10 Sep 2010

Bakar Al-Quran: Kiamat Semakin Hampir

Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjid

Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

“Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.”

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

“Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. -TMI


Nik Aziz Sifatkan Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. - BERNAMA


Ulasan GB

Sebagai seorang umat Islam memang saya tersentak mendapat tahu adanya pihak yang merancang untuk membakar AL-Quran.

Dan rancangan itu dibatalkan.

Seandainya ianya diteruskan, umat Islam mungkin bangun untuk bertindak balas di dalam cara yang lain. Ia terus-terusan bakal menimbulkan pertelagahan agama Kristian-Islam yang tiada berkesudahan.

Itu pendirian sebahagian besar umat Islam. Mempertahankan agamanya.

Bagi GB pula, GB tetap yakin dengan firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Hijr -ayat 9: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan Kamilah yang akan menjaganya".

Bahawa yang ditentang oleh mereka bukanlah umat Islam tetapi yang ditentangnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dan kita yang yakin denga firmanNya meyakini juga janjiNya akan pertahankan Al-Quran itu, yang sejak diturunkan sehingga kini tidak ada sebatang alif pun berubah, apatah lagi jika mahu dibakar atau dihapuskan Al-Quran itu.

Jika berlaku juga pembakaran yang tak dapat dihalang oleh umat Islam, itu petanda hampir masa untuk berakhirnya alam dunia yang kita tinggal ini - namanya kiamat.

Kiamat itu memang sudah hampir. Banyak petunjuk dari Tuhan. Malah orang barat sendiri mengakui kiamat semakin hampir. Filem 2012 arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang perut bumi yang semakin panas dan tidak stabil yang menyebabkannya ledakan gunung berapi dan gempabumi berterusan yang menunggu masa untuk alam dunia ini musnah seluruhnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apalah nak dihairankan sangat kalau kafir nak bakar al quran, sbb mereka dizaman rasulullah lagi adalah penghalang besar kepada kebangkitan islam. Bagaimana pula dengan orang melayu yang mengaku islam sendiri sudah lama menolak hukum Allah yang tak pernah dilihat oleh mereka2 yang kononnya mengaku islam, dengan menolak hukum Allah juga adalah ibarat membakar al quran. kenapa perkara2 ini tidak pernah dipertikaikan oleh puak2 umno bengong ni... tak nak tutup aurat, tolak hukum hudud, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, rasuah, judi, arak ini semua adalah juga sebahagian daripada membakar al quran.. tapi pernahkah mereka2 ini memikirkan betapa al quran telah dibakar oleh umno bodoh ni... tu lah sebabnya berbagai2 masalah sosial berlaku yang semakin berleluasa dan tak dapat dikawal lagi oleh sinajib dan rosmah.. yang kononnya nak mempertahankan al quran. CUBA NAK CARI SOKONGAN DI KALANGAN UMAT ISLAM YANG SEMAKIN MENOLAK UMNO... sesiapa yang masih lagi menyokong si najib dan mangkok2 ayun umno ni adalah tergolong dikalangan orang2 yang memang benar2 bahlol, cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh diajar... HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENGAJAR PUAK2 YANG SEMEMANGNYA JAHIL HUKUM ALLAH TAPI NAK JUGA MENYEBUT TENTANG ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula pemimpin negara islam yang tak berpegang ajaran Quran dengan menekan dan menindas rakyat?