Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA
Tol naik, syukur Malaysia masih aman
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.
Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.
Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.
Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.
"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.
"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.
"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.
Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. -HD
6 ulasan:
JANJI DITEPATI....bila MANDAT DIBERI LAGI...jangan MENYESAL DAN meROYAN....Bila ussha MURNI UBAH dipandang sepi....PADANNN MUKALAHH
masih sayang B angkai N egara yang
dtadbir GEMBALA2 lembu dan dijilat
oleh kepala otak LEMBU.
rakyat dibodohkan DAHULU pncapaian
KRONI2 diUTAMAKAN supaya SAPPPUUUU
satu MALAYSIA
terima kasih macai2 bodoh BN
Ini hadiah daripada orang kampung yang tidak perlu bayar tol kepada orang bandar. Penyokong mereka memang jenis tidak banyak belanja maka segala kenaikan termasuk gst tidak Akan halang sokongan. Mereka tetap Akan menang sebagai kerajaan minority dengan sokongan kaum majority dikampung
Biarpun highway di sabah kecil (super highway, tambah flyover janji dicapati) dan ada pula jalan rosak yg masih dipenuhi batu kerikil, tapi kami tak perlu bayar tol huhu alhamdulillah inilah yg dikatakan kebahagiaan dalam kesempitan.
Letak le jawatan pemerintah...anda semua menyusahkan rakyat M'sia...
Tidak dapat dielak? Bukan tak dapat dielak tapi sudah dalam plan kalau dacing yg memerintah.
Come onlah bagi pti banggladesh, filipino, indonesia dll of course diaorg tak ada masalah sebab bahkan syukur lagi pemerintah bawa masuk diaorg ke m'sia sebab diaorg blh pau duit rakyat m'sia banyak - banyak.
Sebab itu dacing guna konsep jus soli yg diajar oleh bapa diaorg iaitu Penjajah inggeris ahli kekal freemason utk hancurkan malaysia.
Tapi apakan daya umat melayu mana peduli apa itu jus soli (hanya tahu jus apple shj), freemason dll, selagi umat melayu masih lagi tinggal rumah beratapkan tempurung kelapa.
Catat Ulasan