17 Mac 2013

Masuk Bolos Keluar Pun Bolos - Apa Sudah Jadi Dengan Tahap Pertahanan Negara?


Ketua Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi

BAGAN SERAI 17 MAC: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi.

“Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.

“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,” katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.

Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.

Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.

“Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan.

“Itu lapisan pertama. Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan.

“Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh,” katanya.

Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah.

“Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira,” katanya.

Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia.

Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu


Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia.

Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah.

Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci.

“Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.

“Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara,” katanya kepada TVSelangor.

Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk ‘menyelesaikan masalah’.

Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa ‘bukti’ yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial.

Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib.

“When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak,” rujuk portal berkenaan.

(Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.

) Carian Tv Selangor pada pautan
http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UUQrvxzqicO
mendapati artikerl berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat di dalam pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.

Ekoran itu, Anwar telah memfailkan tuntutan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.


Tian Chua Sudah Didakwa, Tapi Masih Terkial-kial Mencari Bukti


Enam anggota polis kelmarin bertindak menyerbu pejabat Suara Keadilan di Cheras dengan alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily.

Mereka merupakan pasukan penyiasatan dari Johor Baharu berhubung kes kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berkaitan kontroversi Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu.

Ketika awal serbuan, polis mendakwa mempunyai waran menggeledah dan merampas komputer yang terlibat tetapi apabila diminta gagal menunjukan waran yang disebut.

“Mulanya kata nak rampas komputer, kemudian apabila peguam masuk campur membantah tindakan mereka, mereka kata nak ambil nota wartawan pula.

“Mereka boleh saja datang ambil, tidak perlu untuk geledah,” ujar Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit ketika dihubungi TVSelangor berhubung kejadian pagi tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa pelik dengan tindakan kumpulan polis berkenaan kerana pihaknya memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dijalankan sebelum ini.

“Saya bersama-sama sub editor dan wartawan, beberapa kali beri kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung siasatan tersebut namun tidak pernah pula mereka meminta nota wartawan.

“Serbuan pagi ini memang tak diduga dan menyebabkan suasana tidak senang,” tegasnya lagi.

Kakitangan pejabat kemudian menelefon peguam Latheefa Koya yang meminta polis berurusan dengannya.

Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam berikutnya namun memberitahu mereka mahu menunggu wartawan, Aisha Geoffrey yang bercuti hari ini untuk mengambil notanya.

Berhubung permintaan tersebut, Fazallah dan Aisha hadir bersama dengan peguam Eric Paulsen di Balai Polis Pudu, kira-kira jam 1 petang tadi untuk menyerahkan nota itu sebelum beredar kira-kira 15 minit kemudian.

Peguam Eric turut memohon salinan waran geledah tersebut tetapi polis enggan berbuat demikian.


Ulasan GB

Bukankah Tian Chua sudah didakwa di mahkamah Sesyen yang sepatutnya polis sudah mempunyai bukti maka dengan sebab itu beliau didakwa?

Mengapa pula baru sekarang mahu mencari bukti dengan mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily berkenaan?

Prinsip asas bahawa "one is considered innocent until proven guilty" sepatutnya terpakai dan bukan seperti di negara ini di mana "one is considered guilty until proven innocent".

Ust Zamri, Ex-IKIM.fm Bersama 6 Tokoh Imam Muda Sertai PAS


Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.




Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.

Bekas penerbit rancangan Ikim.fm umum sertai PAS


GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.

[BERGAMBAR] Walaupun Tanpa K-Pop, Ribuan Banjiri Malam Seni Untuk Perubahan


Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menyaksikan lebih 5,000 orang ramai memenuhi padang kelab ini walaupun keadaan becak.

Program malam seni ini membariskan penampilan khas pendakwah bebas yang sedang hangat pada masa ini, Ustaz Azhar Idrus dengan slot soal jawabnya.

Orang ramai mula memenuhi padang seawal jam 8.00 malam untuk bersama-sama barisan artis dan mendengar soal jawab daripada Ustaz Azhar.

Pelbagai soalan yang diajukan orang ramai kepada Ustaz Azhar termasuklah soalan berkaitan PTPTN, demonstrasi dan PRU13.

Soalan tersebut adalah "apa hukum negara yang bagi pinjaman PTPTN pada pelajar kemudian pelajar berdemonstrasi minta hapuskan PTPTN".

Ustaz Azhar secara spontan menjawab, "kalau negara tu kaya kenalah bagi pendidikan percuma kepada pelajar. Cuba tengok menara KLCC tu, menara jagung dua butir, negara miskin mana ada tu...".

Penampilan istimewa pada malam ini antaranya Yassin Brothers, Ito Blues Gang, Aisyah, Abby Abadi, dan Hairie Othman dan lain-lain barisan artis dan pelukis yang telah berhijrah memilih Pakatan Rakyat.

Para barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut bersama-sama dalam program malam seni ini menyatakan sokongan padu kepada artis yang mahukan perubahan.

Antara barisan pimpinan itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di samping Dr Syed Azman, Dr Muhaimin Sulam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Pyan Habib dan aktivis Hishamuddin Rais.






[EDISI KANTOI] Rambut Pelaku Itu Di Belah Tengah!


Tatkala blog-blog pro-UMNO bersuka-ria meletakkan beberapa gambar individu kononnya Anwar yang mengadakan hubungan seks sejenis, ramai mempertikaikan kenapa gambar-gambar itu hitam putih dan tidak berwarna.

Apatah lagi, di sebelah muka Anwar itu gelap dan tidak terkena cahaya dari tingkap, sedangkan badannya jelas dipancar dengan cahaya tersebut.


Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih kantoi ialah belahan rambut pelaku di dalam gambar tersebut berbanding dengan belahan rambut Anwar yang sebenar seperti paparan gambar di atas sekali.

Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi.

Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar.

Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun."

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

16 Mac 2013

Puluhan Ribu Rakyat Kedah Berhimpun Bantah Salah Tadbir Semasa UMNO-BN -updated


Puluhan ribu rakyat berhimpun di Star Walk Alor Star hari ini bengang dengan salah tadbir BN semasa memerintah Kedah yang kerugian RM403 juta..

Inilah harapan rakyat agar Kedah tidak diserah kepada penyamun dan perompak ! -fb pemuda pdg terap





Puluhan Ribu berhimpun di ALor Setar



Pemimpin PAS dan Keadilan Di Atas Pentas


Cikgu BARD sedang berucap



p/s Nampaknya, kalau begini gelombang kebangkitan rakyat Kedah menjelang PRU13, musnahlah impian & angan-angan Mahathir untuk menaikkan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah...

Kerajaan Wajar Minta Maaf Kepada Rakyat, Keluarga Wira Terkorban


Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.

“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.

Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. – NS

Kenyataan Muhyiddin Satu Hasutan Melampau, PAS Bakal Kemukakan Saman Fitnah


Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda.

“Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat.

“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau,” kata Riduan dalam kenyataan media.

Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

“Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut,” katanya.

Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah ‘songsang’ dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

“Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.

“Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat.

“Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik,” katanya.

Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.


TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-mk


[VIDEO] Fitnah Untuk Anwar Beredar, Kali Ini Dengan Lelaki Pula


Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.

Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.

Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.

Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.

Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.

Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.


“Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,” tulis blogger Erapasca. -HD


Ulasan GB

Yang nyata ia bukan video, tetapi gambar-gambar yang diedit kemudian dikumpulkan untuk membentuk sebuah slaid.

Semenjak dari fitnah video yang pertama, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya dan ulamak mereka pula, baik yang tua dan yang muda, berdiam diri seolah-olah merestui fitnah-fitnah UMNO tersebut.

Makin jelas dan nyata "keengkaran" UMNO ini.

Yakin dan percayalah, UMNO tidak akan menang dengan fitnah malah fitnah itulah yang bakal menumbangkan UMNO. Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang kita kenali sebagai SUNNATULLAH! Hanya si "kufur" mahu melawan kuasa ALlah.

[BUKAN SANDIWARA] Tahniah Zul Kerana Tinggalkan UMNO & Sertai PAS


Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.

Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.

Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.

Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.

Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.

“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.

“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.

[GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut


HHebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.









Laporan sebelum ini
klik untuk baca

15 Mac 2013

[VIDEO] Jenayah Pengganas UMNO Serang Bas Pakatan Rakyat Di Kuala Krau, Pahang


Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri.

Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang.

Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

p/s sudah sampai masanya parti pengganas UMNO sudah tak layak lagi mentadbir negara malaysia yg tercinta ini.......

hapuskan UMNO dan Barisan nasional dari bumi malaysia ini di PRU13 nanti....



[PANAS] Mazidul Akmal Tanya Di FB 'Siapa Sokong Anwar Ibrahim'. Apa Jawapan Anak Muda?


MMungkin dia fikir semua anak muda masih nak mengampu Najib dan Umno. Sebab itu dia berani tanya soalan macam tu. Boleh saksikan sendiri apa jawapan lebih 500 pengguna FB yang terdiri dari anak muda.

Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang. Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah.

Kes ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'. Lepas ini Umno mungkin akan keluarkan arahan, haram bertanya soalan2 yang boleh memalukan Umno-BN. Kah kah kah. Ini kalilah!:







 Untuk besarkan KLIK IMEJ berkenaan. Sumber dan lagi imej berkaitan DISINI


sumber: pastitiwangsa

[EDISI BONGKAR] Shafie Apdal, Menteri Kabinet Malaysia Berketurunan Sulu!


Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu.

Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal.

Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia.

Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun.

Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna. -nanatanjungcafe74


Pemuda Disyaki Pengganas Memakai Baju Bergambar Shapie Apdal


Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal meminta kerajaan menyiasat hubungan Anwar dengan Nur Misuari.

Bagaimana dengan yang ini tak nak minta disiasat ker?

Pengganas yang ditangkap di lahad Datu baru-baru ini bukan sahaja memakai baju Shafie Apdal bahkan TIDAK DIGARI SAMA SEKALI!.

Shafie patut disiasat sama!
-fb Ghazali Suhaili.



Siasat Shapie Apdal, Bukan DSAI


Baru sekarang si Bedal dan bebal ni nak bersuara.

Semasa Lahad Datu di serang di mana dia?Tiba-tiba muncul suruh siasat DSAI apa lu cita!!!..

Kalau nak siasat DSAI rasanya tak ada masalah dari pihak DSAI mau pun PR..

Aku juga minta pihak kerajaan Malaysia siasat Shafie Apdal sekali kerana salah seorang pengganas Sulu yang di tangkap memakai baju BN yang ada muka dia.

Dan satu lagi Shfiea Apdal juga salah seorang yang berketurunan sulu amacam!!!..

Kalau setakat bergambar dan ada perhubungan baik antara DSAI dan Misuari itu menjadi isu bagaimana pulak dengan pemimpin Umno yang terang-terang ada ahlinya dari kalanggan orang Sulu macam mana pulak?

Sehinggakan ada yang menyertai pehimpunan Umno…Kenyataan Puteri Jacel Kiram yg menyatakan krisis Sulu adalah rancangan pemimpin tertinggi UMNO dan Presiden Aquino kena juga disiasat..!!

Shafie Bedal dan kepimpinan Umno harus di siasat sebenarnya bukan DSAI..Kerana segala berpunca dari pemberian IC oleh Tun Mahathir,Seharusnya Tun Mahathir harus di siasat bersama Najib dan bukannya DSAI..

Kalau benar kerajaan Malaysia tidak terlibat bagaimana sehinggakan 200 orang yang di lengkapi dengan senjata boleh membolosi perairan Negara dengan begitu mudah.

Siapa yang menjadi dalangnya.

Isu ini tidak di timbulkan sedangkan ini isu keselamatan negara..Kenapa kerajaan mengambil mudah sehinggakan tiada siasatan menyeluruh tentang bagaimana pengganas Sulu boleh menembusi kawalan keselamatan negara kita dengan begitu mudah.Ini yang sepatutnya di siasat bukan isu bergambar dan sering bertemu dengan Misuari..

Najib juga terlibat dengan perjanjian pemberian tanah kepada pengganas Sulu..Najib kena perjelaskan dulu tentang janji ini sebelum menyiasat DSAI..

Safie Afdal kena cermin muka tu dulu ya..siasatan skandal hang dengan artis pun dah tak dengar cerita…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!
-nanatanjungcafe74