9 Feb 2012

Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang.

"SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya.

"Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri,"

"Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut

"SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B.

"Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya. -tvsnews

Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu? - Nik Amar

KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.

(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.

"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.

"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.

Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini.
-HD




Ulasan GB

GB sudah ulas pagi tadi. Petikan:

Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa?

Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.

Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini?

Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN.

Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Akhlak Rendah Papagomo & Dua Lagi Blogger UMNO Diadukan Kepada SKMM

Laporan SKMM terhadap Umno Online, blog pro-Umno

Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.

Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

“Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.
“Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

“Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”.

Motif jelik dan keji

“Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah,” kata Zairil di dalam satu kenyataan media.

Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh ‘pelajar perempuan’ tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.


“Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya,” jelas Zairil.

Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.

Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka. -FMT

Akhlak rendah blogger pro-UMNO, pelajar sekolah terus jadi sasaran fitnah mereka

KUALA LUMPUR, 9 FEB: “Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”

Itulah catatan blogger pro-UMNO Papagomo pada 7 Februari bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali” yang mencerminkan tahap pemikiran dan akhlak pecacai upahan UMNO tersebut.

Betapa angkuh, keji dan jeliknya blogger pencacai UMNO, walau pun mereka sedar dan tahu beberapa laporan polis telah ditampilkan terhadap blog mereka kerana berbohong dan menyebarkan hasutan, mereka masih lagi berterusan memfitnah.

Justeru, Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman-laman web UMNO Online (laman web rasmi UMNO) dan para blogger pecacai UMNO seperti Pisau.net dan Papagomo.

“Sehingga sekarang, artikel-artikel yang palsu dan fitnah itu masih lagi dipaparkan dalam laman-laman web tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan isu itu, beliau berkata, pada Oktober tahun lalu, beberapa laman web telah memainkan desas-desus kononnya anak Ketua Menteri Lim Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Tambahan pula, laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Ekoran daripada itu, pelbagai pihak telah muncul untuk menyangkal tuduhan-tuduhan tersebut sebagai fitnah yang langsung tidak berasas, tambah beliau lagi.

Zairil menjelaskan, “pelajar perempuan” yang menjadi bahan fitnah blogger pro-UMNO, iaitu seorang wanita warga asing yang tidak ada kena-mengena dengan pembohongan itu, Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

“Kenyataan Anya telah diikuti dengan pengesahan daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

“Tambahan pula, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu,” ujarnya.

Walau pun pelbagai bukti telah ditampilkan, beliau kesal kerana laman-laman web tersebut masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar.

Menurutnya, adalah jelas bahawa laman-laman web tersebut mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnah Guan Eng tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah.

“Sehingga hari ini, tindakan daripada pihak berkuasa masih lagi ditunggu-tunggu. Pada 12 Januari 2012, pihak polis telah menghubungi Ketua Menteri dan menasihati supaya beliau membuat laporan polis untuk memudahkan tindakan susulan ke atas pengendali-pengendali laman-laman web berkenaan.

“Malah, Ketua Menteri telah diberitahu bahawa permintaan untuk membuat laporan ini telah datang daripada “pihak atasan”. Namun demikian, setakat ini siasatan masih belum lagi menghasilkan sebarang tangkapan,” katanya.

Berikutan itu, Zairil telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM berhubung penerbitan dan penyiaran rencana-rencana palsu dan fitnah oleh blog-blog tersebut.

Tambahnya, penyiaran rencana-rencana fitnah itu merupakan satu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
– Roketkini


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Dapur Restoran Burger King Di Shah Alam Terbakar

Shah Alam - Hampir 50 peratus bahagian dapur sebuah restoran makanan segera di Taman Sukan X-treme, Seksyen 13 di sini terbakar hari ini. Gambar NST.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Penyelamat Seksyen 15 Muhammad Azhar Mahidin berkata kebakaran pada pukul 10.26 pagi itu dipercayai berpunca daripada saluran asap pada bahagian bumbung restoran berkenaan.

Kejadian disedari orang awam yang ternampak kepulan asap hitam di bahagian bumbung restoran sebelum memaklumkannya kepada pekerja restoran yang menghubungi bomba.

"Ketika kejadian, dua pelanggan dan enam pekerja berada di restoran itu namun mereka hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Kesemuanya berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita. Muhammad Azhar berkata api berjaya dikawal daripada merebak ke dua lagi restoran makanan segera serta sebuah bilik suis Tenaga Nasional Bhd.

Muhammad Azhar berkata tiga jentera bomba bersama 17 anggota dari balai Pelabuhan Klang, Kota Anggerik dan Shah Alam terbabit dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu.

Kebakran berjaya di kawal pada pukul 11.15 pagi, katanya. Muhammad Azhar berkata operasi kesemua restoran itu ditutup buat sementara waktu untuk siasatan lanjut.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata ketika kejadian, dia dan rakan sekerjanya melakukan rutin tugasan masing-masing dan tidak menyedari premis itu sedang terbakar.

"Kami terkejut apabila dimaklumkan dan bertindak keluar dari restoran bersama dua pelanggan. Kebakaran pada bahagian atas, jadi sukar untuk kami menggunakan alat pemadam kebakaran," katanya. -BERNAMA

Lagi Kes Kejadian Kereta Terbakar Berlaku

Misteri empat kereta terbakar

SUBANG JAYA -“Jiran ketuk rumah berkali-kali memaklumkan kedai runcit yang diusahakan saya di tingkat bawah pangsapuri Seri Nipah, Subang Mas di sini terbakar. Namun sebaik tiba di bawah saya terkedu melihat kereta Proton Iswara milik saya sebenarnya yang terbakar,” kata Mohd Nazim Nasaruddin, 28, salah seorang daripada empat pemilik kereta yang musnah terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Mohd Nazim berkata, sebaik diberitahu oleh jirannya mengenai kejadian, dia bergegas meluru ke tingkat bawah pangsapuri.

“Sampai sahaja di tingkat bawah, saya lihat kereta jenis Mini Cooper yang diletakkan betul-betul di depan kedai runcit diusahakan sudah musnah terbakar.

“Bimbang api merebak ke kereta saya yang diletakkan bersebelahan, saya kemudian mengambil keputusan mengalihkan kereta ke tempat lain tetapi perbuatan itu ditegah penduduk lain,” katanya ia berikutan kedengaran bunyi letupan dari kereta yang musnah terbakar.

Mohd Nazim berkata, dia cuba memadamkan api yang mula merebak ke keretanya dan dua kereta lain menggunakan pakaian yang terdapat di dalam kereta.

“Apabila merasakan keadaan mulai selamat, saya terus mengalihkan kereta ke tempat lebih selamat.

“Kejadian menyebabkan saya kerugian ribuan ribu ringgit, namun bersyukur ia tidak merebak hingga ke kedai runcit diusahakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu disedari oleh salah seorang peniaga kedai makan berhampiran.

Katanya, pekerja restoran itu memaklumkan terlihat kepulan asap keluar dari sebuah kereta menyebabkan dia bingkas mendapatkan bantuan dan berusaha memadamkan api.

Tambahnya, saksi memaklumkan kebakaran bermula dari bahagian enjin kereta jenis Mini Cooper sebelum merebak ke tiga lagi kereta bersebelahan.

Punca kebakaran dipercayai daripada litar pintas yang berlaku di bahagian enjin kereta itu.

“Empat kereta yang musnah terbakar termasuk kereta jenis Proton Iswara, Mini Cooper, Toyota Corolla, dan Perodua Kelisa. Kerugian dianggarkan melebihi RM200,000.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kes bencana,” katanya. -SH

Isu Kondo Mewah Skandal NFC: Tiada Pilihan Lain - Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Segera!

PKR Dedah Dua Lagi Kondo Mewah Milik Keluarga Shahrizat

PETALING JAYA 8 FEB :Dua buah kondominium mewah dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di negara jiran, Singapura.
Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di ibupejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, aset yang berupa dua buah kondominium mewah itu terletak berhampiran sebuah restoran mewah, Brawn Steakhouse yang juga milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Marina Bay Suites, Singapura.

"Pada 17 Januarai lalu, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura.

"Berdasarkan maklumat itu, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli,"katanya.

Kondominium mewah bernilai RM34,562,784 itu dimiliki oleh Suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata pembelian dua kondominium mewah di Singapura itu menjadikan satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta.

Jelas Rafizi, kemudahan pembiayaan ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

"Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,"jelasnya.

Isu NFC muncul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Seperti yang didedahkan PKR sebelum ini, pengurusan NFC menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat.

Malangnya, kesemua perniagaan tersebut dibiayai melalui pemindahan wang dari dana rakyat RM250 juta yang disalurkan untuk kegunaan NFC.

PKR juga sebelum ini mengemukakann bukti sejumlah RM1.3 juta dana NFC dipindahkan kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh tiga bulan antara Oktober hingga Disember 2010.

"Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura," katanya. -tvsnews



Ulasan GB

Banyak kali desakan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan terhadap Skandal NFC ditubuhkan. Kerajaan seperti memekakkan teliga. Baguslah kalau begitu, lebih cepat dihambat keluar dari Putrajaya.

GB pernah ulas sebegini:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...

Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!


[Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

Kuala Lumpur – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. -kosmo




Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia?

SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing

KOTA BHARU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini.

Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.

"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.

Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia,"
katanya.

Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU
Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH

Ulasan GB

Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa?

Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.

Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini?

Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN.

Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya.

Hipokrisi UMNO BN Terdedah: Malaysia Ada Hubungan Dagang Dengan Israel

Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. -mk

Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan Israel- Chegu Bard

JOHOR 8 Feb: Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Malaysiakini.com.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Sehingga kini, Najib juga didakwa masih mengupah bekas Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri. -KD


Ulasan GB

Ternyata mereka yang membuat tuduhan kepada Anwar sebagai pro-Israel hanya bersandarkan kepada satu wawancara dengan Wall Street Journal, "lebih yahudi" apabila mereka yang membuat tuduhan itu sendiri selama ini bergelumang dengan Israel.

Sungguh hipokrit.

Sebelum ini telah didedahkan bahawa Menteri Besar Johor sanggup menggadai saham bumiputera JCorp sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners, sebuah syarikat milik Yahudi.

Media massa arus perdana sibuk dengan mengambil kenyataan Kedutaan Pal;estin terhadap kenyataan Anwar tersebut. Mengapa mereka tidak tanyakan kepada Duta tersebut tentang langkah kerajaan Malaysia yang selama ini mempunyai hubungan dagang secara jelas dengan Israel?

Tembelang kini terdedah. Bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan kononnya "penyokong Palaestin" adalah sebenarnya golongan hipokrit yang selama ini "berpelukan" dengan Yahudi.

Hukum kebenaran tidak boleh dilawan. Kebenaran akan tetap menang.

Kita berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, agar kebenaran akan didedahkan.

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Papagomo Disaman Lagi, Kali Ini Oleh Peguam Terkenal, Datuk Shukri Mohamed

Baru saja blogger pro-Umno papagomo menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor, kini seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap papagomo dengan jumlah RM10 JUTA JUGA di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu semalam.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit, lapor harakahdaily.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.

Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri.

Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.

Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang.

Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah.

Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.

Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.-HD


Ulasan GB

GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menghamipiri menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!

Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.


8 Feb 2012

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008 [UPDATED]

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.


Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -mk

APA KATA KHALID SAMAD MENGENAI HASSAN ALI

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PK

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


kah kah "mamat ni nak bertanding semula di Gombak Setia"

Penulis terbaca nota kaki dari Astro Awani sekejap tadi bahawa YB yang sudah mendapat kad merah dan dibuang padang sedikit masa dulu telah mengumumkan bahawa dia tidak puas hati, marah dan akan mempertahankan DUN Gombak Setia.

Tak tau lah pulak dia nak bertanding atas tiket apa, sebab kalau nak bertanding atas tiket parti baru Kayu Jati atau Beras Jati mungkin tak sempat didaftar.

Pilihan yang dia ada cuma bertanding atas tiket Bebas - tapi rasa-rasa nya dia akan guna tiket BN.

He he he ini satu berita yang paling mengembirakan petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Gombak Setia dan juga Parlimen Gombak.

Kerja akan menjadi lebih mudah jika PAS bertanding melawan dengan orang ni sebab semua kelemahannya yang melambak-lambak tu banyak disimpan oleh JPrD Gombak Setia.

Tahap ke siapsiagaan JPrD dan semua JPrU Gombak Setia pun sudah mencapai hampir 80%

Mungkin masih terlalu awal tetapi tahniah kepada YDP Gombak.
-p111kotaraja.blogspot.com


"Kita Bertemu Di Mahkamah" - Zuraida & Rafizi Kepada Shahrizat [updated]

NFC: Bersemuka di mahkamah medan terbaik

PETALING JAYA, 8 Feb: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menjelaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, pertembungan di mahkamah merupakan satu medan terbaik untuk beliau membuat lebih banyak pendedahan berhubung skandal NFC.

"Kami mengesahkan bahawa kertas saman yang dikemukakan oleh Ketua Wanita Umno terhadap kami telah pun diterima.

"Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa," jelasnya.

Tambahnya lagi, kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Shahrizat dan NFC itu akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC termasuk dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan.

"Kami bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.

"Kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Shahrizat ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat," sambungnya.

Ahli Parlimen Ampang itu turut memberitahu bahawa barisan peguam yang akan mengendalikan kes saman tersebut terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N.Surendran dan Gopal Sreenevasan.

Selain beliau, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga turut disaman oleh Ketua Wanita Umno itu berhubung dakwaan fitnah mengenai skandal NFC.

Shahrizat pada 19 Januari lepas telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta kerana mendakwa beliau terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). -HD

Zuraida, Rafizi lantik kumpulan peguam hadapi Shahrizat

PETALING JAYA 8 Feb: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli telah melantik barisan peguam untuk menghadapi saman yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ia berikutan pendedahan mereka mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakakat itu.

“Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja.

“Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Zuraida, Kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Shahrizat dan pengurusan NFC itu akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC.

Ia katanya, termasuk dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

“Kami juga bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.

“Oleh sebab itulah, kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat,” tegas beliau. -KD




[WASPADA] Lagi Kes Isteri Dilarikan Pengkid

Isteri ikut pengkid

PORT DICKSON: Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesap dari rumah keluarganya di bandar ini dipercayai dilarikan kekasihnya, seorang pengkid sejak lebih empat bulan lalu.

Gambar: HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).

Badariah Abd Karim, 29, yang baru dua minggu bergelar isteri dikatakan gagal dikesan hingga kini selepas dikatakan keluar bertemu rakan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Oktober tahun lalu.

Suami wanita terbabit, Mohd Izhammuddin Alias, 29, berkata, isteri yang baru dikahwininya selepas berkenalan setahun lalu mula berubah sikap selepas menerima panggilan telefon daripada pengkid berkenaan yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara.

“Selepas tiga hari bersanding di rumah keluarga saya pada September lalu, isteri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mahu menemuinya di Stesen KL Sentral. Saya tidak membenarkannya dan memberitahunya jika mahu berjumpa, biar saya hantarkan.

“Isteri bersetuju sebelum saya menghantarnya ke KL Sentral untuk menemui rakannya itu. Pada hari kejadian, isteri meminta saya menunggu sebentar dalam kereta manakala dia keluar menemui seseorang di seberang jalan di situ,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Setia, Pasir Panjang, di sini, semalam. -HM

Laporan sebelum ini
klik untuk baca









Mansuh Perarakan Semasa Hari Pencalonan Tidak Ada Dalam Tuntutan BERS✔H

PAS bantah tiada perarakan calon p’raya

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.

“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama.

“Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. -HD

Ulasan GB

Peniadaan perarakan semasa hari pencalonan TIDAK termasuk di dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Nampaknya SPR masih cuba untuk berdolak-dalik.

Sedangkan yang paling utama iaitu pembersihan daftar pemilih masih belum terlaksana.

SPR masih licik untuk mengadakan penipuan untuk berpihak kepada parti UMNO BN.





Malang Tak Berbau: Kanak-kanak 18 Bulan Maut Digilis Kenderaan Bapa

Ayah sesal tak sudah

KUALA LIPIS: “Maafkan ayah nak... ayah tak sengaja,” hanya itu yang mampu diluahkan Jais Selamad, 45, selepas terlanggar anak bongsunya menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian berlaku ketika Jais mengundurkan pacuan empat roda miliknya di rumahnya di Kampung Dusun, dekat sini, jam 6.05 petang kelmarin, tanpa menyedari mangsa, Nurfazliyana berada di belakang kenderaan itu. Mengimbas detik menyedihkan itu, Jais berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, serta empat anak mereka termasuk Allahyarham Nurfazliyana menikmati juadah bubur sebagai hidangan minum petang.

“Selepas selesai, saya memaklumkan isteri mahu ke kebun. Selepas menghidupkan enjin pacuan empat roda di depan rumah, saya mengundurkan kenderaan itu.

“Tiba-tiba saya terasa seperti melanggar sesuatu dan belum pun sempat berbuat apa-apa, isteri menjerit memberitahu saya terlanggar anak di belakang kenderaan,” katanya.

Jais berkata, dia segera keluar dan memeriksa bawah kenderaannya dan ketika itu sukar digambarkan kesedihan apabila melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri.“Hanya Allah yang tahu perasaan saya, sedihnya sukar untuk diceritakan. Saya segera memangkunya di riba saya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.

“Selepas saya periksa, sah dia meninggal dunia. Saya rasa sangat bersalah, tapi apa yang saya mampu katakan kerana saya tak sengaja dan tak akan maafkan diri atas apa yang berlaku,” katanya.

Jais membawa mayat anaknya itu ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum membuat laporan polis dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Dusun, jam 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hm

Budak pecah kepala digilis bapa

Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.

Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.

Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.

Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.

“Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.

“Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.

“Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam. -BH


Kes Hilmi & Foto Bogel: PDRM Belum Terima Pengesahan Polis Indonesia

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang disyaki terbabit menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lalu.

"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes membabitkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran tertentu.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Februari 2009, Hilmi yang juga bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara selepas terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA


BERITA YANG TERSIAR SEMALAM DI AKHBAR

Kekasih Lenjan Eli Wong, Helmi Sah Ditahan Di Indonesia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.

Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya. -kosmo



S’gor teliti laporan ‘lelaki PKR’ ditahan di Indonesia

Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini.

SHAH ALAM: Selangor sedang meneliti laporan penahanan lelaki yang dikaitkan dengan PKR di Indonesia.

Kerajaan negeri akan bertindak jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor, kata sekretariat akhbar pejabat menteri besar .

Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

“Kerajaan negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

“Kerajaan negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama erajaan negeri yang mentadbir secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). -FMT



Ulasan GB

Nampaknya masyarakat terus diperdaya oleh kumpulan media arus perdana dengan berita yang belum disahkan tetapi media berkenaan dengan beraninya menyatakan bahawa kononnya berita itu disahkan oleh PDRM.

Berita "palsu" berkenaan terus menjadi paparan blog-blog pro UMNO, untuk menimbulkan suasana huru-hara dengan cara mengembar-gemburkan secara berlebih-lebihan SEDANGKAN KINI PDRM sendiri menyatakan bahawa "PDRM masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi".

Persoalan kini, mengapa laporan-laporan palsu oleh akhbar media arus perdana dan blog-blog pro-UMNO yang menggunakan nama PDRM itu tidak dikenakan tindakan? Tidakkah sepatutnya wartawan akhbar berkenaan ditahan kerana menggunakan nama PDRM secara tidak betul di dalam laporannya? Jika benar ada polis Malaysia mengesahkan penahanan Azmin Hilmi seperti dilaporkan oleh akhbar tersebut, siapa polis berkenaan?

Setidak-tidaknya katakanlah nanti berita itu benar sekalipun, namun penggunaan nama PDRM untuk mengesahkan sesuatu yang BEUM SAH adalah tidak wajar samasekali.

Sesungguhnya media arus perdana dan blog-blog pro-UMNO telah menjadi liabiliti kepada pihak keselamatan negara, tetapi terus didiam dan dibiarkan. Rakyat tertanya-tanya - bula lagi polis dan pihak KDN boleh bersikap professional dan tidak berat sebelah di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka?