15 Dis 2013

Dari Mat Indera Ke Syiah, Mat Sabu Tak Perlu Layan Fitnah UMNO Itu...

Mat Sabu usah buang masa saman Zahid" - Zaid Ibrahim

Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak perlu membuang masa untuk menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaannya bahawa Mat Sabu merupakan pengamal Syiah.

Zaid berkata menerusi laman Twitternya, lebih baik beliau menumpukan perkatian kepada isu rakyat.



Beliau juga berkata Mat Sabu tidak seharusnya berdepan dengan Ahmad Zahid di Mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada pendapat orang ramai mengenainya.



Zaid turut berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak akan memberi kesan terhadap Mat Sabu.

Sebaliknya, ia akan hanya akan menjejaskan Ahmad Zahid.



Selain itu, Zaid berkata Kementerian Dalam Negeri patut dinamakan ‘Kementerian Hal Ehwal Ajaran Sesat’ ekoran tindakan kementerian itu mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah baru-baru ini.



Zaid juga mengulas kenyataan Ahmad Zahid kepada Utusan Malaysia bahawa beliau tidak gentar dengan Mat Sabu yang berhasrat untuk menyamannya.



Ahmad Zahid berkata beliau bersedia jumpa Mat Sabu di mahkamah dan beliau tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyamannya dan kementeriannya.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Pada Khamis lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.

Ekoran itu, Mat Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid dan Abdul Rahim. -astro awani

ULASAN GB

Ada benarnya kata bekas timbalan menteri di atas iaitu usah pedulikan saja Zahid Hamidi itu. Mat Sabu hanya jawab NTBL - No Time Bo Layan - atau dalam bahasa rakyat yang mudah, pergi mati samanya - dan "biarlah si Luncai itu terjun dengan labu-labunya."

Dahulu tuduh Mat Sabu kominis dengan isu Mat Indera, sekarang pula dengan isu Syiah.

Zahid Hamisi kata dia tak gentar untuk diheret ke mahkamah sebab ia akan memberikan beliau ruang untuk menunjukkan lebih bukti tentang Mat Sabu seorang Syiah. Biarlah dia himpunkan atau bawa bukti seperti bukti bontot Saiful yang tak berak 3 hari itu di dalam kes liwat 2.

Kebenaran akan tetap kebenaran dan akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata (memfitnah) engkau sedang engkau tidak ketahui”

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang nyanyuk jangan dilayan.... diamkan sahaja dahlah..

Tanpa Nama berkata...

Dgn dgn umno bn takde masalah ..tapi geng2 yg kononnye pro ulamak ni yg ada masalah dlm pas..yg masih tk puas hati dgn mat sabu

gengster melayu alaf baru. berkata...

Saya stuju saranan zahid ibrahim supaya jgn d layan pemfitnah zahidi hamidi.akan mmbuang msa.kita gunakan masa yg sedikit ini untuk pru14.
Kita harus berkerja keras untuk mnguburkan umno dari muka bumi ini.
Biarkan umno bersandiwara bersendirian kerana rkyt sdh tahu knapa umno semkin gila dan rosak mental kerana mreka tahu mreka takkan ada lagi selepas pru14.
Seperti org tua yg smkin nyanyuk ertinya kubur akan mmangil mreka...

Amuraria berkata...

syabas zaid jadi hero dari dalam parti sekutu apco ! lawan jawa samseng kaki kelentong & fitnah ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

mamat bagan dato tu tak takut dgn mahkamah??? eh eh eh..kalau tak takut tak kan selesai kes kat luar kut dgn budak motor besar tu..

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.26am.
Setuju pendapat anta.Depa ni tak faham-faham dan tak reti yg depa dah diperkudakan UMNO.Fikirlah! Orang macam Harun Din boleh merancang nakkan Ku Li jadi PM jika PR menang PRU yg lalu.Din Ayam, menantu TGHA, boleh kacau diKota Damansara hingga UMNO menang kerusi tu.Apa ertinya semua ini? Bukalah minda sikit dan baca ikut bacaan politik.