12 Sep 2010

Mangsa Dipukul Hingga Mati Sebelum Dibakar. Siapa "Datuk" Yang Ditahan itu?

Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakar

Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.”

Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik.

Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

“Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis,” kata beliau dipetik Bernama.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

“Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. -TMI


Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

KUALA LANGAT: Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.

“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Berdasarkan pengakuan empat daripada lapan suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk, Sosilawati bersama tiga individu lain mati dibunuh sebelum dibakar dan abu mayatnya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Pengakuan itu merungkai penemuan empat mayat di lokasi kejadian pada Sabtu namun masih belum dipastikan ia adalah Sosilawati dan lain-lain berikutan Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia kini masih menjalankan siasatan.

Berhubung wang tunai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan mangsa bagi membeli sebidang tanah di Pulau Pinang sebelum mereka dilaporkan hilang, Mohd Bakri berkata, polis akan menyiasat mengenainya.

Ini kerana katanya, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek yang ditahan.

“Namun kemungkinan dipercayai berkaitan dengan urusan jual beli tanah,” kata Mohd Bakri.

Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.-mstar



Nash Terkejut Sosilawati Dibunuh

Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47.

Nash berkata, beliau mengetahui berita sedih itu melalui laporan media pada Ahad.

"Seperti rakyat negara yang lain, saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Mangsa-mangsa tidak sewajarnya dibunuh secara kejam.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada anak-anak Sosilawati dan waris keluarga tiga mangsa yang lain," katanya kepada mStar Online.

Media pada Ahad, melaporkan Sosilawati dan tiga rakan lelakinya dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang di sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting.

Nash berdoa semoga roh keempat-empat mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Saya sedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan yang lain," katanya yang berada di Sabah atas urusan kerja.



Bekas peguam didakwa pecah amanah lebih RM200,000

BUTTERWORTH: Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah wang pampasan insurans milik anak guamnya sebanyak RM277,141.61 kira-kira lapan tahun lepas.

Pathmanathan a/l M.Kumarasamy, 40, yang menetap di Kuala Lumpur, didakwa gagal menyerahkan wang pampasan itu kepada AVR Menon antara 8 Dis dan 19 Disember 2001.

Sebagai peguam yang dilantik menjadi pemegang amanah wang berkenaan oleh Menon, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu dengan gagal menyerahkannya kepada anak guamnya.

Kesalahan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di pejabat Tetuan Mawar, Nathan & Co di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya. Tertuduh kini merupakan seorang pensyarah sambilan selepas berhenti menjadi peguam pada tahun 2003.

Penolong Pendakwa Raya Khairul Anuar Ahmad menawarkan jaminan RM50,000 kepada Pathmanathan sementara menunggu tarikh perbicaraan memandangkan kesalahan yang dilakukannya itu serius dan melibatkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, tertuduh yang mewakili dirinya sendiri memohon supaya jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM15,000 berikutan beliau terpaksa menanggung kedua-dua ibu bapa yang sakit dengan pendapatan sebanyak RM4,000 sebulan sebagai pensyarah sambilan.

Sambil memohon agar pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah kerana ini akan menjejaskan pekerjaannya sebagai pensyarah di luar negara, Pathmanathan memberi jaminan bahawa beliau akan hadir pada setiap prosiding dan tidak akan melarikan diri.

Pathmanathan juga meminta agar mahkamah memberikannya masa sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh perbicaraan bagi membolehkan dia menyediakan pembelaan memandangkan kes itu didakwa dilakukan pada 2001 tetapi laporan polis dibuat pada 2004 dan dia hanya ditangkap dua hari lepas.

Hakim Amernudin Ahmad kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 28 dan 29 Mei ini serta mengingatkan tertuduh supaya menghadiri setiap prosiding. – Bernama


Ulasan GB

Rakyat mencari jawapan. Siapa pegiam yang bergelar "Datuk" yang dikenali ramai itu?

Maklumat dari twitter menyatakan Datuk itu ialah Patmanathan. Hanya polis yang boleh mengesahkannya.


Polis Periksa Tulang Berwarna Kelabu Kehitaman

Penyelam Polis Marin Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati

Gambar: Anggota polis unit skuba bersiap sedia untuk menyelam ke dalam sebuah anak sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gandong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.-- foto BERNAMA

Pasukan penyelam Polis Marin, Ahad menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.

Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Polis pada Ahad mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Tiga orang lagi itu ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Operasi polis ini menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, orang ramai turut berkumpul di satu kawasan yang terletak kira-kira 600 meter dari Ladang Gadong, tempat di mana mangsa-mangsa dipercayai dibakar.

Kira-kira pukul 6 petang, polis mengarahkan mereka bersurai dan hanya membenarkan wartawan berada di situ. - BERNAMA


Terkini: Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh

Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini.

Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.

“Kami sedang menyiasat keterangan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Laporan akhbar hujung minggu lalu mendakwa kehilangan Sosilawati Lawiya bersama tiga individu terbabit dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang.

Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

Pagi tadi, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan empat mangsa terbabit.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. -TMI


Anak Kamaruddin jatuh sakit selepas tahu ayahnya dibunuh

SEREMBAN, 12 Sept — Anak perempuan sulung kepada Kamaruddin Shamsudin, pemandu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, jatuh sakit sebaik mendapat tahu hari ini bahawa ayahnya dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Menurut bekas isteri Kamaruddin, Noorfazilah Ab Sani, anak perempuan mereka itu, Balqis, 12, sangat rapat dengan Kamaruddin dan asyik menangis mengenangkan nasib ayahnya dan tidak menjamah sedikit makananpun sejak pagi tadi.

Noorfazilah, 33, berkata Kamaruddin sudah berjanji untuk menjemput anaknya itu menyambut lebaran di kampung Kamaruddin di Kuantan kali ini.

“Balqis dengan bekas suami memang rapat dan manja. Bila saya beritahu ayahnya sudah tiada, dia terus menangis, tidak mahu makan dan mengalami sakit kepala sehingga demam,” katanya kepada Bernama.

Semasa Kamaruddin dilaporkan hilang, Balqis sering memikirkan nasib ayahnya malah selalu bertanya apa juadah berbuka puasa ayahnya.

Perkahwinan Noorfazilah dengan Kamaruddin berakhir dengan perceraian pada 2006, setelah mendapat tiga cahaya mata — Balqis Dayana; Izran Akmal, 9; dan Irfan Aiman, 8.

“Izran masih keliru. Pada hari pertama ketika bekas suami dilapor hilang, dia menjerit-jerit menyatakan itu bukan ayah dia sehinggalah gambar Kamaruddin keluar dalam surat khabar, barulah dia terdiam,” kata Noorfazilah.

Anak ketiga mereka, Irfan Aiman tinggal bersama kakak Kamaruddin di Kuantan sejak kecil lagi. Noorfazilah tinggal di Rembau bersama dua lagi anaknya itu.

Mereka berkahwin semasa Kamaruddin bekerja di King Studio dan Noorfazilah ketika itu baru saja bertapak untuk menjadi artis rakaman dengan kelahiran sebuah album dangdut.

Pasangan suami isteri itu sangat rapat dengan penyanyi dan juga bekas suami Sosilawati iaitu Nash dan Noorfazilah percaya, bekas suaminya menjadi pemandu Sosilawati selepas diperkenalkan oleh Nash. Noorfazilah banyak bertanya tentang kejadian sebenar kerana hanya tahu perkembangan tragedi pembunuhan itu melalui akhbar hari ini.

“Saya sebak mengenangkan anak-anak saya. Balqis Dayana akan mengambil peperiksaan UPSR pada 22 dan 23 Sept ini, fikiran dia pula sudah pasti terganggu,” katanya.

Noorfazilah berkata beliau sedang berusaha memberi semangat kepada Balqis untuk belajar dengan rajin: “Kalau betul sayang ayah. Berdoa dan bacalah Yassin untuk ayah. Belajarlah rajin, jadi anak yang baik supaya ayah suka”.

Menurut wanita itu, bekas suaminya itu dikenali sebagai “Kamal King” oleh kawan-kawan lama dan tidak ramai yang mengecam kehilangan beliau di dada akhbar kerana mereka tidak mengetahui nama sebenar Kamaruddin. — Bernama


TERKINI: Peguam Bergelar Datuk, Adik dan 6 Pekerja Ditahan

Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian Sosilawati

Gambar:ERYI Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, anak sulung kepada Datuk Sosilawati mengadakan sidang media di hadapan rumahnya di Gombak. Manakala gambar bawah, wartawan dan orang ramai menunggu di jalan masuk ke kawasan ladang yang dipercayai lokasi kes pembunuhan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat, Morib dekat Banting. - Foto Azahan Rosli/BERNAMA

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 Sept melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan manakala seorang lagi suspek ditahan Ahad.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. -- BERNAMA


Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu
Oleh IWAN SHU -ASWAD dan AU YEONG HOW

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.

Pada 12 tengah hari, abang sepupunya, Elias berkata, abang dan adik Sosilawati telah ke Banting pada sebelah pagi.

Katanya, anak-anak Sosilawati berada di rumah dan masih tunggu pengesahan polis.

"Mereka okey setakat ini. Mereka masih tunggu apa-apa perkembangan daripada polis," katanya.

Ahli keluarga enggan menemui media.

Pada 12:30 tengah hari, Elias memaklumkan kepada pemberita bahawa mereka telah menerima panggilan polis.

Katanya, polis memberitahu besar kemungkinan mangsa ialah Sosilawati.

Ahli keluarga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu masih enggan bertemu media selepas pengumuman polis yang mengesahkan empat mayat itu adalah Sosilawati dan tiga yang lain.

Seorang ahli keluarga Sosilawati dilihat menangis di perkarangan rumah sambil ditenteramkan oleh dua yang lain.

Setengah jam selepas pengumuman polis itu, sanak-saudara mahupun kenalan Sosilawati dilihat datang ke rumah beliau.

Menurut pesanan ringkas yang diterima wartawan mStar Online, anak keempat Sosilawati, Rina dipetik sebagai berkata, "Kalau betul mak tak ada lagi, bawa dia tunjuk depan Rina. Abah cari mak abah," raung Rina sejurus ketika sidang akhbar mengenai kematian ibunya disiarkan di televisyen. -mstar



petikan sebelum ini

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,”


LAPORAN SEBELUM INI


Ulasan GB

Rakyat tertanya-tanya, jika polis sudah mendapat petunjuk awal dan dikatakan telah berkampung sejak 2 minggu lalu di kawasan kejadian, bagaimana pembunuhan tersebut boleh berlaku juga?


Perkembangan Terkini: Polis Sahkan Sosilawati Dibunuh

Polis Sahkan Sosilawati Serta Tiga Lagi Mati Dibunuh Dan Mayat Mereka Dibakar

Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini Ahad.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. -- BERNAMA foto: metro

Baca Berita dan ulasan sebelum ini

Perkembangan Terkini Pembunuhan Sosilawati

Mayat dibakar di ladang ayam

Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. -kosmo


Sosilawati: Polis Bawa Suspek Ke Tempat Kejadian Di Tanjong Sepat

BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar.

Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.

"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk," kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.

Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. -- BERNAMA



Rakyat kecam tindakan bunuh dan bakar

Laporan media yang mengaitkan penemuan empat mayat di kawasan Morib dengan kehilangan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain belum dipastikan, tetapi rakyat jelata mula mengecam tindakan membunuh kemudian membakar mayat mangsa.

Mereka yang mengikuti berita ini sejak awal pagi tadi, walaupun belum disahkan identiti mereka oleh polis, menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang sungguh kejam dan amat keji.

Rata-rata kesemua pembaca mengutuk tindakan itu khususnya ketika rakyat Malaysia khususnya umat Islam menyambut Aidilfitri.

Mereka berpendapat bahawa tidak kisah siapa yang menjadi mangsa pembunuhan di Morib, jika pun benar, tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh manusia yang waras.

Negara pernah dikejutkan dengan perbuatan membunuh dan kemudian mayat dibakar ataupun diletupkan. Ini termasuk kes bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.


Penulis blog syahrilkadir yang memetik laporan media hari ini menulis, “Al-Fatihah untuk semua mangsa.”

“Aku masih tak dapat bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukan perkara sebegini kepada semua mangsa, percayalah ini bukan kerja binatang, kerana binatang pun masih ada sifat belasnya!” kata penulis ini yang merupakan bekas wartawan akhbar harian.

Pengunjung laman web www.benashaari.com pula membawa pandangan pengunjung yang turut mengecam tindakan sedemikian dengan berkata “manusia semakin jahil.”

Seorang lagi penulis blog berkata, “aku tak tahu kenapa tapi jauh di sudut hati aku, aku harap empat mayat rentung itu tiada kaitan dengan misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Aku berharap mereka semua masih hidup!”

Pengunjungnya pula berkata, “tak kiralah apa identiti empat mayat tersebut, motif apakah sampai perlu dibunuh dan dibakar. Kita semakin kejam!”

Sementara itu blog hizamirahim.blogspot.com pula membawa reaksi: “Inna lillah wa inna ‘ilaihi raji’un. Ya Allah! Biar betul?”

Laman denaihati,com yang mengumpulkan senarai mesej Twitter pula berkata, “dalam perbincangan aku dengan kenalan aku itu pun memang kami dah jangka sesuatu yang buruk telah berlaku tetapi aku sendiri tak berani pandai-pandai buat cerita selalgi belum disahkan oleh pihak berkuasa.”

“Kita tunggu dan doakan yang terbaik. Setiap kejadian pasti yang ditetapkan tuhan pasti ada sesuatu untuk kita semua pelajari.

“Apa yang belaku sangat menyedihkan terutama di bulan yang mulia Ramadan dan Syawal. Manusia sanggup buat apa sahaja demi WANG,” kata mesej itu.

Mesej dalam Twitter dari laman web itu pula berkata, “dunia sudah kiamat! Ya Allah, ampunilah dosa umatMu sekalian.”

Laporan Bernama menyebut sejak awal pagi ini pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu dekat Banting.

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.

Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. -TMI



Berita dan Ulasan Sebelum ini

Datuk Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh(?) Integriti Polis Dalam Persoalan.

Media: Tujuh ditangkap, jutawan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh?

Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.

Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.


Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.

Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang
.

Mingguan Malaysia dan Berita Minggu menyebut menambah, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Sosilawati dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting pada 2 September untuk diiberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.

Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari bermula 30 Ogos lalu, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini.

BERITA SEBELUMNYA


Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - BERNAMA




Jangan timbulkan spekulasi berhubung kehilangan Sosilawati

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang maklumat terbaru berhubung kes itu termasuk menerima laporan yang mendakwa Sosilawati mati dibunuh.

"Kita masih siasat lagi kes ini. Setakat ini polis masih belum menerima sebarang maklumat terbaru yang boleh membawa kepada penemuan mereka.

"Berhubung khabar angin yang mengatakan dia (Sosilawati) telah mati dibunuh, pihak saya langsung tidak mendengar perkara seperti itu. Apa-apa pun biar polis siasat dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ekoran kejadian itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menyalurkan maklumat yang diperolehi daripada saksi-saksi berhubung kes terbabit kepada polis Kuala Lumpur (KL).

"Kes ini adalah di bawah siasatan pihak polis KL. Namun apa juga bantuan...apa sahaja kerjasama yang diperlukan kita akan beri dan itu memang amalan pasukan polis. "Ada maklumat yang disalurkan pada pihak kita dan kita sudah salurkan (maklumat itu) kepada polis KL termasuk maklumat yang diperolehi dari saksi di Banting berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di Sungai Buloh.

Tinjauan Bernama di perkarangan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat sini mendapati rumah itu lengang dan hanya terdapat beberapa individu dipercayai saudara dan kenalan rapat yang berada di rumah berkenaan. -Bernama


Ulasan GB

Jika berita tersebut benar, maka ia adalah tragedi paling malang sempena umat Islam meraikan aidilfitri tahun ini.

Beberapa kejadian "kehilangan" berakhir dengan penemuan mayat. Rakyat masih ingat kes adik Nurin dan Altantuya satu ketika dulu.

Ekoran "pembunuhan Datuk Sosilawati ini, maka rakyat tertanya-tanya, apa terjadi dengan kecekapan polis?

Apakah polis hanya cekap membelasah, memukul dan menahan peserta demo di siang hari? Apakah polis hanya cekap menembak mati suspek-suspuk jenayah? Apakah polis hanya cekap memukul mati mereka yang sudah berada di dalam tahanan? Apakah polis hanya cekap mengejar dan menembak mati remaja membawa kereta tanpa lesen?

Baru selang dua hari sebelumnya polis mengarahkan agar rakyat tidak mendengarkan khabar angin menyatakan Sosilawati dibunuh, yang rupa-rupanya khabar angin itu tiba-tiba menjadi benar.

Integriti polis kini dalam persoalan. Sentiasa kita dengar polis dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji.... tetapi jenayah menjadi-jadi. Apa ertinya semua ini? Menteri Dalam Negeri disarankan segera berhenti. Najib perlu undurkan diri.


11 Sep 2010

Jika UMNO Jujur, Tahan Ibrahim Ali Bawah ISA

Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.


Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

”Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Ulasan GB

Seorang pengkomen di blog GB menyatakan PERKASA lebih kurang macam Makkal Sakhti. Ditubuhkan oleh UMNO kononnya untuk perkukuhkan BN. Apa yang terjadi ialah kedua-duanya bakal menjadi peruntuh bukan pengukuh.

Yang kedua, ialah peranan Najib yang umum mengathui, sepertimana di dalam tindakan-tindakan yang banyak seperti pembelian wakil rakyat PR menjadi ahli UMNO dan Bebas, Najib ibarat baling batu sembunyi tangan. Begitu halnya penubuhan Makkal Sakhti dan Perkasa. Sekali lagi lontaran batu Najib kali ini melantun balik ke arah mukanya.

Ketiga, jika benar Najib dan UMNO membantah gagasan Perkasa, apa lagi ditunggu, ISAkan saja Ibrahim Ali. ISA ditentang hebat oleh PR, tetapi UMNO mempertahankannya konon di atas dasar keselamatan negara. Ternyata Ibrahim Ali dan Perkasanya berserta pencacai seperti Utusan telah banyak dan sentiasa memainkan api perkauman di negara ini. Mengapa ISA tidak digunakan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap pembangkang?








UMNO - PERKASA : Cinta Bilang Benci

Anwar Tidak Yakin Umno Cerai Perkasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin Umno akan memutuskan hubungan politik dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Menurut Anwar, Umno perlu menjelaskan apakah tindakan Umno itu adalah dasar yang kekal atau sekadar keperluan pilihanraya semasa semata-mata.

"Umno perlu beri penjelasan, apakah ini dasar atau keperluan politik," kata Anwar di rumah terbuka Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam.

Beliau skeptik kerana umum sedar bahawa Umno yang telah mencorak dan membesarkan Perkasa selama ini.

"Mereka meluluskan dan beri sokongan kepada Perkasa," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 April lalu berkata Perkasa bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka. -TVS


Anwar asks Umno to explain love-hate ties with Perkasa

Opposition leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim, have expressed scepticism over Umno’s move to distance itself from Perkasa.

“Umno needs to explain. Is this policy or is this political expediency,” Anwar said today.

The PKR adviser and Opposition leader pointed out that it was Umno which built up the Malay rights group to what it is.

“They endorsed, they gave facilities and they gave support to Perkasa,” he said.

Top Umno leaders earlier today spoke up against the Perkasa and its controversial president Datuk Ibrahim Ali.

Among those speaking out against Ibrahim, who has been seen as a thorn in the side of the Najib Administration was Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor reportedly also told his counterparts in Barisan Nasional that Umno would not back Perkasa or its president Ibrahim in the next general election.

Anwar said he did not understand the inconsistencies but doubted the move was a prelude to snap elections.

He also noted that the prime minister himself had remained silent on the issue.

Anwar said Najib has allowed Perkasa to continue inciting racial hatred all this while.

While Umno moved to distance itself, Tun Dr Mahathir Mohamad has declared his support for Perkasa which he described as a crutch for a weak Umno.

The former PM, who is also Perkasa patron, said that members of the Malay rights group are Umno supporters and it would not help the party’s cause to turn them away.

“He is trying to make himself relevant,” said Anwar while dismissing Dr Mahathir’s comments.

PKR Batu MP Chua Tian Chang today also expressed disbelieve at Umno’ move.

“It’s not for real,” said PKR strategy chief.

His view is that Perkasa was allowed to run its course so that Umno could look more appealing to non-Malays.

“This is a game and Perkasa is irrelevant,” he said.

Chua said it would have been better for the BN federal government to concentrate on solving issues without looking at the race card.

Tan Sri Khalid Ibrahim described the move by Umno as the “usual drama” which is being repeated.

The Selangor Mentri Besar advised Umno to take a page from Pakatan Rakayat’s (PR) administration of Selangor for the last two and half years.

He said that PR had managed to avoid using the race card and focused on governing the state fairly.

Khalid pointed out that help was extended to those who needed it regardless of race.-TMI


Demo Di Pakistan - Jangan Sesekali Berfikir Untuk Membakar Al-Quran

Demo di beberapa kota Afghanistan

Ribuan warga Afghanistan turun ke jalanraya untuk memprotes rancangan pembakaran Al Quran di Florida yang kini telah ditangguhkan.

Dalam salah satu tunjuk perasaan yang terjadi di Afghanistan Timur Laut, tiga orang tertembak ketika mereka melakukan demontrasi di sebuah pangkalan Nato.

Presiden Afghanistan Hamid Karzai mengatakan rancangan Pastor Terry Jones di Gainesville, Florida merupakan penghinaan terhadap Islam.

Pastor Terry Jones mengatakan dalam acara television Amerika bahwa dia sekarang tidak berniat melaksanakan rencananya.

Presiden Barack Obama telah memperingatkan bahawa tindakan itu akan mempermudah Al Qaida untuk merekrut anggota, sementara Menteri Pertahanan Robert Gates meminta pastor itu membatalkan rencananya.

Berbagai demonstrasi di Afghanistan terjadi setelah solat aidilfitri semalam.

Para demonstran telah membakar bendera Amerika dan meneriakkan "Mampus lah ummat Kristen".

Di berbagai tempat

Di ibukota provinsi Badakhshan, Faizabad, menurut Ketua Polis tempatan sekitar 1500 turun ke jalanraya untuk melakukan protes.

Protes yang lebih kecil juga terjadi di kota itu, dimana sekitar 150 orang melemparkan batu dan berusaha memanjat dinding sebuah tempat kemudahan Nato yang dijaga tentera Jerman.

Ketua Polis, Faizabad mengatakan penjaga keamanan swasta telah menembak para demonstran sehingga mencederakan tiga orang.

Demonstrasi juga terjadi di ibukota provinsi Nimruz, Zaranj; di provinsi Kunar; di provinsi Nangarhar; dan provinsi Parwan di utara Kabul.

Demonstrasi dilaporkan juga terjadi di provinsi Baghlan, Kunduz dan Balkh.

Afghanistan mempunyai 34 propinsi. Kabul juga dilanda berbagai demontrasi sepanjang minggu ini.

Ketika menyampaikan kutbah Idul Fitri, Presiden Karzai mengatakan: "Kita mendengar bahwa di Amerika ada pendeta yang berniat menghina Al Quran. Meski sekarang tindakan itu tidak jadi dilakukan, kami katakan kepada mereka bahwa seharusnya mereka sama sekali jangan berfikir untuk melakukan hal itu."

"Mereka tidak akan mencederai Al Quran dengan membakarnya. Al Quran berada di hati sanubari satu setengah billion orang. Penghinaan terhadap Al Quran merupakan penghinaan terhadap berbagai bangsa."

1Malaysia Hanya Temberang UMNO. UMNO Dicabar Jauhi PERKASA

Pemimpin Umno digesa boikot aktiviti PERKASA

Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

"Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini.

"Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib presiden Gerakan.

"Harus ada arahan terus daripada pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya.

PERKASA, yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari Umno.

Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut.

Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim. -mk


Hubungan UMNO-PERKASA di media berlainan...

Lim Hong Siang | Sep 09, 2010 04:48:16 pm

UMNO-BN akhirnya menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), setelah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sedemikian kepada media, semalam.

Hubungan antara UMNO dengan PERKASA menarik perhatian ramai sejak badan bukan kerajaan (NGO) ini muncul di arena politik tanahair, dan mendakwa dirinya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Sementara PERKASA disifatkan sebagai batu penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa Perdana Menteri Najib Razak ketika BN berdepan dengan komuniti bukan Melayu-Islam, PERKASA memainkan peranan seakan-akan "sayap UMNO" untuk melancarkan serangannya terhadap Pakatan Rakyat di kalangan umat Melayu-Islam.

Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN. Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...

NST dan Star

Pendirian untuk menjauhkan diri daripada PERKASA dinyatakan oleh Tengku Adnan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider yang disiarkan semalam. Beliau kemudian mengulangi kenyataan yang sama, ketika dihubungi beberapa media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Setiausaha Agung parti komponen BN.

New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris yang dimiliki UMNO, meletakkan berita ini di muka depannya, dengan tajuk - Pemimpin BN diberi jaminan oleh Setiausaha Agung - "UMNO tidak sokong Perkasa" ('Umno does not support Perkasa' - BN leaderders given assurance by sec-gen).

Mengikut laporan, "UMNO dengan jelas (unequivocally) menjauhkan diri daripada PERKASA, yang disifatkan oleh pemimpin BN sebagai langkah penting untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu."

"Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu parti komponen BN bahawa UMNO tidak akan menyokong PERKASA, atau Presidennya Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang."

Begitu juga dengan Star, akhbar bahasa Inggeris milikan MCA, dengan tajuk UMNO menolak PERKASA (Umno rejects Perkasa) pada muka surat kedua. Malah di bawah tajuknya, Ku Nan (Tengku Adnan) dipetik berkata, "pertubuhan yang menyebabkan kehilangan sokongan terhadap parti."

Star memetik Tengku Adnan daripada media internet, yang berkata, "Apabila mereka berbicara mengenai kawan Cina dan India saya, mereka membuatkan kami kehilangan lebih undi. Apa yang kamu mahukan untuk Malaysia? Kamu mahukan satu perang sivil?"

Ketika menyentuh Ibrahim Ali, Tengku Adnan bertanya, "Mengapa harus UMNO menyokong beliau? UMNO seharusnya meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas."

Utusan Malaysia dan Berita Harian

Bagaimanapun, kenyataan Tengku Adnan ini tidak ditonjolkan sebagaimana akhbar Inggeris, dalam ruang dada akhbar bahasa Melayu, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Utusan Malaysia, yang selama ini senada dengan PERKASA, tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan tersebut.

Dalam liputan berita Utusan Malaysia berhubung mesyuarat kali pertama di kalangan setiausaha agung dan setiauasaha kerja parti-parti komponen BN, yang berjudul "Parti komponen BN digesa selesaikan masalah parti" pada muka surat kedua, isunya hanya tertumpu kepada pendaftaran pemilih, langsung tidak mengungkit isu PERKASA.

Berita Harian pula, menyiarkan berita ini pada muka surat ke-9, dengan tajuk "13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA". Laporannya berbunyi, "Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum."

"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN."

Malah, Berita Harian memetik Tengku Adnan untuk berkata, "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita."

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Akhbar bahasa Cina

Di samping itu, akhbar bahasa Cina pula, China Press memetik berita ini daripada The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A7 dengan tajuk, "Tiada hubungan antara UMNO dengan PERKASA".

Malah, laporannya memetik Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Ibrahim Ali, "Saya tak perlu berbincang dengan Ibrahim Ali. Adalah sesuatu yang sukar untuk berbincang dengan Ibrahim Ali. Biar beliau hidup dalam dunianya sendiri."

Nanyang Siang Pau juga memetik berita ini dari The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A8, bahawa UMNO tidak akan menyokong Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU akan datang. Malah, Nanyang Siang Pau sempat menyiarkan respon Ibrahim Ali di bawah berita itu, yang mengkritik Tengku Adnan bahawa beliau hanya mahukan undi Cina dan tidak mahu undi Melayu.

Sin Chew Daily yang selama ini menonjolkan watak Najib Razak sebagai pembawa perubahan, dan PERKASA sebagai penghalang perubahan, tidak memetik berita ini. Seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily hanya melaporkan isu pendaftaran pemilih yang dibincangkan dalam mesyuarat, pada muka surat ke-11-nya.

Dua akhbar bahasa Cina bukan milikan Tiong Hiew King, Oriental Daily, hanya menyiarkan berita pendaftaran pemilih pada muka surat A12, sementara Kwong Wah Yit Poh menyiarkan kenyataan Tengku Adnan pada muka surat kedua, dengan tajuk Khuatir dibeban PERKASA - UMNO akan bertanding di Pasir Mas (kawasan Ibrahim Ali).

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Media yang dirujuk bertarikh 9 September 2010, berkisar pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO-BN akan menjauhi dirinya dari PERKASA. -MR



Ulasan GB

Slogan 1Malaysia adalah temberang UMNO untuk BN mengekalkan kuasanya dengan sokongan bukan-Melayu. Walhal pada hakikatnya, PERKASA bertindak dalam diam di kalangan ahli UMNO persis sebuah sayap baru UMNO di dalam memperjuang apa yang dikatakan hak-hak Melayu - disemarakkan oleh akhbar pencacai UMNO sendiri bernama Utusan Malaysia.

Ditambahi pula dengan sokongan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terhadap Perkasa.

KIni, masyarakat bukan-elayu khususnya kaum Cina memberi kata dua kepada UMNO: jauhi PERKASA atau anda akan kehilangan sokonga kaum Cina di dalam PRU kan datang.

UMNO belum mampu secara vokal untuk menentang PERKASA. Kerana Mahathir memainkan peranannya mendekatkan UMNO dengan PERKASA, atau setidak-tidaknya meniupkan api perkauman Melayu di kalangan ahli-ahli UMNO.

Chua Soi Lek telah dipanggil oleh pihak berkuasa kerana ucapannya yang dikatakan berbau perkauman. Anehnya pihak berkuasa tidak pula memanggil Ibrahim Ali, Mahahir dan Utusan kerana membangkitkan semangan perkauman yang lebih kental daripada Chua Soi Lek.

Ia bibit perpecahan BN yang semakin merekah dan ia petanda jelas kehnacuran UMNO dan BN.

10 Sep 2010

Bakar Al-Quran: Kiamat Semakin Hampir

Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjid

Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

“Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.”

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

“Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. -TMI


Nik Aziz Sifatkan Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. - BERNAMA


Ulasan GB

Sebagai seorang umat Islam memang saya tersentak mendapat tahu adanya pihak yang merancang untuk membakar AL-Quran.

Dan rancangan itu dibatalkan.

Seandainya ianya diteruskan, umat Islam mungkin bangun untuk bertindak balas di dalam cara yang lain. Ia terus-terusan bakal menimbulkan pertelagahan agama Kristian-Islam yang tiada berkesudahan.

Itu pendirian sebahagian besar umat Islam. Mempertahankan agamanya.

Bagi GB pula, GB tetap yakin dengan firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Hijr -ayat 9: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan Kamilah yang akan menjaganya".

Bahawa yang ditentang oleh mereka bukanlah umat Islam tetapi yang ditentangnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dan kita yang yakin denga firmanNya meyakini juga janjiNya akan pertahankan Al-Quran itu, yang sejak diturunkan sehingga kini tidak ada sebatang alif pun berubah, apatah lagi jika mahu dibakar atau dihapuskan Al-Quran itu.

Jika berlaku juga pembakaran yang tak dapat dihalang oleh umat Islam, itu petanda hampir masa untuk berakhirnya alam dunia yang kita tinggal ini - namanya kiamat.

Kiamat itu memang sudah hampir. Banyak petunjuk dari Tuhan. Malah orang barat sendiri mengakui kiamat semakin hampir. Filem 2012 arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang perut bumi yang semakin panas dan tidak stabil yang menyebabkannya ledakan gunung berapi dan gempabumi berterusan yang menunggu masa untuk alam dunia ini musnah seluruhnya.

Akhbar Media Arus Perdana Di ambang Kebangkrapan. Teruskan Boikot

Akhbar-akhbar Malaysia kini sedang mengalami kejatuhan di dalam edarannya apabila pembaca beralih kepada Internet untuk berita-berita terkini dan kisah skandal mirip tabloid untuk bacaan hiburan dan sensasi mereka.

Edaran akhbar arus perdana — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia dan Berita Harian — telah merudum sejak lima tahun belakangan ini, malah di dalam beberapa kes begitu dramatik sekali. Hanya satu akhbar terkecuali iaitu akhbar harian Cina Sin Chew yang memperlihatkan peningkatan.

Angka-angka dari Audit Bureau of Circulations (ABC) menunjukkan dalam masa 2005 ke 2009, edaran The Star jatuh dari 310,000 ke 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times dari 139,000 ke 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia dari 213,000 ke 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian dari 204,000 ke 155,000 (-24 peratus).

Walau bagaimana pun Sin Chew, menyaksikan lompatan dari 324,000 ke 382,000 (+18 peratus).

Arah-aliran menurun ini berterusan untuk tahun ini dengan edaran NST menjunam bawah 100,000 naskah beberapa hari sebelum ini.

Selain dari kejatuhan di dalam edaran, akhbar arus perdana juga tidak dapat dijual banyak di luar Lembah Klang, sehingga menjurus persoalan samada mereka upaya untuk mempengaruhi pendapat orang awam sepertimana yang diharapkan oleh Barisan Nasional (BN).

The Malaysian Insider difahamkan editor-editor kanan akhbar ingin memberikan pandangan alternatif dan pembangkang lebih luas dengan kawalan ketat dari Putrajaya dan Umno tetap berterusan.

Kombinasi perubahan citarasa dengan ledakan persaingan Internet telah menyebabkan kejatuhan ini.

Ramai pembaca korporat telah beralih membaca akhbar online dan mengurangkan langganan untuk pejabat mereka.

Masyarakat awam pula dilihat begitu bosan dengan darama politik dengan pendapat bahawa media arus perdana begitu dikawal oleh kerajaan dan dilihat menapis berita-berita yang disiarkan.

Satu kajian dari pihak bebas, Merdeka Center menemukan 54 peratus Melayu dan 55 peratus Cina tidak percaya dengan laporan dari media arus perdana.

Pelajar-pelajar kolej pula, samada tidak yakin dengan media arus perdana atau mengabaikannya terus, lebih suka mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. -petikan dati TMI Terjemahan bebas GB.

Ulasan GB

Demikian episod terkini dan kita yakin edaran media arus perdana ini akan terus merudum sehingga akhirnya mereka gulung tikar!

Terlalu membiarkan diri mereka menjadi lembu-lembu UMNO BN yang sedang menghampiri kepupusan itu ditambahi pula dengan ledakan internet yang mungkin disekat, pembaca yang kini berminda global tidaklah mudah untuk diperbodohkan oleh media-media arus perdana ini.

Kita yakin para pengiklan yang masih mempercayai akhbar media arus perdana kini, akan beransur-ansur beralih membelanjakan bahagian pengiklanan mereka untuk akhbar alternatif dan seterusnya menghentikan pembaziran mereka di perbelanjaan peingiklanan di media arus perdana. Sehingga akan sampai di satu ketika rakyat juga akan memboikot para pengiklan yang mengiklankan produk mereka di media arus perdana.

Selain daripada akhbar, media eletronik seperti radio dan TV dari arus perdana juga akan menerima kesan yang sama dimana penonton TV1, TV2, dan TV-TV kepunyaan Media Prima akan beralih kepada stesyen-stesyen luar negara serta menonton berita-berita dari internet seperti Al-Jazeera dan lain-lain.

Rakyat Malaysia telah berubah, lebih berilmu dan globalisasi, cuma UMNO BN dengan konco dan pencacai mereka masih tinggal di dalam gua.

Lucu: Bila Gambar Berbicara Senada Dan Seirama

Bila gambar berbicara senada dan seirama....

Lambat lagi jatuh BN ni. Panjang ni lagi. Aik PM. Tak sampai sejengkal ke?


Aku tak kisah. Aku taknak turun. Biar kalah kat SIBU pun. Boleh tahan lagi. Panjang ni lagi hah.


A'ah. Boleh tahan lagi. Kalau kail panjang sejengkal. Lautan dalam jangan diduga. uhuukkss.


Auw. Sempat lagi. Aku baru pegang naib presiden. tapi tak cukup sejengkal ni. Sempat tak?


Relax. Boleh tahan lagi. Takkan tak sempat jadi PM. Sekejap cukuplahh.


Ish dang lagi. Bertahan. Terus bertahan. Paling kurang dang reboh Mat Said jadilah.


Helo brother. Jangan khoyal banyok sangat. Dok dang doh ni . Tinggal skat ni doh. Pr- 13 mapuh


Hoh. Orang dok caye doh ke BN. Umur pendek doh


Betul tu. Betul tu. Singkat doh nyawa tu


Ceh. Dok syok gitu lah tu. Rakyat dok berahi belaka doh ke mung. Rasuah pun orang dok pakoh jugok. P'raye umum kekgi mampuh lah lagu ni.


aku panggil dulu nok royak hok nilah. Setakat ni je. Mung dok sibuk caye ke APCO.


Jangan bimbang. Abang him ada. Panjang lagi masa. Dang kita perkasa kan lagi.


Tutup kun doh. Brahim mung nok lompat mane lagi. Rapat jip dah ni. Tenggelam doh kapal ni.


Hah! hah! hah! mung khianat sgt kat ku. Sampai masa doh. Giliran mu pulok. Pong!!!!


Apa pandangan Tok Guru Presiden? Hah! Setakat ni je. Nyawa2 ikang.


Pandangan Tok Guru? Ambo raso supo ja. Takat ni. Bleh gali liang doh siap2.


Saya sependapat. Setakat ini saja lagi tinggal nyawa UMNO-BN ni


Aik. Cik Lim. makin singkat pe. Rakyat dah meluat maa..


Wan Azizah. Bersabar dik. Habis dah UMNO-BN. Mereka dah takde chance


Yes! Sudah sampai ajal kamu.


Sememangnya kezaliman tiada masa depan.


I rasa pun macam tu jugak. Giliran PR pulak


Habis macamana Tok Guru? Oooo kito tolak UMNO-BN tepilah. Giliran Kitolah pulok


Datuk Seri. Kalau dia main tipu macamana? Haiyakkk! Kita ada strategiii.


Itu macam ke? alamak! susahlah


Jangan libatkan aku. Nasib ko lah labu! Aku nak pindah Australia. bagi kat depalah memerintah.


Boleh masuk Pas semula ka?


Hancussssssss... oak alohhh... setakok je lagi... uwaaaa


Hi HI Bye Bye.... semua aku kecewa kerja kami digangu pihak ketiga...ha ha ha dah pencen baru kecewa ....



terima kasih kepada pemilik dan pengumpul tulisan dan gambar-gambar di atas. GB rembat entah dari mana...