15 Mac 2013

[VIDEO] Jenayah Pengganas UMNO Serang Bas Pakatan Rakyat Di Kuala Krau, Pahang


Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri.

Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang.

Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

p/s sudah sampai masanya parti pengganas UMNO sudah tak layak lagi mentadbir negara malaysia yg tercinta ini.......

hapuskan UMNO dan Barisan nasional dari bumi malaysia ini di PRU13 nanti....



7 ulasan:

Amuraria berkata...

sampai bila mahu biar di buli samseng upahan umno-apco ? jika polis pun tak dapat halang takkan mahu biar selalu dibuli ? masa untuk bertindak balas pertahan diri pula bagi PR ! ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

umno sudah dan makin kehilangan jati diri, hujjah hendak lah berlawan hujjah bukan bertindak macam manusia tidak bertamaddun.kebenaran akhir nya akan menghumbankan kebathilan.. hidup PR.

Awanama berkata...

kasih dan kasihan pada DSAI...apalah org umno ni...pegi la belajar undang undang...

Awanama berkata...

bagus.. kerana upah rm20, bertambah 20 org lg akan memilih pakatan dlm pru nnti.

Andre Irwan berkata...

Alahai, MARUAH MELAYU boleh dibeli dengan hanya RM20 + RM15 saja. Hebatnya Melayu.
Nampaknya Melayu suka sangat dengan sifat munafik, cakap tak serupa bikin. Geli hati aku bila pemimpin UMNO-BN berbicara tentang kedaulatan negara, kesetiaan pada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, ...
Siapa yang tidak setia pada Negara?
Siapa yang memperkudakan perlembagaan negara?
Siapa yang menggadai kedaulatan negara?
Tepuk dada tanya selera. Sedih melihat bangsa aku hanya bernilai RM35 saja. Tingginya nilai .......

Awanama berkata...

Masya Allah !

Selagi di pimpin oleh Bacul , DUMBNO akan tetap DUMB-U-KNOW......

Awanama berkata...

Selagi yang berotak primitif diberi kuasa, beginilah jadinya. Membuat kacau di majlis orang lain. Di mana 5 prinsip Rukunegara? Diamal atau tidak? Atau untuk nyanyian sahaja.