8 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Blog Dan Kebenaran Dengan Rujukan Kes ABC

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.

Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.

Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.

Begitu juga Tok Guru Mursyidul Am, saya lebih rapat dan kenali Tok Guru berbanding dengan para penulis blog tersebut. Malam selepas sidang DUN 28 Oktober, Tok Guru menghubungi saya melalui Setiausaha Politiknya untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN 28 Oktober, saya bercakap sendiri dengan Tok Guru dalam perbualan di telepon. Begitulah dengan yang lain-lain, setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat saya jauh lebih kenali mereka berbanding-banding penulis blog-blog tersebut.

Kalau saya mahu mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh menghubungi mereka semua. Tetapi itu kerja bodoh, tidak cerdik, buang masa dan tidak berakhlak. Apa hak saya ingin mengetahui perjalanan mesyuarat tersebut, yang penting apa keputusan mesyuarat terhadap isu tersebut, bagaimana cara mereka bermesyuarat, cara mereka berhujjah, tinggi ke rendah ke suara mereka, untuk apa saya tahu ?. Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat.

Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.

Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini.

Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya.

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari, penulis blog PAS mesti menulis untuk membangunkan PAS dan menjadi pelapor yang betul kepada rakyat, bukan penyambung kepada pembohongan dan fitnah. Jadilah penulis yang membangun bukan meruntuh parti. -misbahulmunir


Ulasan GB

Persoalan samada penulis blog berkenaan berbohong atau membuat dakwaan palsu adalah tanggungjawab penulis blog berkenaan.

Selama ini pun tidak ada yang berani mendakwa maklumat di dalam blog adalah 100% benar dan sahih tetapi ia menjadi asas kepada mencari kebenaran.

Saya menyeru agar penulis blog berkenaan tampil membawa buktinya. Jika tidak beliau mesti bertanggungjawab kerana di dalam alam siber, penyebaran maklumat adalah pantas yang kadangkala melepasi tapisan, dan kita belum ada mekanisma untuk menentukan kesahihan sesuatu berita hatta berita dari harakahdaily sekalipun. Whatever news, especially from the net are all subjected to scrutinization and verification which must be carried out by the readers themselves. Tiada jaminan isi kandungan mana-mana blog di dunia ini boleh diterima sebagai 100% benar.

Namun ada hikmah yang tersembunyi sekalipun jika berita itu palsu. Dimanakan Ust Abu Barak Chik? Mengapa beliau sendiri tidak tampil membela diri di dalam blognya. Tiada blog? Kenapa tiada blog? Pemimpin PAS Pusat perlu sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. Pemimpin PR yang lain kebanyakannya ada blog masing-masin termasuk DSAI dan Lim Kit Siang, tetapi dimana blog pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong? Mengapa tertinggal? Mengapa marah TGNA menulis di blog kalau anda sendiri pemalas untuk menulis blog? Atau jika ada blog malas pula nak kemaskini.

Blogger ada blogger. Mereka menulis dari perspektif mereka. Sewaktu kemelut politik Perak, siapa yang berhempas pulas menyampaikan maklumat kalau bukan blogger? Sekalipun berita-berita dalam blog yang ada waktu itu belum dipastikan menyebarkan berita yang 100% benar.

Ada berita yang 100% benar, ada yang sekitar 60%-90% benar, ada yang di bawah 50% tahap kebolehpercayaan berita-berita berkenaan. Cuma kita kekurangan mekanisma untuk penetapan kesahihan sesuatu berita. Namun disebarkan juga waktu itu melalui blog termasuk blog ustadz sendiri yang saya ikuti sentiasa. Itu kaedah yang lazim dilakukan di dalam disiplin kewatawanan.

Kalau hendak menentukan sesuatu berita itu 100% benar, terutama berita-berita mengenai rampasan kuasa di Perak waktu itu, mungkin ia memakan masa kerana kita perlu semak kesahihan dengan pelbagai sumber. Dan apabila hendak diterbitkan pada waktu itu mungkin berita itu telah dikategorikan "basi".

Justeru ia diterbitkan dan kemudian pihak empunya diri perlu tampil pertahankan diri jik berita itu tidak benar pada masa itu juga melalui blog-blog mereka. Jika mereka tiada blog itu salah mereka sebab "perang siber" mencicirkan mereka yang naif.

Ini zaman teknologi, bukan zaman primitif, bukan abad ke 17.

Kepada Ust Misbahul, rasa nya tak perlu mendabik dada bahawa aku kenal semua pemimpin tertinggi PAS dan boleh telefon bila-bila masa jika mahu. Itulah juga sikap yang pernah dilakukan oleh seorang ahli pathologi berbangsa India yang sebelum memulakan keterangannya di dalam kes Teoh Beng Hock, menyatakan "saya telah melakukan lebih 3000 kajian... bla bla.." untuk menunjukkan kononnya beliau ahli pathologi handalan. Yang kini rupa-rupanya macam nak terbukti beliau terlibat di dalam pemalsuan fakta .. (kena tunggu keterangan ahli pathologi Thailand untuk pengesahan pemalsuan itu)

Kemudian di dalam ulasan saya terhadap artikel itu, saya merujuk kepada kecaman ABC terhadap tetamu yang diundang PAS. Berita itu SAHIH dimana ABC dilaporkan beliau tidak boleh lihat muka Prof Abdul Aziz Bari.

Yang nyata rata-rata ahli tidak senang dengan gelagat ABC yang buruk di seminar berkenaan. Mengapa hal itu lansung Ustaz Misbahul tidak ulas dan tidak sentuh? Cuma sentuh yang palsu tetapi tak berani sentuh hal yang benar?



Era Najib Altantuya : Catatan Seorang Peserta Seminar

Seminar Memperkasakan Parti - Beberapa Mulahazah

Oleh Ust Zolkarnain Abidin
Exco Dewan Ulama PAS Pusat

SATU - JANGAN JADI SOKONG BAWA REBAH

Kalau diibaratkan gulai, sama sahaja dengan gulai yang pernah dimakan sebelum ini. Mungkin yang menjadikan gulai kali ini istimewa ialah tambahan dua ramuan lain. Demikian seminar memperkasakan parti di Taman Melewar, Ahad, 7 November. Kalau tiada Aziz Bari dan Abu Hasan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu kecuali mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum.

Sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan AJK PAS Pusat. Istilah ‘tidak mahu tengok muka’, rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari. Kita menjemputnya, kemudian kita ‘tidak mahu tengok muka’nya.

Benar, Presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu. Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu. Kalau Aziz pernah menyerang Presiden dengan serangan yang ‘kita sukar menerimanya’, itu terpulang kepadanya. Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya.

Kata orang Melayu, ‘sokong yang membawa rebah’.

DUA - TIADA PENEGASAN BARU

Terus-terang, saya dan beberapa sahabat menyertai seminar itu dengan harapan menggunung. Harapan untuk mendengar penegasan-penegasan yang lebih meyakinkan. Bukan meyakinkan ahli PAS sahaja tetapi penyokong PAS.

Penegasan melalui ucapan dan resolusi sahaja dalam menangani isu yang selama ini menghantui PAS tidak memadai. Itu sudah berulang kali dibuat.

Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya. Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang ‘menyiram, membaja atau mengairi’ kembali isu yang menjadi agenda seminar itu.

Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup Presiden, tetapi saya pulang dengan hampa.

TIGA – PENYERTAAN TUAN IBRAHIM DALAM FORUM ADALAH BIAS

Penganjur mungkin berpendapat Tuan Ibrahim perlu dalam forum bersama dua jemputan untuk mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal dengan PAS. Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu.

Tuan Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?

Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong.

EMPAT - MASIH DALAM ZON SELESA

Kecuali PAS tidak mahu menyertai pilihanraya, PAS bukan sekadar pengurus ahlinya sahaja tetapi penyokong dan pengundinya. Justeru, hasilan seminar itu perlu melegakan penyokong dan pengundi juga.

Sebahagian besar peserta seminar mungkin lega dengan resolusi seminar itu tetapi bagaimana dengan yang bukan ahli?

PAS ada masalah dengan persepsi ahlinya terhadap beberapa pimpinan tertentu. Namun, apa pun persepsi ahli, itu kurang membimbangkan berbanding persepsi penyokong dan pengundi. Kita mungkin selesa dengan kelegaan ahli kita, tetapi berjayakah kita melegakan pengundi dan penyokong? Pada hal, PAS tidak mampu memenangi pilihanraya kalau sekadar bergantung kepada ahlinya sahaja.

Bagi saya resolusi dan penegasan seminar itu tidak mampu mententeramkan pengundi dan penyokong. Apa yang boleh mententeramkan mereka? Sudah tentu satu bentuk ‘tindakan’ atau ‘action’ yang mereka nampak dan mampu mengembalikan keyakinan mereka kepada PAS dalam isu yang sedang dihadapi ini.

Berdasarkan kesudahan seminar, nampaknya data-data yang dikemukakan oleh Abu Hasan tidak mengeluarkan PAS daripada zon selesa. Kalau masih di dalam zon itu, mampukah prestasi kita sehebat sekarang dalam PRU 13 akan datang?

LIMA - SAKIT TELINGA

Saya duduk berhampiran kumpulan peserta dari sebuah negeri. Saya mengenali mereka dan begitu pula sebaliknya. Ada yang bekas wakil rakyat dan sekarang memegang jawatan kanan dalam organisasi PAS negeri berkaitan.

Saya sakit telinga (dan sakit hati juga), semasa Aziz Bari dan Abu Hasan berhujah, mereka bercakap sesama sendiri dan sekali-sekali menyanggah hujah Aziz Bari dan Abu Hasan. Kadang-kala mereka iringi hujah penalis itu dengan ketawa. Mereka berhujah menyokong Presiden di tempat duduk masing-masing. Tumpuan saya terganggu, tambahan pula saya berusaha untuk mencatat semua hujah Abu Hasan.

Di penghujung pembentangan Abu Hasan barulah mereka agak diam apabila mendapati hujah-hujah Abu Hasan semakin mantap. Selepas makan tengahari, mereka tidak lagi duduk di tempat asal mereka.

Kalau beginilah mentaliti (dan akhlak) sebahagian pimpinan PAS (walau pun pimpinan negeri) apabila berhadapan dengan pangan yang mereka tidak persetujui, saya fikir PAS negeri itu tidak akan kemana. Mereka perlu tahu etika (sebenarnya adab) ketika berada di dalam majlis.

Kalau mereka sendiri tidak tahu untuk beradab dengan orang lain, bagaimana mereka boleh berharap orang lain beradab dengan mereka?

ENAM - SEKALUNG TAHNIAH

Apa pun, sekalung tahniah untuk semua pimpinan PAS Pusat yang hadir dan mendengar singgungan-singgungan yang kadang-kadang menusuk hati itu. Ada pimpinan PAS Pusat yang tidak hadir, mungkin uzur.

Janji Presiden untuk mengambil tindakan berkesan ke atas resolusi seminar, mudah-mudahan mampu mengembalikan keyakinan penyokong dan pengundi kepada PAS. Masyarakat menunggu dan memerhati kita.

Namun saya pulang dengan sedikit rasa ralat. Aziz Bari bukan segala-galanya, tetapi apabila dia disinggung dengan keras sepanjang seminar itu oleh sebahagian peserta, dia mungkin agak kecewa.

Katanya, dia tidak akan menulis lagi mengenai PAS mulai Isnin ini tetapi akan menulis pula mengenai MCA. Kita lihat pula apa respon orang-orang MCA terhadap Aziz Bari selepas ini.


Sekeras sebahagian orang PAS atau tidak.

Era Najib Altantuya : Data Kajian PAS Bantu Baiki Parti

Data yang mengejutkan oleh Dr Abu Hasan yang memaparkan statistik kelemahan Pas diterima dengan baik oleh ahli parti berkenaan.

Tinjaun TV Selangor di Markas Pas Taman Melewar, sewaktu Seminar Memperkasakan Parti diadakan,mendapati rata rata ahli pas bersetuju data yang dibentangkan dapat membantu Pas dalam memperbaiki kepincangan parti.

Bagi Zulkifli Mat Tam dari Pahang, beliau menganggap kajian yang dilakukan jelas menunjukkan keprihatinan pelbagai pihak terhadap parti yang disertainya dari tahun 1986.

“Ini menunjukkan Pas mendapat sokongan yang jitu, ini perkara yang positif, dan oleh itu, pucuk pimpinan akan mengkaji data ini untuk melakukan keputusan yang tebaik kepada Pas,” katanya.

Mohd Razali Ramli pula menyatakan, beliau sudah menjangkakan data yang dikeluarkan akan memaparkan kemerosotan dalaman parti.

“Data tu dah dijangka dan kami yang duduk diperingkat akar umbi ini tahu sejauhmana sokongan keperingkat akar umbi dan oleh itu dengan secepat mungkin kita perlu lakukan penambahbaikan,” katanya.

Dalam data yang dikeluarkan ,turut menyentuh peranan Muslimah sebagai jentera terkuat parti ini.Hal ini disokong Aziah Mohd Saad,Naib Ketua Cawangan Masjid Tanah ,Melaka.

“Kami setuju dengan data tu dan kita akan buat kajian dan akan susun strategi dan dapatkan lebih badan muslimah untuk bantu kami dalam memperkasakan parti,” katanya.



Era Najib Altantuya : Katak Ada Dalam PAS.

Seminar Memperkasakan PAS pada hari semalam mendedahkan banyak perkara. Positif dan negatif.

Seminar yang telah menggantikan Muktamar Khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat itu disifatkan sebagai lambang keterbukaan PAS, keberanian PAS dan kematangan PAS untuk bersedia berhadapan dengan para pengkritiknya. Setidak-tidaknya itu dakwaan sesetengan pimpinan dan kita akur dengan kebenaran dakwaan tersebut.

Namun mengikuti perjalanan seminar, kita didedahkan juga dengan kewujudan kelompok mereka yang berbeza dari yang lain. Sekumpulan manusia yang menyekat proses kematangan dan menghindar kemajuan parti yang boleh juga disifatkan mereka seperti katak-katak.

Eh, mana ada katak dalam PAS? Bukankah PKR dan DAP sahaja ada katak? Tempelak seorang rakan.

GB katakan masih banyak katak-katak di dalam PAS, tetapi mereka tidak boleh dan tidak pandai melompat. Habitatnya gelap. Katak-katak PAS ini amat istimewa, mereka adalah katak yang bermahligaikan tempurung.

Mereka tidak boleh menerima pandangan dan krtikan orang lain. Mereka hanya suka kepada sanjungan dan pujian sekalipun sanjungan dan pujian itu tidak layak bagi mereka.

Mereka ini spesies "kebangsaan" yang masih wujud di dalam PAS. Perangai dan sikap yang mereka dedahkan semasa berseminar semalam menjelaskan hakikat bahawa mereka tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat di luar kerana terlalu asyiknya mereka selama ini di dalam "mahligai gelap" mereka.

Sehinggakan ahli panel yang dipanggil untuk membuat bedah-siasat terhadap kelemahan parti dibelasah secukupnya.

Malah ada yang mencabar ahli panel untuk turun ke gelanggang politik, jangan hanya pandai mengkritik, jerkah mereka.

Ini umpama seorang pesakit mental yang menjerkah seorang doktor, "kamu gila nak suntik punggung saya, nah silakan awak duduk di katil ini, biar saya suntik kamu."


Sehingga merajuklah "doktor" itu, dengan kenyataannya semalam, saya tak akan ulas mengenai PAS lagi, saya akan membicarakan krisis MCA pula. Sinisnya teguran Prof Abdul Aziz Bari yang dikecam sedemkian rupa walaupun dia diundang sebagai panel forum untuk mempekasakan PAS, kononnya.

Rugilah PAS apabila kelompok cendekiawan mula membiarkan PAS yang sedang sakit tenat di Hospital Mental.

Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim pula berkata:

"Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada.

"Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran."


Tetapi semasa Pesuruhjaya PAS Selangor menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di dalam isu Selcat secara depan-depan dan tak mengikut saluran, itu tak mengapa kerana itu prerogatifnya kerana ia datang dari kelompok yang sama dengan yang mengeluarkan arahan. Ini mengingatkan saya kisah pertengkaran kodok dengan katak di dalam lagu "Mabuk Kuasa" yang sering saya putarkan satu ketika pada setiap kali kempen pilihanraya di TKO.fm yang telah digantikan dengan GB.fm. Maha Suci Allah Yang Maha Tahu terlebih awal tentang kewujudan kelompok katak dan kodok ini sehingga memberi ilham kepada pemikin video-klip yang dilapirkan ini sejak ia belum menjadi realiti lagi. Kini ia benar-benar menjadi kenyataan.

Ia juga mengingatkan GB kisah 3 Abdul, jika "ayah buat eh eh itu tak der apa-apa".

Ia sudah semacam menjadi satu "trade mark" terhadap kumpulan mereka, suka menegur oranglain tetapi mereka melupakan diri mereka sendiri. Mereka halakan peluru kepada pihak lain sewaktu yang bersalah adalah mereka sendiri.

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu mebaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?” (Al-Baqarah, 2: 44)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (As-Saff, 61: 2-3)

GB katakan bahawa sekalipun mereka menyatakan UG dah dikuburkan, namun perangai mereka sebijik UMNO, memang tak perlu UG lagi kerana sememangnya kelompok UMNO sudah ada dalam PAS.

Jangan emosi, kata Tuan Ibrahim, tetapi Abu Bakar Chik semalam, Idris Ahmad dan Nasruddin Tantawi sebelum ini yang emosi tidak mengapa.

Kata Tuan Ibrahim lagi, "Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah".

Benar, tetapi yang duduk di bawah tempurung itu sama bahaya dan sama merosakkan dari yang melompat.

Maka dengan sebab itu, seorang ahli panel yang diundang, Prof Abu Hassan Abdullah menggesa supaya para pemimpin PAS jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, persis satu tamparan ke muka Naib Presiden PAS yang mendedahkan kejahilan dan wibawa pemimpin PAS yang tertinggal di dalam arus perjalanan ilmu dan kemajuan ummah.

Atas dasar itu, kata Prof Abu Hassan lagi, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Maka terngangalah mulut kumpulan katak-katak ini bahawa mereka rupa-rupanya selama ini benar-benar berada di bawah tempurung. "Persepsi" itu penting. Sebuah syarikat kadangkala boleh jatuh bangkrap bukan kerana tidak berkualitinya produk mereka tetapi persepsi negatif pembeli terhadap produk mereka berdasarkan kepada teknik pembungkusannya. Justeru apakah syarikat itu perlu "membelasah" mereka yang memberi pandangan negatif atau membetulkan semula pembungkusan produknya agar ia boleh diterima oleh masyarakat?

Mendukacitakan di dalam sessi "brainstorming", ada mereka yang bangun untuk mengherdik pengkritik dan "wistle-blower" yang sepatutnya di dalam sessi percambahan minda, tiada kecaman dan kritikan tetapi perluahan pandangan dan pendapat serta idea masing-masing. Tetapi mengapa berlaku seperti kejadian semalam? Kerana tidak berilmu. Katak dari bawah tempurung yang tidak sepatutnya hadir di dalam mana-mana pertemuan masyarakat bertamaddun apa tah lagi di dalam forum dan seminar.

Di dalam ilmu kontemporari, ia diajar di dalam "Critical Thinking" dan "Strategic Management". Itu sebab GB pernah cadangkan pemimpin-pemimpin PAS perlu dihambat untuk masuk ke dewan kuliah semula. Ilmu mereka telah jauh ketinggalan dengan perkembangan pengetahuan manusia sejagat. Tidak ramai pemimpin PAS yang gemar membaca ilmu kontemporari. Mungkin perlu diadakan kelas untuk pemimpin-pemimpin tertinggi parti. Tidak perlu panggil pensyarah luar, dalam PAS ramai pensyarah berkalibar seperti Prof Hamirdin umpamanya. Berpuloh yang lain. Tetapi mereka sering ditinggalkan dan tidak dimenafaatkan. Jangan jemput GB kerana GB tak ader PhD dan yang hanya kutahu aku akan paksa pemimpin-pemimpin ini jalan atas api, yang tak disukai oleh AT.

Kini kita di zaman membicarakan "k-workers", "k-university", "k-government", "k-itu", "k-ini" termasuklah "k-leaders". Apa itu k? "Knowledge-based" - Berasaskan ilmu pengetahuan.

Mereka yang menolak persepsi, menolak pandangan dan kritikan orang lain, sudah ketinggalan dan primitif.

Kalau PAS nak berjaya sebagai "k-organisation", ia mesti dipimpin oleh "k-leaders".

Kata Prof Abu Hassan, kelompok yang menolak persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja. Dengan maaf, ia adalah satu tamparan kepada Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik dan Kamaruzzaman Mohammad, Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi serta sekalian yang datang dari bawah tempurung yang rata-rata dari pendokong kumpulan UG!


Era Najib Altantuya : Hadi Tak Akan Letak Jawatan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

“Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

“Walaupun ada teguran yang keras…suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama…kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya.

- BERNAMA

7 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Janganlah Angkuh Dan Sombong Wahai Pemimpin PAS...

Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil.

Selepas ia dipecahkan oleh Tok Guru Nik Aziz, barulah semua orang nak mengaku, barulah semua orang nak bercerita, barulah semua orang nak buka rahsia, dan saya pun menerima bermacam-macam aduan melalui SMS, emel dan telefon.

Memang kita tak menduga ia seserius itu. Nampak di permukaannya macam biasa saja. Nampak airnya tenang. Ada sedikit berolak dan berkocak di sana-sini sekali-sekala, itu biasalah. Lebih-lebih lagi selepas musim kemenangan. Ada yang terlebih gembira sikit. Ada yang mulai khayal dengan kesenangan dan kebendaan. Ah, manusia ...!

Makanya ramai juga yang jadi melenting dengan tindakan Tok Guru Nik Aziz itu. Tak dinafikan saya pun terima banyak juga reaksi yang marah kepadanya dan menuduhnya melalut dan meminta dia melepaskan jawatan dan sebagainya. Tapi, lebih banyaklah lagi yang bercerita dan membuka rahsia-rahsia buruk yang selama ini dipendamkan.

Seseorang dari Seri Gombak misalnya menelefon saya mengadukan cerita yang berlaku setahun yang lalu.

Rumahnya kena pecah dan dimasuki perompak, dan isterinya kena tetak hingga hampir putus tangan. Ketika isterinya di hospital hampir satu bulan, tidak ada seorang pun pemimpin parti atau wakil mereka datang menjenguk.

Dia sendiri berjumpa dengan seorang tokoh pimpinan di kawasannya selepas tokoh tersebut berpidato penuh semangat di hadapan ribuan penyokong, dan dia menceritakan peristiwa yang menimpa keluarganya itu, dengan harapan tokoh itu akan datang menziarahi isterinya di hospital.

"Kita bukan nak minta duit," katanya, bercerita melalui telefon kepada saya.

Lalu terhamburlah cerita yang dia pernah bekerja untuk parti, menampal poster, memasang bendera, membawa makanan kepada jemaah yang bekerja di musim kempen pilihan raya, dan macam-macamlah.

"Waktu kempen pilihan raya," katanya, "habis semua orang tua, orang yang uzur, orang yang sakit, kita cari hingga ke hujung-hujung kampung, untuk tunjukkan keprihatinan kita dan parti kita. Tapi selepas menang, kita beritahu sendiri ke telinga dia pun dia tak datang!"

Cerita itu berlaku lebih setahun yang lalu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia perlu menceritakannya lagi, sekarang? Dan itu hanya satu daripada puluhan cerita dan aduan yang saya terima dalam tempoh yang singkat selepas ledakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu.

Beberapa orang pula bercerita tentang tokoh-tokoh yang sudah pandai hidup bergaya, lupa pada cara hidup serba sederhana sebelum menjadi YB dulu. Jemput berceramah pun kalau orang tak ramai dah tak mahu datang. "Tanya pula, dah dapat permit? Dulu tak peduli pun itu semua."

Ada pula tokoh tu, kalau naik kapalterbang mesti kelas satu atau business class! (Ha, terkejut kau!) Buat rumah banglo baru lagi. Ah, macam-macamlah, hal-hal yang negatif begitu. Saya pun malaslah nak ceritakan semula. Anda tahulah apa yang saya maksudkan.

Maka saya merumuskan - Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Seperti saya kata dalam tulisan lalu: "Lebih baik ia ribut sekarang daripada ia ribut tahun depan."

Betul! Bukan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Cuma ... Lihatlah! Buka mata, buka telinga, dan dengarlah apa yang rakyat bawahan nak cerita. Memang mereka nak bercerita sekarang. Dulu mereka sanggup pendamkan rahsia-rahsia yang kurang enak mengenai pemimpin mereka. Tetapi hari ini tidak lagi. Hari ini mereka mahu bercerita. Maka dengarlah!

Dengarlah luahan rasa orang-orang di bawah yang sebahagian mereka ada yang sudah jadi bosan dan meluat disebabkan terlalu keliru dan sebagainya, hinggakan ada yang nak keluar parti pun. Janganlah pula kita sendiri yang keliru disebabkan terpesona dengan kemenangan, hingga mahu menganggap suara-suara dari bawah ini semuanya remeh dan tak perlu diambil kira.

Bagi saya, seperti yang saya sebut dalam tulisan dulu: "Ini suatu saat yang genting dan mencabar. Tiap gerakan atau organisasi perjuangan akan ada saat ujian yang sebegini. Menguji kebijaksanaan kepemimpinan, untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan. Ada hikmah-Nya, untuk PAS (satu-satunya wadah untuk Islam didaulatkan di negara ini) menjadi lebih kukuh dan mantap."

Tak mengapa. Jangan takut menghadapi krisis. Dan jangan takut mendengar tuduhan, aduan, kekecewaan, kemarahan dan sebagainya itu. Ini semua adalah tanda-tanda parti yang sedang membesar dan menjadi dewasa. Kalau tak mahu ada krisis seperti ini, apakah kita lebih suka melihat 'satu-satunya wadah untuk mendaulatkan Islam di negara ini' terus kekal sebagai parti yang kecil untuk golongan tertentu sahaja?

Saya dan kawan-kawan seniman-budayawan-cendekiawan – kami bukan orang politik. Tetapi kami adalah pemerhati yang mempunyai komitmen dengan kebudayaan, kesenian dan ketamadunan bangsa dan negara (yang sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan politik).

Golongan ini (seniman-budayawan-cendekiawan) sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam perjalanan hidup bangsa dan negara. Inilah mesej yang selama ini cuba dihantar oleh golongan ini kepada orang-orang politik, agar dapat dijalinkan persefahaman, demi untuk mewujudkan kehidupan yang lebih jernih dan bererti.

Tetapi sayangnya kami masih mendapati orang-orang politik itu kebanyakannya terlalu angkuh dan sombong (apalagi selepas menang), hingga bukan sahaja mahu menafikan kepentingan golongan 'budayawan' ini, tetapi juga mahu menafikan kepentingan untuk mendengar suara-suara di peringkat bawah, seperti yang cuba saya paparkan di atas itu.

Maka ada seorang penulis di kalangan kami, yang melihat dari sudutnya tersendiri, selalu menegaskan bahawa: "Orang politik ni semuanya sama saja. Umnokah, PASkah, KeADILankah, sama saja."

Saya dan kawan-kawan lain selalu membantah pandangannya. Tetapi akhir-akhir ini apabila dia mengungkit kata-katanya itu, kami hanya berpandangan sesama sendiri, walaupun sebenarnya saya sendiri tidak bersetuju dengan pandangan itu. -Dinsman

Era Najib Altantuya : Hadapkan Abu Bakar Chik Ke Lembaga Disiplin!

Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.

"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".

Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.

"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.

Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"

Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan. - Ali_baganutama

Ulasan GB

Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man jangan buat-buat terlepas pandang terhadap isu ini. Jangan hanya tahu nak membelasah kumpulan anti-UG sedangkan golongan kamu sendiri yang menyokong Ug yang mengina Mursyidul Am PAS dibiarkan.

Malah di Seminar Memperkasakan PAS hari ini sekali lagi Abu Bakar Chik melakukan penghinaan terhadap Prof Abd Aziz Bari yang dijemput PAS sebagai ahli forum apabila beliau menyatakan "Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz". Hebat dan tinggi sangat ker ilmu Abu Bakar Chik berbanding orang lain terutama Prof Abdul Aziz yang sehingga tak boleh pandang mukanya. Kalau begitu mengapa datang? Mengapa bangun berbahas? Beliau sepatutnya menghormati keputusan jawatankuasa Seminar yang mengundang Abdul Aziz. Abdul Aziz pada bila-bila masa boleh menyatakan "pinggan tak retak nasi tak dingin - orang tak hendak aku pun tak hingin!"

Itulah satu contoh terbaik gelagat salah seorang pemimpin PRIMITIF dari Trengganu! Abu Bakar Chik namanya.

Era Najib Altantuya : PAS Perlukan Usaha Pembaharuan - Dr Abu Hassan

Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah, salah seorang panel dalam seminar politik Pas, menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas pasca PRU13 nanti jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib masyarat di Malaysia”, katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina. Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas, namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran, pimpinan, strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.

Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog, jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun, data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media, iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu, kajian Dr Abu Hasan menunjukkan, tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun, Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat. - laporan : TVS imej : idhamlim

Era Najib Altantuya : PAS Berdosa Jika Gagal Menjadi Alternatif Untuk Rakyat - Aziz Bari

Prof Abdul Aziz Bari menggesa Pas mencari anjakan baru sekiranya ia mahu kekal relevan di mata rakyat.

Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan di seminar pemerkasaan Pas, Prof Aziz berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Pas terbit dari hasratnya untuk melihat Pas muncul sebagai parti alternatif yang berwibawa.

"Pas memerlukan anjakan baru. Dalam pilihanraya akan datang, coraknya berbeza. Politik masa hadapan bukan lagi Asalkan Bukan Umno. Pemilihan isu dan ketrampilan parti menjadi kritikal dalam pilihanraya akan datang," katanya.

"Rakyat tidak akan memaafkan Pas jika ia gagal menonjolkan calon yang berwibawa. Pas berdosa kepada rakyat kalau gagal menjadi alternatif untuk rakyat," tegasnya.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa ini menarik perhatian umum dengan kritikan keras terhadap Pas khususnya Presiden Abdul Hadi Awang mutakhir ini, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Memulakan ucapan dengan mempertahankan kritikan beliau di hadapan pimpinan Pas Pusat dan Dewan Ulamak, Prof Aziz berkata kritikannya tidak eksklusif kepada Pas, bahkan untuk Parti Keadilan Rakyat, DAP, Umno dan Barisan Nasional.

Tambah Aziz Bari, Pas harus sedar bahawa rakyat mengharapkan Pas menjadi sebuah parti arus baru, bebas dari pengaruh politik Umno.

"Di Malaysia sudah ada parti Melayu. Kalau parti yang dikatakan Islam, bercakap macam parti Melayu maka ini tidak elok untuk gerakan Islam," katanya.

"Bagaimana boleh kita kata kita bersama Pakatan Rakyat kalau tindak-tanduk kita menunjukkan sebaliknya," tegas beliau. laporan :TVS imej : idhamlim


KD Altantuya Kapalselam Yang Tak Boleh Menyelam

Kapal selam Scorpene pembelian dengan rakan kongsi Najib Altantuya tidak dapat berfungi dengan sepenuhnya setelah mengalami beberapa kegagalan untuk berfungsi di dasar laut. Agak pelik kapal selam tidak boleh menyelam.

Kapal selam yang baru dibeli dan baru sampai dikhabarkan dalam perjalanan ke Sepanggar tidak boleh menyelam di beberapa tempat. Ini menyebabkan kapal selam selam tersebut diiring oleh kapal pengiring. Ini kes yang agak pelik. Kapal selam tidak pandai menyelam.

Kapal selam malang itu diberi nama KD Tunku Abdul Rahman tetapi lebih popular di kenali sebagai ‘KD Altantuya’ dikalangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Apa dah jadi dengan kapal selam kebanggaan Najib Altantuya ini. Kapal karam pun boleh menyelam inikan kapal selam tidak boleh menyelam.

‘KD Altantuya’ dan sebuah lagi kapal selam dibeli dengan harga RM3.4 bilion dengan Perimekar meraih komisyen RM530 juta. Komisyen itu menimbulkan kontroversi kerana nilai kapal selam berkenaan jauh lebih tinggi dari kapal selam model sama yang dibeli oleh Chile dan India.

‘KD Altantuya’ mula dibina pada tahun 2000 dan sepatutnya berkeupayaan menyelam sedalam 100 hingga 200 meter ke dasar laut. Mungkinkah kapal selam itu takut lemas? Itu yang kena siasat. -wargamarhaen

Ulasan GB

Dari maklumat yang diperolehi, belanja penyenggaraan sebuah Scorpene termasuk membersihkan kapalselam tersebut dari lumut dan sebagainya mencecah RM1 juta untuk satu hari.

Kirakan sahaja penyenggaraan tahunan untuk 2 buah Scorpene. (1 lagi kapalselam diberitakan akan tiba ke negara initidak berapa lama lagi).

Era Najib Altantuya : Layanan Ahli PAS Kepada Pengkritik

Melihat kepada perkembangan mutakhir menjelang Seminar Khas Politik PAS nampaknya Prof Aziz Bari sudah Berjaya ‘mencipta’ musuh dari kiri dan kanan.

Musuh PAS

Yang jelas sejak dari awal lagi semenjak tercetusnya tulisan awal Prof Aziz dan disambut oleh TGNA ulasan komen kritikan dan kecaman bertali arus diterimanya.

Sudah sah bagi setengah pemimpin dan juga ahli sehingga saat ini Prof Aziz Bari sudah menjadi musuh No. 1 parti PAS kini.

Dikatakan Prof Aziz ingin menghancurkan PAS dan membuat kritikan tidak mengikut saluran yang betul.

Harus diingat Prof Aziz bukan lah ahli PAS. Jadi bukan lah satu pilihan yang tepat untuknya dengan menggunakan saluran parti.

Maka tidak menjadi kesalahan saluran media blog digunakan. Kesannya lebih baik dan berkesan.

Tengoklah apa yang terjadi hari ini. Sangat menakjubkan.

Sebenarnya Prof Aziz lebih bermatlamat untuk menyelamatkan PAS.

Itulah cara yang terbaik.

Biar semua orang tahu. Dedahkan kepada umum.

Bukan untuk pengetahuan 3 4 orang saja.

Ahli – ahli di peringkat bawahan jarang benar dikhabarkan dengan mesyuarat orang – orang atasan. Terima dan telan saja.

Cuba lihat kecaman penuh bernafsu Ketua Pemuda PAS Pusat ini begitu juga dengan artikel ini malah juga yang ini terbukti bukan hakikatnya Prof Aziz sudah menjadi musuh PAS No. 1 kini.

Tetapi tidak bagi TGNA yang lebih faham dan mengerti erti hubungan dengan UMNO. 19 tahun berdepan dengan UMNO secara langsung menyebabkan TGNA lebih memahami isihati Prof Aziz Bari

Musuh UMNO

Pelik juga UMNO turut memusuhi Prof Aziz Bari kini. Kerana artikel awal Prof Aziz telah menyebabkan segala perancangan UMNO selepas 08 Mac 2008 hancur lebur kini.

Kerajaan Perpaduan sudah hampir menjadi reality. Hassan Ali sudah berkira - kira menjadi MB Selangor dan bukannya Khalid Ibrahim.

Sebenarnya Kerajaan Perpaduan antara senjata terbaik UMNO untuk melumpuhkan PAS seterusnya Pakatan Rakyat dan yang lebih ditakuti dan sangat mengerikan UMNO ialah Anwar Ibrahim. -prof

Era Najib Altantuya : Ungkapan Ukhwah Untuk Siapa?

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menulis di dalam blognya mengingatkan ahli PAS agar tidak terperangkap dengan "agenda musuh" dan lupa fokus utama untuk memenangi PRU13.

Ia satu peringatan yang baik dan amat dialu-alukan tetapi kenapa hanya kini baru peringatan itu dikeluarkan. Kenyataan yang seolah-olah ditujukan kepada "pihak yang bertelingkah" di dalam parti sehingga mengheret beberapa nama untuk diadili didepannya selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.

Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.

"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar, tulisnya.

Persoalan kini, siapa yang memulakan? Siapa yang menyebabkan perpecahan di dalam jemaah ini timbul? Apakah cukup dengan hanya mengeluarkan arahan blanket "tutup isu UG" setelah ianya membarah dari hujung kepala ke hujung kaki jemaah?

"Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulisnya lagi.

Mengapa sekarang baru nak berbicara soal ukhwah? Mengapa hal yang sama tidak diperingatkan kepada mereka yang terlebih awal menimbulkan perpecahan? Mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor tidak diberitahukan supaya meletakkan keutamaan kepada ukhwah sebelum mengambil tindakan menyingkirkan beberapa pimpinan dari Dewan Harian PAS? Siapa yang sebenarnya yang telah "menyerang sahabat lebih hebat dari menyerang musuh?

Apakah hanya mereka yang menentang UG perlu menjaga ukhwah sedangkan yang menyokong UG boleh berbuat apa yang mereka suka? Menjaga ukhwah dengan UMNO tetapi di dalam masa yang sama membaraikan ukhwah sesama ahli di dalam jemaah?

Isu UG telah ditutup, dikuburkan, kata sesetengah pihak terutama dari mereka yang mengutarakan gagasan tersebut tanpa sebarang permohonan maaf dan tanpa sebarang kesedaran untuk bertaubat bahawa isu itulah yang sebenarnya yang telah mencerai-beraikan ahli.

Mereka menjadi pemain utama tetapi dalamasa yang sama bertindak sebagai pengadil.

Sekalian ahli PAS menuntut keadilan supaya pihak yang bersalah dihukum, bukan untuk membuat seruan baru serta menampal mulut serta mengikat tangan ahli supaya menghentikan berbicara mengenai soal UG, demi untuk "melepaskan" pihak yang ternyata bersalah dan kemudian menyalahkan orang lain.

Cara sedemikian tidak sesekali mampu untuk menyelesaikan kemelut yang ada. Saya pernah menyatakan tindakan pimpinan meengeluarkan arahan untuk menutup perbicaraan mengenai UG sebelum tindakan diambil terhadap mereka yang bertangungjawab mengenainya diadili adalah laksana menyapu sampah-sarap ke bawah karpet. Bau hapaknya akan tetap terhidu apabila tiba masanya. Inilah yang berlaku kini.

Tetapi malang di dalam PAS yang mengikut budaya UMNO, takut dan dayus untuk mengambil tindakan ke atas pimpinan yang jelas merosakkan jemaah tetapi mempersalahkan dan menindas mereka yang tidak bersalah.

Yang nyata UG adalah satu penderhakaan kepada Allah dan Rasulnya, pengkhianatan kepada jemaah dan ummah seluruhnya.

Perbuatlah sesuka hati kamu selepas ini. Kerana Nabi berpesan "tiada ketaatan kepada makhluk di dalam perkara yang menderhakaiNya dan RasulNya".

Nak pecat saya? Silakan. Tetapi jangan lupa pecat sekalian ahli yang menentang UG termasuk Mursyidul Am kami dan biarkan PAS hanya dianggotai oleh mereka yang dahulu pembawa gagasan berbaik-baik dengan UMNO tetapi kini berlagak seperti hero konon aku pendamai parti dan penentang UMNO terunggul seperti yang dilakukan oleh Setiausaha Agong, Mustafa Ali.

6 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Asri Bela JK Masjid Undang ADUN Bukan Islam

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.

Beliau berkata pandangan sedemikian menunjukkan Islam mewujudkan permusuhan di kalangan orang bukan Islam.

"Jika pandangan yang seperti ini cuba diamalkan, ia menunjukkan seakan Islam itu wujudkan permusuhan dengan bukan Islam.

"Saya ingin menasihatkan kepada JAIS dan juga rakan-rakannya supaya janganlah memberi pandangan-pandangan yang sempit hingga akhirnya masyarakat bukan Islam akan melihat Islam dari sudut yang negatif," katanya kepada mStar Online.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Khusrin yang dilaporkan bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Kenyataan Mohamed Khusrin itu merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang Ogos lalu.

Justeru Mohamed Khusrin dilaporkan berkata bahawa ahli jawatankuasa masjid berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut.

Bagaimanapun jelas Mohd Asri, beliau tidak mahu memfokuskan kepada kandungan ucapan ADUN berkenaan asalkan institusi masjid tidak digunakan sebagai alat untuk menentang Islam.

"Saya tak mahu fokus kepada ADUN berkenaan ataupun kandungan ucapannya, saya bukan nak cakap kes dia, tapi kenyataan JAIS yang kata orang bukan Islam tak boleh masuk masjid itu yang lebih penting.

"Tetapi jika seseorang itu masuk dan tidak mengganggu masjid, tidak mencemar masjid, atau nak berbincang dengan orang Islam, menerangkan tentang kebajikan yang nak dibuat seperti penerangan tentang kesihatan, penyakit mereka boleh masuk... selagi bukan nak menentang Islam," katanya.

Tegas Mohd Asri, pandangan berhubung orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid tidak sesuai diamalkan dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

"Malah pandangan seperti ini akan menghalang minat kepada golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

"Ia akan menimbulkan salah sangka, mereka mungkin tidak tahu apa maksudnya, bagaimana mereka pula dianggap sebagai wanita haid.

"Pandangan sempit sesetengah golongan agama ini menimbulkan salah faham orang bukan Islam di Malaysia ini," katanya.

Ditanya sama ada kenyatan seperti ini menunjukkan kelemahan JAIS dalam menangani isu berkenaan dengan lebih terbuka dan sensitif, Mohd Asri berkata: "Ini adalah satu lagi masalah JAIS, jika ada orang beri pandangan yang berbeza seperti ini mereka akan kata orang itu Wahabi, padahal ini tidak ada kaitan dengan Wahabi.

"Ini soal melihat pandangan yang lebih terbuka, padahal jika mereka (orang bukan Islam) masuk ke dalam masjid, mungkin banyak perkara yang mereka dapat manfaat daripadanya."

Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan agar satu pembaharuan secara menyeluruh dilakukan terhadap JAIS bagi menunjukkan kematangan Islam.

"Saya fikir satu pembaharuan perlu dilakukan secara bersunguh-sungguh dalam JAIS, mereka perlu menunjukkan keluasan fikiran... mereka perlu mengamalkan pendekatan yang lebih memperlihatkan kematangan Islam di negara ini," katanya. -MSTAR



AJK masjid pertahan tindakan jemput Dr Xavier berucap
Salhan K Ahmad


Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.

Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.

Kehadiran Dr Xavier di masjid tersebut dibantah oleh pergerakan Pemuda Umno Kota Raja yang menghantar memorandum kepada Jais memintanya menyiasat tindakan jawatankuasa masjid itu.

"Setakat ini tidak ada apa-apa arahan kepada masjid yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid," tegas Mohamad Tarmizi.

"Sepatutnya Jais keluarkanlah arahan rasmi (dahulu) supaya jelas kepada seluruh umat Islam di Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid, Mohamad Tarmizi menjawab:

"Itu saya tidak boleh jawablah, sebab saya bukan mufti.

Reaksi Dr Xavier

"Tapi kalau kita sekat orang bukan Islam datang ke masjid, macam mana kita nak sampaikan dakwah kepada mereka?

"Tapi Masjid Negara dan Masjid Putrajaya pun boleh dikunjungi oleh orang bukan Islam.

"Masjid-masjid ini sediakan jubah untuk wanita bukan Islam supaya mereka menutup aurat ketika masuk masjid," tambahnya.

Menurut Mohamad Tarmizi lagi, Masjid Taman Sri Andalas bagaimanapun tidak mempunyai prasarana sebegitu untuk kemudahan wanita bukan Islam menutup aurat.

Jelasnya lagi, Dr Xavier sekadar memberi ucapan aluan di majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri kira-kira 300 orang jemaah.

"Belaiu cuma berucap alu-aluan saja, bukannya ceramah atau apa. Berucap pun sekejap saja sebab pada masa itu sudah dekat hendak berbuka sangat," kata ahli jawatankuasa itu.

Tambahnya, selain Dr Xavier, turut berucap di majlis itu ahli parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik Dr Xavier sebagai menafikan dakwaan di laman blog yang beliau memberikan ceramah di masjid tersebut.

Beliau dilaporkan ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan terbabit memandang exco kesihatan dan hal-ehwal bukan Islam itu seorang ADUN di situ.

Dr Xavier mengakui memasuki masjid tersebut tetapi hanya memberi ucapan alu-aluan di majlis tersebut yang disifatkannya sebagai aktiviti bersama rakyat yang sentiasa beliau penuhi. -malaysiakini


Ulasan GB

Dimana pemimpin PAS di dalam hal ini? Mengapa tiada respons sehingga Dr. MAZA nampaknya lebih ke depan di dalam menjelaskan isu ini? Terima kasih dan tahniah Dr. MAZA.

Mana Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Ketua penerangan, Pengerusi Disiplin dan lain2. Apakah hanya aktif dan galak nak "menyerang" blogger anti-UG dengan menuduh mereka memfitnah, tetapi lemah dan lembab menangani isu ummah dan jemaah. Apakah ada kong kalikong mufti Selangor dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS?

Malah isu wang ehsan Kelantan pun tiada sebarang kenyataan rasmi dari pucuk pimpinan tertinggi parti.

Bila ditegur LEMBAB DAN PEMALAS, tahu melenting dan nak marah, kemudian berpura-pura bertanya di mana ukhwah. Ukhwah dijadikan alasan untuk menutup mulut blogger, tetapi seandainya mereka melakukan serangan itu, seperti Hassan Ali pecat Khalid dan Saari, Nasharuddin bertemu blogger UMNO, Idris belasah kritikan dan pandangan orang lain, mereka membiarkan ahli-ahli PAS menghina sepertimana UMNO menghina Mursyidul Am, itu tak mengapa.

Dasar berat sebelah seperti di dalam kisah 3Abdul. Sebijik macam UMNO dengan SPRMnya.



Skandal PKFZ Tamparan Hebat Buat BN

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat sekiranya kerajaan gagal menangani skandal PKFZ, ia akan membawa kesan yang buruk kepada Barisan Nasional dalam menghadapi piliharaya akan datang.

Menurutnya,isu yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy,dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Paduka OC Phang merupakan kes pecah amanah terbesar di Malaysia setakat ini.

“Kalau mereka tidak mengendalikan hal ini dengan bagus,maka ada kemungkinan besar Barisan Nasional akan kena hebat dalam pilihanraya akan datang," katanya kepada TV Selangor.

Charles meragui laporan awal yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas perbincangan dengan JAwatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengumumkan kedua dua yang disyaki, tidak melanggar undang-undang.

Kes yang telah dilaporkan sejak tahun 2003 itu dipandang sepi oleh pihak SPRM yang lebih berminat menyiasat Exco-exco di Selangor.

Charles turut mencadangkan supaya Najib untuk meminta Peguam Negara mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu bena-benar mahu bebas dari gejala rasuah.

“Cadangan saya sebenarnya ialah Najib mesti memberi arahan kepada pihak AG,katakan kepada AG,gunakan cadangan ini,heret semua yang terlibat ke mahkamah,terus,jangan bincang.Itu akan menunjukkan keseriusan dalam menangani masalah kanser rasuah ini di Malaysia,"katanya.

Negara dikejutkan dengan pendedahan laporan PAC dalam Sidang Parlimen,yang mendedahkan individu yang terlibat dalam Skandal PKFZ menelan belanja RM4billion itu.

PAC mengesyorkan suapaya SPRM dan polis menyiasat Kong Choy dan O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek berkenaan.

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat Rabu lalu. -TVS



Era Najib Altantuya : Pemikiran Bunuh Diri Dalam PAS

Perasaan ini lama mendap dalam benak. Dan setiap kali membaca tulisan seperti ini, rasanya ini perlu dibidas dengan segera. Namun itu tak pernah dibuat kerana penulis berpendapat ini bukanlah pandangan umum ahli-ahli PAS. Tapi bila terlalu kerap menemui tulisan/respons begini, terfikir juga: Inikah pemikiran tipikal ahli-ahli PAS?

Begini, profilnya:

Rata-rata mereka berhujah dengan menggunakan istilah, terminolgi, frasa/ungkapan dalam bahasa Arab. Kalaulah pembacanya buta bahasa itu (macam saya) dia akan berhenti membacanya.

Rasanya fenomena ini bukan saja berlaku dalam kalangan orang-orang PAS yang ramai berpendidikan Arab, bersekolah di Timur Tengah dan akhirnya dikategorikan sebagai kumpulan ulamak (?) tetapi orang-orang Melayu yang pernah ‘disekolahInggeriskan’ juga begitu telatahnya. Hujah dan pandangan seolah-olah tidak mantap kalau tidak diselitkan dengan istilah dan lain-lainnya dalam bahasa Inggeris.

Apakah ini trend atau penyakit? Ia mungkin trend kerana penulisnya pernah terdidik dan dididik dalam bahasa-bahasa Arab/Inggeris, maka dia lebih selesa dengan istilah Arab/Inggeris. Atau apakah mungkin kerana penulisnya tidak begitu mantap penguasaan bahasa Melayunya?

Tak apa kalau ia sekadar trend atau tidak mantap bahasa Melayunya. Cuma agak malang, hujah-hujah yang telah dibentang oleh penulis-penulis seperti ini tidak diikuti mereka yang hanya menguasai satu bahasa, bahasa Melayu.

Apa yang lebih membimbangkan ialah jika ini bukanlah masalah trend atau masalah penguasaan bahasa Melayu tetapi ia disebabkan oleh penyakit. Penyakit rendah diri dan penyakit bersembunyi di sebalik istilah.

Mari kita lihat satu contoh yang cukup nyata. Rasanya masih ramai orang yang beranggapan bahawa keupayaan berbahasa Inggeris itu ‘sinonim’ dan melambangkan penguasaan ilmu.

Orang hanya baru tersedar dan menjadi waras penilaiannya bila ditunjukkan bahawa ‘parking attendant’ yang berair bahasa Inggerisnya belum tentu lebih berilmu daripada seorang profesor Jepun/Korea/Cina yang hanya tahu berbahasa ibundanya.

Si profesor hanya mampu membaca dan memahami bahasa Inggeris tetapi tidak dapat bertutur dalam bahasa tersebut dengan petah sekali jika dibandingkan dengan si parking attendant.

Itu isu pertama, isu keduanya ialah: Kenapakah bijak pandai PAS (pemimpin, ahli, aktivis dll) akhir-akhir ini begitu gemar meniru kerja buat Umno? Mereka juga mulai bersembunyi di sebalik istilah-istilah. Mari kita lihat contoh-contoh berikut:

Para pemimpin Umno, lebih-lebih lagi menterinya kerap berhujah, misalnya dengan berhujahkan ‘jangan politikkan isu itu dan ini’.

Soalan kita ialah: Kenapakah mahu mengelak/menepis sesuatu persoalan itu dengan bersembunyi? Sesuatu isu itu menarik perhatian kerana ada pelbagai masalah yang timbul dan ini telah menyusahkan rakyat.

Kenapakah si menteri mesti lari dari memberikan penjelasan?

Bukankah menteri itu memegang jawatannya oleh sebab politik?

Sekali sekala rakyat mungkin memaafkan. (Bukankah rakyat negara ini cukup pemaaf?). Namun jika ia (senjata melarikan diri) ini terlalu kerap digunakan, rakyat ....akan me... itu dan me....ini!

Pas (bersama-sama DAP dan PKR) sejak berjaya di sana sini dalam PRU12 yang lalu, kini juga kelihatan mulai dijangkiti sindrom mencari perlindungan di sebalik istilah dan ungkapan. Contohnya:

‘Pintu UG telah tertutup rapat’. Anehnya, sudah ada yang secara sinis menambah, “Tuan, pintu belakangnya belum berkunci!”

Satu lagi contoh, “Janganlah kita sampai memberikan peluru kepada musuh!”. Dan sudah ada yang terus membalas, juga sinis, “Tuan, kenapa masih macam belum mahu berpisah dengan musuh?”

Ada lagi istilah untuk berlindung diri: “Kita telah ditarbiah dalam jemaah untuk sentiasa wala’ kepada pemimpin.”

Kalau dibaca dalam bahasa yang mudah ini sama seperti berkata, “Diam kau, dengar dan ikutlah cakap pemimpin!”

Kesimpulannya: Apakah mesej tulisan ini?

PAS belum pun menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah negara ini. Malangnya tanda-tanda awalnya tidaklah begitu menyenangkan.

Ada negeri yang bertahan hanya satu penggal. Kegagalan ini bukan semata-mata kerana permainan jahat musuh; di sana ada masalah lain, masalah PAS yang tidak diurus dengan sempurna.

Saya pernah bertemu sahabat yang semacam serik dengan gelagat PAS sebagai pemerintah. Salah satu sebab utamanya ialah harapan yang begitu tinggi pengundi kepada PAS: sebagai pemerintah.

Orang membayangkan dan membina harapan yang melampau tingginya kerana betul-betul percaya bahawa PAS betul-betul istimewa.

Apakah seluruh parti yang katanya Islam ini masih belum melihat mala petaka besar jika tersalah langkah dan masih tidak mahu berdepan dengan masalah-masalah yang belum selesai itu?

Akhir kata:

Tindakan kepimpinan mestilah tuntas, decisive.

Bersilat atau bersembunyi di sebalik apa saja perlindungan tidak akan membantu. Cedera komplot dan tragedi belot itu tak mudah sembuh.

Jangan menipu diri bahawa semua yang telah berlaku telah berlalu dengan aman. Tidak, ia tidak akan berlalu dengan selamat. Ia mesti diurus. Ahli PAS mesti mengurus masalah ini dengan berani dan tegas.

Ahli-ahli PAS janganlah sekali-kali berfikir bahawa hanya merekalah yang telah memenangkan PAS ke posisi yang ada sekarang. Itu pemikiran bunuh diri. PAS berjaya bukan semata-mata kerana ahli-ahlinya yang sentiasa mara di depan saf.

Terlalu ramai yang bukan ahli, yang tidak mengundi atau tidak melantik saf kepimpinan PAS yang berada di luar gelanggang yang turut membantu.

Jangan lupa pengajaran daripada tragedi kepimpinan besar Umno: Di saat pemimpin paling besarnya merasakan dianya adalah segala-galanya, rakyat perlahan-lahan mulai berundur:

Mula-mula mereka berhenti berlanggan Utusan, setelah itu mereka mulai tutup TV tatkala dianya berucap ... akhirnya mereka biarkan dianya berlalu. Namun Umno masih lagi teruja dengan dianya.

Apakah PAS akan bertindak hanya apabila melihat petunjuk-petunjuk seperti itu? Dan sekarang ini PAS masih banyak masa untuk berlindung, mengelak dan bersilat? -Tulang Bukan Besi