengan mengutarakan bantahan dan memorandum keprihatinan terhadap kerajaan Bangladesh.

“Bagi tujuan tersebut, Abim memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Anifah Aman agar mengambil tindakan yang segera dan tegas dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia untuk memberikan penjelasan terhadap pencabulan yang amat nyata ke atas hak asasi manusia ini,” ujarnya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan OIC yang berpengaruh menyatakan bantahan yang amat jelas dan menilai semula hubungan diplomatik dan perdagangannya dengan Bangladesh.

Semalam, katanya Perdana Menteri Turki telah mengulangi keprihatinan Presiden Abdullah Gul sebelumnya dengan menggesa agar kerajaan Bangladesh menangguhkan keputusan gantung tersebut.

Beliau berkata, bantahan yang keras terhadap Bangladesh sebelum ini telah disuarakan oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, House of Lords Britain dan banyak lagi pemimpin berpengaruh dunia.

Tambahnya, Abim juga bersama-sama di dalam Malaysian Task Force for Bangladesh, sebuah gabungan NGO-NGO yang prihatin mengenai isu ini juga akan terus memantau situasi ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada NGO-NGO dan rakyat Malaysia.

“Abim berharap bantahan keras daripada rakyat dan kerajaan Malaysia boleh meredakan situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara,” ujarnya.
-HD





Isu Syiah Ditimbulkan Untuk Tutup Kehebatan Unit Amal


Kehebatan Unit Amal waktu banjir punca isu Syiah dimain semula – Timmy Say

Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno (PAU) tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan.

Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang.

Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi apa yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih daripada itu.

Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah.

Unit Amal PAS telah mendapat tempat di hati rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam “mendahulukan rakyat”, lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir.



Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter.

Sekeping gambar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meredah banjir, sambil memikul barangan sumbangan di bahu, dikongsi dengan sebegitu hangat.


Malah ada satu artikel di The Malaysian Insider yang bertajuk “Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir” yang menggunakan gambar Ustaz Tuan telah menjadi artikel terhangat di laman ini (Nota: Jarang-jarang sekali berita berbahasa Melayu menjadi artikel paling dibaca di laman yang didominasi berita berbahasa Inggeris).


Kehebatan Unit Amal menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memohon maaf kerana kelewatan menghantar bekalan makanan.


Kini, Unit Amal PAS melancarkan Ops Bersih – untuk membersihkan kawasan yang terkena air banjir – kerja yang paling sukar dilakukan dalam musibah banjir ini.

Dan ini dilakukan secara amal tanpa upah berprinsipkan “Rahmat Untuk Semua” – sesuatu yang bakal tersemat di hati rakyat.

Kerja-kerja hebat Unit Amal telah secara tidak langsung menjadi senjata PAS untuk meraih undi rakyat. Sudah tentu Unit Amal tidak menyangka kerja mereka yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh disiplin tetiba menjadi satu senjata politik yang digeruni Umno.

Disebabkan itu, rakyat perlu dialih perhatian daripada kehebatan Unit Amal.

Maka sebab itulah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mempertaruhkan isu Syiah untuk mengalihkan pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Kini, Umno mengharapkan media akan fokus semula pada isu Syiah, para pemimpin politik dan penganalisa akan terus berperang dalam isu Syiah sehingga tenggelamkan kehebatan Unit Amal PAS dan kelemahan Umno di musim banjir luar biasa ini.



Teruskan kerja! Dan jangan terperangkap!

Berapa orang atas pagar yang akan mengundi PAS kerana kehebatan Unit Amal, askar Negara Berkebajikan yang diwar-warkan PAS, di PRU14 nanti?

Dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.-Timmy Say/TMI

ULASAN GB

Berikut GB siarkan semula artikel yang tersiar di TMI dan kemudian di petik untuk disiarkan semula di blog ini pada 27 Sept 2013 untuk pencerahan mengenai isu Syiah dan kaitan Mat Sabu dengan Unit Amal. Semuga bermenafaat.


Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu


Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak,"
katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).


Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.


Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya.
-TMI/Blog GB


13 Dis 2013

KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!


Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

“KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?” tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini.”

KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.

Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.

“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013.

“Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu?

“Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?” tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam.

Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam.

“Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri,” tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi.

“KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup ‘political blunder’ yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!”.

Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: “Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!

Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran.

“Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…,” tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais.

“Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah.”

Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI

ULASAN GB

Kementerian Dalam Negeri memang layak dinobatkan Juara Maharaja lawak Mega untuk menutup tirai tahun 2013. DB sudah ulas mengenai bukti yang dibawakan oleh KDn itu di SINI.

Yang ini lagi jelas mengkagumi Syiah. Apakah KDN dan JAKIM diam saja?


Saman Lori Bawa Bantuan Banjir: JPJ Sedia Batal Saman, Nafi Bertindak Kejam


JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir

TUMPAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat pada Khamis. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih.

Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen motosikal.

Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis.

"Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya.

MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen motosikal yang sah. Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal. -BERNAMA

ULASAN GB

Pertama GB ucapkan syabas kepada Ketua Pengarah JPJ yang memberi respons yang cepat terhadap isu ini. Sekalipun beliau menafikan pegawainya bertindak kejam dengan alasan pegawai penguatkuasanya tidak dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir, namun saya merasakan menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa berkenaan untuk "bertanya" jika benar beliau tidak dimaklumkan, bukan terus sahaja mengeluarkan saman. Apabila saman dikeluarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu, maka di situlah ungkapan "kejam" tersebut timbul. Tidak salah untuk bertanya, pegawai penguatkuasa bukannya "robot" yang bertindak tanpa budibicara.

Apa-apa pun rakyat mengalu-alukan keputusan Ketua Pengarah JPJ untuk mengambil langkah membatalkan saman tersebut.

Kedua, dengan pengakuan Ketua Pengarah JPJ tentang tindakan pegawai penguatkuasa berkenaan mengeluarkan saman, ia sekaligus memadam dan menafikan dakwaan macai-macai UMNO kononnya isu ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata. Macai-macai UMNO yang tidak tahu asal-usul kes tiba-tiba boleh mendakwa isu ini sebagai rekaan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Isu Mat Sabu Syiah: KDN Tiada Bukti, Hanya Bawa Cakap-cakap Orang


KDN: Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.

Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".

Abdul Rahim berkata, Mohamad ketika mengulas perutusan sempena Hari Natal 2008 telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan meraih sokongan politik dan agenda perpaduan seperti mana diterbitkan Harakah pada Disember 2008.

Katanya, Timbalan Presiden Jati Datuk Aidit Ghazali dalam satu wawancara menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan Timbalan Presiden PAS itu gagal menafikan kaitannya dengan ajaran itu.

"Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

"Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. Kunjungan dilakukan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana," katanya.

Abdul Rahim berkata lagi, Mohamad beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, beliau berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.

"Dalam satu temubual bersama Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, beliau menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan penganut Syiah pada satu ceramah PAS di Arau pada 2005.

"Tuan Guru Abd Rahim dari Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu seorang penganut Syiah kerana pemimpin itu beberapa kali pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper yang sinonim dengan penganut Syiah," katanya.

Mohamad Radzi berkata KDN, polis serta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan terus bekerjasama membendung gerakan Syiah di Malaysia.

Katanya, KDN bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara manakala Jakim bersama jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya. -TMI


'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.
-mk



Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini


Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.

KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.

"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.

Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.

"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerang jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.

KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
-mk


ULASAN GB

Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya?

Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.

Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.

Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?

Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.

Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?

Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?

Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.

Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!