12 Sep 2010

Terkini: Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh

Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini.

Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.

“Kami sedang menyiasat keterangan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Laporan akhbar hujung minggu lalu mendakwa kehilangan Sosilawati Lawiya bersama tiga individu terbabit dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang.

Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

Pagi tadi, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan empat mangsa terbabit.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. -TMI


Anak Kamaruddin jatuh sakit selepas tahu ayahnya dibunuh

SEREMBAN, 12 Sept — Anak perempuan sulung kepada Kamaruddin Shamsudin, pemandu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, jatuh sakit sebaik mendapat tahu hari ini bahawa ayahnya dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Menurut bekas isteri Kamaruddin, Noorfazilah Ab Sani, anak perempuan mereka itu, Balqis, 12, sangat rapat dengan Kamaruddin dan asyik menangis mengenangkan nasib ayahnya dan tidak menjamah sedikit makananpun sejak pagi tadi.

Noorfazilah, 33, berkata Kamaruddin sudah berjanji untuk menjemput anaknya itu menyambut lebaran di kampung Kamaruddin di Kuantan kali ini.

“Balqis dengan bekas suami memang rapat dan manja. Bila saya beritahu ayahnya sudah tiada, dia terus menangis, tidak mahu makan dan mengalami sakit kepala sehingga demam,” katanya kepada Bernama.

Semasa Kamaruddin dilaporkan hilang, Balqis sering memikirkan nasib ayahnya malah selalu bertanya apa juadah berbuka puasa ayahnya.

Perkahwinan Noorfazilah dengan Kamaruddin berakhir dengan perceraian pada 2006, setelah mendapat tiga cahaya mata — Balqis Dayana; Izran Akmal, 9; dan Irfan Aiman, 8.

“Izran masih keliru. Pada hari pertama ketika bekas suami dilapor hilang, dia menjerit-jerit menyatakan itu bukan ayah dia sehinggalah gambar Kamaruddin keluar dalam surat khabar, barulah dia terdiam,” kata Noorfazilah.

Anak ketiga mereka, Irfan Aiman tinggal bersama kakak Kamaruddin di Kuantan sejak kecil lagi. Noorfazilah tinggal di Rembau bersama dua lagi anaknya itu.

Mereka berkahwin semasa Kamaruddin bekerja di King Studio dan Noorfazilah ketika itu baru saja bertapak untuk menjadi artis rakaman dengan kelahiran sebuah album dangdut.

Pasangan suami isteri itu sangat rapat dengan penyanyi dan juga bekas suami Sosilawati iaitu Nash dan Noorfazilah percaya, bekas suaminya menjadi pemandu Sosilawati selepas diperkenalkan oleh Nash. Noorfazilah banyak bertanya tentang kejadian sebenar kerana hanya tahu perkembangan tragedi pembunuhan itu melalui akhbar hari ini.

“Saya sebak mengenangkan anak-anak saya. Balqis Dayana akan mengambil peperiksaan UPSR pada 22 dan 23 Sept ini, fikiran dia pula sudah pasti terganggu,” katanya.

Noorfazilah berkata beliau sedang berusaha memberi semangat kepada Balqis untuk belajar dengan rajin: “Kalau betul sayang ayah. Berdoa dan bacalah Yassin untuk ayah. Belajarlah rajin, jadi anak yang baik supaya ayah suka”.

Menurut wanita itu, bekas suaminya itu dikenali sebagai “Kamal King” oleh kawan-kawan lama dan tidak ramai yang mengecam kehilangan beliau di dada akhbar kerana mereka tidak mengetahui nama sebenar Kamaruddin. — Bernama


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuma persoalannya kmana duit datuk sosilawati?

aReaL berkata...

Duit RM4 Juta Dia Pon Turut "Dihilangkan" Jugak Ke ???

Datuk Sosilawati Lawiya Telah Di Bunuh Dan Mayatnya Di Bakar Di Morib

Tanpa Nama berkata...

duit hilang x po....sekrg ni 4 nyawa dh melayang..wang boleh cari...nyawa tiada galang ganti.....so apa motif pembunuhan 1 + 3.......siapa dato' celaka ni...siapa menlindungi dato' ni.....juga dia celaka juga..krn dilindungi...ni kes ke 5 melibatkan dato' celaka ni.....

Tanpa Nama berkata...

Persoalan skrg Dato' tu siapa? Kenapa nak rahsia lagi? Sblm ni ada 4 org hilang kena colek sampai skrg tak jumpa membabitkan Dato' ni. Skrg 4 org lg mati juga melibatkan Dato' ni. Nak tunggu lagi 4 org mati ke baru nak cerita siapa Dato ni? Bodoh punya polis... Ni yg aku menyampah kat polis malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

siapa kenamaan yang menjadi kenalan pembunuh kejam ni???

Tanpa Nama berkata...

dato tu seorang lawyer bro.bukan melayu.aku tau namanya tp sbb kes masih dlm siasatan xberani nk tulis kat sini

Tanpa Nama berkata...

beliau adalah dato m.pathmanathan!!!